Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

21/01/2011

Faizal Tahir wish birthday saya?

Well, dream on! Bwahahahhaha :P

Suspen kan baca tajuk tu macam diva giler kot Faizal Tahir nak wish birthday dia bagai. Eh, hello ~* mana ada. Eh, ke ada? Eh, ke tak de? Bwaahahaha. Nak tahu? Baca dulu apa nak tulis ni. Jangan cepat buat spekulasi :)

Pernah tak saya cerita kat korang betapa saya bertuah kerana diberi peluang dan kesempatan mengenali mereka-mereka dibawah ini walau dalam entri sebelum ini saya sebenarnya sangat-SANGAT-sangat-SANGAT terkilan sebab diaorang buat bodo je pada 18 Januari ? Ada ke patut diaorang tinggalkan saya sensorang di hari special saya, kan? Masa tu, kecik hati sangat :P Al-maklumlah, orang tua kan, serius jugak la merajuk sampaikan bila turn diaorang wish belated birthday, siap cakap suh wish next year kalau diizinkan tuhan. Parahkan merajuk cam gitu gayanya :P

Eh, sure orang baca ni tak tahu lagi sape mereka yang kejam yang ignore saya di hari lahir yang ke - 2.9 kan? Meh nak tampal satu-satu gambar mereka yang tidak bertanggungjawab tu sampai membuatkan saya murka, mulut muncung-muncung dan buatkan saya check twitter/FB banyak kali pada 18 Januari 2011 yang dok cari diaorang!

Inilah diaorang. Haish, suka tau dera perasaan saya yang sensitip ni. Meh nak kenalkan diaorang kat sini, biar semua orang yang baca kat sini tahu yang diaorang ni bersifat kejam :P

Si Baju Hijau tu namanya Dr. Ariffa a.k.a Met
Si Baju Purple tu namanya Dyana a.k.a Mrs. Moneyt
Si specky macam saya tu namanya Abs a.k.a Unsangkarable
Si putih melepak tu namanya Asmak a.k.a Mak Tiri
Si sweet tgh salute ni plak namanya Kak Eja a.k.a Mrs. Chef
Si comel ni namanya Ahh Comey a.k.a Admin Tiket
Si gadis berbaju hitam tu plak Susue a.k.a Sushie
Last skali tu namanya Efie a.k.a Mot
(Paling last yang pegang budak tu Faizal Tahir a.k.a The Rockenstein)

Tahu tak kenapa diaorang sanggup lakukan kekejaman itu di hari jadi saya?
Sebabnya korang kena tengok penjelasan dalam video tu :)

atas sebab-sebab tertentu, video tu tampal kat sini selama 12 jam je :)

Sebenarnya ini adalah video yang diaorang tag kat saya di FB :) Terima kasih korang sebab susah-susah buatkan video ni yang KakPut rasa layak menjadi video terbaik 2011 :P Segala rasa sedih dan terkilan sebab korang ignore KakPut 2 hari lepas ibaratnya dah ditiup macam tu aje.

To:
Kak Eja, Abs, Asmak, Riff, Efie, Ahh, Susue & Dee

Sejujurnya KakPut tak pernah bayangkan macam mana kita boleh jadi macam ni. Kita cuma ada satu persamaan didunia ni yang korang sendiri tahu kenapa. Kita datangnya dari berbagai-bagai background, bentuk dan rupa tetapi alhamdulillah kerana yang satu itu, walau baru setahun kita saling kenal mengenali KakPut rasa macam dah bertahun kenal korang. Walaupun kita tak ada pertalian darah, walaupun kita berada jauh dan jarang berjumpa tapi sambutan ala-ala virtual ni macam best je walaupun video ni sampai lewat 2 hari tapi tak apa sebab sebenarya kalau korang tak hantar video ni pun, sayang KakPut pada korang tak berkurang walau seinci pun.

KakPut harap apa yang kita ada ini akan berkekalan sehingga bila-bila. KakPut selalu cakap pada diri sendiri, sekali KakPut berkawan, Kak Put berkawan sampai bila-bila, sampai syurga kalau boleh :) Terima kasih di atas video ini, paling best sebab ada BB sama-sama. The final part yang buat KakPut suka, dengan sajak, ucapan korang, hadiah-hadiah virtual juga. Oh, touching!

I love you, sisters!
I love you sampai syurga.

From KakPut with love.
21 Januari 2011 / 0240 hours

10 comments:

Mama Tun Nur Safiya said...

i likeee!!!

Izamalina said...

anda buat saya tacheng juge di pagi hari ini...love u always sis *hugs*

abs said...

thx kakput.. sayang kamu...
*sambil lap air mata*

dYanah aMin said...

sgt sweet!!

dYanah aMin said...

sgt sweet mereka semua kak put..jeles!!haha..*kidding*..

AhHcOmEy said...

sedih nyaaaaaa
sayang kakput sampai syurga!!!!!

Hidayahmk said...

So sweeeetttt!

Hidayahmk said...

So sweeeetttt!

.ariffa. said...

:)

love it! thanks mrs moneyt!

Nursyahida Daud said...

i da follow u..follow me back taw..

salam perkenalan...

http://nursyahida-thisisme.blogspot.com