Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

22/03/2011

Nak mengandung lagi ...

Tak tahu sama ada korang perasan ke tak semenjak dua menjak ni saya terlalu kurang bercerita mengenai Lope dan Obiya. Saya sengaja memberi mereka waktu senggang untuk tidak tampil disini, namun hari ini, saya rindu lagi untuk bercerita mengenai kesayangans ini.

Kiri kanan saya mencanang cerita mendapat baby baru. Tahniah Faizal & Hanim sebab semaian cinta hati ke-4 sudah lahir kedunia ini, lepas tu beberapa rakan blogger dan kawan-kawan juga disahkan mengandung dan dapat baby baru. Aduh, nak baby jugak! Tipulah kalau saya tak ingin mempunyai anak kecil lagi dalam rumah kecil saya ini. Tipulah kalau saya cakap Lope dan Obiya dah cukup sebab saya memang impikan sebuah keluarga yang besar.


Merancang, mengandung, melahirkan seterusnya membesarkan mereka bukanlah suatu perkara yang boleh cakap 'Jom Abang kita buat anak' pada Encik Bubu. Lope hadir di tahun ketiga perkhawinan kami, dan Obiya 2 tahun selepasnya. Umum tahu. Lope dan Obiya adalah dua beradik yang berbeza segala-galanya melainkan mereka lahir dari rahim yang sama. Obiya hadir tatkala saya dan Encik Bubu tidak meletakkan sebarang harapan dalam menambah isi penduduk rumah kami namun kami juga tidak menolak kehadirannya.

Namun, untuk insan ketiga, saya dan Encik Bubu terpaksa memberikan keutamaan kepada apa yang perlu diutamakan terlebih dahulu. Perancangan saya, Lope haruslah berjalan dahulu. Saya sudah serik menahan rasa apabila didalam waktu berpantangkan Obiya, saya terpaksa membiarkan Lope sendirian dibawah jagaan bibik dan ibu saya. Melahirkan anak secara c-sect amat menyakitkan dan saya dilarang dari mendukung dan mendodoikan Lope yang beratnya mencecah 10kg tatkala itu.

Hasilnya, saya cuma mampu membiarkan Lope menangis sendirian jika dia tersedar pada waktu malam tapa mampu mendukung dan membawanya ke dada dan mencium ubun si anak kerana badan saya tidak mampu berbuat begitu. Namun, minggu ke dua berpantang, saya tidak mampu hanya melihat dan mendengar sahaja tangisan manja Lope dan anak itu saya angkat juga ke ribaan.


Mahu tahu hasilnya?

Berlakulah pendarahan di tempat pembedahan. Sakitnya amat kepalang tapi saya puas kerana saya mampu mendodoikan anak saya sendiri.

Oleh itu, untuk kelahiran ketiga, saya merancang dan dengan keizinan Allah, kurniakanlah kebolehan bertatih sang anak dahulu. Obiya tidak saya khuatirkan kerana dia mampu berjalan sendiri, mampu memberitahu untuk minum, makan dan sakitnya tetapi tidak pada Lope. Maka, hasrat menambahkan ahli keluarga haruslah ditangguh terlebih dahulu kerana asas-asas pertimbangan di atas.

Lope at his 4 months age

melihat gambar ini membuatkan saya rasa membuak-buak inginkan anak kecil lagi. terutamanya another megat jr. :)

moga masih diberi rezeki di masa akan datang.


7 comments:

Syahida said...

Put, i pun nak baby jugaaakkk...but putting it on hold because of 'similar' reason..

ShaSha said...

didoakan tercapai hasrat Put..insyaAllah!

Bicara hati ibu aisya said...

Comelnya lope masa baby :)
Betullah put, tahun niramai pulak kengkawan yang preggy dan dapat baby kan?Bila tengok mereka...jadi teringin pulak tp memikirkan keadaan anak yang perlukan perhatian kita,tahankan dululah.Hihihi..
Insyaallah, ayu doakan moga dipermudahkan buat put sekeluarga agar akan ada another megat jr, kawan lope n obiya :)

abs said...

amin.. moga dipermudahkan impian itu.. niat murni untuk tambah umat ;)

Yasmin Nabilah.. said...

Amin..:) mmg teruja tgk mereka2 yg ngandung..hehe..

alyyani said...

being a mom of two for a normal child pun kena timbag tara gak put. moga kita dipermudahkan urusan bila nak tambah produksi lagi kan. amin.... gmbr last lope tu, yaAllah, mmg la terasa nak pregnant. hehehe..

nuyin2u said...

ya..mmg sgt2 teringin..