Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

30/11/2010

Gambaran tidak tepat didalam Drama Masyitah mengenai anak autistik


Saya tidak pasti berapa ramai yang menonton drama Masyitah yang ditayangkan di TV3 pada 21 November 2010 yang lalu. Drama berkenaan merupakan salah satu drama yang dicalonkan di Anugerah Skrin TV3 untuk 2010.

Sinopsis:

Masyitah mengisahkan kecekalan seorang isteri dan ibu, (Masyitah), dalam mendepani kemelut rumah tangga apabila anak yang dilahirkannya, Faiz mengalami sindrom autisme (lembam). Lebih malang lagi, suaminya, Halim serta ibu mertuanya, Rohani tidak dapat menerima kehadiran Faiz. Rohani tidak mahu keluarga mereka yang terkenal sebagai `orang baik-baik’ mendapat malu dengan kehadiran Faiz.

Justeru hubungan Halim dengan Masyitah dan Faiz sentiasa dingin, sehingga akhirnya Halim terjebak dengan cinta terhadap Maya, Pembantu Peribadinya. Dalam usaha menarik perhatian Maya, Halim memburuk-burukkan Masyitah. Kononnya Masyitah lebih mengutamakan anak daripada dirinya. Maya yang tidak tahu perkara sebenar, bersimpati dan akhirnya jatuh cinta pada Halim. Rohani pula merestui hubungan mereka berdua.

Menyedari dia tidak ada saudara mara kerana dibesarkan di rumah anak yatim dan tidak di terima oleh keluarga Halim, Masyitah berhenti kerja sebagai Pengarah Operasi di sebuah syarikat jualan langsung untuk memberi perhatian kepada Faiz. Masyitah berusaha mengajar Faiz tahu mengurus diri – mandi selepas bangun dari tidur, kemudian mengenakan pakaian dan makan sebagai persediaan masa depan Faiz sekiranya berlaku apa-apa pada dirinya. Namun tidak semudah itu untuk mendidik anak austisme. Beberapa kali Masyitah hampir tertewas, bagaimanapun atas sokongan kawan baiknya, Alia, akhirnya dia mendapat kembali kekuatan dirinya.

Di saat urusan melFaiz Maya sedang dirancang, Maya mendapat tahu cerita sebenarnya mengenai kemelut rumah tangga Halim dan Masyitah. Maya terkilan dan nekad memutuskan hubungannya dengan Halim. Halim mengesyaki Masyitah yang mensabotajnya, terus memecut kereta dengan laju ke rumah Masyitah. Halim terbabit dalam kemalangan dan akhirnya lumpuh dari arah pinggang ke bawah.

Rohani yang sentiasa sibuk dengan kerja amal sebagai strategi untuk mempopularkan syarikat bagi memudah mendapat projek, tidak dapat memberi sepenuh perhatian kepada Halim. Begitu juga dengan adik Halim, iaitu Haikal, sikap tamak kerana mahukan Rohani menyerahkan sepenuhnya urusan syarikat kepadanya, nekad tidak mahu mengambil berat tentang Halim. Dalam keadaan terbuang itu, Masyitah dan Faiz membawa Halim pulang dari hospital. Halim terharu dan mula menyedari betapa besarnya pengorbanan Masyitah terhadapnya serta perhatian yang diberikan oleh seorang anak lembam kepadanya.

Pelakon: Umie Aida, Eizlan Yusof, Fimie Don, Rozi Othman, Zarynn Min, Azahan Rani

**sumber: Budiey.com


Ulasan saya sebagai seorang ibu kepada anak autisme:

Apa yang saya kesalkan disini, pagi tadi sewaktu Hot FM AM Krew ke udara, apabila ditanya mengenai persediaan beliau ingin melakonkan watak ini, dia memberitahu bahawa tiada script reading diadakan terlebih dahulu. Jika begitu, benarlah bahawa watak Faiz yang digambarkan membawa watak Autisme tidak memiliki ciri anak autisme tetapi seperti down sindrom/terencat akal. Saya kesal kerana perkara seumpama ini tidak dihalusi oleh penulis skrip, pengarah dan lebih besar lagi kerana drama ini tercalon ke Anugerah Skrin, dimana anugerah ini adalah untuk memartabatkan drama-drama tempatan.

Saya bukanlah nak condemn cerita-cerita tempatan, cukup sahaja filem 'My Name Is Khan' bagaimana pelakon tersohor Shah Rukh Khan membuat research dan mengenali individu autistik sebelum dia melakonkan watak seseorang yang memiliki syndrome asperger, yang mana dikelaskan didalam kategori autisme. Filem itu berjaya menyedarkan ramai orang mengenai Autisme bukan sebagai sesuatu yang perlu ditangiskan, atau malu memiliki anak sepertinya didalam keluarga. Malah, pengasas Facebook - Mark Zarkurberg juga dilaporkan sebagai seorang yang memiliki syndrome Asperger. Sumber disini.

Jika ingin mendidik masyarakat, berikan fakta yang sebenar dan bukannya bila orang buat cerita orang autistik, kita pun nak buat cerita juga. Jika ingin mendidik, memberi gambaran, potretkan yang sebenarnya.

ini adalah wajah anak autisme dan gambaran lakonan yang dibawa oleh Shah Rukh Khan

Hampir sama, bukan?

mereka tidak kelihatan aneh seperti gambar dibawah ini


.
.
.
.
.

Masyarakat perlu dididik memahami golongan autistik

Sekadar ingin berkongsi satu cerita mengenai pengorbanan seorang ayah yang sanggup berhenti kerja demi membesarkan seorang anak autismenya.

Encik Bubu dan Megat Jr. - sekadar gambar hiasan :)

SEBAHAGIAN aksi Ahmad Ezham ketika ditemu bual bersama ayahnya, Syahrul Idham, baru-baru ini. Menerima kehadiran anak-anak istimewa dalam kehidupan merupakan satu cabaran bagi setiap ibu bapa dan keluarga.

Justeru, untuk merentasi cabaran pastilah memerlukan pengorbanan besar agar dapat memberikan hanya yang terbaik untuk anak itu. Begitu juga dengan bapa muda ini, Syahrul Idham Abd. Rahim, 36, yang sanggup berhenti kerja semata-mata untuk menjaga anak istimewanya, Ahmad Ezham, yang berusia 9 tahun.

Jika dilihat dari mata kasar, tiada apa yang kurang mengenai anak lelakinya itu. Tiada kecacatan yang ketara dan kekal dilihat dari pandangan mata. Namun, Ahmad Ezham sebenarnya dilahirkan sebagai anak autisme. Ibunya bernama Rosnani Jaafar, 34 tahun. Ahmad Ezham juga mempunyai seorang abang berusia 11 tahun, Hazuan Syah dan seorang adik perempuan berusia dua tahun, Aisyah Addina.

Menurut Syahrul Idham, dahulu dia bertugas selama 15 tahun di salah sebuah syarikat MNC terkemuka di Petaling Jaya. Namun atas kehadiran Ahmad Ezham, dia rela berhenti kerja agar dapat sentiasa dekat dengan anak kesayangannya itu.

''Implikasi ada anak OKU (orang kurang upaya) macam autisme ini memang memerlukan banyak pengorbanan kita sebagai ibu bapa mereka. Siapa yang nak jaga anak yang terlalu aktif. Macam anak sindrom down atau kecacatan lain orang akan nampak, tapi anak istimewa autisme orang tidak boleh kenal, kecuali sudah ada pengalaman dengan keadaan mereka itu,'' katanya.

Jelasnya, waktu awal kelahiran anaknya itu, dia seolah-olah tidak boleh terima keadaan itu. Tambahnya, Ahmad Ezham terlalu aktif dan lasak mengakibatkan dia terlalu letih, menjadikan dia tertekan, tidak boleh melakukan sebarang aktiviti, tidak boleh tidur malam yang mengakibatkan pada waktu siang dia akan keletihan dan tertidur di tempat kerja.

Walaupun begitu, Syahrul Idham tidak pernah mengabaikan kepentingan pendidikan kepada anaknya itu. Ketika berumur dua hingga tujuh tahun anaknya itu mengikuti aktiviti pembelajaran di NASOM (National Autisme Society of Malaysia) selain PDK (pendidikan dalam komuniti) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Sekarang, anaknya bersekolah di Sekolah Pendidikan Khas di Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor.

''Kalau nak cerita mengenai aktifnya anak saya ini mungkin orang tidak akan percaya. Kalau pergi kenduri kahwin, kami tidak boleh lama takut anak saya mengganggu majlis. Dia pula suka buka baju. Kalau dibiarkan dia ke taman permainan pula pastinya budak-budak lain akan buli dia,'' katanya ketika di temui di Serdang, Selangor, baru-baru ini.

Bercerita lanjut bapa ini menerangkan, sejak dari peringkat bayi lagi, Ahmad Ezham mempunyai banyak kelainan daripada abang sulungnya yang dilahirkan normal.

''Sejak dari bayi lagi perkembangannya tidak normal. Agak lembab. Tidak aktif dan tiada eye contact dengan kami ketika bercakap dengannya. Pada tahun kedua dan ketiga, dia masih juga tidak boleh bercakap. Kami terus rujuk dia kepada Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) yang mengesahkan anak saya ini autisme + ADHD (Attention Defisit Hyperactivity Disorder). Selain lasak dan terlalu aktif, anak saya ini juga selalu bercakap seorang diri tidak mengira tempat, masa dan keadaan. Kami juga tidak boleh alpa, kalau pergi mana-mana dia akan selalu 'hilang','' jelasnya.

Kata Syahrul Idham, bagi masyarakat yang tidak tahu, mereka selalu menganggap anaknya itu gila atau sedang bercakap dengan orang halus atau bunian atau kembarnya. Ada juga yang mencadangkan dirinya mengemukakan masalah ini kepada bomoh untuk dirawat. Bagaimanapun dari segi fakta jelasnya, kanak-kanak autisme bercakap seorang diri menerusi intrapersonal mereka. Mereka sebenarnya mempunyai dunia mereka yang tersendiri seolah-olah terasing yang tidak difahami oleh orang luar.

Sekiranya anaknya itu melakukan sesuatu yang 'tidak masuk akal' sama ada di tempat-tempat awam, dirinya sebagai bapa akan dipersalahkan kononnya tidak pandai mengajar dan mendidik anak. Sedangkan Syahrul Idham sendiri seboleh-bolehnya tidak mahu membataskan pergaulan anak-anaknya daripada masyarakat biasa.

Katanya, sampai sekarang pada waktu malam dirinya tidak boleh tidur dengan lena, kerana sentiasa bimbang dan was-was, memandangkan reaksi anaknya itu yang boleh di luar jangkaan.

''Pengalaman saya terbangun dari tidur melihat dia menghayun pisau atas kepala saya dan menabur serbuk perasa pada badan saya amat mengejutkan. Pernah sekali di pasar raya seorang jurujual memarahi saya kerana kononnya tidak pandai menjaga anak kerana kelakuan Ahmad Ezham yang tidak senang duduk,'' katanya.

Bagi Syahrul Idham, masyarakat berbuat demikian kerana mereka tidak sedar dan tidak tahu apa yang dialami anaknya itu kerana rupa paras autisme seperti mereka yang normal. Bagaimanapun dia berharap masyarakat dapat mengambil tahu maklumat sebenar mengenai apa itu autisme kerana kemungkinan besar mereka akan 'terjumpa' juga dengan kes-kes seperti ini satu hari nanti.

Ahmad Ezham menurut ayahnya, hanya akan duduk diam sekiranya dia berminat dengan sesuatu perkara. Dia juga boleh mengenal huruf atau perkataan dengan menghafal dan ralit dengan komputer dan permainan berbentuk elektronik lain. Namun sebagai bapa, tiada apa yang diingini oleh Syahrul Idham terhadap anaknya pada masa depan selain hanya berdoa anaknya itu akan mampu berdikari dan boleh menguruskan diri.

Syahrul Idham kini menceburi bidang insurans yang masanya lebih fleksibel bagi membolehkan dia mengambil dan menghantar anaknya itu ke sekolah. Manakala, isterinya pula membuka perniagaan kosmetik. Pengorbanan yang dilakukan oleh Syahrul Idham merupakan contoh terbaik bagi bapa yang sanggup menjaga anak istimewa mereka dengan kasih sayang tidak berbelah bagi.

Sesungguhnya kasih seorang bapa itu tidak bertepi.

Artikel ini diambil dari FB 'Kelab Anak Autisme' yang mana artikel asalnya ditulis oleh Rosmah Dain dari Berita Harian. Sumpah, apabila membaca kisah pengorbanan ibubapa dalam mendidik dan membesarkan anak autisma, setiap kali itu juga saya rasakan saya seperti diberi suntikan semangat yang baru. Membesarkan anak autisme bukanlah mudah. Saya sendiri, baru 3 tahun setengah menelusuri pengalaman berharga ini dan saya sendiri tidak tahu sudah berapa banyak kali saya hilang arah dan terduduk dan menangis. erana saya menangislah, saya rasa saya semakin kuat. Kerana saya melihat ketidaksempurnaan lah, maka saya menghargai setiap anugerah yang Allah beri. Masyarakat kita perlu dididik dalam mengenali dan menghargai anak-anak istimewa seperti autisme yang mana pada mata kasarnya kelihatan tidak ubah seperti anak-anak lain.

Masyarakat kita perlu dididik dan peranan ini perlu digalas oleh pelbagai pihak agar suatu masa nanti, apabila mata-mata memandang kepada wajah-wajah anak-anak istimewa ini, tiada lagi riak pelik, takut, hairan atau terkejut diwajah mereka. Kerana itulah juga, kenapa blog ini ditulis, selain ingin berkongsi pengetahuan mengenai anak istimewa, harapnya blog ini juga dapat sedikit sebanyak membantu mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat.

24/11/2010

Nak share ini, sangat bermotivasi untuk Megat Jr. saya!

Saya terjumpa artikel ini didalam Berita Harian hari ini. Sesuatu yang buatkan saya tersenyum. Mungkin sedikit sebanyak, terselit rasa bangga.

KUALA LUMPUR : Pelajar autisme pertama Malaysia yang memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Khairul Aiman Hashim, 18, adalah antara 467,970 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di seluruh negara bermula semalam.

Walaupun menyedari tidak normal seperti rakan sekelas lain, pelajar Sekolah Menengah Sains Selangor, Bandar Tun Razak, Cheras itu menganggap penyakit dihadapinya bukan halangan untuk bersama 135 calon lain di sekolah sama memburu impian untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM.

Autisme adalah sejenis penyakit yang mengganggu keupayaan bertutur seseorang dan kurang memberi reaksi kepada bunyi.

Beliau yang menduduki peperiksaan di dewan berasingan selain diberikan masa tambahan antara sejam hingga sejam 30 minit bagi setiap kertas ujian mengaanggap keistimewaan itu memberi ruang untuknya menjawab dengan penuh teliti.

Anak ketiga daripada empat beradik kepada pasangan Hashim Samsudin, 56 dan Hasliza Egek Ishak Chaw, 52 yakin memperoleh 9A+ dalam peperiksaan ini, sekaligus menjadikan impiannya melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam jurusan perubatan menjadi kenyataan.

"Ujian percubaan SPM lalu saya hanya memperoleh 4A. Namun peperiksaan sebenar saya mahu menjadi sebahagian daripada pelajar cemerlang sekolah ini yang mendapat keputusan 9A+." katanya yang memperoleh 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Sementara itu, bapanya yakin anaknya mampu memperoleh pencapaian cemerlang dalam SPM selepas dinobatkan pelajar cemerlang kebangsaan dengan keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2005 dan 8A dalam PMR.

- Berita Harian, 24 November 2010.
Cerita happynya bila baca keratan akhbar ni saya bayangkan Megat Jr. nanti akan menjadi macam Khairul Aiman ini. Cemerlang didalam pelajaran dan kalau saya menutup mata pun saya lebih tenang. Namun agak terkilan dengan penggunaan ayat
"Walaupun menyedari tidak normal seperti rakan sekelas lain"
Pernah terfikirkah si penulis ini, bagaimana Khairul Aiman menerima persepsi 'tidak normal' ini atau lebih manis jika digantikan dengan 'Walaupun menyedari dia berbeza dari rakan sekelas lain' masih mengekalkan struktur ayat yang sama. Sesetengah orang tidak tahu dengan satu perkataan sahaja seperti tidak normal atau cacat boleh menyinggung orang yang dilahirkan dalam keadaan begitu.

Mama always said "Life is like a box of chocolates,
you never know what you're gonna get"
- Forrest Gump.

23/11/2010

Sedih. Duka. Tak Best. Susah Hati. Lara. Semua menjadi satu.

(ini adalah edisi membebel sebab sedih sangat banyak benda berlaku akhir-akhir ini, sila jangan baca kalau korang rasa macam ini entry syok sendiri sebab ini adalah cerita aku kat my.little,secret. Terima kasih.)

Dear my.little.secret,

Sorry lah blog, dah lama aku tak tulis kat sini. Bukan aku malas, tapi aku tak sempat. Banyak benda sangat jadi kat aku dan keluarga akhir-akhir ni. Masa bergerak cepat sangat. Perkara yang Allah kasi uji, supaya aku jadi lagi tougher, Allah beri aku macam-macam life experiences supaya dipenghujung hari aku boleh teruskan hidup dengan kuat dan Allah sengaja nak bagi pahala lebih untuk aku.

Kalau bulan lepas, aku kehilangan Ayah Mat yang dah dijemputNya pulang, episod cerita sedih untuk aku dan keluarga diteruskan. Bersambung dari kepulangan Ayah Mat, tiba-tiba aku dikejutkan dengan cerita kehilangan si Awwab Hakimi. Aku sifatkan kehilangan ini kehilangan yang agak tragik. Kalau macam Ayah Mat, pulangnya dia kepada Maha Pencipta kerana sudah tiba masanya, jasadnya disemadikan dengan sempurna oleh anak-beranak aku. Tapi dalam kes Awwab Hakimi, hilangnya seperti kanak-kanak kena culik. Orang cakap kali terakhir nampak dia kat situ, jatuh dibawa arus deras dan sampai ke hari ini tiada badan ditemui. Kami sekeluarga terima qada dan qada' yang Allah dah tulis sejak dari kami lahir. Kita semua hanyalah pinjaman semata-mata, bila Allah panggil 'balik' kita kena balik.

Tapi, bila anak yang dikandung 9 bulan 10 hari lahir ke bumi ni, dan Allah kasi 7 tahun pinjaman suruh jaga, sayang, didik tiba-tiba hilang sekelip mata tanpa ada jasadnya, boleh ke kita duduk diam aje. Takziah untuk sepupu aku Kak Eni dan Abang Daini. Walau apa sekalipun usaha yang dilakukan, Allah is above all. Setiap yang berlaku mesti Allah buat dengan hikmahnya. Mungkin pada hari ini, aku pasti la, ibu bapa mana boleh terima anak hilang sekelip mata, tapi aku sangat yakin Allah simpan sesuatu yang sangat indah untuk mama dan papa si Awwab Hakimi. Tak didunia akan jumpa di akhirat nanti. Itu pasti. Selaku mak sepupu, saudara rapat, aku tak putus titipkan doa minta kat Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang agar menemukan dengan jasad Wab-Kimi untuk disemadikan walau dalam apa juga bentuk/zarah sekalipun.

Dear my.little.secret,

Ini adalah Yong aku. Senyum meleret semasa dia sihat dan sejahtera.

Pernah tak aku cerita kat sini yang aku ada sorang kakak yang aku panggil Yong? Pernah, kan? Dalam entri sebelum ni pun aku dah tulis serba sket pasal Yong. Sebenarnya, hingga ke saat ni aku tak de strength nak bercerita pasal Yong. Cukuplah aku tulis kat sini yang Yong is recovering. Alhamdulillah atas iringan doa semua kawan dan sahabat taulan, saudara mara dan adik beradik yang tak putus menyayanginya, dia beransur pulih. Beransur pulih dalam term 'diambang maut'. Insya Allah. Satu lagi benda yang menyedihkan aku dear blog, aku selalu dan sentiasa bersyukur sebab selama ni aku selalu rasa blessed dikurniakan dengan wonderful friends, sahabat yang boleh aku panggil kakak/abang/adik dan mereka-mereka ini merasai apa yang saya rasa.

Berkenalan dan bersahabat seterusnya merasai kewujudan Superkids' sebagai keluarga adalah antara perkara yang terindah dalam hidup aku. Sumpah, aku tak akan jumpa dimana-mana lagi perasaan ini. Kepada semua ahli keluarga kita yang membaca entry ini, i love you all to the bits! *erks, macam pernah ada orang cakap kat aku ni* wink! Kalau selama ini ada tersalah bahasa, terkasar dengan korang, aku minta maaf. Perjalanan kita masih jauh, matlamat kita cuma satu, nak membesarkan anak-anak kita. Sepakat dan saling toleransilah yang akan memupuk sefahaman dengan kita. Andai kadang-kadang ada lidah yang tergigit, minta diampunkan. Sekali bersahabat, insya Allah aku bersahabat hingga ke hari nyawa ditarik dari badan melainkan orang itu tidak layak ku panggil sahabat.

Selepas itu juga, ini adalah pesanan kepada diri sendiri. Bukan berlagak nak jadi popstar tapi aku ni cuma peminat setia seorang popstar itu. Kepada yang membaca ini, tak perlulah menjadi stalker, bercakap di belakang, mengumpat dan mengkeji atau merasa meluat dengan aku dan kawan-kawan aku. Orang yang korang dok umpat itu bukan saja kawan, malah aku dah anggap sebagai sisters. Kalau agak-agak ada tak puas hati, cari aku, bukan bercakap dibelakang. Agak-agak sakit hati sebab aku dan sisters dapat apa-apa yang korang tak dapat, terima hakikat inilah hidup. Tak semua benda yang ko nak ko akan dapat. Kalau tak nak dengar jugak, sila berambus. Minta doa banyak-banyak dengan Allah, apa yang ko nak, Dia je boleh perkenankan doa korang. Bukan dengan menabur cerita palsu dan lagakan orang. Sebab golongan yang semak ni cuma sebahagian, aku unfriend dengan semua dari golongan ini. Minta maaf kepada yang tidak terlibat, sebab tu Facebook saya di akaun kedua diwujudkan. Oh lupa, in case ada yang masih blur-blur. Saya peminat setia Faizal Tahir.


Dear my.little.secret

Baiklah, itu aje. Ghindu nak tulis update pasal Megat & Puteri Jr. tapi masa takde. Dan mereka ini adalah wajah-wajah yang menenangkan hati saya semasa saya dalam gundah gulana.

Megat Idris Naquiyuddin

Tun Fatin Zulaikha


Puteri Mariam Sophia

- the end -

p/s: this is my writting theraphy. i did it several times and it work.

20/11/2010

Satu sahaja wishlist saya. Saya ingin Yong kembali sihat. Sebagaimana adanya dia!

Apabila membaca tajuk entri ini sahaja, saya yakin ramai yang sudah tahu akan keadaan saya kini. Tuhan menjadikan sesuatu perkara itu dengan segala kebaikan dan keburukannya. Segala baiknya datang daripada Allah dan segala buruknya datang dari kita sendiri. Sudah beberapa hari saya tidak membuat sebarang entri. Hidup ibarat yoyo semenjak dua tiga hari ini. Mungkin pada siapa yang bersahabat dengan saya di Facebook mahupun Twitter sudah maklum bahawa saya dan keluarga diuji lagi. Saya cuma berkesempatan mengupdate status di Facebook dan Twitter sahaja memandangkan hanya disitu saya dapat update secara terus kepada saudara mara.
Anakanda Awwab Hakimi masih belum ditemui walau sudah dua minggu kami kehilangannya, segala pencariannya masih kami teruskan. Hati yang berparut kerana sakitnya sebuah kehilangan mengejut masih belum sembuh sepenuhnya, Allah menambah lagi ujian kepada kami sekeluarga. Kali ini, kakak saya Puteri Azlina Megat Ramli atau lebih dikenali dengan Yong pula jatuh sakit. Tidak salah jika saya gambarkan keadaan kesihatannya di ambang maut.
Jika sebelum ini, dalam entri Terima Kasih Kakak sebelum ini, ada saya bercerita mengenai rasa berhutang nyawa dan budi kepadanya kerana menjaga saya dan keluarga di saat kami seding sakit sekeluarga. Bila saya berterima kasih kepadanya, dia berkata 'hari ni hari awak sakit, nanti akan ada hari Yong. kita adik beradik memang kena saling tolong menolong, kalau bukan kita siapa lagi' dan bila hari ini, giliran Yong yang sakit, saya sungguh sedih, saya sungguh lemah apabila mendengar penerangan dari doktor juga. Lemah longlai kepala lutut saya. Kondisi Yong begitu kritikal. Severe!
Sabtu lalu, sewaktu saya ingin berangkat ke Alor Setar, Jue anak kedua Yong menghubungi saya. Katanya mama muntah-muntah dan sakit kepala dan menolak untuk bercakap dengan saya. Saya diberitakan, Yong juga dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Putrajaya pada hari berkenaan. Rupanya, sakit Yong tidak habis disitu sahaja. Yong kemudian dibawa ke Hospital Putrajaya berturut-turut selepas itu kerana sudden increase in her bp dan doktor sekadar merawatnya sebagai kes darah tinggi.
Namun tidak pada hari Selasa, 16 November 2010 apabila Yong mengadu double vision. Dunianya semua berganda dan kepalanya sakit yang amat. Apabila dibawa ke Hospital Putrajaya sekali lagi, dan CT scan dijalankan ke atasnya, keputusannya sangat menghancur luluhkan hati kami. Yong mengalami pendarahan didalam otak! Saya yang menerima SMS itu dari Kak Yang terus melayang. Bimbangnya hati bukan kepalang. Mahu tidak mahu, saya diminta menunggu sahaja dirumah kerana Hospital Putrajaya yang mempunya kepakaran dan fasiliti yang terhad terpaksa merujuk kes Yong ke Hospital Kuala Lumpur. Yong dikejarkan terus ke sana pada jam 8 malam dan dikategorikan sebagai kes Merah.

Tiga Puteri, Tiga Beradik di HKL :)

Penghujung malamnya, selepas Yong ditempatkan di Wad Neurology, doktor bertugas pada malam itu datang memberikan penerangan. Saya arif akan prosedur hospital dan doktor agar menerangkan kondisi pesakit itu kepada pesakit dan waris, namun saya tidak melihat kewajarannya apabila doktor itu memberitahu dan mengulang beberapa kali perkataan 'kes ini kritikal dan boleh membawa kepada kematian' dihadapan pesakit sendiri. Jika saya ditempat Yong pun, saya akan runsing dan banyak berfikir. Mungkin doktor boleh menggunakan perkataan dan ucapan yang lebih positif di depan pesakit. Aidiladha kali ini saya menyambutnya di Hospital Kuala Lumpur bersama suami dan keluarga tanpa anak-anak. Seharian menanti dan menanti Yong yang sedang menjalani angiogram.

Saya terpaksa berhenti disini kerana saya harus berkejar ke HKL melawat Yong. Insya Allah, malam ini akan saya sambung mengenai kisah Yong.

p/s: doakan kesejahteraan kakak kesayangan saya, hanya doa yang dapat membantu. Terima kasih.

15/11/2010

Rupa manusia di batang pokok

Lihat gambar ini. Encik Bubu snap gambar ni pada Sabtu, pada jam 11.30 malam semasa saya dan penduduk Kampung Tanjung Bendahara, Alor Setar sedang gigih berusaha mencari dan mengesan anakanda Awwab Hakimi yang masih lagi belum dijumpai.

Sekali imbas, tiada apa yang ganjil saya perhatikan. Sehinggalah saya zoom gambar tersebut. Perhatikan anak panah itu.

Saya sangkakan hanya pada mata saya ianya terbentuk. Lalu saya minta Encik Bubu lihat dan berpuluh pasang mata lagi melihat. Sah! Mata saya tidak silap. Memang pokok itu mempunyai seraut wajah yang sedang bengis. Selalunya, saya cuma lihat didalam cerita kartun sahaja gambaran muka di sebatang pokok. Jika orang lain yang menangkapnya, mungkin saya cuma akan berkata helah semata-mata, namun apabila paparan ini di kamera kami sendiri, i',m out of words.

Masya Allah. Segala puji kepada Allah yang menciptakan segala hidupan di dunia ini.

12/11/2010

Renungan di pagi Jumaat yang mulia

Masa dok check Facebook pagi ni, ternampak ini di Notes salah seorang kawan. Rasanya tak salah berkongsi kebaikan di pagi Jumaat ini mengenai 10 Surah Paling Berharga Dari Al-quran. Untuk renungan bersama dan untuk diamalkan.

1- Surah Al-Fatihah mencegah dari kemurkaan Allah SWT.

2- Surah Yasin mencegah dari kehausan pada hari Kiamat.

3- Surah Ad-Dukhan mencegah daripada huru-hara hari Kiamat.

4- Surah Al Waqiah mencegah daripada kefakiran.

5- Surah Al-Mulk mencegah daripada Azab Kubur.

6- Surah Al-Kauthar mencegah daripada perbalahan atau permusuhan.

7- Surah Al-Kafirun mencegah daripada menjadi kafir semasa meninggal dunia.

8- Surah Al-Ikhlas mencegah daripada bersifat munafiq.

9- Surah Al-Falaq mencegah daripada perasaan hasad.

10- Surah An-Nas mencegah daripada terkena penyakit was-was.

Selamat beramal.

10/11/2010

Bantal Terapi

Semalam gigih menjahit bantal terapi untuk Megat Jr. Bantal terapi ini adalah untuk meningkatkan stimulasi kepada tangan dan pada masa yang sama meningkatkan kemahiran koordinasi tangan-mata.

Saya cuma ada 3 bahan sahaja, iaitu:

KAPAS


KACANG MERAH


BERAS

Lalu, saya yang tidak langsung mempunyai kesenian dalam menjahit ini menjahit dan menjahit hinggalah terbentuknya ini:

Oh, rasa puas hati walau saya tidur jam 2 pagi. Gigih bersengkang mata demi Megat Jr. Esok saya cuba upload pula gambar bersama Megat Jr. yang menggunakannya.

p/s: biar merangkak asal sampai.

09/11/2010

Hari ke-6 dan Awwab Hakimi masih belum ditemui :(

"Cik on the way ke Alor Setar dengan Ayah Sue dan Ayah Cik"

Apabila saya menerima SMS itu sahaja, saya terus menghubungi Cik. Hampa kerana Awwab Hakimi masih belum ditemui. Hampa kerana setelah pelbagai usaha dilakukan oleh pihak Polis, Marin, Bomba dan Jabatan Pertahanan Awam, namun keputusannya masih sama. Ya Allah, sungguh besar dugaan ini untuk mereka tempuhi.

Saya dapatkan gambar-gambar ini dari Facebook Ayah Long Awwab Hakimi. Lihatlah wajah comel si kecil ini sangat meruntun jiwa saya. Orangnya kacak dan petah berbicara menambahkan lagi kecomelannya. Saya masih ingat, Awwab Hakimi petah bertutur dalam slang utara.

Awwab Hakimi dan mamanya sewaktu usia 4 tahun

Tidak dapat dipastikan bila gambar ini diambil, tapi kalau tak silap saya di tahun 2010

Awwab Hakimi bin Rudainie , sewaktu berusia 6 tahun

Comel!

Saya difahamkan usaha dilipat ganda di hari ke-6 pencarian. Seluruh adik beradik Cik dari Ayah Cik hinggalah ke Ayah Sue kecuali Cik Mah sudah berada disana. Usaha melalui udara juga digunakan hari ini. Saya rasa hanya Allah yang dapat membalas jasa-jasa baik mereka sekalian. Siang dan malam berusaha membantu mencari Awwab Hakimi.

Ayah Ngah dan Ayah Sue mengambil peluang meninjau sendiri tempat pencarian Awwab Hakimi di sekitar kawasan tali air/sungai oleh Bomba

Ayah Ngah sedang memerhatikan anjing-anjing K9

Kepada sesiapa yang membaca entri ini, saya minta jasa baik kalian semua untuk mendoakan agar anakanda Awwab Hakimi ditemui dalam masa yang terdekat ini. Hanya doa sahaja yang mampu menolongnya buat masa ini. Semoga Dia mendengar permintaan kita semua.

08/11/2010

Awwab Hakimi, amanmu disana.

Mahu tidak, jam 6 petang semalam, saya terpaksa memeluk dan berbisik kepada ibu Awwab Hakimi agar dia sentiasa tenang dan tabah menghadapi hari-hari mendatang. Saya tahu Kak Eni kuat, namun katanya dia sudah kehabisan air mata untuk ditumpahkan. Bila malam menjelma, apabila berada dirumah, hatinya dipagut sayu. Makan minum tidurnya juga tidak terurus. Saya faham, bagaimana ibu ingin sewenangnya membiarkan anak kecil berusia 7 tahun itu begitu sahaja. Anak adalah nyawa dan dunia sang ibunya.

Saya tidak tahu apakah yang Allah janjikan buat Kak Eni sekeluarga. Ujian ini sangat mencabar untuk ditempuhi. Jasad Awwab Hakimi masih belum ditemui setelah 4 hari pihak Polis, Jabatan Pertahanan Awam, Bomba dan Marin bersusah payah mencari dan menggunakan pelbagai strategi dan kaedah. Esok, pencarian di hari kelima akan melibatkan usaha akan dilipat gandakan. Khidmat udara dan mengimport 2 ekor anjing K9 menjadikannya 6 ekor semuanya. Terima kasih pihak berwajib di atas usaha yang dijalankan.

Awwab Hakimi, timbullah. Kami ingin menyemadikan jasadmu. Tinggallah sedikit kenangan buat kami yang menyayangimu walau kami tahu 'Wab Kimi' sudah aman disana disamping bidadari syurga yang menjagamu. Timbullah sayang, agar dengan timbulnya kamu dapat mensejahterakan hati mama yang gusar.

Yang baik itu datangNya dari Allah dan yang buruk dan khilaf itu datangNya dari kami. Ya Rahman, temukanlah badan anak kecil ini.
Sent from my BlackBerry

07/11/2010

Timbullah anakanda Awwab Hakimi

Sudah 2 malam saya berada di bumi Alor Setar. Sudah 2 malam saya meninggalkan anak-anak. Hati pun sudah mula dipagut kerinduan namun saya gagahkan hati. Datangnya saya ke Alor Setar bukanlah untuk bergembira. Datang sendiri melihat sepupu saya Kak Enie yang ditimpa musibah. Kehilangan Awwab Hakimi masih belum ditemui. Sehari suntuk saya dan sanak saudara menanti pasukan penyelamat mencari dan terus mencari.

Pagi semalam satu badan ditemui. Apabila disahkan identiti, dia bukanlah Awwab Hakimi. Badan anak itu saya hanya lihat dari jauh. Tidak sampai hati untuk saya huraikan bagaimana keadaannya. Menangis saya melihat kesayuan ahli keluarga mereka menjumpai badan itu. Hampir 6 jam di hospital, jam 4 petang semalam, kawan kepada Awwab selamat dikebumikan. Selamat jasadnya pulang kepada tanah. Namun, Awwab Hakimi masih belum timbul.

Anakanda Awwab Hakimi, hari ini pencarian hari ke 4 akan diteruskan seawal jam 8 pagi. Segala usaha oleh Polis, Bomba, Jabatan Pertahanan Awam dan Marin diteruskan lagi. Mereka berusaha sedaya upaya. Melakukan apa yang patut dan perlu. Tersentuh hati saya melihat raut wajah penyelam-penyelam ini. Mereka kepenatan seharian mencari dan mencari didalam air. Hampanya wajah mereka sewaktu memaklumkan mereka gagal lagi menemui. Hanya Allah saja yang mampu membalas jasa baik kalian. Kaum keluarga juga tidak putus-putus bersolat hajat, berdoa memohon agar Awwab Hakimi timbullah dipermukaan air untuk kami yang menyayangimu ini menyempurnakan jasadmu itu pulang kepada tanah.

Moga pencarian dihari ke-4 dipermudahkan. Doakan agar ujian ini dapat ditempuhi oleh ibubapanya dan kami sekeluarga dengan hati yang tabah.

Sent from my BlackBerry

05/11/2010

Awwab Hakimi

Semalam sewaktu saya memandu ke hospital lebih kurang jam 2 petang, sepupu saya Tik menghubungi. Saya dengan sengaja tidak menjawab panggilan itu. Namun setiba dihospital, saya SMS semula bertanya kenapa. Beberapa minit kemudian, dia menjawab. "Anak Kak Eni hanyut banjir" saya seperti tersentak. Seperti rasa tidak percaya.

Buat pengetahuan umum, Awwab Hakimi Rudaini, 7 tahun adalah anak sepupu saya. Mamanya anak kepada Cik Rah, adik Cik saya. Mereka tinggal di Taman Bendahara, Alor Star kerana papanya berasal dari sana. Sehingga ke detik ini, Awwab masih belum ditemui setelah lebih 12 jam pencarian oleh Polis, JPA3 dan Bomba gigih dilakukan. Cik dan beberapa ahli keluarga lain telah berada disana. Sokongan moral ahli keluarga adalah perkara yang paling diperlukan oleh ibubapa Awwab tatkala ini. Menurut cerita, Awwab sempat meminta pertolongan dari orang yang sedang memancing disitu bahawa kawannya jatuh. Tanpa disangka, Awwab yang ingin membantu juga jatuh dan dihanyutkan arus deras.

Semalaman saya berfikir, bagaimana gelojak hati seorang ibu menanti kepulangan anak yang tidak kembali? Menurut mamanya juga, sejak akhir-akhir ini Awwab sendiri sungguh akrab dengan temannya itu. Ya Allah, Ya Rahman, andai ini yang sudah tersurat untuk Awwab Hakimi, kami menerimanya kerana dia adalah pinjaman semata-mata. Namun, kasihanilah hati sang ibu yang tak sudah menanti anaknya timbul. Permudahkanlah urusan pencarian anak kecil ini, temuilah badannya walau tanpa berjasad.

Saya dengan rendah diri memohon sahabat-sahabat sekalian berdoa agar tubuh Awwab Hakimi ditemui. Saya masih mengharapkan keajaiban Allah agar anak ini ditemui dalam keadaan yang sihat dan seperti sediakala.

Amin.
Sent from my BlackBerry

Saya rindu saat ini...

Menyusur melihat gambar-gambar lama, mata saya melihat perkembangan si anak dara yang seorang itu. Sekejap sungguh masa berlalu. Tak sangka, begitu banyak perubahan wajah Puteri Jr. Tiba-tiba saya rindu saat-saat dia masih kecil ;)

Jom, saya berkongsi wajah Puteri Jr. bersama :D

Picture taken on: 22/02/2009
Ini gambar masa Puteri Jr. baru berumur 10 hari. Alahai, masa ni masih dalam pantang.

Picture taken on: 04/03/2009
Juga masih dalam pantang. Lihatlah muka dia, lain benor dengan bulan pertamanya.

Picture taken on: 28/04/2009
First time Puteri Jr. duduk dalam mumbo seat. Masa ni kepala pun masih belum tegak sepenuhnya lagi.

Picture taken on: 31/05/2009
First time bawa Puteri Jr. kenal laut di Port Dickson.

Picture taken on: 30/06/2009
Masa ni Puteri Jr. datang berjumpa dengan Abang Long.

Picture taken on: 05/07/2009
Si mata bulat ^^

Picture taken on: 09/08/2009
Tak ingat kat mana. Hahahahha.

Picture taken on: 19/09/2009
At Bukit Marak's.

Picture taken on: 11/10/2009
At Wanteh's.

Picture taken on: 23/11/2009
Tak ingat kat mana. Hahahhaha.

Picture taken on: 23/12/2009
At Casuarina Hotel, Ipoh.

Picture taken on: 16/01/2010
On the way ke Port Klang

Picture taken on: 15/02/2010
One fine day at park.

Picture taken on: 21/03/2010
At Wanteh's.

Picture taken on: 12/04/2010
Birthday Lope kat Pullman Hotel, Putrajaya.

Rindu budak kecik ini, Kalau boleh, janganlah dipisahkan dengan saat-saat ni tapi mustahilkan?

04/11/2010

Terapi Pertuturan

Hari ini Megat Jr. ada appoinment di Hospital Putrajaya, kena jumpa Puan Haniza untuk Terapi Pertuturan. Sebenarnya tak tahulah sama ada ini membantu dia atau tak, tapi tak ada apa perkembangan yang boleh ditulis untuk Terapi Pertuturan. Selalunya bila dapat jumpa Puan Haniza aje, kami akan berbual-bual.

Ini antara video tahun lalu sewaktu kami menghadiri terapi pertuturan.

video

Dalam video ini, Megat Jr. menangis melalak bila Puan Haniza menyuruhnya memegang barang. Saya bukan seorang terapis, namun saya seorang ibu. Selepas itu, Puan Haniza menukar permainannya.

video

Yang ini baru dia tersenyum-senyum. Untuk hari ini, saya tak tahulah macam mana pula keadaannya. Kalau sesi yang lepas, Megat Jr. menangis dan mahu zzzzz sahaja. Kali ini berharap dia mengikut kata.

03/11/2010

Empat Minit Setengah Bersama Megat Jr

Saya sangat-sangat jarang berkongsi video mengenai Megat Jr. disini. Mungkin ada yang selama ini tatkala memandang sahaja gambar Megat Jr, tidak ramai yang tahu, atau dapat mengesan kelainan padanya. Jika anda bertemu Megat Jr. saya secara live, jika ditanya dimana kelainan yang ada padanya, saya akan berkata "Tunggu 5 minit, nanti korang nampaklah kat mana" Heheheheh.

Video dibawah ini adalah rakaman 4 minit setengah bersama Megat Jr. sewaktu kami dirumah. Inilah rutinnya. Dia akan mengelilingi kerusi berwarna beige ini hampir setiap masa. Dari sinilah dia tidak jemu-jemu berlatih dan berlatih. Apabila melihat video ini, dia sudah terrer untuk bergantung dan bangkit. Kemudian secara bermalasannya dia duduk kemudian terbaring dan berguling seperti kebiasaannya dia.

video

Sila abaikan suara saya yang sangat pelik didengari disini. :)