Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

03/01/2011

Terima kasih Lope, sebab mengerti akan isi hati mama..

Mata kuyu orang yang tak nak makan dan minum :'(

Saya terjaga awal pagi semalam. Tangisan dan rengekan Megat Jr. membuatkan saya terjaga. Rengekannya sayu, mendayu seorang diri sambil dihujungnya memangggil "mam-ma". Saya bangun mendapatkannya, dan perkara pertama yang saya periksa adalah lampinnya. Mungkin Megat Jr. menangis kerana tidak selesa. Namun, lampinnya masih kering. Lantas, saya mencuci tangan dan membancuhkan 150ml susu suam untuknya.

Hatinya saya sayu tatkala susu itu disuakan ke mulutnya, dia menggeleng dan tangisnya makin kuat. Sudah 2 hari dia menolak untuk makan dan minum. Semalam sahaja, hanya 3 kali dia minum susu dan ketiga-tiga kalinya dos susunya tidak dihabiskan. Kebiasaannya, Mehat Jr. minum sebanyak 8 kali susu yang mana setiapnya adalah 250ml. Begitu juga dengan makannya, tiada selera langsung. Bubur nasi yang sering menjadi kegemarannya langsung tidak disentuh, apabila saya menyuapkan Nestum, hanya sedikit dijamahnya. Selebihnya, diam.

Tiada juga suara-suara dari mulutnya yang sering berbicara seorang diri. Rumah saya seperti sangat sunyi. Malah, tiada juga secene dimana saya melihat cubaannya bangkit berdiri. Semuanya tiada. Semuanya seperti terhenti secara tiba-tiba. Saya takut, saya takut saya akan kehilangan semuanya yang telah diberikan kepada saya dan kepada dirinya sendiri.

Di waktu dinihari itu, tatkala saya memeluknya juga, saya merasakan badannya semakin kurus dan terasa tulang temulangnya sewaktu saya memeluk serta sewaktu memandikannya. Pipinya yang gebu juga sudah hilang, matanya cengkung dan hidungnya jelas semakin meninggi kerana daging dipipi seakan kecut.

"Lopekan good boy. Boleh tak anak mama minum susu? Lope jangan buat macam ni, mama takut bila Lope tak nak makan, tak nak minum. Kalau Lope tak makan, nanti Lope lapar. Bila Lope lapar, nanti anak mama tak larat nak belajar dan bangun bermain. Lopekan good boy, mama. Good boy tak buat mama nangis, good boy dengar kata mama," hanya itu yang saya terdaya bisikkan padanya. Megat Jr. masih menangis, sesekali matanya memandang tepat ke mata saya, kemudian menyebut "mam-ma". Kemudian, saya suakan sekali lagi susu panas itu, namun tetap sama, dia menolak.

Seribu kali sayang kerana saya tidak diberi kelebihan untuk memahami bahasa yang dituturkannya. Seribu kali sayang kerana Megat Jr. tidak mampu menyuarakan apa yang dia rasa. Jauh disudut hati saya, saya tahu dia merasai sesuatu keganjilan pada dirinya - mungkin sakit, mungkin tidak selesa dan mungkin juga berbagai lagi andaian saya untuknya. Saya tahu ada yang tidak kena padanya kerana saya ibunya. Ibu yang sama akan merasai kelainan dan keganjilan jika berlaku sesuatu kepadanya tetapi saya tidak tahu apakah yang sebenarnya dialaminya :'(

Wajah Megat Jr. pada 2 Januari 2011 jam 7.00 pagi

Seterusnya, hanya tangis dan rengekan manja memenuhi ruang bilik saya. Apabila saya membacakannya Al-Fatihah, surah 3 kul dan ayat kursi berulang kali, dia terlena didalam dakapan saya. Kepalanya terlentuk di atas bahu ini sambil tangannya memeluk leher saya. Saya akui, ini adalah kali pertama Megat Jr. memeluk leher saya dalam masa selama 20 minit, selalunya hanya seminit sahaja, kemudian dia menarik tangannya. Walalupun lenguh mendukung dia, saya rasa berbaloi kerana dia memeluk saya.

Lenanya Megat Jr. sehingga jam 6.45 pagi, saya baringkan dia dan saya menunaikan solat subuh. Belum usai saya menjalankan tanggungjawab, Megat Jr. tangisannya kembali. Saya kemudian membawanya ke ruang makan dan kali ini saya nekad mencuba untuk menyuapnya dengan Nestum. Tatkala saya menyuap Nestum ke mulutnya, dia menggeleng dan menutup mulutnya dengan tangan tanda tidak mahu. Kemudian saya sekali lagi memujuk dengan berkata "Lopekan good boy. Boleh tak anak mama minum susu? Lope jangan buat macam ni, mama takut bila Lope tak nak makan, tak nak minum. Kalau Lope tak makan, nanti Lope lapar. Bila Lope lapar, nanti anak mama tak larat nak belajar dan bangun bermain. Lopekan good boy, mama. Good boy tak buat mama nangis, good boy dengar kata mama,"

Megat Jr. kemudian membuka mulut dan makan tatkala saya menyuakan sudu itu semula kepadanya. Setelah ditelan, dia seperti bercerita sesuatu kepada saya "mam-ma" diikuti dengan bebelannya yang panjang. Adakah dia benar-benar mengerti akan maksud yang saya tuturkan padanya? Saya berserah pada Allah sahaja, namun saya sangat bersyukur kerana dia kembali makan dan menerima makanan dan minum walau tidak seperti dahulu.

Kembali bersemangat bila menonton Barney and Friends

6 comments:

ieda said...

baguslah idris dah mula makan semula.moga dia kembali sihat dgn segera...amin.

Min said...

good boy idris! insya Allah, didoakan anakanda makin kuat & sihat selalu...

Bicara hati ibu aisya said...

Alhamdulillah...lope dah nak makan dan minum.Moga lope cepat sihat dan ceria belajar seperti biasa.
Good boy idris.

ida khairani said...

Sedey dan sayu baca entry ni. Bagus mama xputus asa. Anak ida pn payah nak makan. Kira scene taknak makan,pujuk memujuk dan marah tu selalu compare dgn scena dia makan. Bila dia makan, puji melambung. Kesian kat dia kena paksa makan, last2 memang ida biarkan saja. Kalau sakit pun, xrety cakap. Kesiannya dia.. Hari2 doa supaya dia boleh sampaikan apa perasaan dia dan ida memahami bebelannya.

MY HEART said...

Semoga idris berselera makan dan semakin bersemangat untuk minum susu.. ^_^

doa dari auntie sha.

ann @ hatiberbunga said...

mungkin dia sakit tekak or sakit perut? ntah la..
nway, tetap lega dia dah mahu jamah makanan.. moga lope bersemangat kembali.. jangan susahkan hati mama ye!