Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

14/01/2011

Lope jumpa dermatologist

Terima kasih Encik Bubu kerana temani saya. Bila Abang ada, Sue rasa kuat :)

Ekoran masalah kulit Lope yang semakin teruk, hari ini seperti yang ditetapkan saya membawanya ke Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk temujanji berjumpa dengan pakar kulit. Temujanji jam 2.00 petang di HKL adalah sesuatu yang mencabar untuk saya tiba dari Putrajaya, tambahan pula saya bekerja hari ini. Alhamdulillah, Encik Bubu juga ada bersama kali ini, bersama Cik. Temujanji di HKL adalah sesuatu yang perlu untuk saya dan Encik Bubu hadir bersama.

Giliran no. 14 - untuk daftar kes baru di Kaunter Pendaftaran.

Sekitar kawasan Kaunter Pendaftaran yang agak lengang semalam. Saya bersyukur kerana urusan di kaunter pendaftaran juga tidak memakan masa yang lama sebab semua dokumen yang diperlukan saya bawa bersama.

Surat rujukan dari Klinik Kesihatan Putrajaya

Ini merupakan kali pertama saya membawa Lope bertemu dengan Dermatologist. Kiranya saya membawa bersama surat rujukan doktor dari Klinik Putrajaya dan salinan surat beranak berserta MyKid bimbang kalau-kalau menjejaskan urusan pendaftaran nanti. Alhamdulilah semuanya berjalan lancar dan saya mendapat angka giliran 212 di bilik no. 9 pada jam 2.30 petang.

Angka giliran kami :)

Bilik timbang

Seterusnya saya menapak ke bilik timbang. Disini Lope tidak lagi dibaringkan kerana badannya yang meninggi sama sekali tidak mengizinkan dia menggunakan timbang baring. Kalau setahun yang dulu, saya masih merasakan kesayuan apabila datang ke bilik timbang ini kerana mata-mata yang memandang ke arah Lope namun hari ini saya merasa bangga mendukung dan berbicara dengan Lope walaupun berbicara dengan Lope menuntut saya bersuara ala-ala Mickey Mouse, ada masanya seperti Upin dan Ipin dan ada juga kadang kala seperti suara si Barney yang berwarna purple itu.

Perasaan bangga itu semakin kembang apabila Lope rupanya sudah 13.6kg dengan ketinggian 96cm. Tidak lama saya menunggu, giliran Lope tiba. Apabila berjumpa Dermatologist, saya merasa kagum tatkala melihat doktor berkenaan mengambil gambar pesakitnya dengan menggunakan kamera DSLR yang super canggih. Rupanya doktor pakar kulit hari ini menggunakan kamera noks. Bila tiba giliran Lope, memandangkan ini merupakan kali pertama berjumpa, banyak doktor bertanyakan mengenai latar belakang keluarga dan Lope.

Tidak ketinggalan, Obiya akan tetap bersama si abangnya walau kemana sahaja. Ini aksi si Obiya yang pertama kali menjejakkan kaki ke HKL.

Encik Bubu cakap muka ada iras macam Ana Raffali. Erks.. choi!

Saya cuma mengharapkan sebuah pengertian dari Obiya, agar suatu masa nanti dia tahu tanggungjawab menjaga Lope adalah tanggungjawab seumur hidupnya. Tapi setiap kali teman Lope mesti ada upahnya contohnya sweet corn tu.

Ruangan menunggu yang tidak berapa penuh bagi HKL :P

Patient yang sabar tunggu turn nak jumpa dermatologist

Apabila didiagnos, didapati kulit Lope adalah super sensitif, kulit lokek yang mana ianya bercampur didalam genetik dan juga tabiat Lope kebelakangan ini yang gemar menghisap serta menggigit jari serta dengan menggunakan jari yang sama menggaru bahagian pipinya, belakang dan kadang kala sehingga ke pampersnya. Kegiatan itu telah menyumbangkan jangkitan kepada kulit Lope.

Dermatologist :)

Lope sangat behave masa jumpa doktor. Dia duduk sendiri di kerusinya sambil bersila dan matanya memandang mulut doktor tatkala doktor bercakap dengan saya. Saya andaikan dia sedang memerhatikan wajah asing si doktor yang sebentar-sebentar menyentuh pipinya dan sebentar-sebentar belakangnya.

Pakar kulit hari ini sangat canggih sebab dia ada DSLR yang gedabak punya untuk ambil gambar kulit yang bermasalah. Pergh!

Ni masa dia ambil gambar patient lain. Lope punya takdelah sampai dia ambil gambar cuma ambil sample sikit je.

Tengok lens dia. Haishhhh. Kamera yang ada kat rumah tu pun tak seberapa.

Tak tahu apa dia tulis kat dalam buku report Lope ni :)

Tidak lama saya bertemu doktor berbangsa tiong hwa itu, namun part yang paling seronok adalah apabila saya mengambil bekalan ubat di farmasi kerana ubat sangat banyak. Bekalan ubat ini adalah untuk Lope yang sangat banyak pada hemah saya. Saya tidak tahu berapa kos keseluruhan ubat berkenaan. Saya bersyukur kerana di masa-masa hadapan, Lope akan sentiasa mendapat rawatan percuma di hospital kerajaan.

Tapi terlupa nak ambil gambar ubat-ubat Lope. Kesimpulannya, saya nak puji HKL sebab urusan saya selesai menjelang jam 4.00 petang. Kira 2 jam sahaja semua urusan berjumpa doktor dan mengambil ubat selesai. Saya pernah berurusan 3-4 kali sebelum ini membawa Lope ke HKL (Neuro) tetapi masanya sangat panjang dan saya memerlukan cuti sehari suntuk bagi menguruskan keperluan anak. Next appointment di bulan Mac pula.


8 comments:

Min Min said...

Minta2 dgn super sensitif tu, Lope akan ok dgn ubat yg super byk...=P
Oh ya, nak cakap jugak kat sini, kamera Doc tu guna sebiji macam dalam cite2 CSI... (oh, sungguh tinggi pengaruh CSI dlm diri saya..bwahahaha)

Puteri Nuur At-Terawis said...

Min, memang canggih giler la DSLR dia tu. Kakput tabik giler :P

Baby Tiger said...

ermm sebagai penghidap eczema, allergies amatlah tak best. moga lope cepat sembuh..

ieda said...

doc ambik gambar utk record progress @ response to treatment kot...boleh juga guna masa discuss dgn pakar2 lain.bagus depa ni..guna teknologi dgn baik sekali.

Puteri Nuur At-Terawis said...

Anim: Memanglah kesian kat Lope :(

Puteri Nuur At-Terawis said...

ieda: kakput kagum dengan kecanggihannya :D

S.L.A.S. said...

DOC ADA BAGI UBAT HYDROCORT + AQUEOS + CLOTIMAZOLE X....BIASANYA UBT2 NI CEPAT HILANG KAN MASALAH KULIT CUMA HYDROCORT TU KATA DOC MENGHAKIS KULIT LA...

Oshin jamel said...

hmmm..cam acha la...nmopk gaya sy pon kne bw jumpe pakar jugak....asyik pg pakar berbayr aje....hmmm....harus pg !!!!