Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

25/08/2010

Yahya, anak kecil yang terbiar

Tadi saya singgah di page Bersamamu. Saya sangat teruja untuk melihat dengan mata kepala sendiri mengenai misi Bersamamu ke Palestin. Tolak ke tepi, siapakah duta kemanusiaan itu, yang penting jihadnya yang ingin kita sampaikan. Apabila saya membelek satu persatu gambar disitu, tiba-tiba mata saya tertangkap pada gambar si kecil ini.

Caption yang tertulis disitu 'Yahya, anak terbiar yang tak mandi'

Saya tidak tahu siapa Yahya, ke mana ibu dan bapanya pergi atau di mana kakak dan abangnya berada. Gambar ini memberi satu persamaan kepada saya, gambar seorang anak yang meruntun naluri keibuan saya. Namun, saya lihat wajah ini didalam wajah Yahya.

*
*
*

Samakan?

*
*
*

Sigh! Emo sungguh!

Berat mata saya memandang. Okey, mungkin Megat Jr. lebih handsome *perasan* kerana dia punya ibu yang akan menjaga dan melindunginya hatta dari panas sekalipun tidak diizin menjengah ke badan anak ini. Lihat saja pandangan mata Yahya itu. Mata yang bersinar dengan penuh harapan. Saya tidak tahu bagaimana rasanya jika anak saya ditempatnya. Sendirian, tidak terurus. Tidak tahu dimana makan dan minumnya, mungkin juga tiada tempat berlindung. Lihat gambar seterusnya ini.

Untuk cerita selanjutnya, mengenai Misi Bersamamu ke Palestin, melihat sendiri penderitaan dan trauma anak-anak ini, jangan lupa malam ini, jam 9.30 malam di TV3.

24/08/2010

Because he is a muslim..

Something to ponder.
Got this from Coretan Perantau and no offense at all.















Pass this around.

3 tahun dan masih belum berbicara


"Anak saya sudah mencecah 3 tahun 4 bulan. Mempunyai ketinggian 96cm dan berat 12.5 kg. Orangnya berkulit cerah. Bermata bulat, berambut hitam lebat dan berwajah bujur sireh"

Sempurna bukan gambaran yang saya karangkan ini? ;)
Do I look weird?

Dilihat pula pada wajah ini, mungkin tak siapa menyangka anak berumur 3 tahun ini masih belum mampu berdiri sendiri, jauh lagi berjalan dan berlari. Mungkin juga masih ramai yang tidak tahu, dia masih belum mampu berbicara selayak anak seumur dengannya. Malah, ramai yang mungkin tidak menyangka anak kecil ini pemegang Kad Pengenalan OKU berwarna kuning.

Walau apapun dia, anak kecil ini anak kebanggaan seorang ibu. Seorang ibu yang hingga ke detik ini tidak pernah rasa ianya sebagai seorang beban malah sebagai satu rahmat yang tidak dapat ditukar ganti. Walau anak ini dilahirkan dalam penuh keistimewaan berbeza dengan anak-anak lain, dialah pendamai jiwa sang ibu. Saya tidak tahu, dimana hati perut seorang wanita yang melahirkan anak dan membuang, meninggalkan anak-anaknya di merata-rata. Seorang ibu yang membunuh anaknya sendiri. Seorang ibu yang darjatnya lebih rendah dari binatang.

Hari ini, saya ingin berkongsi akan keupayaan berbicara sang anak. Minggu lalu, setelah beberapa kali temujanjinya dengan Terapis Pertuturan ditunda, akhirnya saya berjaya melunaskan tanggungjawab kesekian kalinya ini. Megat Jr. tertidur sebaik sahaja kami mendaftar diri di Kaunter Pendaftaran. Dalam hati sudah berbolak balik, saya dapat rasakan yang dia akan tertidur sepanjang sesi ini. Sayangnya. Bukan selalu mendapat peluang, bila mendapat peluang, disia-siakan pula. Saya ke hospital bersama Bibik dan Puteri Jr. Maklum akan keadaan parking di Hospital Putrajaya sangatlah susah, maka saya terpaksa membawa Bibik. Saya tidak mahu menolak Megat & Puteri Jr. didalam terik panas jam 2 petang ataupun apabila pulangnya nanti didalam lebat hujan.

Beradu diribaan saya

Seperti dijangka, Megat Jr. tidur sepanjang sesi. Tidurnya tersengguk-sengguk diiringi bunyi dengkuran mengiringi. Nyenyak sungguh anak saya ini beradu. Puan Haniza membiarkan cuma, dan saya gunakan peluang ini sepenuhnya bertanya dan meminta pendapat dan nasihat dari yang lebih arif. Saya gemar bertanya, kerana banyak yang saya tidak tahu mengenai Megat Jr. dan saya seronok bertanya kerana Puan Haniza sungguh peramah dan tidak bosan melayan soalan-soalan yang saya utarakan, juga dia melayan Puteri Jr. yang bertukar menjadi patient pula lagaknya.

Puteri Jr. secara sukarela menjadi pesakit kali ini

Kali ini, Puan Haniza mencadangkan agar saya membuat sesuatu agar Megat Jr. tahu bagaimana untuk berkomunikasi. Berkomunikasi tidak semestinya melalui suara semata. Perlakuan juga diambil kira sekiranya maksudnya dapat diterima. Dia seterusnya menunjukkan contoh alat bantuan untuk dia belajar nanti. Saya melihatnya. Menarik. Cantik.


Namun saya tahu Megat Jr. tidak mampu menggunakan alat bantuan ini lagi sekiranya dia sendiri tidak menggunakan tangannya. Bagaimana dia ingin mengambil kepingan kad kecil ini sekiranya dia sendiri tidak sedar akan kewujudan tangannya, atau mungkin juga dia sendiri tidak tahu bahawa tangannya mempunyai keupayaan untuk mengambil kad-kad kecil ini? Jika ditanya keupayaan Megat Jr. dalam kemahiran berbicara, dia kini ibarat ibarat didalam linkungan setara dengan anak berumur 7-11 bulan, iaitu :mampu menggerakkan mata dan kepala ke arah bunyi :
  • senyum apabila mendengar suara ahli keluarganya terutamanya saya ;
  • mengeluarkan bunyi-bunyian berlainan untuk maksud yang berlainan ;
  • mengeluarkan bunyi 'mmmm' dan 'aaa' ;
  • sudah pandai 'membebel' dalam nadanya tersendiri seperti - shema, shebah, mmmmaa, abbah, obiya, phia, etc ;
  • faham perkataan 'jangan' / 'no' namun adakalanya tidak mahu mengikut kata;
  • meniru bunyi mudah seperti bubbling / gelak
Banyak perancangan yang perlu saya usahakan untuk dia. Insya Allah, saya mohon agar saya diberi kekuatan hati yang cekal dan sifat tidak putus asa. Bila kelapangan lagi, akan saya kongsikan alat bantuan untuk Megat Jr. hasil tangan ibunya. Berkongsi dengan harapan dapat memberi idea kepada golongan yang memerlukannya kerana tiada panduan dalam penjagaan anak-anak istimewa melainkan pengalaman yang lebih berharga.

23/08/2010

Sheppard's Pie


Akhirnya, setelah sekian lama mengambil resepi ini dari Kak Sue, akhirnya semalam baru tergerak hati saya membuatnya, itupun setelah Encik Bubu tak pernah putus meminta saya membuatnya, muak berbuka dengan nasi katanya. Saya geledah resepi ini, sengaja ingin berkongsi di my.little.secret kerana ianya sangat mudah. Sebab ikut selera tekak sendiri, saya olah sedikit dari resepi asal dari Kak Sue.

Sheppard's Pie by Puteri Nuur At-Terawis

Bahan A - Lapisan I (Inti)
3 ulas bawang putih (cincang)
1 biji bawang besar (cincang)
5 tangkai cili hijau
1/2 batang carrot (potong dadu)
350 gm daging kisar (diperap dengan garam, pepper& black pepper sauce)
1/2 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu teh puri tomato
1 batang celeri (potong dadu)
Garam & gula secukup rasa
Mentega - untuk menumis


Bahan B - Lapisan II
4 biji kentang (saiz sederhana)
1/2 cawan susu
1 sudu teh mentega
1/2 cawan keju parut

Bahan C - Lapisan III
Keju parut (untuk taburan)


Cara-cara:

1. Panaskan mentega, tumis bawang putih, bawang besar, carrot, cili api. Goreng sampai harum.

2. Masukkan daging. Goreng daging sampai kering. Masukkan puri tomato, garam & sedikit gula. Biarkan hingga daging empuk dan kering.

3. Rebus kentang sampai lembut. Buangkan kulit. Blend bersama susu, mentega & keju parut.

4. Sapukan mentega di permukaan loyang. Letakkan daging di bahagian bawah loyang, ratakan. Kemudian letak pula kentang, ratakan. Akhir sekali letakkan keju parut. Kalau suka banyak, letak la banyak-banyak.

5. Bakar selama 30 mins @ 170 degree Celsius.

Hasilnya...

Sheppard's Pie by Puteri Nuur At-Terawis

Dengan suspennya, saya hidangkan pada Encik Bubu dan FIL. Lega bila kedua-dua tekak dua beranak ni cakap 'Okey dan sedap cuma potato dia kena keras sket' dan kat FIL 'Abah selalunya tak makan pie ni, tapi Abah suka yang ni maybe sebab potato dia lembik'


Respon saya? Senyum sampai ke telinga bila saya tengok loyang besi ini kosong dikerjakan mereka berdua. Memasak dengan kasih sayang, hasilnya sampai ke dalam perut mereka dengan setulus hati :)

19/08/2010

Ramadhan 8 : Marah Itu Api

Rasa nak lempang muka Kasroha sekuat hati!

*
*

Sabar. Sabar. Sabar.

*
*
*

Itu yang saya rasa semalam sebaik sahaja 8 Ramadhan melabuhkan tirainya. Ini bukan kali pertama saya berperasaan begitu. Kepada yang mengenali saya, Kasroha adalah pembantu rumah saya, namun saya tidak pernah menganggapnya sebagai pembantu, malah lebih kepada keluarga memandangkan dia menjaga anak-anak saya sewaktu ketiadaan saya. Sebagai ganjarannya saya membayarnya gaji bulanan. Selain itu, wang poket, hadiah dan pakaian saya turut berikan padanya. Terbaru, sepasang kasut sempena hari lahirnya bulan lalu.

Dari awal lagi, sewaktu saya mengambilnya dari agen pekerja asing, saya telah menjelaskan bahawa pembantu rumah saya tidak akan diberikan cuti sehari sebulan sebagaimana kebanyakan majikan berikan. Sebagai ganjarannya, saya akan memberi wang saguhati sebulan gaji apabila kontrak selama 24 bulannya bersama saya tamat.

Setahun lalu, sewaktu dia masih baru dengan saya, saya telah menjelaskan sejelas-jelasnya kepada beliau mengenai keluarga saya, apa yang suka/tidak disukai oleh saya dan Encik Bubu, keadaan Megat Jr. yang istimewa dan keperluan-keperluan dirumah ini. Malah, sewaktu sesi ta'aruf juga, saya telah membuat beberapa demonstrasi menggunakan beberapa peralatan elektrik dirumah. Lebih jelas, seperti didalam entri ini. Saya juga mengambil maklum bahawa ini merupakan kali pertama dia bekerja di luar negara kelahirannya.

Itu cerita setahun yang lalu. Namun, semalam begitu mencabar keimanan saya di bulan yang mulia ini. Geramnya hati ini hanya Allah yang tahu. Saya tidak mahu perincikan kejadian semalam, mengenai apa sebab musababnya. Cuma, saya tahu dia berubah kini.

Menjawab mulut
Apabila saya bertanya 'Kenapa Puteri Jr. tidak makan?' dengan senang jawabnya 'saya tak suap sebab Puteri Jr. tidak mahu disuap' Waktu itu, saya tegur dalam nada seloroh lagi. Saya nasihat, saya minta lagi dia melayan Megat dan Puteri Jr. sebagaimana anak-anaknya sendiri.

Menempelak cakap
Adakalanya dia menempelak/menganjing percakapan saya mahupun Encik Bubu. Seolah-olah tiada langsung hormat kepada kami berdua.

Sudah pandai membantah keputusan yang saya arahkan
Saya tidak gemar apabila setiap keputusan yang saya buat, mahupun Encik Bubu buat diingkari. Ayat-ayat sebegini sangat mencabar keimanan saya 'Saya tak buat sebab begini lebih elok' atau 'Tak perlulah puan'. Bukan saya jenis tidak menerima pendapatnya, namun apabila pendapatnya saya perlu, saya sendiri akan bertanya. Jika keputusan yang saya dan Encik Bubu dah ambil, jangan persoalkan. Kami tahu setiap kebaikan/keburukan/akibat dari keputusan kami. Lebih menggeramkan, dia pernah memotong rambut Puteri Jr. tanpa merujuk kepada saya terlebih dahulu. Haish..

Menengking saya / Bercakap dalam nada yang tinggi
Saya akan melenting apabila saya bertanya dijawab dalam nada menengking/meninggikan suara. Pada anak-anak saya juga dia gemar menengking. Terutamanya pada Megat Jr. Sudah penat saya tegur.

Itulah Kasroha saya, wanita berumur 30-an yang tinggal sebumbung dengan saya. Wanita yang saya tinggalkan kepercayaan dan harapan agar dapat menjaga anak-anak saya sebaik mungkin. Wanita yang semalam telah menaikkan amarah saya dan wanita yang sewaktu saya menulis entri ini dia masih didalam hati kerana sifatnya mengundang seribu satu amarah saya semalam. Apa yang saya kesalkan, tiada ucapan maaf untuk saya.

Kepada mana-mana yang ada helper kat rumah, ada pandangan? Fenin saya dibuatnya.

18/08/2010

TGIF on Wednesday

Kami tercampak disini ;)

Sebelum bulan Ramadhan menjelang hari tu, saya tiba-tiba teringin nak makan steak. Kepada Encik Bubu saya sampaikan hasrat hati dan bagaikan pucuk dicita ulam mendatang, Encik Bubu bersetuju terus untuk membawa saya. Tambahan pula, sudah lama kami tidak keluar dating berdua. Pada mulanya saya merengek teringinkan ribs dari Tony Roma's tetapi apabila terfikirkan lokasinya yang bukan dekat dengan Putrajaya saya bantutkan sahaja niat hati kerana outlet yang paling dekat pun terletak di Sunway Phyramid. Dalam kadar kenderaan yang berderet di jalanan di sepanjang LDP, saya tak rasa ianya sesuai untuk kami meredah.

Maka, terdamparlah kami di kedai makan ini yang terkenal dengan hidangan steak yang terbaik. Ini bukanlah kali pertama saya makan direstoran ini tetapi di cawangan yang berbeza. Setahu saya, cawangan ini adalah yang agak baru dibuka. Dilihat pada menunya semuanya sama. Harganya juga sama. Kami suami isteri juga membuat pesanan regular seperti biasa.

Ini yang kami pesan.

Mushroom soup

Chicken wing

Bubu's steak

Shrimp salad

My lamb chop

Segalanya sedap dan bulan puasa ini buat saya makin teringin nak makan lagi. Starving!

am not good in saying 'good-bye'

yes, I am!

Selalunya cerita saya di blog ini berkisar kisah mengenai saya sebagai seorang isteri, ibu dan adakalanya sebagai anak. Hari ini, saya tiba-tiba terasa ingin berkongsi mengenai seseorang yang sejak akhir-akhir ini sungguh mengganggu kesejahteraan saya.

Ini bukanlah entri untuk melepaskan geram dan amarah saya kepada seseorang. Saya berpuasa dan saya tidak berminat untuk menulis entri memarahi atau memaki hamun sesiapa disini. Hari ini saya ingin menulis mengenai kesedihan yang ada dalam hati saya.

Di pejabat saya, ada seorang perempuan bernama Aziah. Orangnya berkulit sawo matang dan bermata empat. Diawal perkenalan kami, saya tidak menyimpan sebarang prejudis apabila melihat gadis kelahiran Labuan ini. Dia sama sahaja seperti mana-mana pegawai baru yang datang bertugas ke bahagian ini. Pada mulanya, tanggapan pertama saya mengenainya dia sedikit gelabah. Sudah menjadi adat, mana-mana pegawai baru begitu lagaknya.

Hari semakin hari, tanggapan saya padanya mula berbeza. Saya melihat kesungguhan dan ketekunannya dalam budaya kerja sehari-harian. Malah dia juga kalis rasa. Jeritlah apa sahaja padanya, dia masih begitu. Malah, untuk mengurangkan stress, kami sama-sama bergelak ketawa apabila dia dimarah oleh Boss. Bukan kami merelakan dia dimarah, tapi apa lagi yang perlu dibuat? Menangis tidaklah perlu. Malah kami sering bergelak ketawa dengan perkataan ini 'Are you stupid? Yes, I'm stupid boss' LOL!

Nampak namanya?

Saya pendekkan entri ini. Saya tidak mahu menulis panjang-panjang buatnya. Hari ini secara rasminya dia bukan lagi didalam pasukan saya. Walau mungkin saya akan nampaknya setiap hari, namun saya tahu ianya tetap tidak akan sama.

This is what she wrote :(

So kawan, selepas ini saya sudah tidak mendengar orang bercakap separuh-separuh lagi, saya sudah tidak mendengar bila bercakap dengan boss dia akan kata 'aseyre' dan saya tidak akan melihat lagi Jujue bergosip con-ceng-con-ceng dengan anda lagi. Haish, it not easy to let you go la Jia, but we have to.

Me and Jia, this morning after penyerahan tugas :(

Jia, Good luck di tempat baru. Be strong. Enjoy the new task. If you need an ears to listen to you, you know where to find me. If you need a shoulder to cry on or a hug, you can consider me. Im quit hug-able you know :)



17/08/2010

Eyes contact


Semalam saya tidak kemana-mana kerana saat-saat akhir menerima kunjungan berbuka dari Kak Yan sekeluarga di rumah. Encik Bubu dan abahnya berbuka di rumah Opah. Malamnya, selepas Kak Yan pulang, anak-anak menonton TV bersama saya. Saya menukar siaran ke saluran ABO di Astro. Konsert Satu Suara tertayang di layar TV. Kala itu, Aizat sedang mendendangkan lagu. Mungkin biasa pada pendengaran telinganya, Megat Jr. yang sedang bersantai sesekali tertoleh. Namun, tiada senyuman dan perlakuan 'talk to hand' dibuatnya.

:: talk to hand ::

Untuk makluman yang masih belum mengenali Megat Jr. Apabila dia membuat perlakuan 'talk to hand' bererti dia sedang berada dalam keadaan senang atau suka dengan persekitarannya. Contohnya apabila :-

Sedang minum susu, sambil kaki menyilang di atas lutut.

Berada di kawasan yang nyaman dan sejuk.

Melihat Upin dan Ipin atau sewaktu dengannya (read: Playhouse)

Dikelilingi oleh wajah-wajah yang dikenalinya.

Selepas giliran Aizat, Faizal Tahir mengambil giliran. Bermula dengan lagu Sampai Syurga saya perhatikan Megat Jr. Matanya berkalih ke screen TV. Matanya bercahaya, senyuman manis di wajahnya terukir dan dalam kiraan saya hampir setiap kali Faizal Tahir mendendangkan lagu berlainan, matanya tertancap di screen TV. Senyumnya manis terukir. Perlakuan 'talk to hand' diangkatnya. Kusyuk sekali. Apabila tiba Faizal Tahir menyanyikan lagu-lagu lain (selain lagu dari albumnya) Megat Jr. seperti kembali kedunianya semula. Apabila Faizal Tahir bercakap juga, dia memandang TV namun tiada senyuman dilemparkan. Sedetik saya berfikir, siapa kata Megat Jr. tiada eyes contact?

Salah.

Dia memilih untuk apa dia memandang namun bukan kerana dia tidak punya keupayaan untuk berfikir dan menggunakan keupayaan melihatnya. Bila berkepentingan, pandai sahaja dia memandang. Dengan saya contohnya, dia memandang tatkala saya sedang berkomunikasi dengannya. Malah, adakalanya Megat Jr. menjerit memanggil 'Biya' atau 'Obiya' sambil matanya memandang tepat ke arah adik yang sedang berjalan itu. Itu bukti Megat Jr. tahu menggunakan eyes contactnya, kan? Namun saya masih samar-samar lagi. Mungkin soalan ini harus saya simpan dan bertanyakan pada terapinya nanti.


10/08/2010

Rayyan Ariff

Pagi ahad yang lalu, saya menerima SMS dari Jiey sekitar jam 6 pagi.

"Rayyan is undergoing a surgery now. Shunt@tube replacement/revision. Please keep on him in your prayer."

Kali pertama saya membacanya, saya menguap. Kemudian, saya membacanya sekali lagi. Saya tidak dapat menghadam setiap patah perkataan yang dibaca.

Kali kedua saya membacanya, Ya Allah! Ian..

Terus saya menepu-nepuk Encik Bubu yang tidur disebelah saya. "Abang, Sue nak pergi tengok Ian," dan dalam mamai dia bertanya "Apahal pagi-pagi nak jumpa Ian ni?" dan jari jemari saya terus rancak berSMS dengan Jiey.

Sudah hampir 2 tahun saya mengenali Jiey dan anaknya yang penuh dengan keajaiban Ian. Saya melihat dan mengagumi kegigihan dan kesabaran seorang ibu dalam membesarkan anaknya. Rayyan Arif sendiri, anak yang kuat dengan semangat juang dan anak yang penuh dengan keajaiban. Mereka mempunyai tempat yang tersendiri didalam hatiku. Saya sudah mula tidak keruan kerana saya tahu apabila masanya sudah 'tiba' Ian akan menghadapinya saat-saat ini. Saat ini yang saya sendiri tahu, seorang ibu tidak mampu menahan dan melihat anaknya disorong ke bilik pembedahan.

Saya tidak keruan. Saya perlu berbicara dengan seseorang yang saya percaya dan memahami gelora seorang ibu. Untuk menghubungi Jiey, saya rasa mungkin tidak kena pada masanya. Ibu-ibu superkids yang lain juga rasanya tidak sesuai kerana subuh baru sahaja menjengah. Lantas saya menghubungi Cik di Kelantan. Cik pernah bertemu mereka, semasa ulangtahun pertama Rayyan Arif dahulu. Saya ceritakan kepada Cik dan Cik sendiri terkejut, sama juga seperti saya. Saya tahu, Cik juga mendoakan kesejahteraan Rayyan Arif selepas itu.

Jam 7.30 pagi, sedang saya ingin bersiap keluar dari rumah, saya lihat Puteri Jr. sudah tersedar dari lenanya. Lagaknya manja, minta saya mendukungnya. Megat Jr. masih pulas sedang enak tidur. Saya segera membawanya bersiap. Saya tidak tahu mengapa, saya seperti merasakan kehadiran Puteri Jr. mungkin mampu 'menggembirakan' sedikit hati Mama Jiey.

Cerita sepenuhnya mengenai Jiey sila klik disini.

Sewaktu pulang, Encik Bubu minta saya memandu dan Puteri Jr. bersamanya. Seketika mereka berdua diam. Tersenyum saya melihat aksi Abah dan anak perempuannya. Tersentuh hati saya. Tiba sahaja di traffic light, saya rakamkan ini dengan menggunakan Cik Berry saya, maaflah visual kurang jelas.

Lena dalam dakapan Abah

Nampak macam dah nak penyek

Anak perempuan Abah

Nyenyak!

p/s: Mohon teman-teman mendoakan kesejahteraan Rayyan Arif.