Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

30/10/2010

Terima kasih kakak

Suhu badan sendiri yang panas mencecah 39 c membuatkan saya tidak betah untuk lama-lama berada di pejabat pada hari Jumaat. Nasib saya baik kerana boss kasi green light untuk balik. Sampai sahaja dirumah, saya tengok Puteri Jr. seperti kembali biasa keadaannya, namun si Megat Jr. masih panas. Saya berbaring di sebelah mereka dan terlelap hingga jam 5 petang. Bangkit dari tidur, rasa panas tidak surut-surut. Terus saya gapai telefon dan menghubungi Yong.

Nasib saya sangat baik kerana saya punya kakak yang tinggal berdekatan. Dialah yang bersusah payah membelikan barangan dapur di rumah saya dan tidak sampai disitu sahaja membawa kami anak beranak ke klinik. Segalanya diuruskan oleh Yong. Saya cuma melangkah ke bilik doktor dan kemudian kembali ke kereta. Saya memang tak langsung punya daya, ingin mendukung Puteri Jr. juga saya tidak mampu. Malah, melangkah berjalan juga terasa di awan-awangan.


Selepas kembali dari klinik, saya 'hanyut' lagi selepas makan ubat. Kasihan kedua-dua anak saya. Sepenuhnya berada didalam jagaan bibik. Ada beberapa kali saya terjaga ditengah malam, saya sekadar menggosok-gosok belakang mereka. Mulalah terfikir, bagaimana nasib mereka jika saya sering sakit-sakit begini. Ok, barulah timbul kesedaran dalam diri bahawa saya perlu menjaga diri saya demi mereka.


p/s: masih dalam mood gembira kerana Red Warriors menang ^^

29/10/2010

Saya dikelilingi virus :-(

Kalau semalam hanya Puteri Jr. yang demam. Tapi hari ini, seluruh orang dalam rumah tu demam. Jadi, kesimpulannya untuk hujung minggu ini, kami hanya memerap dirumah.

Semua acara di hujung minggu terpaksa dibatalkan.

- tak join family Superkids di Melaka.
- tak pergi tengok bola kat Stadium Bukit Jalil walau dapat 2 tiket.
- tak pergi jumpa nenek saudara Encik Bubu yang nak berangkat ke Mekah.
- tak boleh nak jemput sepupu saya yang datang Putrajaya sebab konvo di PICC.
- tak boleh pegi mana-mana tempat awam sebab anak-anak dalam keadaan lemah.

Bila Allah nak tarik nikmat sihat, sekejap je. Sekelip mata. Doakan kami sekeluarga kembali sihat. Malam ni, perlu bawa anak-anak ke klinik sebab kena buat ujian darah. Sekarang ni kan demam denggi dimana-mana.

Berharap agar demam kami hanyalah demam biasa. Terima kasih di atas doa dan yang sudi bertanyakan khabar.

28/10/2010

Puteri Jr. is down with fever

Tak update blog selama 9 hari!

Alasannya sangat tidak sempat untuk menulis. Hari ini mencuri sedikit ruang. Dalam 9 hari ini macam-macam terjadi pada saya. Megat Jr. yang semakin bijak mengimbangi badan, Puteri Jr. demam, menyambut hari lahir seseorang, outstation ke Batu Feringgi, hidup saya dihendap orang dan yang paling baru semalam Puteri Jr. diserang demam.

Semua dalam satu membuatkan saya tidak menang tangan. Entri hari ini saya cuma ingin menulis mengenai Puteri Jr. yang demam. Semalam saya pulang dari pejabat sudah hampir maghrib. Saat saya melangkah ke dalam rumah kecil kami, rumah ini sunyi. Saya lihat Megat Jr. sedang terbaring lena tidur dan Puteri Jr. juga terbaring. Dia tidak tidur dan hanya matanya sahaja memandang saya. Bila saya hampiri, Bibik memberitahu dia demam selepas mandi petang tadi lebih kurang jam 6 petang.


Sunyinya rumah saya tanpa suara dan keletahnya. Selalunya sewaktu saya membuka pintu sahaja, si kecil ini akan berlari menyambut saya di muka pintu sambil berjoget dan bertepuk tampar menyanyi riang. Selepas itu tangan saya dia salami. Tapi, hari ini anak itu terbaring lesu tanpa secalit pun senyuman untuk saya. Oh, saya rindu anak saya yang comot, nakal, banyak ragam dan mulut macam burung murai itu.

Selepas maghrib, saya dan Encik Bubu pun membawa Puteri Jr. ke klinik. Megat Jr. ditinggalkan dirumah dalam jagaan bibik. Klinik Kesihatan Putrajaya dibuka sehingga jam 9.30 malam. Klinik yang lengang agak menyenangkan saya. Puteri Jr. pula tidak banyak kerenah apabila diletakkan didalam stroller Lope. Mungkin badan terasa lemah hingga ke tiap urat sarafnya juga dilanda demam.

Mendaftar di kaunter dan hingga sesi bertemu doktor semuanya berjalan dalam masa yang tidak membuatkan saya marah. Tatkala Puteri Jr. sedang diperiksa, bilik doktor yang berkongsi itu, sepasang ibubapa datang membawa dua orang anak. Seorang anak lelakinya didudukkan dikerusi dan seorang lagi berdiri. Si adiknya juga perempuan. Secara tidak sengaja saya terdengar perbualannya dengan doktor.


"Ini anak istimewa kah?" dan si ibu menjawab ye. Kerana jawapannya adalah iya yang membuatkan saya menoleh ke arah anak itu. Saya menoleh bukan kerana ingin melihat keasingan pada wajah ibu itu tetapi saya merasa seperti separuh dari jiwa saya bersama sang ibu. Anak itu kelihatan behave dan sangat kacak. Si adiknya sesekali agak nakal dan cuba mencuri perhatian Puteri Jr. Saya mula terbayangkan bahawa saya dan dia sebenarnya berada didalam keadaan yang sama. Saya memilih untuk tidak memandang atau menatap lama pada wajah anak itu.

Alasannya kerana saya tahu bagaimana rasanya apabila ada mata-mata yang merenung wajah Megat Jr. dan kemudian berbisik sesama mereka. Rasa itu sangat asing untuk saya. Saya juga tidak menegur sang ibu itu kerana saya tidak bersama Megat Jr. malam itu. Saya khuatir dia merasa kurang selesa dengan segala macam soalan nanti. Apabila melangkah sahaja dari klinik, saya bertanya pada Encik Bubu akan anak tadi. Jawapannya mudah. "Abang tak perasan pun, nampak macam biasa je," jauh disudut hati saya mengharapkan agar lebih banyak jawapan sebegitu apabila orang memandang anak-anak kami yang berlainan ini tanpa ada tanggapan lain. Tanpa prejudis.

Puteri Jr. merengek sepanjang malam. Menangis tatkala saya mengelap badannya dengan air asam jawa di kepala dan diseluruh badannya. Bimbang dengan suhu badannya yang mencecah hampir 40 tadi. Hampir setiap jam saya bangun dan mengelap badannya dan tiap kali itu juga dia menangis marah kerana kedinginan. Jam 5 pagi tadi saya paksanya makan ubat dan dalam tangisan dan sendu berulang menagih simpati mamanya dengan 'mama, nanak, mama, nanak' saya suapkan juga ubat.

Jam 8 pagi, saya tengok badannya masih panas, maka saya tidak bekerja hari ini. Saya tahu jika salah seorang dari mereka yang kurang sihat, Bibik tidak menang tangan dan akan mengabaikan salah seorang. Sehingga jam 11 pagi, saya lihat Puteri Jr. sudah mula bangkit dan berjoget, maka saya ambil keputusan untuk kembali ke pejabat. Saya sekadar berharap Puteri Jr. kembali seperti adanya dia kerana sehari tanpa suara, keletah dan ragamnya dunia saya terasa sepi.

Get well soon, princess!

19/10/2010

Alanna Qish - hadir dan perginya

... membawa seribu satu kekuatan untuk dipelajari.

Entri ini adalah satu entri penghargaan dan terima kasih kepada seorang ibu yang banyak memberi insipiasi kepada ramai ibu mengenai kasih sayang yang tidak bertepi, pengorbanan dan tanggungjawab seorang ibu serta nilai kehidupan didalam kehidupan kita. Lebih tepat, entri ini untuk Mummy yang memiliki seorang anak yang diberi nama Alanna Qish, seorang pelawat dari syurga yang singgah ke sini untuk direnungi dan dihargai kehadirannya.

Saya mengenali si Ayu Mayyo bonda kepada si bidadari syurga ini di rumah Kak Raw. Tatkala itu saya dikenalkan oleh Ina. Saya nampak anak perempuan dipangkuannya. Nampak seperti biasa. Dari situ saya berkenalan dan tidak susah untuk bermesra dengannya memandangkan mummy yang sorang ini sungguh peramah orangnya. Sungguh saya banyak kekurangan masa untuk diluangkan dengan keluarga superkids tetapi saya tetap singgah ke rumahnya membaca tiap bait tulisan seorang ibu yang berjuang untuk sang anak.

Sebagai seorang ibu, saya tidak ingin menulis mengenai sang bidadari syurga yang kini sedang enak berehat disana. Alanna Qish walau singgah seketika disini, perginya memberi seribu satu erti mengenai kehidupan buat saya. Si anak kecil yang banyak menyentuh banyak hati ini sungguh terkesan dengan kekuatannya berjuang, dan untungnya si kecil ini memiliki hati kental seperti mummynya. Walau seberapa getirnya keadaan Alanna, Ayu tetap tersenyum apabila menyambut kedatangan kami melawatnya di hospital. Senyum walau tanpa sirna dimatanya. Saya kini mengerti kenapa Ayu adalah mummy yang terpilih itu. Kerana kekuatan yang ada padanya. Allah tidak akan menguji seseorang hambanya jika dia tahu hambanya itu tidak mampu. Kehilangan anak yang sakit bukanlah sesuatu yang mudah untuk dihadapi.

Keadaan sewaktu kita berjuang melawan sakitnya sudah terlalu perit untuk digambarkan. Melihat setiap inci badan si anak yang terpaksa disuntik dan dimasukkan segala wayar ke badannya bukanlah suatu situasi yang enteng untuk dihadapi.

Keadan sewaktu anak kecil kita itu dijemput pulang juga bukanlah mudah untuk melafazkan kata 'tata' padanya. Melihat anak ini dimandikan buat kali terakhir lalu dikapan dan dibawa pergi. Saat tatkala tanah menutupi badan si kecil didalam tanah dan sewaktu kapan di bacakan apabila mendengar nama sang anak berbintikan nama ibunya. Semua scene ini melibatkan kehadiran gerimis dimata dan dihati yang tidak bertepi.

Serta, keadaan dimana kita tahu hari semakin hari bahawa sang anak sudah tiada lagi didalam dakapan kita dan didepan mata serta hanya gambar, video, barangan peribadinya serta kenangan sahaja yang wujud didalam hati ini untuk mengingatinya.

Untuk semua keadaan di atas, saya tidak mampu meletakkan keadaan saya di tempat Ayu dan terima kasih anakanda Alanna Qish dan Ayu Mayyo kerana hadir didalam kanvas kehidupan saya untuk berkongsi kekuatan dan kesabaran ini. Sebagai manusia yang lemah saya tidak mampu untuk melawan segala ketentuan yang telah ditetapkan namun cerita si anak kecil ini menyentuh hati saya untuk menghargai setiap benda dan kejadian yang berlaku disekeliling saya. Jika saya merasakan anugerah yang diberikan kepada saya ini sungguh mencabar untuk saya hadapi, sekurang-kurangnya anugerah ini masih ada bersama saya pada hari ini.

Sebagai seorang ibu, menjadi tanggungjawab saya untuk menerima segala kekurangan dan ketidak sempurnaan yang ada pada Megat Jr. walau bagaimana bentuk dan kejadiannya. Susah saya hari ini tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan orang lain. Seperti kata Jiey, lemparkan segala ungkapan tidak sempurna, OKU, disable atau cacat sekalipun, sebagai seorang ibu yang mengandungkannya, melahirkannya dan membesarkannya perkataan itu tidak akan melemahkan saya lagi, semuanya kerana saya mengenali ibu-ibu yang kuat seperti mereka ini.

Hari ini, saya tahu mengapa Allah mengurniakan Ayu sang bidadari syurga itu kerana dia seorang yang tabah dan kuat serta dengan anugerah ini si kecil itu juga mampu menyedarkan ramai mengenai erti sebuah kasih sayang seorang ibu yang tidak pernah bertepi.


Terima kasih Alanna Qish kerana pernah hadir didalam lipatan cerita Mama Put. Jangan bimbang, mummy dan daddy serta Abang Nadim akan baik-baik sahaja disini. Berehat disana dan jangan lupa sesekali hadirlah dalam mimpi Mummy ye sayang. Datang sesekali untuk ubati rindu Mummy yang Mama Put yakin tak pernah surut untuk anaknya ini.

Al-Fatihah.
Alanna Qish bt. Syahrulniza
24/08/2009 - 05/06/2010

18/10/2010

Mr. & Mrs. Safwan

OK, mungkin kurang familiar bila tulis nama macam tu. Kalau saya tulis Bapak & Donut lebih familiar, kan? Oh, diaorang akhirnya dah jadi satu :) Oh, ini lama bercinta okey. Masa zaman dedulu lagi, saya tengoklah macam mana diaorang usha mengusha.

Pergi semalam pun ditemani Min dan anak dara saya. Bila perginya awal sangat dan sampai dah segan makan-makan banyak kali dan Puteri Jr. dah buat perangai, saya tawaf la Kompleks Kejiranan Presint 16 tu. Sampailah kami termelepak di Pusat Pembelajaran Komuniti. Saya kagum dengan library ni yang menyediakan banyak bahan bacaan, selesa dan bersih. Saya tengok Puteri Jr. juga selesa disini. Mula-mula dia berlakon menggunakan PC ini.

Lepas tu, saya kurung dia di bilik ini..

Bangga bila tengok Puteri jr. yang berusia 20 bulan ini menunjukkan minat dengan buku. Mungkin dia sering melihat scena saya dan abahnya membaca buku dari meja makan hingga ke toilet kot kami membudayakan amalan membaca ni :P

Membaca, muncung mulut sama 'mancung' dengan hidungnya!

Lepas hampir 30 minit disini, saya kembali ke dewan utama. Akhirnya bertemu Donut yang nyata terkejut sebab Kak Put tiba-tiba muncul. Ampun la Donut, KakPut asyik tak sempat je nak jumpa awak sebelum kawin itu hari. Sungguh comel si Donut. Make up cun, pelamin simple tapi cantik, makanan sedap dan Bapak pun ehem, hensem ok!

dan ini antara Bakawalian yang ada. Anim, awak sepatutnya datang juga semalam. Barulah havoc dan lupa nak ajak Ned dan Leha :P ampun!

Bila saya ada anak perempuan...

Semalam selepas solat maghrib, bila sahaja saya keluar dari bilik solat, saya nampak Puteri Jr. berdecet lari dari saya. Mulanya saya sekadar berpesan "Lajunya anak Mama lari," tapi apabila dua tiga langkah saya menuju ke dapur tiba-tiba terhenti. Mesti budak kecik ni ada buat salah ni, kalau tak apasal dia lari dan suspen je berdiri tepi dinding sambil pandang saya? Si kecil molek itu saya hampiri, dan saya kaget bila melihat mukanya sebegini.


dan menambahkan lagi bimbang hati saya bila melihat tangannya begini...

Bimbang saya tidak lama selepas itu kerana apabila dia berulang kali mengucap "nanak-nanak" itu ertinya, seseorang telah berbuat salah. Lantas, saya masuk ke bilik dan selepas itu seisi rumah mendengar suara saya terpekik kerana terkejut.

Tahu apa yang saya temui didalam bilik saya? Ini...

Lipstick saya!! OMG. Saya tak tahu apa nak kata, saya tak tahu macam mana dia boleh ambil lipstick yang berada didalam beg itu, yang pastinya saya rasa ini adalah keadaan biasa bagi orang yang punya anak perempuan. OK, itu tandanya Puteri Jr. ni suka melaram kah? Muahahahha.

"Saya mengaku bersalah di atas tuduhan mematahkan lipstick Mama. Mama, sila maafkan saya. Tak tahan tengok lipstick tu, macam cokelat je. Slurrppp" - Puteri Jr.

Apa nak dikata lagi. Nak marah budak berumur 20 bulan bukanlah perkara yang cerdik untuk saya lakukan. Paling terer pun, saya menerangkan apa itu lipstick dan bagaimana kegunaannya. Tapi, saya yakin, kalau si Mama tak berhati-hati, lipstick lain pula akan menerima nasib yang sama selepas ini.

Phia oh Phia ^^ Apalah lagi selepas ini? ;)

17/10/2010

Deskripsi tugas ibu - Memasak.


Kalau nak tulis satu persatu, tak habis rasanya. Menguruskan rumahtangga adalah satu patah perkataan yang merangkumi banyak perkara. Menjaga suami, anak-anak, rumah, makan dan pakai mereka adalah perkara yang besar perlu diuruskan. Dalam banyak perkara itu, saya lebih cenderung untuk memilih tugas seorang ibu yang perlu memasak.

Sejak saya berstatus anak dara lagi, Cik gemar menjadikan saya seorang Bibik dirumahnya sendiri (sila baca dalam nada sinikal agar ianya tidak disalah ertikan). Waktu itu, jiwa remaja saya sungguh memberontak apabila disuruh mencuci pinggan mangkuk, menjadi kitchen assistant untuknya. OK, mungkinlah ada harinya saya buat dengan rela hati. Sambil membantu Cik di dapur, adakalanya telinga saya dihidangkan dengan ceramah-ceramah khas dari Cik sendiri. Waktu itu, saya rasakan Cik tidak menyayangi saya kerana memaksa saya membantunya didapur (kesian Cik sebab ada anak yang pemalas) ;)

Tamat pengajian, saya menanam anggur selama 3 bulan di rumah. Waktu itu, saya dengan jayanya memegang status Bibik terhormat di rumah Cik. Tugas saya tidak sahaja didapur, malah kawasan jajahan diluaskan. Segenap ruang rumah Cikgu Megat itu perlu saya uruskan. Bermulanya dari depan lagi, segenap halaman perlu dibersihkan, pokok-pokok bunga kegemaran Cik perlu disirami sehinggalah mencuci 4 buah tandas dirumah itu juga termasuk dalam senarai tugas kerja saya.Upahnya?

Tiada melainkan pengalaman.

Rupanya, pengalaman 3 bulan itulah pengalaman yang paling berharga untuk saya. Bekal yang paling penting dan saya tidak mampu mencarinya dari mana-mana halaman google sekalipun. Saya masih ingat, pertama kali saya memasak adalah sewaktu saya berusia 11 tahun. Memasak dalam erti kata sebenar. Masakan pertama saya adalah Nasi Goreng. Rasanya sungguh tidak mampu ditelan oleh tekak. Pedas dan masin sangat. Itulah komen dari saya sendiri. Bila hidangan itu dihidangkan untuk arwah Aboh tiada langsung kata yang menjatuhkan semangat saya untuk belajar memasak lagi. Begitu juga dengan Cik. Namun saya tahu hasil masakan saya teruk bila mereka berdua hanya menjamahnya sedikit sahaja. Practice make perfect, kan? Kebanyakkan masanya, saya cuma menjadi kitchen assistant untuk Cik. Sungguh tidak glamour kerana saya sekadar mengupas bawang, mencuci ayam, memotong sayur dan tukang mengacau masakan di atas dapur sahaja. Kerja yang tidak glamour inilah yang banyak membantu saya rupanya hari ini kerana banyak pengalaman dan ilmu memasak Cik saya pelajari.

Hari ini, pengalaman itulah membantu saya menguruskan salah satu deskripsi tugas seorang isteri dan ibu. Walaupun masak saya sebagai seorang beginner sahaja, cukuplah untuk saya menyediakan makanan untuk Encik Bubu dan anak-anak. Saya juga dengan jayanya telah 'mengembangkan' Encik Bubu bererti saya telah melaksanakan satu tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan baik. Saya gembira bila Encik Bubu meminta saya memasakkannya nasi ayam dan soto berulang kali.
Oleh itu, pesanan kepada golongan ibu yang seusia saya, bila anak dara dah mampu nak buat kerja rumah tu, ajarlah dia. Ajak dia ke dapur, ajar dia memasak kerana peluang ini tidak datang selalu dalam hidup dia. Satu hari nanti dia akan berterima kasih kepada ibunya kerana memberikan dia satu pengalaman yang berguna untuk dia gunakan dimasa akan datang. Walau setinggi mana pelajarannya, tugas seorang wanita tidak akan lari dari ke dapur sama ada dia tidak menjadi isteri dan ibu sekalipun. Pesan untuk sang anak, gunakanlah peluang ini sebaiknya. Peluang tidak selalunya datang.
p/s: abislah anak dara saya nanti :)

14/10/2010

Ayuh bermain-main tutup kepala bersama saya!

Semalam, saya tengok tudung kaler merah yang mama saya pakai ke pejabat tu sangat menarik sebab warnanya yang menambat hati saya. Saya pegang-pegang dan saya cuba letakkan tudung itu dikepala saya macam ni.

Bila saya letakkan di kepala saya, saya rasa terlalu besar pulak dan macam saya tak pandai macam mana saya nak pakai macam mama saya pakai. Kemudian, saya mendapat satu ilham.

Saya rasa abang saya Lope akan nampak super cute kalau dia yang pakai tudung ni. Ayuh saya demokan yer.


Cubaan demi cubaan saya tidak berjaya. Saya letak atas kepala Lope dan saya pusing-pusing tapi saya tahu saya tak pandai dan tiba-tiba saya dengar suara mama saya pekik "Phia! Stop it! Jangan buat kepala Lope macam tu"

.. dan saya lari seberapa pantas sebelum mama saya naik angin lagi. Well, ini bukanlah kali pertama saya buat macam ni kat Lope, dah beribu lemon tapi kali saya ni saya tahu mama saya ada bukti sebab dari tadi dia dok pegang berrynya :P

Dan ini percubaan kali kedua saya ^^ Saya lakukan dengan lebih 'teliti' okey.

Oh OK, mungkin tersangat 'teliti' sampai Lope jatuh terhumban macam ni. Dan..

sampailah Lope mengelak. Nasib saya baik sebab abang saya tak pernah marah kat saya bila saya mengajaknya bermain. Paling terrer pun, Lope akan geleng-geleng kepala dan dia akan jerit nama saya 'Obiya' kuat-kuat *gelak evil* Muahahhahahah :D

Oh! Dan saya lari mencari perlindungan dari Abah dan Tok sebab mama betul-betul dah naik angin dan hanya Abah dan Tok aje boleh coolkan mama.

Tata!

13/10/2010

Apabila terlajak kata..

salam

awak, saya tak kisah awak nak tulis ape. tapi saya dah up kan entry explanation untuk awak dan org lain yang dah salah anggap baca.

percayalah, kalau awak kata awak menangis setiap hari, saya menangis setiap nafas yang saya tarik setiap hari.

maaf kerana dah tersalah anggap.



Siapa yang makan cili, dialah yang rasa pedasnya.

Saya rasa tidak adil jika saya tidak menyiarkan komen ini yang saya terima ekoran dari entry saya Mengejar Traffik. Saya akui saya tidak langsung pernah menjejak ke blog awak, sehinggalah semalam salah seorang Superkids family memberitahu saya. Tatkala saya membacanya, saya sedih kerana ayat-ayat yang awak tulis begitu dalam menghiris tangkai hati saya sebagai seorang ibu kerana ianya tak ubah seperti awak langsung tidak punya peri kemanusiaan. Tatkala saya pulang dan terpandangkan wajah Megat Jr. saya merasa bersalah dan mula muhasabah, Adakah benar saya menjaja cerita ketidak sempurnaannya untuk mendapatkan traffik pembaca?

Jawapannya tidak sesekali. Saya maklum blog awak ikut suka awak nak tulis dan saya berharap selepas ini timbul sedikit kesedaran dan tanggungjawab serta etika sewaktu menulis. Berada ditempat seorang ibu yang kehilangan anak dan seorang ibu yang menyaksikan sang anak tidak mampu menguruskan diri dan berkata-kata bukanlah satu pengalaman yang indah untuk dikongsi. Terima kasih kerana sekurang-kurangnya muncul disini membuat permohonan maaf secara terbuka, saya yakin perbuatan awak ini menyejukkan banyak hati dalam hal ini.

Mengejar traffik...?

Adakah tujuan utama menulis untuk mengejar trafik semata-mata?

Semalam saya berblogwalking. Singgah dan singgah dibeberapa blog. Apabila tersinggah di satu blog ini, saya terpanggil untuk menulis tatkala membaca satu catatan blogger yang menulis mengenai 10 tips untuk menaikkan traffik di blognya. Mengikut intipati perbincangan, dia memberitahu bahawa kenyataan berasaskan kepada perbincangan dan persetujuan sahabat-sahabatnya yang lain juga seorang blogger.

Apabila membacanya, saya terasa seperti penulis itu yang juga seorang wanita yang sudah bergelar seorang isteri dan kemungkinan seorang ibu (saya tidak mengikuti blognya) sanggup menulis begitu. Saya faham amalan blogger "blog aku, ikut suka" aku punya rules, namun penulis juga tidak boleh menyalahkan sesiapa andai hasil tulisannya di review oleh saya. Mungkin penulis juga akan bertepuk tampar tanda keseronokkan kerana apabila saya menulis ini, saya pasti traffik blognya akan meningkat sebagaimana yang diingini.

Saya tersentuh apabila penulis itu menulis perihal anak yang lembab, tidak sempurna dan berlainan dari keupayaan anak-anak seusianya. Sebagai seorang ibu yang punya anak istimewa, saya labelkan kenyataan penulis itu sebagai agak zalim. Saya yakin, kebanyakan ibu yang punya anak-anak yang dilabelkan lembab dan tidak tahu berbuat itu dan ini menulis kisah mereka di blogspot ini bukanlah ingin mendapatkan trafik yang tinggi semata-mata kemudiannya dibayar oleh syarikat pengiklanan kerana menjaja cerita akan kelembaban dan kelainan yang dimiliki oleh anaknya.

Tujuan saya sendiri, berada disini menulis mengenai kelainan yang ada pada anak saya bukan untuk pembaca menitiskan air mata, tetapi sebagai salah satu tempat perkongsian pengalaman dan ilmu. Buat pembaca yang tidak pernah menemui golongan istimewa seperti anak saya, dengan harapan dapat mendidik dan menerima kami seperti adanya orang lain dan buat yang sama-sama merasa dan mempunyai anak seperti ini, diharapkan dapat berkongsi ilmu dan pengalaman mengenai terapi, perubatan dan tips-tips.

Jika tidak kerana menulis disini, saya tidak akan mengenali Kak Raw di Felda Gedangsa. Jika tidak kerana menulis disini, saya tidak akan mengenali anak-anak yang punya keazaman dan kegigihan yang jitu seperti Ian, Habib, Nabila, Sarra, Aiman, Irfan dan Arwah Baby Alanna serta anak-anak lain yang saya pautkan disisipan blog ini. Juga jika tidak membaca hasil tulisan seorang ibu atau bapa akan ketabahan dan kegigihan mereka membesarkan anak-anak ini, mungkin saya tidak akan segigih dan sekuat ini menghadap hari mendatang. Bila saya rebah, mereka sama-sama hulurkan tangan agar saya bangkit. Kisah Arwah Amir Yusuf sendiri tidak pernah gagal menyentuh jiwa saya. Hasil tinta ikhlas sang ayah yang buatkan saya tahu kasih sayang ayah membawa ke syurga. hadirnya anak-anak istimewa ini adalah untuk direnungi kejadiannya, memberikan saya satu keinsafan dan kesyukuran.

Sabatang tinta adalah lebih tajam dari mata pedang. Perkataan lembab, tidak sempurna, kisah sedih dan air mata adalah antara perkataan yang ada dalam kandungan 10 tips menulis blog yang ingin mendapatkan trafik tinggi itu. Words hurt more then anything else can, because they last, sometimes forever.

Kesimpulan saya hanya satu perkataan. Cetek ilmu.

Dia seperti adanya anak lain

Baru sahaja berjaya mendodoikan kedua-dua kesayangan hati sebentar tadi. Sebelum itu, sang abangnya 'menunjuk perasaan' dengan memprotes kerana mamanya tidak mendodoikannya. Saya sebetulnya sudah terlelap tadi sambil menonton TV. Megat dan Puteri Jr. memang berada disisi. Lumrah anak, bila mahu tidur, mulalah mencari si ibunya. Saya lantas mengajak mereka berdua ke bilik. Sang abang saya dukung dan si adik dipimpin tangannya.

Apabila dibaringkan sang abang, si adik datang menuntut perhatian. Mungkin dia cemburu kerana sedari tadi saya melebihkan si abang pada pandangannya. Saya lantas membaringkan mereka sebelah menyebelah. Wajah Megat Jr. saya pandang, dia tersenyum. Mungkin selesa dengan suasana bilik yang nyaman dan lampu yang telah saya padamkan, namun senyuman itu berubah tatkala saya melayan bicara si adik yang sedang keletah berbicara dalam bahasanya tersendiri.

Lantas, saya nyanyikan lagu Hickory Dickory Dock - lagu yang bila-bila masa sahaja mampu membuatkan si Megat Jr. ketawa dan dia tertawa. Bila kedua-duanya nampak selesa, saya mula berzikir dalam cubaan mendodoikan mereka. Pada mulanya tangan saya hanya menepuk-nepuk si abang, namun kemudian si adik juga minta dibuat perkara yang sama. Bila tangan kanan saya ditepuk pada Megat Jr. dan tangan kiri untuk Puteri Jr. hati saya terdetik bahawa saya menghargai momen ini. Terasa sungguh indah apabila anak-anak kecil ini meminta perhatian daripada sang ibunya.

Lebih manis, kerana Megat Jr. juga dalam hal ini mempunyai naluri yang sama seperti adanya anak lain. Mungkin dia dilihat 'tiada perasaan' namun sejak kebelakangan ini, sudah semakin banyak 'sentuhan' dia lakukan. Contohnya, apabila didodoikan, dia memeluk saya. Erat. Seperti tidak mahu saya berlalu pergi sahaja lagaknya. Begitu juga dengan anak disebelah kiri saya, sama seperti disebelah kanan. Memeluk erat.

Dia, seperti adanya anak lain. Inginkan perhatian, ingin dikasihi dan disayangi walau cara dan lakunya berbeza. Jika saya melebalkan dia sebagai anak istimewa, sebenarnya dia juga menjadikan saya seorang yang istimewa kerana dianugerahkan anak sepertinya. Saya pernah terbaca ayat ini di blog Jiey (kalau tak silap) bahawa hidup bukan untuk ditangisi. Dianugerahkan sang anak seperti ini memberikan warna pelangi yang indah untuk saya terokai walau adakalanya warna itu sirna disebulungi hujan.

Dia, yang satu menjadikan saya seorang yang istimewa kerana memilikinya :)

12/10/2010

my.little.secret - not available.

sorry
my.little.secret is under construction
thanks for visiting :)


11/10/2010

Lokeknya si kulit mulus ini...

Mata Megat Jr. bengkak lagi!

Kalau sebelum ni, ada beberapa kali matanya pernah bengkak dan kemerahan seperti ini, namun selepas beberapa hari dia kembali okey. Bila dibawa kepada doktor, katanya kemungkinan dia allergic kepada susu atau pada makanannya. Nampak gayanya saya terpaksa mencari susu baru lagi selepas ini. Sangka saya, Pediasure sudah cukup bagus untuk dia. Ada cadangan tak susu apa yang elok? Anmum Essential dan Sustagen sudah saya beri dahulu, namun tidak berapa sesuai.

Dipipi sebelah kiri Megat Jr. juga terdapat rashes. Rashes yang ada adalah datangnya dari air liurnya sendiri. Tabiat Megat Jr. yang suka menggigit jarinya membawa padah kerana lelehan air liur itu sendiri yang mendatangkan ruam ke pipinya. Setiap kali ingin menyapu ubat ke pipinya, saya terpaksa membungkus kedua belah tangannya kerana bimbang dia akan menyapu ubat dipipi. Bila tangan dibungkus, meronta-ronta tuan empunya badan, sesekali dia memekik marah.

Tak tahu sampai bila kulit dia akan terus-terusan ruam. Ada tips tak dari sesiapa?

08/10/2010

Apabila Dia dijemput pulang...

Jam 10 pagi tadi, Cik menghubungi saya. "Ayah Mat kat Wad 7 ni, dah nazak," saya terkedu. Tak mampu nak cakap apa-apa melainkan angguk dan Cik letak telefon kerana ingin menyambung membaca ayat-ayat suci ke telinga Ayah Mat.

Jam 11.20 pagi, Cik telefon lagi. "Tolong arrange tiket Cik Yah nak balik KB hari ni," saya akur lagi. Terus saya gedek-gedek komputer di depan mata.

Jam 11.48 pagi, Cik telefon lagi. "Ayah Mat dah takde" dan saya terus kaku. Tak mampu bersuara. Kehilangan yang tak mampu diganti. Saya kemudian menghantar SMS, membuat panggilan, update status di Facebook memaklumkan kepulangan Ayah Mat kepadaNya. Hati dipagut rawan.

Saya memang tidak bijak dalam mengurus perasaan berkait sebuah kehilangan. Memang tidak tahu bagaimana harus saya ajar sekeping hati ini agar menerima kehilangan yang kekal sebegitu. Selang dua tiga hari lalu, orang kedua penting di Kementerian tempat saya bekerja juga telah kembali ke rahmatuallah. Walau saya tidaklah bekerja terus kepadanya, namun saya mengenalinya sebagai seorang boss yang baik. Saya turut memberi penghormatan terakhir kepadanya di hari dia disemadikan.

Melihat kepada wajah isteri arwah, saya membayangkan sesuatu kehilangan yang sangat besar. Tambahan pula, melihat kepada balu arwah, saya sendiri cuba membayangkan saya ditempatnya kelak. Nauzubillah. Oleh yang demikian, di hari jumaat yang hening ini, saya mohon agar dapat disedekahkan al-fatihah kepada :

Allahyarham Dato' Dr. Ramli bin Hassan
Menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 5 Oktober 2010
bersamaan dengan 26 Syawal

; dan

Allahyarham Mohammad bin Haji Abu Bakar / Ayah Mat
Menghembuskan nafas yang terakhir pada jam 11.40 pagi,
9 Oktober 2010 bersamaan 29 Syawal.

Saya mendoakan agar kedua-dua allahyarham ditempatkan disamping kekasih-kekasih Allah.

Al-Fatihah.

07/10/2010

Mengenali Autisma dan Megat Jr.



Individu autisma adalah individu yang tidak dapat membentuk hubungan sosial dan komunikasi yang normal seperti individu lain. Kerana kelainan ini, individu autisma sering mengasingkan diri dari pergaulan dengan individu lain dan hidup didunianya sahaja. Individu autisma cenderung untuk melakukan perlakuan secara berulang. Mereka juga biasanya mempunyai tahap obsesi yang tinggi terhadap sesuatu perkara. Selalunya, individu autisma dapat dikesan sejak lahir atau sebelum berusia 3 tahun. Dianggarkan, 1 daripada 500 kelahiran kini adalah individu autisma dan sering terjadi kepada kanak-kanak lelaki.

Mungkin juga, ramai yang tidak mengetahui, Autisme juga terbahagi kepada 5 kategori iaitu:

Autistic Disorder : selalunya berjaya dikesan sebelum usia 3 tahun memandangkan terdapat masalah dari segi interaksi sosial, komunikasi dan kemampuan bermain secara imaginatif serta adanya perlakuan berulang pada minat dan aktiviti ;

Asperger's Syndrome : mempunyai masalah dalam perkembangan sosial dan minat serta aktiviti terbatas. Umumnya, individu autisma didalam kategori ini tidak menunjukkan sebarang kelewatan dalam perkembangan pertuturan serta cerdik ;

Retts Syndrome : Lebih sering terjadi kepada anak perempuan. Individu terbabit juga pernal mengalami perkembangan normal dan hilang kemampuan dan mempunyai ciri-ciri autisma ;

Chilhood Disintegrative Disorder (CDD) : Menunjukkan perkembangna yang normal pada 2 tahun usianya dan kehilangan kemampuan yang dicapai sebelum ini ; dan

Pervasive Developmental Disorder – Not Otherwise Specified (PDD-NOS) : individu terbabit tidak menunjukkan kriteria seperti kategori Asperger dan Rett's Syndrome.

Karakteristik individu dengan autisma terdapat didalam 6 aspek iaitu:

- interaksi sosial ;
- komunikasi ;
- perilaku - emosi ;
- pola bermain ;
- gangguan sensori halus dan kasar ; dan
- lewat perkembangan / tidak normal.

Selalunya, individu autisme hanya dapat dikesan seawal usia 2-3 tahun. Ini kerana anak-anak autisma akan mempunyai kelambatan dari segi pertuturannya. Sebagai ibu yang mempunyai anak autisma, ingin sekali saya berpesan kepada ibubapa, pembesaran awal tahun kanak-kanak sangat penting. Pantau perkembangan anak-anak. Sekiranya terlewat, berjumpa pakar jika perlu. Autisma dapat dibantu dengan intervensi awal.

Fakta mengenai Megat Jr. yang perlu anda tahu:

sangat sensitif pada sesuatu masa namun adakalanya langsung tidak responsif terhadap ransangan-ransangan dari kelima-lima pancainderanya seperti pendengaran, sentuhan, rasa, penglihatan dan deria baunya.

gemar membuat perlakuan berulang seperti mengepak-kepakan tangan atau jarinya, kadang -kala dia menggoyangkan badannya dan mengulang perkataan yang sama. Dia juga mempunyai minat yang terbatas. Buat masa ini, saya dapati kegemarannya cuma pada muzik dan Faizal Tahir.

sangat sensitif kepada suara-suara bising, cahaya, permukaan atau tekstur dari suatu tertentu dan adakalanya memberikan respon yang tidak sepatutnya kepada sensori yang diterimanya.

mempunyai pilihan rasa tertentu pada makanan yang menjadi kesukaannya. Megat Jr. hanya makan. Dia cuma makan bubur nasi yang dimasak dirumah dicampur dengan carrot, potato, sawi dan ayam. Juga hanya makan Calciyum dan baskin robbin.


Bila ada yang bertanya mengenai terapi apa yang efektif, anak-anak autisma sangat kompleks dan tidak dapat dihadapkan dengan pelbagai rawatan mahupun terapi, walaubagaimanapun pakar bersetuju bahawa intervasi awal dapat membantu mereka. Seperti Megat Jr. sendiri, selama ini dia telah menjalani beberapa terapi asas seperti terapi cara kerja bagi meningkatkan kemahiran sensori halus, fisioterapi bagi membantunya menggerakkan motor kasarnya dan terapi pertuturan bagi membantunya berkomunikasi. Namun, buat masa sekarang, saya perlu memberi tumpuan kepada satu terapi sahaja bagi mengelakkan dia keliru kerana dia perlu menghafal langkah demi langkah dan perlu dilakukan berulang kali.

Anak autisma saya :)

Tahniah xx

She is officially graduated :)

Tahniah yer adik sepupuku. Silalah belanja kakak sepupu ini makan besar bila dapat gaji besar nanti. Ajak I pegi makan seafood yer.

04/10/2010

Comei Lotte Contest By Jaijina

Masa blog walking tadi, terjumpa dengan blog ni dan rasanya dah lama tak join contest ;)

Terus decide nak join :D
So, nak hantar penyertaan ni kena follow cara-caranya:

1. buat satu n3 khas mengenai contest ini..hanya n3 yang bertajuk "comei lotte contest by jaijina" akan di terima. >> done.

2. di wajibkan menjadi follower http://jaijina.blogspot.com/ >>done.

3. seperti biasa, letak kan blog http://jaijina.blogspot.com/ sebagai blog list korang.. >>done.

4. letak kan juga banner seperti di atas dalam n3 & side bar korang.. banner tu mesti link terus ke n3 ni..>>done.

5. letak kan sekeping sahaja gambar kanak² yg korang rasa terbaik kecomelanya..kanak² (tak kira anak korang atau bukan..asalkan jgn colik anak org lain, sudaaaa) terbabit hendaklah berumur diantara 1tahun hingga 4 tahun..

6. letak kan nama, umur, nama ibu/bapa pada setiap gambar tersebut..ceritakan serba sedikit kenapa korang rasa kanak² dalam gamba tersebut adalah comei lotte.. >>done.

"Sophia yang sedang tersenyum sipu tatkala dipuji oleh abang sepupunya kerana tampil ayu dengan berbaju kurung cotton di pagi Syawal. Seperti terlupa anak kecil ini belum mencecah angka dua usianya, namun nampak matang dan bersahaja. Kata Abahnya, cepatlah kami menimang menantu kelak :P"

Nama: Puteri Mariam Sophia bt. Megat Iskandar

Umur: 1 tahun 8 bulan
Nama Ibu: Puteri Nuur At-Terawis

7. tinggalkan komen korang pada n3 ini sahaja..selain dari itu, tidak akan di layan.. >>done.

8. tarikh akhir penyertaan adalah sehingga 24 oktober 2010 jam 12 tgh malam. >> done.

9. korang juga boleh meng"tag" 3lagi kawan² anda yang lain..dgn ini aku nak tag :-

Siap. xx

Mr. Kabab & Biryani

Aktiviti dua minggu lepas apabila kami baru sahaja pulang dari bercuti Aidilfitri. Kami ibarat kemaruk mahu makan. Inilah hasilnya bila masing-masing dah buruk laku nak makan :)Kalau korang teringin nak makan makanan Pakistan, yang berdekatan dengan Parcel E ni, saya sarankan di Presint Diplomatik.

Mr. Kabab dan Biryani, Precint Diplomatik, Putrajaya
*abaikan ejaan Welcome tanpa E itu*

Tarikan utamanya adalah Naan Garlic dan butter di makan dengan Ayam Tandoori ni. Ayam Tandoori ni tak la mahal sangat.

Ayam Tandoori - RM7+ (Rasanyalah..)

Naan Garlic - RM3+

Kalau ditanya pilihan saya, mestilah makanan yang berasaskan Lamb ;)

Lamb Curry with Bendi - RM7

Chicken Mandy - RM12

Ini model-model kami yang berpuas hati makan kat sini. Si bertudung merah ni ahli baru pasukan kami. Bawa dia makan ke mana-mana, OK lah dia suka cuba tapi makannya sikit sangat.

Dan model kedua kami yang kurus specky ni plak, namanya si Jujue. Makannya ya ampun, sama banyak dengan saya. *anything yang sama banyak dengan saya is BANYAK tau* dan dia lagi cepat lapar dan cepat mengantuk dan part yang paling jealousnya dia tak GEMOK!

Silalah mencuba. Service pun boleh tahan cepatnya dan restaurant ni fully aircond.