Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

07/03/2011

Saya pilih Naturel untuk keluarga saya!

sticky post - scroll down for new entry

Sponsored Post

Menjadi seorang ibu bukanlah satu tugasan yang mudah hari ini, terutamanya untuk wanita yang bekerja. Tidak lengkap bergelar seorang ibu jika tidak mempunyai keinginan untuk memberikan yang terbaik untuk suami dan anak-anaknya. Salah satu cabarannya adalah memasak dan menyajikan makanan yang sihat dan berkhasiat untuk keluarga terutamanya untuk anak-anak yang terlalu memilih dan banyak kerenahnya.


Saya berterima kasih kerana saya diundang oleh Advertlets untuk menghadiri "Kids Eat Right With Naturel Bento Workshop" pada 22 Februari lepas bertempat di Bayan Indah. Saya yang mengambil cuti bagi memanfaatkan sepenuhnya jemputan ini tiba di Bayan Indah selepas bertemu dan berhimpun di Maybank The Curve. Kami disambut ramah oleh pihak penganjur dan saya sempat menjamah Tuna Tart yang lazat.

Ini adalah yang terbaik!

Ms. Tania Lee
Brand Manager for Naturel

Selesai kami dijamu dengan minum pagi, Ms. Tania Lee selaku Brand Manager for Naturel memberikan kami kata-kata aluannya kemudian diikuti dengan sesi ringkas bersama Puan Indra Balaratnam seorang Konsultan Pemakanan yang berpengalaman selama 30 minit. Saya harus akui ceramah ringkasnya mengenai pengambilan makanan yang seimbang dan sihat terutamanya untuk kanak-kanak banyak membuka mata dan minda saya mengenai kepentingannya untuk mereka. Saya akui, cabaran terbesar saya adalah untuk memberikan Obiya makan sayur adalah sesuatu yang teramat sukar. Jika tidak ibu yang memastikan pemakanan yang seimbang, siapa lagi, kan?


Selepas Puan Indra, kami seterusnya berkenalan pula dengan Puan Rohani Jelani - pemilik Bayan Indah Culinary Retreat. Beliau yang peramah dan tidak lokek dengan pengalaman ini banyak berkongsi kepakarannya dengan kami. Saya sangat teruja apabila beliau mengakui selama menjadi seorang ibu, beliau menyediakan pelbagai makanan yang sihat untuk anak-anaknya. Beruntung sungguh anaknya, saya juga mahukan Lope dan Obiya merasai perkara yang sama. Kami seterusnya dibawa ke 'dapur' oleh pemilik Bayan Indah. Sungguh indah kawasan ini yang masih 'kampung' walau cuma 10 minit dari Bandar Utama. Aman dan hijau.

Sepanjang bengkel separuh hari ini, kami dikehendaki sendiri menyediakan bento untuk anak-anak. Mungkin ada yang tidak mengetahui, apa itu Bento.

Ini saya ambil dari wikipedia :

"Bentō
(弁当 atau べんとう) atau o-bentō adalah istilah bahasa Jepun untuk makanan bekal berupa nasi dan lauk-pauk dalam bungkusan praktikal yang boleh dibawa dan dimakan di tempat lain. Seperti nasi bungkus, bentō boleh dimakan sebagai makanan tengah hari, makan malam, atau bekal perkelahan.

Bentō biasanya dibungkus untuk satu orang, walaupun dalam erti yang luas boleh bermaksud makanan bekal untuk sekumpulan atau sekeluarga. Bento dibeli atau disiapkan sendiri di rumah. Ketika dibeli, bentō sudah dilengkapi dengan penyepit pakai buang serta penyedap rasa yang disesuaikan dengan lauk, seperti kicap atau sos dalam paket mini.

Ciri khas bentō adalah susunan jenis lauk dan warna agar sedap dipandang serta mengundang selera. Bungkusan bento selalu mempunyai tutup, dan bekas bentō boleh berupa kotak segi empat plastik, kotak roti, atau kotak kayu yang diperbuat daripada tangan yang dilicinkan. Suri rumah di Jepun dianggap perlu pandai menyiapkan bentō, walaupun bentō boleh dibeli di mana-mana saja."

Saya dikehendaki menyediakan Pasta Bows with Chicken & Tofu Patties.

Saya dan Faizah dari Harian Metro sedang bersungguh memeriksa bahan-bahan yang perlu ada.

Chicken & Tofu Patties

(1) 3 - 4 sudu minyak masak Naturel Blend
(2) 300 gram ayam kisar
(3) 1 gulung tofu telur (150 gram) - dihancurkan
(4) 1/2 sudu kecil gula
(5) 1/2 sudu kecil Knife Classic Light Soy
(6) 1/2 sudu kecil garam
(7) 1 labu bawang putih - dicincang
(8) 1 sudu kecil daun bawang
(9) 1 sudu kecil tepung jagung

secara ringkasnya, ini adalah bahan-bahan di atas ;)

Cara memasaknya:

(1) Campurkan kesemua bahan di atas sehingga sebati kecuali bahan (1).
(2) Perapkan seketika.
(3) Bentukkan mengikut citarasa anda.
(4) Goreng selama 5-6 minit dengan menggunakan minyak masak Natural Blend.


Sambil-sambil menanti patties masak, saya menyediakan pula pasta.

(1) 2 sudu kecil minyak masak Naturel Virgin Olive
(2) 50g pasta
(3) 1 biji tomato yang dikupas kulitnya dan dipotong dadu
(4) 1/2 bawang besar yang dicincang
(5) 1/2 sudu kecil garam
(6) 1/2 sudu kecil gula
(7) 1-2 sudu kecil air rebusan pasta

Caranya:

(1) Rebus pasta dengan sedikit garam didalam air yang mendidih selama 12 minit. Toskan.
(2) Tumis bawang besar dengan minyak masak Naturel Virgin Olive hingga naik bau.
(3) Masukkan tomato dan masak sehingga lembut. Tambahkan gula/garam.
(4) Campurkan air rebusan pasta.
(5) Campurkan pasta dan gaul sehingga sebati.

Tada!!!

Inilah hasilnya Naturel Bento saya xo!
Pasta Bows with Chicken & Tofu Patties

Bento yang kami sediakan ;)

Menunya ringkas, mudah, cepat, berkhasiat dan Obiya suka. Ada banyak lagi resepi yang ringkas, lazat dan berkhasiat yang dicetuskan oleh Naturel. Selepas ini saya akan kongsikan satu persatu (hopefully) dengan kawan-kawan untuk dipraktikkan untuk anak-anak kesayangan kita.

sejuk je hijau ;)


dan, ini yang saya bawa pulang ke rumah akhirnya...

Terima kasih Naturel untu ilmu dan semua dalam goodie bags.
Terima kasih Rubbermaid untuk Bentos yang sangat banyak.
Terima kasih Advertlets di atas jemputan ;)


Makanan sihat dan sangat kenyang!

"Eat right" by Ms. Indra.

Tips dan pengalaman serta pengetahuan yang berguna dari Puan Rohani Jelani


Anna & Ms. Indra
Me & Diyanazman ;)

Eti Karim , Kak Shasha & Diyana Azman


The happy us!
Let's eat Naturel-y!

2 comments:

Ruth said...

Hi, Putri! Nicely written, and you have a nice blog :)

Eti said...

suka update nie, sangat Naturel! :-)