Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

01/01/2011

Permulaan yang suram bagi 2011

Hari terakhir 2010 adalah hari yang paling mencemaskan buat saya, dan sampai ke saat entri ini ditulis, rasa itu masih bertunjang didalam dada. Semalam (30/12/2010), jam 9 malam sudah Megat Jr. lena sampai ke pagi. Tiada tangisan yang keluar dari mulutnya. Kemudian, sepanjang hari terakhir di 2010 hanya 80ml susu sahaja yang berjaya masuk ke perutnya, itupun setelah bersusah payah saya suapkan dengan syringe.

Apa yang berlaku pada hari ini sesungguhnya sangat membimbangkan saya. Petang tadi, ada juga saya mendengar dia menyebut "mama" tapi makin lama makin sunyi. Apabila saya memanggil "idris" juga tiada respon darinya. Apabila saya membuat aksi yang lazimnya akan mengundang gelak tawa, juga tiada. Sewaktu saya mengangkatnya tadi, badannya semakin ringan :'(

Saya takut bila berhadapan dengan situasi ini. Saya tahu ada sesuatu yang tidak kena pada Megat Jr. tetapi saya sendiri tidak tahu apa dan mengapa. Dia tidak demam, tidak batuk dan tidak selsema. Jam 1 pagi, dia terjaga dan saya membuatkannya susu. Alhamdulillah, dia minum 160ml susu, yang mana kelazimannya 260ml x 8 kali sehari + 2 mangkuk bubur. Tiada yang menendang-nendang dinding, mengetuk lantai dan cubaan belajar bangun berdiri. Semuanya tiada di hari terakhir 2010.

Selamat datang 2011 dalam kesuraman. Di tahun baru ini, jika Megat Jr. masih lagi sama, saya akan membawanya ke Unit Kecemasan, Hospital Putrajaya. Doakan dia kembali seperti selalunya dia.

:'(

Saya takut.

Sent from my BlackBerry® Smartphone

8 comments:

Mamamarina said...

Semoga semuanya selamat.. Puteri.. kamu ibu yang tabah dan kuat... teruskan for the sake of ur kids.. will always pray for dear Lope

ROSNAJIHAH said...

saya doakan semoga megat jr cepat sembuh..bertabahlah dan jangan putus asa..Insyaallah,Allah ada bersama orang yang bertawakal.. :)

ICAZIESYIRA said...

put, terus kuat demi anak-anak. Ica doakan semuanya akan pulih seperti sediakala.

Min said...

put, kak min doakan tiada apa yg membimbangkan dengan idris... Insya Allah, he'll be fine...

ieda said...

puteri...apa yg dah berlaku?akak doakan idris kembali sihat seperti biasa dengan segera.

Yasmin Nabilah.. said...

Idris kenapa put? ni dah ok dah ke? apa2 nanti update k.. Moga tiada apa2 yang berlaku..InsyaAllah. tenang yek Put. Kami kat sini doakan segalanya terbaik buat Idris.. Amin..

Bicara hati ibu aisya said...

Salam mama put..
Camner dengan keadaan idris?moga dia sihat-sihat sahaja.put jangan risau k.updatelah cerita terkini idris.

Bicara hati ibu aisya said...

Salam mama put..
Camner dengan keadaan idris?moga dia sihat-sihat sahaja.put jangan risau k.updatelah cerita terkini idris.