Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

11/03/2011

RIP My. fave old man - Aboh

Semalam malam Jumaat.

Semalam juga saya menghantar 'hadiah' special kat Aboh. Saya harap Aboh suka terima hadiah dari saya. Dalam saya sibuk preparing 'hadiah' untuk Aboh, saya juga tak lupa untuk Ummi, Abang Nan, Ayah Mat dan Ayah Hassan serta beberapa orang lagi. Alanna Qish juga dapat hadiah dari Mama Put semalam. Selesai kasi 'hadiah' saya termenung panjang. Anak-anak semua sudah lena.

Saya teringatkan 'tazkirah' ringkas saya pada Dr. Ariffa dan Abs, semasa kami dalam perjalanan pulang dari Kuantan. Jika ditanya pada saya, bersediakah menerima ketentuan akan kehilangan ibubapa, jawapan saya hanya satu dan hingga bila-bila jawabnya tidak. Selama mungkin saya ingin berada disamping ibubapa yang melahirkan, membesarkan dan memberi kita sepenuh kasih dan sayang.

Bercakap dari pengalaman saya, hingga ke hari ini saya masih mengharapkan agar Aboh kembali semula walau saya tahu sesekali tidak akan terjadi keadaan ini. Aboh telah pulang kepadaNya dan tak mungkin akan kembali. AlFatihah.

Jika Aboh masih ada, saya terbayangkan datuk yang penyayang itu akan mencurahkan segala kasihnya pada Lope dan Obiya. Malah, sewaktu sakitnya juga Lope lah yang menjadi kesayangan hati. Tambah pula Lope adalah istimewa maka saya yakin Lope akan mendapat tempat istimewa didalam hati Aboh seperti juga Abang Nan.

Mungkin saya terlalu bermimpi.

Ye, saya hanya mampu bermimpi.

Orang yang pergi tak akan kembali lagi. Sementara ibubapa masih ada, berjasalah pada mereka. Walau sesibuk mana pun kita dengan urusan kerja harian, luangkan masa walau 5 minit sehari mendengar suara dan keluh kesah mereka. Hargai hari tua mereka. Saya sendiri walau tak mampu menyenangkan Cik, saya berharap saya tidak menyusahkan dia. Itu sudah cukup. Hari-hari tua Cik adalah untuk meniti sinar kebahagiaan bersama anak-anak dan cucu-cucunya. Sudah cukup selama ini Cik bersusah payah membesarkan kami adik beradik.

Jika masih mampu memeluk mereka, maka peluklah.

.
.
.

Jika masih mampu menghubungi mereka, maka telefonlah.

.
.
.

Jika masih mampu memberitahu mereka kita sayang mereka, maka luahkanlah.

.
.
.

Kerana apabila dia dijemput pulang,
hanya doa dari sang anak sahaja yang mampu kita berikan.

.
.
.

Tiada lagi pelukan mesra.

.
.

Tiada lagi mulut tua yang membebel.
.
.
.

Tiada lagi doa dari ibu dan bapa mendoakan kesejahteraan kita.

Selepas saya menghantar 'hadiah' pada Aboh juga, saya menjengah Twitter saya, dan tweet dari Youk Jaafar (Bunkface) sangat meruntun hati saya kerana itulah yang saya rasai waktu itu.


I miss my Aboh.
Rest in peace, my favourite old man on earth.
No one can ever replace you in my heart.

.:: Al-Fatihah ::.

5 comments:

insan kerdil said...

untuk merelakan kepergian suatu nama biar betapa pun usianya...biar betapa pun lamanya...tetap tiada had nya...

meski pun cukup sedar itu lah kenyataan...itu lah jua hakikat...yang merupakan hak milik mutlak Penentu....Pemilik.....

berkasih sayang sesama insan adalah nikmat kurniaan daripada Ilahi.....andai berkasih sayang di sini...berpisah jua di sini...kerana di sini cuma persinggahan.....dalam kembara menuju ke alam abadi...

buat yang menyaksikan kehilangan...sedayanya akan berusaha menghargai...mensyukuri tiap nikmat yang Dia kurniakan.......

buat yang kehilangan...kepergian suatu nama itu diharapkan dapat bertemu di sana kelak...yang merupakan suatu perjuangan.....dalam menuju redha Ilahi...

al-fatihah...

ketentuan Allah adalah rahsia Allah..

wallahu'alam...

ShaSha said...

Put..kita sama..pagi tadi akak bagi hadiah untuk 'abah' dan nenek, akak juga..pagi2 di office, sunyi..rasa dekat dengan dia..(tears)

Princess Nur said...

knur pun terharu dgn n3 sue ni.. macam sue jugak ayah mat tetap dihati selama2nya.. al fatihah..semoga roh mereka aman di sana.. kita sentiasa doakan..

iAmeFie said...

kakak, i feel u...
T_T

aSmiDar said...

Al-Fatihah..:(