Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

13/01/2011

Teman anak teruna saya dating :)

Sporting kan bila baca tajuk entry kali ni? Mama temankan anak terunanya dating.Lope kali ni dating dengan awek jauh, awek dari Johor plak.

Awek Lope yang malu-malu dengan kakak dia, juga teman adik datang dating :)

Lepas tu, saya minta kakak pandang kamera, tapi si awek Lope stil malu-malu gitu. Alahai, malu nak tengok mak mertua eh? bwahahahha :)

So, saya close up sket muka awek Lope ni. Dia masih malu-malu tau ;)

Inilah dia Ayesha Ilhanee binti Mohd Azizi a.k.a Ayeesha. Ayeesha ni junior Lope sebulan je, kiranya Ayeesha lahir pada bulan Mei 2007. Ayeesha juga ada banyak persamaan dengan Lope menjadikan mereka pasangan serasi (adakah?) hahahha. Mereka banyak berkongsi persamaan kerana Ayeesha juga seorang anak autistik.

Ica - klik sini untuk direct ke blog Icaziesyira

Inilah yang saya harapkan dari blogging - berkongsi ilmu/pengalaman dalam membesarkan anak autistik. Dengan mamanya Ica, saya rasa seperti bercakap dalam bahasa yang sama, lebih dalam rasanya kerana anak-anak kami adalah sama. Berjumpa mereka walau sebentar cuma cukup meninggalkan kesan yang mendalam kerana saya sendiri dan Ica kerana kami happy go lucky dan pasangan kami juga nampaknya serasi bersama. Tak berhenti mulut Encik Bubu dan Abang Jijie bercakap, tak tahu apa yang diaorang borakkan.

Nak tahu apa Lope dan Ayeesha buat masa diorang dating? Ini ha...

Si pakwe gigit jari... haish, tolak 20 markah adab masa dating!

Si awek pun sama :D oh, takpelah 20 markah tadi :P

Pastu Lope tanya"Mama, macam mana? Awek tak layan la.."

sakit kepala si pakwe nak fikir macam mana nak usha awek dan si awek pun suka jugak sebenarnya kat anak mama ni :)

Lope layan diri sambil cari idea

pastu, senyum-senyum sebab dah dapat idea while si Ayeesha masih busy dengan phone

Ayeesha busy dengan cow cute ni

tekan-tekan sambil minum dulu

Si Obiya yang memang rasa susu orang lain lebih sedap berbanding susunya :)

Ayeesha dengan papanya :)

Ica, nanti datang KL roger-roger lagi. Kami tak serik nak jumpa awak and family :)

6 comments:

Aiydalela said...

dating yg sweet :)

jie said...

HAHA obiya super cute, teman lope dating ya :)

ICAZIESYIRA said...

put, comel bangat gambar ayesha and lope gigit jari. cuma kantoi sikit ayesha siap macam korek hidung serentak dengan korek mulut. Fail disitu.

terima kasih put. kamipun happy dapat borak ngan put and bubu. rasa serasi lansung tak rasa janggal.

And entry ni sangat sweeetttt!
next time kita gather reramai yeah?
kalau kat melaka, saya ikut :D

tq so so much!

Puteri Nuur At-Terawis said...

Aiydalela: merasalah mama dia bawak anak dating. hehehhe.

Puteri Nuur At-Terawis said...

jie: itu broker namanya sebab dia minta pengeras nak main mainan Ayeesha. Hahhahaha.

Puteri Nuur At-Terawis said...

Ica,

Insya Allah kalau ke Melaka akan kami hello :) Kalau datang KL lagi, jangan serik jumpa kami sekeluarga ye.