Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

05/01/2011

Lagi aktiviti berdiri

Semalam seperti selalu saya tunaikan tanggungjawab saya membawa Lope ke Hospital Putrajaya. Acara mingguan menghadiri terapi cara kerja memang acara dinanti-nantikan oleh Lope dan juga Obiya. Kalau minggu sudah, Lope didirikan di atas standing frame, minggu ni pun sama. Saya gembira bila berdiri, saya dapat lihat kaki Lope kemerah-merahan, putaran darah dia berjalan dengan betul agaknya.

Pada mulanya dia menangis, mungkin tak selesa kot. Tapi lama kelamaan, Lope nampak okey dan mula tersenyum-senyum.

Muka mula-mula nak nangis


Lope dikerumuni Cikgu Diana dan kakak dan abang

Obiya setia temankan Lope :)


Bila start je aktiviti yang perlu Lope bekerja, nangis sepanjang masa. Selalunya 30 minit pertama je Lope OK dan fokus, lepas tu mulalah start nangis, nak tidurlah, nak susu dan macam-macam lagi.

Nangis.

Nangis lagi walau join group fisioterapi yang ada lagu crazy frog.

Bila dah habis, elok je diam. Auta, kan Lope? :)

3 comments:

Bicara hati ibu aisya said...

Hihihi...lope pun pandai berlakon macam aisya yer??bijak..bijak.Suka tengok obiya yang xjemu menemani abangnya.Jaga abang baik-baik yer obiya yang comeii.. :)

p/s: Kak put..kak put duduk P14 yer?Satu tempatlah kita.hihihi..

Bicara hati ibu aisya said...
This comment has been removed by the author.
MY HEART said...

Hehehhe.. takpe la put..

as long as 30 minit pertama tu dia nak buat apa yang disuruh... seronok bila baca perkembangan idris... ^_^