Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

16/02/2011

Kaki kecil ini...

Perkara paling saya benci apabila berada disini adalah apabila terpaksa menyerahkan Lope untuk dicucuk. Saya mungkin terlalu emosi kerana saya mamanya. Melihat dia meronta, menangis, menjerit memanggil mama bukanlah scene yang boleh buat saya lihat dan tunggu sahaja. Scene ini lah yang sangat meruntun jiwa saya.

2 malam lepas, kedua-dua belah tangan Lope bengkak, kesan dari pengambilan antibiotic. Mahu tidak mahu, kesemua line yang sudah dicucuk ditangan kecilnya terpaksa dibuka dan doktor perlu mencari line darah yang baru. Malam itu, saya mendukungnya dan menghantar dia ke bilik rawatan untuk dicucuk. Malah bukan sahaja saya, Encik Bubu juga sama menemaninya.

Itu adalah antara malam yang sangat sukar untuk saya lupakan. 30 minit Lope didalam sana. 7 kesan suntikan di kaki dan 2 kesan suntikan di tangan dan kesemuanya adalah gagal! Sumpah saya naik angin. Sumpah saya kesal kerana tangan housemen yang mencucuk anak saya itu membuatnya sesuka hati. Kalau tidak yakin atau tidak tahu atau tidak nampak, boleh tak ditinggalkan sahaja pesakit ini untuk doktor yang lebih berkemahiran?

Sudahnya, hanya dengan 1 suntikan sahaja Lope berjaya dicucuk. Dia tidak perlu menerima 9 suntikan yang menyakitkan itu - tanpa sebab!

7 suntikan dikaki adalah zalim. Habit Lope yang suka menendang-nendang sangatlah menyukarkan keadaan kerana setiap kali jarum itu mencucuknya dia akan meronta, menggelupur kesakitan.

:(

Gambar di atas adalah kaki kecil Lope, kesan menerima 7 suntikan. Ada 2 kesan lebam. Adakah saya terlalu emosional kerana saya seorang ibu ataupun memang patut saya naik angin melihat badan kecil ini dicucuk sesuka hati.

Semoga Allah melindungi Lope, mempermudahkan segala urusannya dan kesihatan yang stabil. Terima kasih di atas semua kunjungan, doa dan keprihatinan semua yang bertanyakan mengenai Lope. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Sent from my BlackBerry® Smartphone

18 comments:

insan kerdil said...

hemat seorang ibu...adalah kurniaan daripada Ilahi......

biar apapun kaedah nya...pabila ianya selari dengan matlamat....yang sama dengan yang mengharap....InsyaAllah, sering nya hati akan tahu...jiwa itu bijak dalam menilai...

semoga Allah S.W.T mempermudahkan urusan buat yang teruji dan diuji.....dan semoga 'perhatian' mereka.....turut disertai oleh kasih sayang.....setulus kasih nya ibu....kasih nya ayah....buat permata hati yang sentiasa bersinar....di tiap hati yang punya jiwa....aminnn

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam...

IrinaSairah said...

poor lope.....nak menangis ina tengok gambar tu...huhuhu...dah tak reti tu jangan lah suka hati nak jadikan kaki anak orang as bahan eksperimen lak...cuba orang cucuk kaki ko macam tu...mengamuk tak???eee....naik angin gak ni...

jie said...

get well soon lope. Aunty doakan lope cepat sembuh dan boleh cepat-cepat main dengan obiya..
Put, kuatkan semangat ya. Moga Allah permudahkan segalanya buat kamu

ieda said...

adehh....itu bukan tempat yg sesuai utk pasang line drip...the vein will collapsed once injected.pity lope.

ieda said...

adehh....itu bukan tempat yg sesuai utk pasang line drip...the vein will collapsed once injected.pity lope.

Bicara hati ibu aisya said...

Alahainya..kesiannya Lope.Semoga segera sembuh sayang.

Dila Si Mama Dzariff said...

Huhu...dalam hatiku terus hujan lagi tengok Lope. terbayang Dzariff masa masuk wad dulu...huhuhu...
Sabarlah Put....

nasaoji said...

menitis air mata saya!.. :(

Puteri Nuur At-Terawis said...

Insan Kerdil : amin. Semoga diberikan kekuatan kepada anak kecil saya dan mamanya juga.

Puteri Nuur At-Terawis said...

Ina: kakput lagi lagi lagi sedih :(

Puteri Nuur At-Terawis said...

Ina: kakput lagi lagi lagi sedih :(

Puteri Nuur At-Terawis said...

Jie: lope lagi kuat dari put :( mama dia pinjam kekuatan dari dia

Puteri Nuur At-Terawis said...

Ieda: masa housemen tu inject sgt kejam, dia tarik tolak jarum tu sebab cari urat. How cruel!

Puteri Nuur At-Terawis said...

Ayu: insya allah

Puteri Nuur At-Terawis said...

Dilla: kat sini dah tsunami ;) tapi kesian dia phobia takut tgk doktor

Puteri Nuur At-Terawis said...

Nasaoji: :(

Jue-Isteri_Ibu said...

saya yg baca ni pun terasa sakitnya, inikan lope.. harap2 lope cepat sembuh..

LiErOSe~QiEmi said...

kak put, anak saya badan gebu yang amat, so kalau nak cucuk apa2 or amik darah mmg sgt ssh.. so macam lope gak, dia akan kena cucuk banyak kali sbb tak jumpa salur darah.. so faham sgt ape kak put rase.. macam nak tendang je staff yg buat tu kan.. cube kena kat anak dia... emonyeee rase.. cian lope..