Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

03/02/2011

Kenapa Blog?

Dapat tag ni dari sepupu saya Kak Nur dah dari tahu lepas lepas tapi dengan banyaknya kerja dan acara dalam hidup ni, baru hari ni saya sempat menilik betul-betul apa tagged yang dimaksudkan.

Kenapa Blog?
Saya suka tagged ni.

Sejak dari kecil, saya melihat Aboh saya suka membaca, dari membaca kemudian dia menulis. Saya akui, Aboh banyak memberi inspirasi kepada saya dalam bab penulisan. Aboh saya terrer menulis, tak kira bahasa atau pun english. Saya juga pernah ibaratkan Aboh sebagai kamus hidup kerana beri apa sahaja perkataan english yang saya tak tahu, Aboh mampu memberikan maksud dan contoh penggunaanya kepada saya. Jika Aboh sendiri tidak tahu, Aboh akan rujuk kepada kamus. Sehingga ke hujung usia Aboh, Aboh masih membaca. Mungkin sahaja membaca buku agama, politik, sirah mahupun apa sahaja hinggalah ke Straits Times.

Saya sendiri suka menulis. Saya menulis mengenai apa sahaja. Apa yang saya lihat, saya rasa dan saya fikir. Saya terjemahkannya kedalam bentuk kata-kata. Apabila Aboh saya melucutkan nafasnya hampir 4 tahun lalu, Aboh tidak meninggalkan harta untuk kami adik beradik, tetapi Aboh meninggalkan sesuatu yang jauh lebih berharga dari segalanya. Aboh meninggalkan diarinya untuk kami tatap. Diari yang ditulis semenjak sebelum memulakan alam rumahtangga dengan Cik dan seterusnya sehingga ke saat-saat dia mampu menulis dan mengingati aktiviti hariannya semua ada dirakam didalam diari Aboh.

daddy's girl - forever!

Diari yang pertama saya cari adalah diari pada tahun 1982. Saya selak tanggal 18 Januari dan saya membaca catatan seorang ayah yang sedang menunggu anak ke lapannya dilahirkan di muka bumi ini. Syahdu. Saya menangis. Didalam diari tahun 1982 juga saya membaca bagaimana Aboh memarahi Cik kerana membiarkan saya jatuh. Didalam diari ini juga, Aboh catatkan doanya kepada Maha Pencipta sekiranya ingin dijemput dia pulang kepadaNya dia mohon agar semua anak-anaknya sudah boleh berdiri sendiri dan merahmati isterinya.

Saya menangis dan kerana itu, saya menulis, kerana itu saya memulakan journal saya sebagai seorang ibu kepada Lope dan Obiya di my.little.secret. Apa yang saya abadikan disini adalah sesuatu yang sangat berharga, yang tak mampu saya gantikan dengan nilai wang ringgit. Menjadi seorang anak, adik, sahabt, isteri dan ibu adalah sesuatu yang terindah dalam hidup saya dan saya tidak ingin mensia-siakannya. Saya mahu, suatu masa nanti Lope dan Obiya juga membaca catatan kehidupan mama mereka dan mungkin juga untuk saya sendiri mengingati saat-saat indah saya tatkala usia di penghujung senja nanti.

Maka, kerana itu saya menulis blog.

Blog yang pertama menapak di hati saya adalah blog Jiey, mama kepada Rayyan Arif. Sewaktu saya membaca blog itu, saya sedang bercuti melahirkan Obiya. Saya baca tulisan kerna kasih kita setulus hati dan saya menangis sendiri. Saya tersedar, Allah memberikan ujian kepada saya tidak seteruk insan-insan lain, dari situ saya nekad untuk menulis bagi berkongsi ilmu dan pengalaman, saya ingin mendidik dan mungkin memberi kesedaran bahawa kita masih belum berada di penghujung dunia sekiranya dikurniakan anak-anak istimewa ini. Saya ingin menjadi seperti Jiey, seorang ibu yang kuat.

one of my favourite picture - supermummies!

So, kenapa korang menulis blog? Kalau berminat, buat entry eh dan jangan lupa cakap kat saya sebab saya nak tahu kenapa anda menulis.

4 comments:

LiLy KnoTWiSe said...

i will make entry with the same title ^___*

Princess Nur said...

akhirnya tag ni terjawab jugak sue :)

Puteri Nuur At-Terawis said...

Jia, buat la, nanti I nk baca :)

Puteri Nuur At-Terawis said...

Kak Nur,
Akhirnya :) sorry for the delay