Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

02/02/2011

Hari FT saya

Nak jugak sebut FT kan?

Semalam saya tak kemana. Bermalas-malasan dirumah sahaja. Tiba-tiba saya dapat call dari adik saya ni. Dah lama dia tenggelam tak timbul-timbul. Tiap kali saya call dia, mesti dia di Terengganu. So semalam, sebab dia tengah tension jalan jammed gila kat Shah Alam, dia boleh je datang rumah saya di Putrajaya ni.

Gambar dicilops dari FB dia.
Nama dia Neda. Klik sini nak baca blog dia.

Lama dah tak jumpa Neda ni, so dia datang rumah dan kebetulan memang nak beli groceries di Alamanda, so kami keluarlah. Kali ni Neda jadi driver sebab selalunya saya yang jadi dan bawa Obiya juga. Bukan main susah lagi nak bawa anak dara saya keluar. Baju pun pilih sendiri. Asyik duk ulang pakai tee putih-pink yang ada gambar love tu je la favouritenya. Ada taste juga si Obiya ni sebab skirt pink itu jugaklah yang dia pilih.

So, kami bertiga dating dengan si Fahi kat sana. Janji jumpa Fahi di Parkson. Ini yang jadi kat Obiya bila sampai.

Obiya jumpa Mok Ya dia ;)

Lepas tu terus 'mabuk' sebab tak tahu nak ambil yang mana satu mainan. Mama cakap cuma pilih satu. Tengok budak 'mabuk' nak pilih hadiah ni.


Memandangkan minggu hadapan genaplah usia Obiya 2 tahun, memang saya berhajat membawanya ke Toys R Us yang baru dibuka di Alamanda, Putrajaya. Alang-alang kami sudah ke sini, saya panjangkan terus langkah untuk Obiya memilih sendiri apa yang dia mahu. bukan selalu mama kasi reward, kan?

Dalam banyak mainan yang saya kasi kelonggaran untuk Obiya pilih, ini yang dia mahukan.

Sangat cute bila dia menolak stroller itu berpusing didalam Toys R Us. Saya sendiri membiarkan sahaja dia. Banyak juga orang yang menegur lagaknya yang tak ubah seperti seorang mama yang sedang pergi shopping dengan anaknya. Maka, saya yang berhajat ingin membelikannya educational toys tak jadi sebab kesian tengok muka yang betul-betul mahukan stroller itu.

Stroller Baby & Me - RM34.95

Okey, murah je kan hadiah birthday Obiya :P *good-girl*

Lepas keluar dari Toys R Us, Neda dan Fahiya temankan saya ke Carefour. Tapi, sebelum masuk Carefour, sekali lagi Obiya minta upah nak main benda ni.

Okey-okey ~ Neda dan Fahiya suka layan dia.

Mula-mula naik jeep.


Lepas tu naik kuda.


Bila dah nampak makin lama dilayan makin menjadi, mama akhirnya terpaksa angkat dan masuk ke Carefour je. Nasib dia tak menangis, tapi muka memang jelas tak puas hati. Mulut dah sampai muncung-muncung dah, tapi still behave sebab dah janji dengan Mama tak leh menangis or tak nanti kena grounded ;)

Muka tak puas hati

dengan MokYa lagi

Dengan Mama dan Neda ;)
Patutnya Neda duk depan saya kat belakang - baru boleh sorok lemaks!

Nampak dia macam penat, saya tanya pada Obiya "Nak susu?" dia dengan pantas mengangguk dan menjawab "Nak. Nak."

Minum susu sekejap, mata dah pejam. Rupanya ada orang mengantuk ;) Nasib ada Fahi dan Neda temankan beli groceries, kalau tak macam mana nak dukung lagi sambil tolak barang, kan? Thanks korang :*

Masuk aje kereta, tengok ni..

"I rest my case" - Obiya

Ini driver saya yang driving dalam kelaparan dan bawa kereta 40/km sejam. Sumpah saya rasa macam nak suh dia bawa laju-laju-laju especially masa light hijau dan lagi laju-laju-laju semasa light kuning!

Kesian dengan driver saya yang kelaparan, kami ambil keputusan hantar dahulu Obiya balik kerumah. Seterusnya, kami yang drooling dengan kerang rebus terus ke Ramal Seafood. Ada orang tu budget-budget nak order 5 pax of kerang rebus. Hello, tangki tu kecik je kan? ;)

2 laici dan 1 jus carrot

Puyuh Goreng & Telur Bistik

Sup Campur

Meriahkan meja kami ? ;)

Thanks Fahi for the picture - ku dikelilingi foooooods!

Nasi Goreng Kampung ni sedap!

Kalau korang berada di Putrajaya, kalau nak makan masakan panas, rasanya kira bolehlah tahan, harganya pun tak cekik darah sangat, saya syorkan ke Ramal Seafood ni. Sate kat sini pun sedap. Kami makan-makan-makan semalam yang banyak tu cuma RM48.50 je. Restoran ni terletak di penghujung Putrajaya di kawasan perindustrian, dekat dengan tempat servis Perodua dan Proton.

Bila saya balik rumah semula, Obiya yang merangkap kakak kepada pinky yang sangat loving dah busy mengasuh sambil rajin guna stroller baru ni.

Jaga Pinky sambil tengok Playhouse Disney :)

4 comments:

Miss Layaleya said...

heheheehe.. i like this..:) len kali leh kuar sm2 lg..

rinaida said...

haahahah!!!! shukeeee... hilang stresss!!! oooooo lampu kuning lagi nak kene laju2 ekkk.... lawakla....

LiLy KnoTWiSe said...

1st i loveeee phia with her pink "tutu".. seriously she will look cute if u send her to ballet lesson haha, 2ndly i loveeeee the foods!

Dila Si Mama Dzariff said...

comey comey...geram geram!!!
Bila la dzariff nok dapat baby sister ni...