Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

29/06/2010

Perihal dia yang sangat istimewa

Sudah lama tidak membawa Megat Jr. mendapatkan rawatan Mak Raw di Gedangsa. Rasa bersalah itu datang menghimpit kerana terasa diri gagal menjalankan tanggungjawab untuknya. Sudah 2 bulan tidak menjejakkan kaki ke Gedangsa. Sudah tergambar akan teguran Mak Raw nanti kepada kami kerana 'meninggalkannya' begitu lama. Encik Bubu juga sedikit ralat apabila saya nyatakan hal ini, dan kami sememangnya mencari dan menanti masa yang sesuai untuk membawa Megat Jr. ke sana. Kata Zura cara rawatan Mak Raw kini juga berbeza. Jika dahulu kami perlu meredah kedamaian dinihari untuk tiba ke sana untuk Mak Raw memandikan Megat Jr. tapi kini Mak Raw telah merubahnya ke waktu malam.


"Kak Raw mandikan budak pukul 12 malam, pastu tidur kat sana dan selepas subuh, Kak Raw bungkus terus," lebih kurang begitu kata Zura. Bagi saya, keadaan itu agak membebankan. Saya tidak kisah memandu ke sana meredah malam pekat sebelum angka 12, tetapi untuk tidur disana dengan bilangan yang agak ramai ini, membuatkan saya agak terfikir. Saya tidak betah meninggalkan Puteri Jr. dirumah bersama Bibik dan membawa Megat Jr. sahaja ke sana. Saya inginlan penglibatan Puteri Jr. bersama-sama. Saya mahu dia melihat setiap usaha yang saya lakukan pada abangnya, agar suatu hari nanti dia memahami kenapa sedari kecil lagi dia melihat abangnya sering ke sana ke mari. Saya harapkan satu pemahaman.

Model baju melayu ;-D

Sudah seminggu saya pendam cerita ini, kerana saya masih menanti andai saya diberi kesempatan untuk merakamkan momen tatkala anak teruna saya bangun berdiri sendiri. Kalau dahulu, dalam entri ini saya bercerita Megat Jr. saya sudah boleh diletakkan dalam posisi berdiri sambil bersandar, saya sudah sujud syukur berterima kasih kepadaNya, kali ini, saya diberi peluang untuk melihat Megat Jr. dengan menggunakan kedua tangannya mencapai kerusi, perlahan-lahan kemuadian, berusaha sedaya upaya menolak punggung dan badannya seterusnya dia berdiri! Untuk beberapa ketika, saya terdiam. Saya membiarkan sahaja Bibik bertempik kesukaan, keceriaan meliha Megat Jr. berdiri, sambil mulutnya tak putus-putus menyebut 'eemmmMa, eemmmMa'. Sayang, saya masih belum berkesempatan untuk merakamkan aksi itu didalam kamera, mahupun video. Insya Allah sedikit masa lagi.


Megat Jr. kini juga lebih responsif. Siri Penyiasatan Upin dan Ipin kini menjadi kegemerannya selepas Barney dan Disney Playhouse. Jika tidak silap saya, terdapat satu scene didalam cerita Upin dan Ipin mengenai lelaki India yang berkata 'Mana itu budak kecik, marvellous! marvelleous' kerana tiap kali sebelum scene itu ditayangkan, Megat Jr. terlebih dahulu memasang senyum, dan apabila scene itu ditayangkan, tawanya bergema memenuhi satu rumah kecil kami. Oh, indah! Malah, dengan quote itu juga, tatkala disebut oleh abahnya mampu membuatkan dia ketawa berdekah-dekah. Sungguh lucu pada pendengaran telinganya. Saya sendiri tidak tahu mengapa dia kelucuan, tetapi itulah dia Megat Jr. saya.

Megat Jr. yang sememangnya menyukai muzik tetap meletakkan lagu-lagu FT sebagai pilihan utamanya. Masuk sahaja dalam kereta Mama, jika lagu FT tidak berkumandang, maka tangislah mengiringinya. Namun, saya juga memberinya satu pilihan muzik yang baru, sesuai dengan usianya - Nursery Rhyme! Lagu yang selalu membuatkan Megat Jr. ketawa berdekah-dekah. Hickory Dickory Dock. Banyak lagi lagu yang menjadi kegemarannya, tapi lagu ini satu memang membuatkan dia ketawa sehingga bergenang matanya!
Buat semua, inilah wajah terbaru Megat Jr. bersama Wan Tehnya. Sila abaikan wanita berbaju pink itu yer :-D Sila pandang kepada yang cute sahaja. LOL!

Look at me, I'm the cute one! - Megat Jr.

Bubu, seperti adanya dia...

Entry saya yang lepas, ada saya bercerita mengenai sang suami yang agak kurang berkenan tatkala dirinya digelar Bubu. Dukacitanya waktu itu, saya terpaksa akur, saya perlu menukar namanya kepada suatu nama yang tidak akan diingati oleh sahabat maya saya tatkala bersua dengannya. Maka, timbullah nama Paduka Kekanda.

Nama itu, agak canggung untuk disebut. Agak ralat untuk saya tulis juga. Juga begitu, sungguh klasik untuk saya gunakan. Saya seperti sudah sebati memanggil dia disini dengan nama Bubu. Bubu saya begini.. Bubu saya begitu.. Bubu saya itu.. Bubu saya begini.. Dari entry yang lepas juga, saya mendapat banyak komen. Mungkin juga dengan entry yang lepas, beberapa pembaca yang pernah memanggilnya Bubu juga sudah tidak lagi membahasakan dirinya Bubu. Saya sepatutnya berterima kasih pada teman-teman suami saya terutamanya geng-geng STARian yang banyak membantu, kerana di atas hasil pujukan rayu kalian, akhirnya Encik Suami saya berkata 'okeylah, Bubu, as it is'

Maka, kekallah ia seperti adanya dia :-)
Encik Bubu, welcome back!

28/06/2010

Segelas Pediasure untuk Lope Tersayang :-)

Adakah anda penggemar Pediasure?

Adakah anda seorang yang sanggup tak nak makan porridge yang Mama masakkan sebab nak minum 8oz Pediasure?


Adakah anda rasa Pediasure adalah minuman tersedap abad ini?




Jika semua jawapan anda adalah YA maka anda berpotensi besar untuk melakukan scene ini dirumah anda tatkala Mama sedang syok layan World Cup kat TV.

Me, caught in the act!

Oh, bukannya Mama tak kasi saya minum, tapi saya saje nak explore macam mana Mama buat Susu. Bezanya, sewaktu saya memanjat meja didapur pada malam kejadian, Mama tiada botol susu saya tiada ditempat kejadian. Oleh itu, saya gunakan sahaja gelas yang disediakan disitu. Saya tuangkan semua susu didalam container susu berkenaan. Kata Mama, susu dalam container tu boleh saya minum sebanyak 4 kali minum susu.

Pediasure, anyone?

Patutlah seronok minum susu, sebab saya sendiri pun seronok sewaktu menuangkan semua susu ke atas meja. Saya juga hairan kenapa susu-susu itu bersepah kat atas meja. Memandangkan tiada sudu, saya sekadar menggunakan jari jemari sahaja untuk membancuh susu ini. Mama pesan, semuanya kena buat dengan kasih dan sayang. Inilah yang saya praktikkan.

Saya yakin apabila susu dibancuh dengan tangan gebu saya ini, hasilnya akan lebih sedap dari susu yang pernah mama buatkan pada saya. Oh! saya juga bercadang nak kasi Lope minum susu ini. Tapi hajat saya tak kesampaian sebab, sekarang ni Mama sudah betul-betul berada didepan saya sambil memegang berrynya. Saya rasa Mama amik gambar saya kot..

Pediasure untuk Lope

Saya baru je tersenyum-senyum bila tengok susu yang saya bancuh dah ready dalam gelas putih tu, tapi seribu kali sayang, tangan saya tiba-tiba tertolak gelas dan hasilnya....

Okey Bibik, help! Tata. Sure Mama marah saya ni... help!

Catatan: Puteri Jr.

Tata!

It's officially over for me. Uhhh... so early meh?


Yes, over! So that I can have an early sleep then on. (oh, really?) Reason being? Lost in gambling! Giler weh, dosa. No, don't worry. I don't do such things.



These three lions are sleeps! Africa is not their play of land!

My prediction on early day was like Germany 2 and England 0. Serious lemau kot diaorang main. I don't even think Klose looks charming either. Layan match di Presint 16, nasib ada peneman sejati Fahiya dan Afza. Fahiya excited nak pergi sebab betting BB dengan cik abang dia, while Afza plak katanya baru nak berjinak-jinak dengan bola. Now, I'm rooting on Argentina. Despite I like to see Maradonna runs naked, I wanna see how things goes when Argentina vs Germany later.

Oh boy, turunkan tanganmu.

And for England, go home and stop being proud with your 66 spirit. Menci tau when you let me down like this!

23/06/2010

Tiada lagi Encik Bubu saya...

Oppsss, saje buat tajuk entry suspen taw!

Carilah yang mana satu kesayangan saya :-)

Jika anda yang sedang membaca ini biasa membaca blog ini, bila disebut sahaja Encik Bubu, semestinya anda tahu siapa yang saya maksudkan. Orangnya comel, kelakar, doktor cinta saya, sang abah untuk Megat dan Puteri Jr. , dialah skandal terulung yang pernah saya ada, dialah roomate saya, dialah gossip partner saya yang paling best, dialah best friend saya dan pendek kata, dialah segala-galanya pada saya. Namun, semenjak saya menggelarkan si kekasih hati saya ini dengan nama gelarnya Encik Bubu di dalam blog mahupun dilaman-laman sosial milik saya (pergh, ayat tak tahan!) saya mendapati terdapat sedikit kecelaruan panggilan terjadi didunia realitinya.

Scene 1
Saya dan beberapa teman sedang berbual-bual, berkisar mengenai anak-anak dan keluarga. Tiba-tiba si sahabat bertanya 'Bubu suka tak tengok movie ni?' Pada mulanya, saya agak janggal. Di alam nyata sekalipun, saya tidak pernah memanggil dia Bubu. Tapi saya abaikan sahaja.

Scene 2
Saya menerima SMS dari kakakku, juga berbunyi 'esok gi kubur aboh dop? bubu gi jugok?' terweng disitu. Saya tidak membahasakan Encik Bubu saya dengan nama Bubu.

Oleh yang demikian, bagi mengelakkan nama gelar Encik Bubu saya tertukar di dunia nyata, saya dengan rasa rendah diri, ingin bercerita bahawa, saya memanggil apa-apa sahaja nama untuknya. Adakalanya saya memanggil Abang (most of the time), adakalanya saya memanggil Sayang, adakalanya saya memanggil Bee (oh..), adakalanya saya memanggil dia Hun (auuww!) dan adakalanya saya memanggil nama yang anda semua tidak mahu tahu saya panggil (hahahhaha). Saya tercuit juga hati, bila teman-teman Encik Bubu juga memanggilnya Bubu dan ada kalanya they're just make fun of it! Ish, ini panggilan manja saya padanya di alam maya dan saya tidak mahu berkongsi dengan sesiapa pun (ok, panggillah saya tamak). Kalau saya memanggilnya sayang atau hun ke, nanti naik kematu telinga dan mata anda membacanya. Saya tidak ingin memanggil namanya yang sebenar, kerana nama itu sangat istimewa dan agung di hati saya :-)

So, untuk entry selepas ini, dengan segala hormatnya, nama Encik Bubu telah saya gugurkan dari blog ini walaupun saya sesungguhnya saya menyukai nama Bubu itu kerana keunikan dan kecomelannya yang sama tara dengan sang kekasih saya. Saya terpaksa menggugurkannya di atas sebab-sebab menghormati sensitiviti tuan empunya badan. Selepas ini, apabila saya merujuk kepada seorang lelaki yang saya gelarnya seorang suami dan ayah kepada anak-anak saya, namanya bertukar menjadi...


|| .. Paduka Kekanda .. ||
(sila muntah hijau!)

The end.

p/s:
Segala surat menyurat tidak akan dilayan :-P

22/06/2010

Alanna Qish, si bidadari syurga yang menyentuh jiwaku...

Saya baru sahaja membaca entry terbaru Ayu Surat Dari Laura. Saya mencadangkan agar kalian yang masih belum membacanya agar berbuat sedemikian dahulu. Saya sendiri tidak mengenali siapa Laura, tetapi tiap bait yang ditulisnya sungguh menyentuh hati dan perasaan. Sungguh, tiap kata dan bait yang Ayu dan Syarul coretkan tidak pernah gagal menyentuh hati saya. Secara peribadi, saya berterima kasih kerana diberi peluang dan ruang mengenali pasangan ini, dan tidak ternilai kerana mengenali bidadari syurga ini.

Alanna Qish memang berjaya menyentuh hati saya, malah ribuan hati lagi. Alanna Qish mengajar saya erti sebuah kesyukuran, kekuatan dan kasih sayang yang tanpa sempadan.

Pens are mightier than swords. True indeed.

Syarul dan Ayu,
Memang pemergian Alanna Qish satu tamparan yang hebat buat kalian berdua, namun Allah lebih menyayanginya. Kini, adik sudah berada ditempat yang lebih baik dari sebelumnya, dibawah jagaan Maha Pencipta, menanti kalian tiba padanya suatu masa nanti. Sebagai seorang sahabat, saya tahu bukan mudah menerima sebuah kehilangan. Namun, kehilangan ini yang menguatkan kita untuk terus menghadapi hari mendatang. Pemergian Alanna Qish juga memberi inspirasi untuk Mama Put untuk terus menyayangi Megat Jr. seadanya dia, kerana jika suatu masa nanti dia dijemput pergi, saya tidak mahu saya kekesalan kerana tidak mencuba sepenuh mampunya saya.

Terima kasih Alanna Qish, pelawat dari syurga yang singgah ke hati Mama Put. Kehadiranmu mengajar Mama Put erti kekuatan. Seperti juga Amir Yusof, Alanna Qish akan sentiasa subur dihati Mama Put, akan menjadi kisah teladan yang Mama Put dakap kemas sebagai sebuah kisah inspirasi untuk Mama Put teruskan perjuangan ini bersama Lope Idris kelak. Insya Allah, tiada istilah putus asa dalam kamus hidup Mama Put demi Lope Idris dan tiada erti tidak mencuba selagi terdaya kudrat dan usaha, seperti juga Daddy dan Mummy Alanna lakukan untukmu.

Gambar terakhir beberapa jam sebelum Alanna Qish pergi.
Ayu, I'll email you soon.

Hari Abah yang lalu..

Encik Bubu saya bangun pagi! Pagi pukul 6 pagi tau.

Maka, kehairananlah sang isteri, tatkala yang masih mamai-mamai bangkit dari katil menuju ke tandas untuk berwuduk, sang suami datang mengucup dahi dan berkata 'Abang nak pergi dah..' maka dalam mamai, sang isteri bertanya 'Ke mana?' Oh, saya terlupa. Encik Bubu ada golf dengan kawan-kawan. Awalnya! Selalunya jarang saya lihat Encik Bubu bangkit pagi di hari Ahad. Selalunya dia akan melingkar di katil sehingga jam 10 pagi. Haish.. betul ke pegi golf? :-P *ish, encik setan ni suka cucuk saya tau fikir bukan-bukan*

Rupanya, inilah hasil bangun pagi di hari Ahad yang lepas.

Olololo.. comelnya Encik Bubu saya :-P
*sila muntah wahai pembaca*


Ada gaya? Nanti balik rumah paduka bonda saya, kita sama-sama cuci lalang kat tepi bilik kita yer :-D Seriously, saya tak tahu apa-apa pun pasal golf :-D Bila saya dengar dan tengok Encik Bubu bercakap itu dan ini dengan penuh minatnya, saya mengangguk untuk ambil hati. Hahahaha. Tapi, saya tumpang gembira bila dia suka dengan apa yang dia buat. Hidup mesti happy selalu, kan?

They are daddies and they are taken!
Guys, kat blog i u olls tak boleh nak jual minyak :-P

OK daddy, daddy cool, next gathering STARian nanti, selitkan acara golf yer. Cari lokasi yang boleh main golf. I think, next trip ke Awana Genting macam menarik. Sila usul yer, saya perlu untuk berjalan-jalan dengan Megat & Puteri Jr. plak.

Balik sahaja dari golfing, si anak dara Encik Bubu demand an attention. Nak belajar dengan si abahnya, nak kenal warna. Sebelum Encik Bubu ajar anak dia warna, saya yang test dulu mata Encik Bubu dengan warna, kot-kot dia kasi ajaran sesat kat Puteri Jr. nanti. Sah, Encik Bubu agak confuse bila warna green dan brown. I've told you so, hun!

Si Puteri Jr. yang manjanya sangat berlebihan dengan sang abahnya. Sebenarnya knob match ni adalah alat bantuan belajar untuk Megat Jr. yang mana digunakan untuk membantu Megat Jr. menggunakan kebolehan koordinasi mata dan tangan. Si adik, seperti biasa akan jadi tester untuk semua barangan si Lopenya.

Knob Match boleh didapati dalam beberapa variasi iaitu warna, angka, abjad dan beberapa elemen lain lagi. Boleh didapati di mana-mana Toys'R'Us dengan harga RM24.90 setiap satu. Faktor keselamatan sangat sesuai, tidak tajam dan sesuai untuk kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas. Puteri Jr. is exceptional :-P

Abah sedang menunjuk ajar Puteri Jr. 'This one is black, put it here..' dan sang anak sampai muncung-muncung mulutnya mengikut tunjuk ajar. Sila abaikan tangan abahnya yang gebu gebas itu.

... and, orange, and...

yeay! clap your hands :-D

So, lepas ni, misi seterusnya adalah untuk belajar bersama-sama Megat Jr. plak. Nampaknya Puteri Jr. dah pandai dah, semalam masa saya sengaja nak uji memori dia, masa saya sebut yellow, dia pun sama sebut 'low'. There you go :-D

picture by Encik Mohd Farid Abu Bakar a.k.a Boden :-D

20/06/2010

My Mind is the Scene of the Crime

Oh! Contest lagi, ini yang buat saya sayang Nuffnang!

Baru sekejap tadi saya baca preview movie ini di Nuffnang. Terus saya terjerit melalak memanggil Encik Bubu tanya nak pergi tengok atau tak, budget macam ala-ala saya boleh menang. Leornado DiCarpio on big screen again! Oh, i love! So, here I am writting something about my mind is at the scene of the crime.

Oh, okey.. its no longer a secret after all when I need to share it here :-)

poster

I can't live without my little angle, my little children, my little me, my little everything! I can't tolerate with the word goodbyes! Maybe it sounds pathetic. Maybe it sounds traumatic though. Yes, maybe. I've been through once, and its really pain when you know the person you loved most is no longer there for you. I don't want them to say goodbye to me. Not them!

I can't imagine if one day, when I woke up from bed, there is no..

Him anymore. I'm surely will missed all his laughter, smiles, screams and everything him. He is my world, the one who make me a mother. The one who showed me how unconditional love is. Oh, and this tiny little girl of mine..

She is definitely rocks my world with her own way. I see me in her. I see me in this a year and half old girl. For the way they changed my world become myself as a better person,I can't live without them. They are my strength and they are my weakness. Please, don't take them away from me, I'd rather do anything for them. Please, don't steal them away from me.

I guess these are no longer a secret :-P but the real one is, I can't live without...

Oho~* aku lemah tanpa kamu, ok?
*sila muntah*


And, I think I really mean it. The rockstar who brought so many gooood things in my life. Thank you Faizal Tahir, for everything you have done. The music, the souls, the spirits and for the sisterly bonding I have met. Girls, you know who you are. I thank you. And I hope, this time is a pair of Inception movie from Nuffnang. LOL!

Selamat Hari Aboh :-)

Aboh eh?
Yeppe! sebab saya panggil ayah saya Aboh :P

Jujurnya, saya tidaklah percaya pada hari-hari tertentu sahaja untuk saya ucapkan sayang saya pada lelaki yang bergelar ayah. Saya, insan kelapan yang lahir ke dunia ini menjadikan ayah saya seorang Aboh. Pergh, lapan kali dapat title Aboh you. I know, he must be proud of me :P

Oh, and I miss you sooo much
Saya tahu, Aboh saya tidak akan membaca coretan ini lagi, dan saya tahu, jika Aboh saya masih ada dimuka bumi ini, saya pasti dia akan berbangga dengan catatan saya ini mengenainya. Aboh kemungkinan akan membaca berulang kali catatan ini, dan kemungkinan juga Aboh saya akan meminta kakak saya CC untuk print entry ini dan disimpan didalam diari agungnya dengan catatan 'my youngest daughter wrote this and I am really touched by those words. She is my tiny little girl who just turned to be huge nowadays'

sobs. sobs. sobs.

I love you then, now and forever!
*thanks Bubu, rasa macam quote UMNO weh!*
|Rest in peace|
Al-Fatihah

Saya juga bangga, kerana saya juga mampu menjadikan lelaki ini juga seorang ayah :-) Anak-anak saya memanggilnya Abah. Tidak pernah sekali dalam hati saya merasa kesal kerana mengandungkan benih-benih darinya untuk disemai.

Oh OK, mungkin ramai yang heran, lelaki manakah yang saya tempek gambarnya di sini? Alahai korang, inilah Encik Bubu saya :P Okey, okey, nampak macam saya super impose gambar jadi kurus eh, OK saya, taruk jadi lelaki yang anda lebih kenali :P

Okey, sekarang lebih sesuai, kan? Iyelah, dia kurus ke, bulat ke, panjang ke, leper ke, 4 segi ke, dialah Encik Bubu saya :D *ayat bodek* Dialah abah kepada Megat & Puteri Jr. dan dialah seorang abah yang saya rasa baru 5 kali je kot tukar diapers anak dengan tangannya sendiri. Hahahahha :P Tapi, saya masih calonkan dia sebagai abah yang terbaik untuk Megat & Puteri Jr. sebab they don't have any other option pun :P LOL *gelak guling-guling*

Our early days as parents ;-)
Encik Bubu saya bukanlah boleh:

- mendodoikan anak-anak tidur tanpa bantuan saya;
- membancuh susu tanpa bertanya kepada saya berapa banyak sukatannya;
- menghafal setiap jenama susu dan diapers anak-anak;
- mengetahui apa rancangan kegemaran Puteri Jr. ; dan
- hidup dengan Megat & Puteri Jr. tanpa saya.


Early days of Puteri Jr. : Like father, like daughter

Tapi, saya cukup bangga, bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang mampu menyayangi saya diwaktu saya bulat sedikit dan bulat banyak seperti sekarang, saya bangga kerana Encik Bubu tidak pernah walau sekali malu untuk memberitahu dunia dia mempunyai seorang anak kurang upaya yang sangat kacak, dan Encik Bubu tidak pernah melarang saya dari mendidik anak-anak mengikut acuan kami tersendiri. Acuan sendiri dengan menyuntik semangat juang Megat Jr. melalui lagu-lagu Uncle Faizalnya. Itu sudah cukup :-) Allah mengurniakan saya Encik Bubu untuk saling melengkapkan, cuma saya hairan kenapa kami diberi sama tara kecomelannya sejak akhir-akhir ini.

To daddies out there
Happy Father's Day!
The greatest thing a father can do to their children,
is to love their mother! - smnasarudin.

19/06/2010

Sabtu saya yang suam-suam kuku..

Mengapa? Ini sebabnya...

Semalam saya sengaja tidur awal. Jam 10 malam sudah saya belayar ke dreamland. Megat Jr. dan Puteri Jr. saya tinggalkan dibawah pengawasan Encik Bubu dengan 100% jaminan kepercayaan. Alasannya, jam 2.30 pagi saya perlu bangkit untuk demam Piala Dunia saya :D Encik Bubu dengan penuh redha mengizinkan dia dimadu setiap 4 tahun sekali untuk saya. Namun, England tetap akan menjadi England. Walau FIFA meletakkan mereka di ranking #8 dunia dan Algeria #30, I'm feeling vice versa!

Cole : man of the match?
Oh my! I think Gerrard deserves better!

They should play in suits like Beckham. Maybe then they'll play with more 'style' - Faizal Tahir.
... and, I could never agree more!

Saya tidak tidur sehingga azan subuh berkumandang. Hati hampa, ok. Jam 11 pagi, Encik Bubu mengejutkan saya, menjemput sang isteri untuk makan. Waduh, terasa diri sungguh berharga. Musim-musim WC ni, si suami sungguh prihatin dengan sensitiviti isterinya. Mungkin sudah mengetahui akan 'seri' semalam, Encik Bubu tidak bertanya banyak. Sambil makan pagi (yang sepatutnya seperti brunch) saya membiarkan Puteri Jr. turut sama dalam aktiviti kami. Saya suka biarkan anak-anak saya menerokai sendiri dunia mereka walau itu akan mengakibatkan kecelaruan keadaan meja, kerusi, lantai, baju dan diri Puteri Jr. sendiri. Mahu lihat hasil kecelaruaan anak dara saya yang sedang breakfast bersama ayahanda dan bondanya?

Puteri Jr. saya sedang menggunakan segala muslihat tipu dan dayanya untuk mengaburi mata Abah dan Mama bahawa sebenarnya dia sedang makan roti dan bukannya Heinz Starawberry Jam :P Adakah anda yakin bahawa dia sedang makan roti?

Dan semakin gigih sedang menyakinkan Mamanya bahawa 'saya makan roti dan bukannya Strawberry Jam' sambil buat-buat tak tahu dan tak nampak Mama sedang sibuk snap gambar di meja makan sambil makan (Oh! Mama, not good! Masa makan, makanlah :P)

Tengok keadaan roti tu, masih sempurna bentuk dan sifatnya sedangkan mulut dan pipi dipenuhi jam. Ok, now I know Mama dah tahu trick yang dia dah buat. So, I asked her to smile for this one.

There you go. Ada sapa-sapa memerlukan model jual roti kanak-kanak? :P Sangat drama queen! Seterusnya, selesai aktiviti di meja makan, saya bersama-sama Encik Bubu melepak pula bersama Megat Jr. yang sejak semalam pantang mendengar perkataan 'marvellous' diucap. Tiap kali saya menyebut 'marvellous' ketawa nyaring akan kedengaran. Rupanya, dia kelucuan melihat aksi Upin dan Ipin dalam siri penyiasatan tu yang ada menyebut 'marvellous'. Oh, anak Mama. Apa-apa sahajalah.

Tersenyum bila abahnya sengaja menyebut 'marvellous' sambil sedaya upaya badan mengimbangi badan agar tidak terjatuh. Mendengar sahaja jerit gelaknya membuatkan dunia saya sungguh sempurna. Hilang segala duka lara dan masalah yang bersarang didalam hati ini.

dan, gambar ini melengkapkan definisi bahagia saya. Inilah sabtu saya yang suam-suam kuku.

17/06/2010

Superhero dan Semesta, petua ajaib saya ;-)

Seperti malam-malam yang sudah, Megat Jr. tak lekang dari 'menyumbangkan suara emasnya' untuk saya tatkala jam menghampiri angka 2 pagi. Itulah keistimewaan yang dimiliki oleh Megat Jr. yang membuatkan makin hari, makin Mama sayang *keep it up* (sila baca dalam nada sayang sangat kat anak) Ada sahaja perkara yang tak kena padanya. Tergaru sana, tergaru sini. Sudah lali dengan keadaan itu, saya layankan aje.


Apabila dia menangis, saya dukung dan dodoikan. Sudah 2 malam berturut-turut saya mencuba kaedah baru mendiamkan anak diwaktu malam, dan hasilnya agak menjadi. Mungkin kaedah ini tidak menjadi untuk anak orang lain. Apabila Megat Jr. menangis, saya akan pasang lagu Superhero / Semesta on repeat. Saya sendiri tidak tahu, apa istimewanya lagu Superhero yang terang-terang rancak itu sehinggakan dia mampu tidur dengan lena dan pulas. Oh, anak saya peminat tegar Faizal Tahir :) Saya yakin, masih ramai yang tidak tahu, bagaimana bunyinya lullaby songs untuk Megat Jr. ini ;-) Nanti beli CDAdrenalin yer *promote big boss plak kat sini*