Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

17/01/2011

Kenapa saya ada 5 entry pada 15 Januari 2011? Sebab saya adalah salah seorang peserta yang join Maxis Om Nom Nom Race!

Tajuk sedikit meroyan daripada biasa memandangkan kepanjangan ayatnya sehingga saya boleh buat sebaris ayat dalam entry. Lupakan semua itu, meh sini saya nak cerita apa yang saya buat setelah saya menjadi peserta dalam Maxis Om Nom Nom Race.

Mungkin bagi sesetengah orang yang dah pernah join treasure hunt, aktiviti macam ni biasalahkan tapi tak biasa untuk saya. Frankly speaking, ini adalah kali pertama saya join benda alah ini. Saya digandingkan dengan 3 orang ahli pasukan yang diambil secara random. Saya tak kisah sebab selain dapat tambah kawan baru, saya juga boleh kenal blogger lain juga.

Tak susah untuk saya mencari titik kesamaan dalam diri masing-masing. Mungkin kerana kami blogger. Kami juga suka makan dan kami juga suka menulis. Oh tak lupa, kami juga suka bergambar dan mengambil gambar. Banyak kan benda yang sama? So, kami yang diberi nama Nasi Lemak Pedas bergabung menjadi satu.

Pagi Sabtu itu juga saya korbankan masa untuk bersantai dirumah dengan Lope dan Obiya. Terima kasih kat Encik Bubu yang bangun awal-awal pagi dan menghantar saya ke Modestos, Capsquare. Kami perlu mendaftarkan diri selewat-lewatnya pada jam 8.30 pagi. Orang yang pertama saya hubungi adalah Ili Aisyah. Orangnya datang all the way dari Terengganu. Dia belajar disana. Kemudian, Simon pula menghubungi saya dan rasanya tak susah untuk dia spot dimana saya memandangkan saya 'senang' untuk dilihat :P Seterusnya, Mus yang datangnya dari Skudai adalah orang yang terakhir saya jumpa.

Encik Bubu saya yang tengah tunggu kami nak daftarkan diri. Encik Bubu hantar saya je tapi dia juga tak habis-habis ambil gambar dan share dekat BBM dan group dia.

Ini adalah car sticker yang kami perlu tampal di kereta. Saya suka gambar burger itu!

Ili Aisyah dengan T-Shirt yang kami dapat. Comel!

Saya pun nak tiru gaya Ili sambi pegang baju. Hek3!

Breakfast di Modestos sebelum memulakan acara.
Hash brown, baked beans dan scramble egg - my fave!

Itinerary kami - 5 destinasi semuanya.

Simon dan Ili Aisyah :)

Sebelum bermula acara, kami diberikan taklimat. Sekali pandang MC kat depan tu, ku rasa seperti kenal dia. Siapa ye.. siapa ye.. sangat familiar. Suaranya, wajahnya. Hmmm, masa tu ada sorang blogger dari kumpulan lain duk kat sebelah, saya tanya pada dia "Niki Cheong eh?" dia jawab "Tah, tak kenal" Haish, macam mana blogger picisan tak kenal famous blogger? Lalu saya tweet sendiri Niki Cheong nak minta kesahihan.

and, he really is!

This is him. MC-ing for the event :)

*sajer nak letak gambar ni sebab i simply love the tee. yes, we are the hunter!*

Niki again ;)

Briefing from the organizer. Kena dengar betul-betul :)

Selepas briefing, kami diminta untuk ambil laptop, broadband dan iPhone. Too bad, kami tak dapat pun iPhone4 cuma dia kasi GPS je *betul ke ni? - tak familiar dengan iPhone punya model*

Simon ambilkan iPhone

This is Nasi Lemak Pedas - without me :P
Diaorang tengah test iPhone sebab kami perlu install sendiri Maxis Finder301.


Ini pula demo tengah nak install. Korang nampak tak minah yang kat sebelah sana tu yang gambar dia tak berapa clear tu, terlindung tu?

Oh, yes, minah yang pegang mic tu. Macam Hanis Zalikha kan? Macam kan?

Lepas kami dah dapat semuanya- Laptop, broadband, iPhone pun dah siap install Finder301, kami pun diberi passport, Life Line dan Life Time.

Maka bermulalah tugasan pertama kami. Mula-mula agak kekok la kan. Diaorang dah start berlari-lari pegi kereta Simon. Me? Selamba je berjalan. Macamlah it make different pun. Btw, it is! Bwahahahha :P

Kereta Simon :)

Simon adalah seorang driver dan bagus juga merangkap seorang GPS yang bagus juga. Kami tak perlu bergantung harap dengan GPS dari iPhone sangat pun dia dah tahu jalan di Klang Valley. Bagus, kan?

Ini si Mus dalam kereta dok try lappy kami. Destinasi pertama adalah PJ New Town. Alahai Jujue, kawasan MQA tu, tempat yang kita dah pusing banyak kali dulu. Ingat? Lepas kami jumpa marshall, baru kami dapat clue ni.

Jawapan dia: Strawberry Fields!

Destinasi Pertama : Kafe Strawberry Fields

Terus kami pusing kat situ dan masa kami sampai, dah ada 2 group yang mendahului kami. Takpe, first time punyakan. Kami dapat makan. Yeay!

Kumpulan kami no. 3 dari 15 - kira okey la kan? :)

Mus dan Ili, first destination ni. Sampai-sampai je terus cari meja dah :)

Senarai harga kat Kafe Strawberry Fields.

Dalam Kafe tu masa kami sampai.

Air ni memang betul-betul menghilangkan dahaga kami.

Simon jadi model minum ais lemon tea.

Makan sambil blogging - heaven!

Ini makanan kami:


Sumpah saya suka hotplate ni. Mushroom banyak gila, daging ayam bersepah dan tak sampai RM10 pun. Nanti kalau korang ada keje dekat-dekat sini, sila singgah ye. Sangat berbaloi.


Oh tak lupa, ianya halal. Semua restoran untuk Maxis Om Nom Nom Race adalah halal. So, kami tak perlu bimbang yer.

Untuk pemanis mulut kami, ini adalah Sago Gula Melaka. Dimakan waktu sejuk. Ohh, sedap tak terhingga :)


Seterusnya, lokasi kedua kami. Ini cluenya. Mak aihhh, cuba korang amik clue tu dan type kat google search. Apa korang jumpa? Dekat-dekat dengan Bandar Sunway kan?

Pastu kena cari plak Mc Donald. Kami tersilap cari Mc Donald sebenarnya sampailah kami pusing kereta dan singgah di Sunway Phyramid punya Mc D. Kat dalam tu pun, kami hampir give up tapi nasib baiklah Ili nampak sorang crew tengah duduk rileks baca buku. Haish.. nasib kami baik sebab kami cari.

Destinasi Kedua : Tarbush Delicacies


Seriously, punyalah terceruk restoren ni. Kami dah hampir nak putus asa dah sebab macam tak logik kat dalam tu ada kedai. 2-3 kali tanya orang, baru kami jumpa. Simon datang lewat sket sebab dia parking kereta. Untungnya kami dilayan sendiri oleh pemilik Tarbush Delicacies ni.

Dah ada 2 group lain yang lebih pantas dari kami. Wah!

Passport kami - check in di tempat kedua.

Kami juga dapat ini :)
Terima kasih Tarbush!


Makanan kami :

meja kami :)

Hidangan Kumpulan Nasi Lemak Pedas :



Kami yang makan sambil ready nak blogging :)

Dekorasi dalam kedai ni pun saya suka.

Lampu yang tergantung ni sangat unik, macam ala-ala pelita.

Meja warna warni ni terletak di luar kedai kat smoking area. Malam-malam biasanya orang datang untuk bershisha. So sesape yang lepas ni kaki shisha maybe boleh try kat sini pulak.

Lukisan dinding orang yang sedang solat dan membaca kitab

Pemandangan di luar betul-betul menghadap ke arah Sunway Theme Park
Tengok vieww.. cantik!

Seterusnya selepas kenyang, untuk destinasi ketiga kami, inilah cluenya.

Kami try google dan lokasinya terletak di TTDI. Haish. Korang tengok si Mus tu, memang kami bawa laptop tu macam tu. Surf sepanjang masa.

Kami bergegas ke TTDI dan jangkaan kami meleset. Hampir sejam kami tersesat sebab GPS kami cakap di TTDI sebenarnya di Uptown. Haish!

Destinasi Ketiga: Sate Kajang Hj. Samuri


Kami adalah kumpulan ke-4!

Jujurnya, kalau saya nak makan sate, Sate Kajang Hj. Samuri would be the place to go kecuali kalau nak makan sate arnab.


Makanan kami apalagi - sate ayam/daging/kambing dan arnab.


Dekor dalam kedai.Ada gambar-gambar hitam putih. I like!

Kami blogging di kaunter bayaran sebab nak cari power point nak recharge lappy dan iPhone.

Help yourself ;)

Seterusnya, perjalanan kami semakin jauh. Clue keempat kami nun di Bukit Damansara. Cluenya juga di Mc Donald's!


Bila dapat clue, kami agak blur sebab kami tak nampak apa tulisan yang ditulis tapi kami main agak-agak aje sebab nampak ditulis something 'thai'. Selepas berpusing dan berpusing serta bertanya dan bertanya. Akhirnya, kami jumpa ini.

Destinasi Keempat : Restorai Thai Base

Kami tengah gigih nak dapatkan cop di passport Kumpulan Nasi Lemak Pedas.


Masa kami sampai Niki Cheong dah ada kat sini. I should tweeting you Niki :P

Hidangan di meja kami:

Done! Kami kenyang. Tom Yam super awesome!

Seterusnya destinasi terakhir seperti yang saya dan Ili cakap adalah di Bangsar Shopping Centre. Cluenya tertulis k1 Island. Bila kami google, rasanya macam tempat karaoke. Rupanya clue tu ada di Kaunter Information di BSC. Kami tak completelan clue itu tapi terus panjat level 3 untuk ke destinasi terakhir ini.

Destinasi Terakhir : Dancing Fish

Dibuka hanya untuk Maxis Om Nom Nom Race pada hari itu :)

Sejujurnya saya sukakan keramahan yang kami terima sewaktu kami tiba.






Makan, blogging, berborak, ambil gambar, makan lagi dan blogging lagi. I like!


Dancing Fish juga mempunyai dekorasi yang mendamaikan jiwa termasuklah dengan alunan muzik jazz yang sangat sempurna untuk menenangkan peserta-peserta Maxis Om Nom Nom Race yang sedang bertungkus lumus ini.


Kami makan dengan rileks siket, licinkan semua makanan di atas meja. Sebelum kami pulang, kami tak sempat ambil ais krim durian diaorang. Kalau datang sini, jangan lupa request ais krim durian. Brader yang ada rambut artis ni yang akan cop untuk kami.

Ili ambil chance bergambar. Sweet brader ni bila senyum :)

Passport kami yang lengkap :)

Seterusnya kami pulang semula ke Modestos, Capsquare. Masa ni saya dah tak keep track dah.




Sampai kat sini, kami dijamu lagi dengan dinner dan ada individual contest lagi - kami kena teka apa ada dalam makanan ni.

Teka apa ada dalam ni?
Potato, garam, gula, asparagus, tomato, cheese dah tu apa lagi? :P

Bila dah minum banyak kali baru terperasan logo yang ditulis kat gelas tu. Haish.. tapi jangan terpedaya, saya minum air bukan minuman keras ye.

Seperti dijangkakan kami tak menang apa-apa *bwahahhaha*

Tapi kami dapat satu pengalaman yang berharga serta makan dan blogging di kedai makan. Itu yang menyeronokkan kami!

Dapat kenal diaorang pun best!

dan, Niki Cheong juga!!!

Thanks Ili Aisyah ;)

p/s: ini adalah jawapan kepada beberapa orang yang tanya saya kenapa saya update status / tweeting pasal kedai makan saja - sebab saya adalah peserta Maxis Om Nom Nom Race!

8 comments:

jUliANa^sAlLeh said...

kak put!!!!!

meleleh ok air liur!!!!hehehe

LiErOSe~QiEmi said...

wahhhh pengalaman yang sangatttt besstttttt!!!! seronok tengok kak put dgn makanan2 tu huhu

Mustaffa Khairul Azzam said...

kak putt...sngt la seronok 1 team ngan kak putt, simon n ili walaupun kita x kenal kan...

Puteri Nuur At-Terawis said...

Jujue: Memang lah :P

Puteri Nuur At-Terawis said...

Lierose-Qiemi: Seshuai kan? :)

Simon Seow said...

Best! Walaupun kita tak menang tapi cukup kegembiraan kita dalam food hunt ini. Oh, by the way, siapa tinggal sampul Coolpix dia dalam kereta aku? :P

nasaoji said...

serunuknyer contest makan2!!!!....

iLiAiSyAhkaDir said...

kak put...
rindu nak makan mkan Lagi