Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

24/03/2011

#Day 8: Your dream wedding

pergh!
soalan ni kalau jawab masa kawin dulu baru best :P hahahhaha baru berangan tak ingat dunia

ini zaman 7 tahun lepas :P

yang sebenarnya, saya dah dapat perkahwinan idaman saya 7 tahun yang lalu dan saya rasa saya tak perlukan perkahwinan lain di masa akan datang. hanya satu sebab kenapa saya rasa saya dah dapat perkahwinan idalam saya jika saya minta untuk melakukannya sekali lagi..

saya yakin dan saya pasti, tiada lagi tangan aboh yang akan menyalami tangan imam (suami) saya sebab Aboh dah tiada. Simboliknya majlis ini, kerana dengan satu lafaz sahaja maka tanggungjawab dari seorang ayah sudah bertukar ke tangan seorang lelaki selepas 22 tahun pegang tittle jadi favorite girl Aboh (and will always do).

saya jenis tak banyak demand dan sangat simple dalam segala-galanya. perkahwinan saya dulu pun sangatlah ringkas dan saya sukakannya. sekarang ni, rata-rata saya tengok majlis orang kahwin sangat vas. macam-macam ada, lepas tu mulalah fikir agak-agaknya zaman Obiya nanti apalah lagi yang saya kena sediakan. hahahhaha.

ini gambar masa lepas akad nikah.
i still remember, lepas majlis ni abis, Encik Bubu pun balik la hotel untuk majlis esoknya plak, lepas tu terima SMS dari dia tulis

'good nite, my dear wife. see you tomorrow'


:)

No comments: