Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

29/01/2011

Aku ada kamu :)

Sabtu datang lagi. Yieha!

Hari ini adalah hari bermalas-malasan dirumah. Kalau 2-3 hari sebelum ini saya sibuk memulakan hari sebelum subuh kerana Sajian Dari Dapur Puteri beroperasi, tapi hari ini saya sekadar memilih untuk bersantai. Indahnya pagi tanpa perlu terburu-buru ke pejabat dan indahnya pagi kerana dapat merenung dan mencium wajah anak-anak saya yang masih lagi lena.

Saya bersyukur dengan apa yang saya ada hari ini.

Saya tidaklah mempunyai rumah besar dan wang yang berpuluh juta namun saya bahagia kerana saya dikurniakan dengan kelurga yang saya menyayangi saya walau tak pernah sekalipun Cik, kakak-kakak dan abang-abang saya cakap dia sayang saya, tapi saya tahu dia sayang saya. *sila meroyan dan perasan*

Hari ini, adik bongsu mereka yang mempunyai size fizikal lebih besar dari adik beradiknya yang lain is happily married and blessed with two kids. Hampir 8 tahun mendirikan rumahtangga, saya dikurniakan 2 orang cahaya mata. Lope 4 tahun dan Obiya 2 tahun. Sepasang anak yang melengkapkan seri rumah tangga kami. Dianugerahkan Lope adalah sesuatu yang tidak pernah saya bayangkan namun bersyukur kerana saya sendiri tidak menyangka saya akan menjadi seperti saya pada hari ini. Tanya sahaja pada Cik atau adik beradik saya, anak/adik bongsu mereka ini adalah seorang yang sangat spoil dan manja dan juga garang dan juga dalam masa yang sama sangatlah gila-gila orangnya.

Be in my shoes, I'm sure you will did it even better sebab tiada ibu yang ingin melihat anaknya tidak sempurna dan apabila itu terjadi, seboleh mungkin dia akan memperbaiki keadaan kerana seorang ibu inginkan yang terbaik untuk anaknya.

Dan, itulah yang cuba saya lakukan selagi saya mampu. :)

Ini mak dan ayah saya, orang yang bertanggungjawab membawa saya ke dunia ini. Terima kasih Aboh, walau Aboh dah tak ada kat sini bersama saya, kasih sayang Aboh selama 25 tahun menjadi Aboh kepada saya masih mekar terasa. Tidak perlu saya menzahirkan dengan kata-kata kerana ianya hadir di dalam hati. Begitu juga dengan Cik, alhamdulillah Cik masih ada. Masih menjadi mentor kepada anak-anaknya.

Saya juga sangat beruntung kerana dikurniakan adik beradik dan keluarga yang sentiasa menyokong saya. Mungkin mereka sering membebel menegur itu dan ini dan mungkin apabila kena leter saya akan menarik muka empat belas serta merajuk tetapi di kemudian hari, saya mengambil kira semua pandangan kakak dan abangnya. Baik dan buruk yang mereka katakan adalah kata-kata yang paling jujur saya dengar dari mereka. Mereka menyayangi saya baik dan buruknya saya. Tidak kira apapun, mereka adalah darah daging saya. So, entry ini antara lain ingin menzahirkan rasa terima kasih kerana saya dikurniakan dengan 3 orang kakak dan 4 orang abang.

Ini adalah mereka. Hanya Uda yang takde dalam gambar sebab Uda dah kembali ke sana bersama Aboh. Korang nampak tak formulasi muka kami yang agak sama? Nampak tak? :)

Apa lagi yang boleh saya katakan, saya beruntung kerana saya punya mereka :)

1 comment:

Hidayahmk said...

so sweet! harap adik-adik dayah faham suatu hari nanti yang dayah tegur dan marah mereka sebab dayah sayang sangat kat mereka. sebab kami tiga beradik aje.

suka entri kak sue ini. Muah!