Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

15/02/2011

jangan sakiti Lope saya lagi :(

Saya masih disini, setia menemani Lope. Banyak perkara yang ingin saya kongsikan disini namun tak tertulis dengan kata-kata. Hari ke 5 disini merupakan hari yang amat mencabar untuk saya. Lope tambahan lagi.
Jam 2 pagi, saya yang ingin tidur menyelimuti Lope sebelum saya sendiri rebah di kerusi. Saya lihat tangannya menggigil. Saya jamah dahinya - panas. Lantas saya memanggil nurse dan suhu badan diambil - 37.7. Sah! Lope demam. Saya sendiri agak hairan, kenapa dia demam kerana sepanjang tempoh 4 hari pertama dia disini, dia tidak demam. Nurse kemudian datang semula dengan membawa 'bullet' dan memasukkannya ke anes. Namun Lope masih menggigil.
Saya kemudian mula diserang rasa takut untuk tidur. Saya duduk disisinya. Saya lihat dia tidak selesa. Nafasnya tidak teratur, dia menggigil hebat. Saya bukan doktor, tapi saya seorang ibu. Saya tahu, jika demam Lope mencecah 40 sekalipun, dia tidak menggigil kesejukan begini. Bibirnya tidak akan terketar-ketar begitu. seketika, bibirnya menjadi biru! Ya Allah, waktu itu saya sendiri tidak mempercayai mata saya. Lantas saya menekan loceng meminta bantuan jururawat. Tangan saya masih memeluk Lope. Dia masih juga menggigil kesejukan.
2 minit berlalu, bayang nurse belum kelihatan. Saya menjenguk keluar. Tiada sesiapa disitu. Saya bertawakal meninggalkan Lope seketika. Saya keluar dari bilik menuju ke kaunter jururawat. Tiada sesiapa disitu. Saya menjenguk ke dalam 3 bilik yang berada disitu - juga sunyi. Jam menunjukkan 2.30 pagi. Sehinggalah saya menjenguk ke dalam bilik tv, saya melihat 2 orang nurse itu sedang berbaring. Seorang sudah lena dan seorang sedang menonton tv sambil berbaring santai.
"Boleh tak saya nak minta ambil suhu anak saya sekali lagi, badan dia panas." Mereka saling berpandangan. Muka mereka kelat memandang saya. Mungkin juga menyampah.
"Dah ambilkan 10 minit tadi? Nak ambil lagi?"tanya nurse yang mengambil suhu badan Lope tadi.
"Badan dia panas. Saya pegang dia makin panas"dia bangun, masih dalam kemalasannya.
"Jangan bimbang kak, biasalah budak demam" jawabnya sepatah. Mentang-mentanglah pesakit bukan anak dia, sedap je dia cakap jangan bimbang.
"Takpun, kalau malas sangat nak ambil, kasi je saya pinjam termometer" waktu itu saya sudah menuju ke kaunter nurse sambil mata saya melilau mencari termometer. Bila saya menjumpainya, terus saya ke bilik mendapatkan suhu badan Lope.
39.6!
Bimbang saya bersebab, kan? Nurse berkenaan hanya menghubungi 'on call doctor' selepas saya berkeras mahu doktor sahaja melihat keadaan anak saya dan bukannya nurse. Apabila doktor datang 20 minit kemudian, Lope dah sedikit ok selepas saya sponging seluruh badannya. Doktor sendiri tak dapat nak pastikan kenapa Lope berkeadaan begitu.
Esoknya, Lope kembali OK. Tidak demam dan memanggil-manggil "mama" dalam senyumnya. Saya kembali tenang, berharap agar hari ini kami diberi pulang. Rasanya sudah sarat rindu saya pada Obiya. Tak lena malam-malam saya disini tanpa pelukan budak perempuan kecil itu yang selalunya tidur disebelah kanan saya.
............ To be continue.

Sent from my BlackBerry® Smartphone

14 comments:

~conangirlz~ said...

as salm..
saya silent reader akk...
suke tgk senyuman ank akk tu..^ ^
sy doakan agr ank akk cept2 sembuh..
semoga akk sekeluarga d berikan kesihatan y baik..amin..

ieda said...

salam...moga lope cepat sembuh & happy belated birthday to phia...

alyyani said...

take care put. jaga kesihatan jugak ye. kalau mama nye sakit, susah jugak tu. hope idris bole discharge harini. apa nak dikata dgn nurse2 ni ye. sampai bila nak kena ada attitude yg mcm ni. take care...

Dila Si Mama Dzariff said...

Put...dalam hatiku sudah ada hujan....cepatla baik lope!

Yasmin Nabilah.. said...

Tak patut betul la nurse2 kat situ..huhu..39 tu tinggi tau..huhu..

Put kuatkan semangat k..bilalah nak tgk lope nih..ayah Nabila keje lak arinih..Moga lope lekas2 sembuh..Amin..

insan kerdil said...

meski berada di ruang sewajarnya....dikelilingi perhatian yang 'sepatutnya'....kasih nya ibu tiada bertepi...digunakan sebaik mungkin hemat seorang ibu....kurniaan daripada Ilahi....

semoga dipermudahkan urusan oleh Allah S.W.T....yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani....buat insan yang teruji dan diuji.....aminn

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam...

Aiydalela said...

moga lope cepat sembuh. nanti obiya ada teman nak maen2. Amin

:cahya schatz: said...

take care lope n sue...

Min said...

semoga idris kuat & cepat sembuh ye sayang... put, u take care too...!

Azma said...

salam..
pernah ke sini sekali sekala tp x komen apa2. Hari ni bila baca entry rasa mcm terperanjat sgt.. Geramnye kat nurse2 tu.. tu yg sampai 'mengomen' kali ni..:) Harap2 lope cpt sembuh..

Bicara hati ibu aisya said...

Salam put, kuat dan sabar banyak-banyak k. ayu doakan semoga lope cepat sembuh dan riang bermain seperti sediakala.

Pnut said...

salam put..
idris masih di hospital?
atau sudah pulang??
moga idris tiada apa-apa yang merisaukan, dan kembali sihat...

nasaoji said...

adehhhh!!..mencinyer jawapan nurse tuh!

ians said...

kdg2 mmg geram biler jd kat kita. sy dah byk spital g dr kuantan ke seremban, serdang dan juga putrajaya maklumlah tubuh badan amir sememangnya lemah sejak lahir. hospital dah jd umah kedua tp skrg dah ok sket. tp alhamdulillah nasib sy baik krn sy belum "terkena" lg. malah semasa di HDW, serdang ketika amir menjalani operation cleft palate, sy sgt terharu dan gembira dgn layanan nurse kat situ. masih ingat lg amir x henti2 menangis krn x boleh menyusu memandangkan lelangitnya baru dijahit dan dia hanya akan diam apabila sy memeluk dan membacakan zikir ditelinganya. akhirnya seorg nurse india pasangkan ayat2 suci al-Quran utk amir. dpt ler sy berehat kejap. syukur.