Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

17/01/2011

Pesanan buat sahabat yang masih sendiri

Pagi tadi, saya sedang berBBM dengan Encik Bubu, seperti biasa kami akan bergurau-gurau manja ala dinosour dalam erti kata lain, adalah yang nak gaduh-gaduh sikit. Saya tafsirkan situasi yang saya hadapi adalah satu situasi yang biasa untuk semua pasangan orang berkahwin. Mana ada orang berkahwin dan tak pernah bergaduh. Kalau ada, sila angkat tangan ye sebab saya nak tanya, korang kahwin tu dengan manusia atau robot.

Teman-teman saya yang belum mendirikan rumah tangga sering kali berkata indahnya kalau dapat kawin. Tambah indah bila perkahwinan yang terbina diserikan dengan anugerah cahaya mata. Saya tak nafikan semua itu adalah perkara yang paling indah terjadi dalam hidup saya. Namun harus diingatkan bahawa setiap yang indah ada juga disebaliknya.

Apabila teman saya melihat scene saya bergurau manja di BBM dengan Encik Bubu, ada yang kata 'takutnya nak kahwin' Well, saya cuma senyum. Bagi saya, setiap perkahwinan jika tidak diselang seli dengan satu pergaduhan kecil begini akan suram. Tiada warnanya. Bergaduh itu perlu, bertelagah juga perlu kerana dari sebuah kesilapan kita akan lebih mengenali pasangan kita. Namun perlulah secara hikmah, diakhiri dengan perkataan maaf dan kita akan merasa kemanisannya :)

Itulah adat sebuah rumahtangga. Berentakan seketika namun harus bijak mencari rentak untuk pulang ke pangkalnya. Sebagai seorang yang hampir 8 tahun bergelar seorang isteri, suka saya berpesan ini untuk semua:

Pertama
Jangan sesekali lupa untuk mengucap kata maaf kepada sang suami meskipun kita tahu kita tidak bersalah. Tiada gunanya kita sama menjadi api. Menawan hati suami bukan dengan kerasnya degil kita tetapi dengan kelembutan yang ada pada diri yang membuatkan hati suami cair dengan sendirinya.

Kedua
Walau sepintar mana kita, didepan suami kita bukanlah Albert Einstein. Kadang kala ada perlunya kita mendiamkan diri. Diam bukan bererti kalah, diam kerana tidak mahu kelihatan dungu bertekak mengenai perkara yang kita tahu benarnya. Lelaki akan tetap dengan egonya.

Walau pun saya menulis 2 tips di atas, saya bukanlah seorang isteri ideal :P ada masanya perasaan marah menguasai diri dan ada juga terlepas kata dan meledakkan kemarahan. Siapa kita jika tidak sunyi dari melakukan kesalahan, kan?

Apapun, saya berterima kasih kerana di sepanjang hampir 8 tahun melayari rumah tangga yang berliku ni, rasanya saya sudah merasai masam manisnya, saya faham kenapa orang tua sering berkata 'kami lebih dahulu makan garamnya' dan saya juga menerima teori Yong dan Kak Yan bahawa 5 tahun pertama adalah peringkat kritikal untukk saling mengenali.

Hasil saya sepanjang 8 tahun berumah dan bertangga. Insya Allah dari berempat, kami sepakat akan menjadi kelima dengan izinNya nanti.

Itu kerana kita sudah ditakdirkan bersamanya. Dari Loh Mahfuz lagi telah tersurat bahawa dia adalah jodoh kita. Sejauh mana perjalanan hidup kita bersamanya adalah ketentuanNya semata-mata. Mungkin jodoh yang tersurat sehingga ke hujung usia namun mungkin juga seketika cuma. Sebagai hambanya, berdoa untuk yang terbaik.

Namun, andai kata kata tersurat itu belum tiba, jangan dikhuatiri. Allah tidak akan menzalimi hambanya diluar kebatasannya. Tidak semua perkahwinan berakhir seperti yang dihajati dan adakalanya hidup sendiri itu lebih baik daripada berdua jika berdua itu hadirnya untuk menyakiti sahaja. Jangan sesekali merasa ingin berkahwin kerana tekanan daripada orang-orang disekeliling dan jangan juga biarkan orang menentukan jodoh kita kerana hanya kita sahaja yang akan melalui detik-detik bersamanya.

Menjadi seorang isteri kepada suami bukanlah semudah yang disangkakan. Jika di alam cintanya kitalah dewi, jangan mengharapkan pada keadaan yang sama apabila kita sudah mutlak menjadi miliknya. Oleh itu, untuk kesayangan hati saya yang masih sendiri, usah dibimbangkan. Saya mendoakan kesejahteraan buat semua. Kebahagiaan tidak semestinya hadir bersama cinta daripada seorang lelaki, kesempurnaan hidup juga tidak selalunya datang dari lelaki tetapi dari kasih yang satu.

Buat sahabatku yang masih sendiri, nikmati hidup kalian dengan sepenuhnya. Terokai alam semesta ini selagi mampu, tuntuti ilmu walau sejauh negara China sekalipun, timbalah seberapa banyak pengalaman, buatlah seberapa kerja gila yang korang nak buat pun selagi korang belum bergelar seorang isteri dan kemudiannya seorang ibu.

Dan saya, insya Allah akan sentiasa ada untuk kalian, kerana persahabatan yang satu menjalinkan kita semua. Seikhlas hati, kerana saya bakal menginjak kepada satu angka yang lain, saya sayang awak semua kerana menjadi teman saya dan masih disini kerana sebuah persahabatan.

8 comments:

Miss Layaleya said...

Sy tacing... TQ sis utk entry ini.. Syg kamu.. Sy doakan kebahagiaan kamu dunia akhirat..

Luv u so much ^_^

Min Min said...

=D
TQ Kakak...
Happy Birthday in advance for u kakak....
May Allah always bless u and ur family...
U're the best sis I ever had..
TQ again...
=)

abs said...

thx for da renungan dr hati..
tips n nasihat akan dijadikan panduan.. syg kamu sampai syurga.. InsyaAllah ;)
moga kakput&family berbahagia smp syurga juga.. *mode terharu* o(╥﹏╥)o

abs said...

thx for da renungan dr hati..
tips n nasihat akan dijadikan panduan.. syg kamu sampai syurga.. InsyaAllah ;)
moga kakput&family berbahagia smp syurga juga.. *mode terharu* o(╥﹏╥)o

LiLy KnoTWiSe said...

puter.. another entry yang terbaekkk from you.. akan kuingat kakakku.. thanks for always being with us!

Min said...

ya betul! setuju dgn put...

tapi ada sotang lecturer kak min kat uia bagi dua formula untuk happy family:

1. your wife is always right!
2. follow the 1st rule.

saje, untuk senyum2. happy birthday dik. moga kebahagiaan berkekalan hingga ke syurga Allah.

love,
kak min, leicester.

Bicara hati ibu aisya said...

Kalo ada butang 'like', saya dah 'klik' dulu.saya setuju dengan kenyataan put tuh.sangat terang dan jujur pesanan itu ;)
Moga kebahagiaan berkekalan.

nasaoji said...

suker bait2 ayat kak put!..

awal2 kawen dulu pun, bagai hempasan batu jatuh kat pala bila dah duduk serumah...sb nak kenal peel masing2..jadiknya, bnyk jugak pertelingkahan terjadik, nak2 harusla dari saya as pompn yg konon nak perfect sgala..

last2 pk2..tu la gunanya berkahwin..saling lengkap melengkapi...

siyok jugak bergaduh2 kecil, memang leh dapat pahami peel masing2.. :)

8 tahun?...huhhhh...

moga kekal bahagia selamanya kak pun dah en. bubu.. :)