Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

11/02/2011

Selamat Hari Lahir Ke-2!

Okey, tengok gambar ni hati jadi sayu sebab saya memang tinggalkan dia kat rumah dengan Pinky hari ni satu hari :'( Pagi tadi semasa saya memberitahunya Lope perlu bermalam di dalam wad, dia nampak cemas dan mencari-cari Lope di ruang tamu dan bilik saya, memeriksa sekiranya Lope tidur disitu. Pagi tadi juga, saya bawa dia ke hospital, namun dia tidak berpeluang berjumpa Lope kerana kami ke sana bukan pada waktu melawat dan setiba di hospital, dengan pantas dia menuju ke arah Jabatan Rehabilitasi dimana dia sering menemani Lope menghadiri terapi.

Rasa bersalah kerana tanggal angka 12 malam, Obiya menginjak usia 2 tahun tetapi saya tiada disisinya :'( Lope saya sayang, Obiya saya kasih. Tiada kurang, tiada lebihnya buat mereka berdua. Rasanya sudah lama saya menjadi mama kepada Obiya, namun baru 2 tahun sebenarnya. Sudah puas saya meniti detik bergelar ibu kepada anak tipikal kerana Obiya memberikan saya peluang yang sangat berharga melihat perkembangan seorang anak dari berbaring hingga berjalan, berlari dan aktif menari serta berdansa hanya dalam tempoh 2 tahun.

Terima kasih Allah kerana menyempurnakan journal seorang ibu seperti saya. Tidak banyak yang saya minta, cukup sahaja anak-anak dari zuriat saya ini dipermudahkan segala urusan dalam kehidupannya dan menjadikan mereka anak soleh dan solehan yang akan mendoakan kesejahteraan kedua ibubapanya kelak.

Dan ini, harapan mama untuk anak dara itu.

Buat anakku Puteri Mariam Sophia,

Sempena usia menginjak angka 2 ini, Mama doakan Phia akan membesar menjadi anak mama yang cantik, berbudi bahasa, pintar dan menjadi seorang adik yang patuh dan rajin pada Lope. Mama cuma ada Phia yang boleh Mama sandarkan harapan untuk menjaga Mama nanti tua nanti dan Lope.

Okey, maybe terlalu awal untuk anak Mama yang baru umur 2 tahun ni tapi Mama harap, bila Phia dah pandai membaca nanti, Phia baca semula semua catatan Mama di hari kelahiran Phia dan Mama nak Phia tahu yang Mama sayangkan Phia dan Lope sama banyak, tak lebih dan tak kurang.

Selamat Hari Lahir, Puteri Mariam Sophia.
Nanti kita celebrate bila Lope keluar wad nanti.

Sayang abadi,
Mama
11 Februari 2011
Wad 2C, Hospital Putrajaya


Sent from my BlackBerry® Smartphone

6 comments:

Min said...

epi besday jugak buat phia yang comel... dari cikmin sekeluarga di leicester. cepat besar bole g shopping ngan mama ye...

Bicara hati ibu aisya said...

Selamat Ulangtahun Kelahiran buat phia yang cantik.Semoga jadi anak yang solehah dan bijak.

Buat lope, cepat sihat yer nak.Cian phia tgu lope balik tuh.

Yasmin Nabilah.. said...

Happy birthday Phia... :) Moga membesar dengan baik, ceria dan jadi anak yang solehah..Amin..:)

nuyin2u said...

happy birthday obiya...

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

epi belated besday dear!!!
semoga menjadi anak yg terbaik tuk kuarga.. =)

nasaoji said...

selamat hari lahir utk princess sophia!..[belated]..