Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

30/04/2010

Terima kasih Faizal Tahir!

Entry pendek kali ini, berkongsi keterujaan bersama. Akhirnya, impian saya yang satu untuk Idris dimakbulkan Allah. Akhirnya, hadiah hari jadi untuk anak teruna saya (walaupun belated) tertunai. Akhirnya, saya tak mampu berkata-kata lagi. Akhirnya, hati saya dipenuhi dengan rasa terharu yang melimpah ruah. Maafkan saya kerana saya tidak mampu berkongsi 'hadiah' istimewa itu bersama disini, sekadar teman rapat sahaja yang mampu. Jika ada yang berkeinginan untuk berkongsi, mohon minta secara peribadi dengan saya.

Ini cumalah sebahagian sahaja dari keterujaan saya. Selebihnya, saya simpan didalam hati, untuk saya kenang sampai bila-bila, untuk saya ceritakan kepada Idris. 5-6 kali Idris 'melihat' dan 'menganalisis' suara itu, akhirnya Idris kenal dan tersenyum kegembiraan, seperti juga dia mendengar Malaysia Satu.

Terima kasih, Superman! *salute*

p/s: 'semesta saya' akan sentiasa dibelakang anda. terima kasih, may god bless!

23/04/2010

Answer a question a day on Project Alpha and win mega prizes! #projectalphamy #ruumz

Answer a question a day on Project Alpha and win mega prizes! #projectalphamy #ruumz: "Answer a question a day on Project Alpha and win mega prizes! http://bit.ly/arE745 #projectalphamy #ruumz"

Jom jom join!

22/04/2010

Apabila nafasnya pasang surut, hanya doa saya panjatkan...

Semalam, saya pulang lewat ke rumah. Alasannya, saya menunggu Ha di pejabat. Hajat hati ingin memperkenalkan mereka kedai makanan arab yang baru di Presint 15. Kalau ada yang ingin tahu, sila ziarah blog Fahi, klik sini yer. Dia dah buat entry pasal tu. *Fahi, i promote blog you tau, suh traffic you melompat naik* Saya tiba dirumah jam 9 malam. Sophia terlompat-lompat kegembiraan menyambut saya dimuka pintu. Tetapi Idris tiada di tempatnya. Rupanya, Idris sedang ditidurkan dibilik. Sedikit kesalan bersarang di hati, kerana tidak sempat bermain dan bergurau dengannya sebelum dia tidur.

Jam 10, Idris menangis, merengek. Saya ambil kesempatan mendukung dan mendodoinya. Kali ini saya lihat batuknya teruk, nafasnya turun naik. FIL meminta saya membawanya ke klinik., mengambil nebulizer. Saya akur, dan Encik Bubu membawanya. Untuk menenangkan Idris, saya memerlukan 4 orang untuk memegangnya sewaktu proses menyedut nebulizer. Mengenali anak saya, asmanya agak kronik. Jika sekali sedutan diambil, selalunya sekejap sahaja dia akan kelegaan. Naluri ibu saya benar. Malamnya, jam 3 pagi Idris sudah mula merengek. Nafasnya mula naik turun.

Saya sapukan sedikit vicks ke dada. Sekejap kemudian, dia nampak kelegaan. Namun tidak lama. Susu saya suakan ke mulutnya, dia menggeleng tidak mahu. Saya dodoikan, Idris tidak mahu tidur didalam posisi baring. Sudahnya, saya dan Idris tertidur di atas kerusi depan TV. Dia tidur beralaskan bahu saya *nasib bahu Mama dipenuhi daging-daging yang mantap, jadi selesalah sang anak* Namun, tidurnya juga tidak lama. Dia menangis lagi. Merengek lagi. Mula-mula saya bacakan surah-surah juzzu'amma padanya, tidak menjadi. Kemudian, saya nyanyikan lagu Malaysia Satu dan Sampai Syurga, cuma bertahan seketika. Idris memang betul tidak dapat ditenangkan.

Akhirnya, saya mengejutkan Encik Bubu. Kali ini membawa Idris ke Unit Kecemasan dan Trauma, Hospital Putrajaya. Dari jam 5.30 pagi hingga jam 8.00 pagi, baru Doktor berani mengizinkan Idris pulang. 3 kali nebulizer diambil, baru Idris nampak aman bernafas. Waktu pasang surut nafasnya, sungguh saya membayangkan sesuatu buruk yang akan terjadi. Tak putus berdoa, tak putus memeluk Idris dalam dakapan. Saya takut kehilangan, dan saya memang tidak tahu bagaimana jika benar ia terjadi.

Maaf, gambar tidak jelas. Credit to Minmin. Gambar ini diambil tahun lalu di Klinik Kesihatan Putrajaya. Allah selamatkan kamu, Megat Idris Naquiyuddin.

Dan, hari ini saya masih dirumah. Jam 2 petang, saya bercadang melangkah ke pejabat., itupun jika keadaan Idris semakin OK. Terpaksa meninggalkan Idris seketika dalam jagaan bibik. Harapnya Sophia juga tidak menunjukkan perilaku cemburu nanti. Ya Allah, tolonglah permudahkan segala urusan. Dalam hati, ada juga merasa, adakah 'sakitnya' kali ini kerana ingin membawa 'sesuatu' perubahan ke dalam dirinya? Ya Allah, semoga dimakbulkan.

21/04/2010

Idris buat hati mama jadi tejuk..

Tejuk = Sejuk *version Sophia*

Semalam, saya meninggalkan Idris dan Sophia sendirian didepan TV. Jam menunjukkan jam 9.30 malam, Bibik berada dibiliknya. Encik Bubu dan FIL keluar seketika. Melihat kepada mereka seperti sedang behave, saya masuk mengambil wudhuk dan solat isyak. Usai solat, tatkala melangkah ke pintu bilik, saya terkejut memandang Idris sedang duduk elok mengetuk pintu bilik saya.

Saya mendukungnya, dan mencari Sophia. Si adik masih lagi duduk di atas kerusi princessnya. Saya ke bilik Bibik, memandang dia sedang melipat pakaian, saya bertanya 'Kamu ada angkat Idris tadi?' Bibik terpisat keanehan. 'Bila?' tanyanya sepatah. 'Sebentar tadi?' dan dia menggeleng. Tahulah saya, Idris bergerak sendiri, tanpa bantuan. Saya yakin, Idris bergerak sendiri.

Caranya? Secara bergolek dan bangun dan bergolek dan bangun :) Tiba-tiba, saya rasa sungguh bersyukur. Walau sedikit perkembangannya, Idris tetap memberikan semangat untuk saya tidak putus asa. Saya yakin, suatu hari nanti, Idris mampu.

Cara inilah Idris berpusing-pusing, sambil mulut tak lekang menyebut nama Mama. Sebentar-sebentar saya dengar dia menyebut Obiya diselang seli dengan Abah dan Bibik. Tatkala saya datang saja padanya, wajahya tersenyum dan ketawa mengilai memenuhi ruang.

Aduh, indahnya~*

20/04/2010

Bezanya si abang dan si adik....

Idris dan Sophia sudah berjaya saya lenakan. Pada mulanya, saya juga ingin lena, tetapi hasrat saya ini terbantut tatkala melihat ruang tamu yang agak bersepah dengan permainan. Rumah saya kini tidak lagi seperti dulu, al-maklumlah saya kini sudah punya seorang interior designer yang hebat dirumah. Tak cukup ruang tamu, ruangan dapur juga dia hiaskan. Siapa lagi jika bukan Sophia. Kadang kala, Encik Bubu juga naik angin, kerana tangan dan kakinya yang pantas meniru dan beraksi. Memang rumah saya teruk bersepah, tetapi saya tidak marah. Malah, saya seronok menyaksikan perkembangan ini. Saya bersyukur kerana saya dikurniakan Sophia, dan saya tahu dimana dan bagaimana lagak anak yang Allah kurniakan dengan segalanya ada. Sophia dan Idris adalah berbeza. Membesarkan mereka juga lain gaya dan caranya. Rasanya mengenai Sophia tidak perlulah saya ketengahkan sangat bagaimana dia. Sophia sama juga seperti anak-anak lain seusianya.

Sophia sukakan kepada Upin dan Ipin.
Sophia sering memegang makanan di tangannya.
Sophia akan menari dan menyanyi apabila iklan Digi ke udara.
Sophia akan membebel rancak mengenai apa sahaja.
Sophia adalah kelemahan my FIL -'-

Sesekali saya tidak lari dari membandingkan kedua-dua mereka. Idris, walaupun begitu, bagi saya sungguh banyak dia berubah, berkembang setelah kelahiran Sophia. Terbaru, tiada lagi kata pelat beberapa perkataan seperti dalam entry Apabila Idris Bersuara. Bibik sudah betul sebutannya, begitu juga dengan pedia (Apa dia?) Malah, tatkala Idris menonton TV sekalipun apabila Sophia menghalang ceritanya, cepat sahaja dia memekin nama 'Obiya!' dalam nada penuh kemarahan. Bukankah itu tandanya Idris semakin baik?

Dahulu, Idris tidak mahu makan. Malah, makan bubur nasinya juga tidak mahu. Jenuh saya usahakan, akhirnya Idris menunjuk minat kepada makanan nestum didalam kotak/tin/segera. Sayang apabila anak saya tidak memakan hasil tangan ibunya, saya masakkan bubur nasi untuk Idris. Saya campurkan isi ayam, carrot, ubi kentang, sayur sawi dan sedikit beras. Apabila masak, saya kisarkan. Alhamdulillah, percubaan saya berjaya. Hari ini, nasi semakin berketul saya sediakan untuknya, malah tiada lagi dikisar. Pada awalnya, Idris juga menangis teresak-esak ingin menghabiskan sepinggan mangkuk bubur nasinya.

Benar kata pepatah orang tua, alah bisa tegal biasakan. Begitu juga yang terjadi apabila setiap kali disuakan berus gigi ke mulutnya. Seminggu pertama, asyik tangisan yang kedengaran. Tetapi kini, tidak lagi. Apabila saya memegang berus gigi sahaja, Idris sudah mengangakan mulutnya. Idris boleh diajar, cuma sedikit perlahan dari anak-anak lain. Bagi saya, itu sahaja sudah cukup memadai.

Berbeza dengan anak pandai ini, Rayyan Ariff juga lebih banyak makan berbanding Idris. Idris cuma memakan makanan yang diketahui kelazatannya dan yang sering dimakannya. Jika makanan yang tidak familiatr, Idris akan menangis dan menutup mulutnya rapat-rapat tidak ingin menjamah makanan tersebut. Malah, Idris lebih rela memilih berlapar dari makan. Sebab itulah saya sering membawa bahan makanan Idris. Walau untuk perjalanan jauh sekalipun, saya akan membawa bekalan makanan ini secukupnya.

Lihat wajah ini, ramai yang tidak percaya akan kelainan yang ada padanya. Saya menganggapnya sebagai doa semata-mata apabila orang mengatakan 'eh, Put tak ada apa-apalah pada Idris' :) Walau mereka berbeza, mereka adalah anak-anak yang saya kandungkan. Tiada istilah saya memilih kasih, mereka adalah nyawa saya dan saya tak mampu kehilangan salah seorang dari mereka.

Semoga Allah mempermudahkan perjalanan kehidupan anak-anak saya ini. Andai kesusahan yang ingin diberikan kepada mereka, Engkau berikanlah kepadaku hari ini agar hidup mereka tenang di hari muka. Amin.

17/04/2010

PIKOM PC Fair 2010

Hari ini saya bangun awal pagi. FIL kejutkan, demi Idris dan Gedangsa, kami semua bertindak seperti yang dirancangkan. Dalam perjalanan ke Gedangsa, sebelum tiba di Tol Cyberjaya, saya SMS Zura, kot-kot la ternampak dia nanti.

"Zura pegi Gedangsa?"

Tak sampai 5 minit, Zura menjawab semula.

"Tak, Kak Raw cuti minggu ni. Ingatkan Kak Put dah tahu"

Adoiya! Salah saya juga tidak bertanya. Hahahaha~*

Minggu lalu kami tak ke sana, kerana saya pulang lewat dari UMP *misi bersama insan-insan tersayang* dan minggu ini, saya juga kehairanan pada mulanya kenapa tiada sesiapa pun dari kalangan kami menghantar SMS bertanya, siapa akan ke Gedangsa. Rupanya Kak Raw bercuti! Hasilnya, nak berpatah pulang semula ke Putrajaya, saya kemalasan. Saya minta izin Bubu untuk ke rumah Kak Yan.

Scene ini tidak terjadi pada hari ini. Idris nampak tersenyum lega.
Hmm, takpe Lope. Minggu depan masih ada.


Memandangkan saya yang memegang stereng, Bubu mengikut sahaja. Bersantai dirumah Kak Yan hingga jam 10 pagi, kemudian saya dan Bubu menemani Abang Awish yang teringin ke PC Fair. Bila ke PC Fair, semestinya saya tidak pulang dengan tangan kosong. Beberapa barangan saya ambil. Hangus lagi RM ku.

Ini Bubuku hari ini, yang setia menurut kemahuanku. 2 kali Bubu tawaf kat Convention Centre dengan Abang Awish. Kali pertama, survey barang. Saya memang awal-awal tak larat *sebab saya ambil peluang meluangkan masa di Isetan* dan tawaf kali kedua baru saya bersama. Manusia ramai tak hingat dunia. Tadi terfikir sejenak, entah berapalah jumlah transaksi pembelian hari ini di PC Fair. Berjuta mungkin, kan?

Ini Encik Bubu Kak Yan. Masa gambar ni diambil, kami sedang menunggu pembayaran 'kejutan' buat Kak Yan. Best! Best! Lain yang diminta, lain yang dapat. Apa yang dapat pula, sangatlah cooool :) Untung orang yang sambung PhD tajaan encik suami sayang ni. Rasanya dah 2 biji laptop yang encik suami bagi, kan? *hint kat Bubuku juga*

Penat. Pancit. Kaki sakit. Nak tido. Idris dan Phia juga letih. Semua letih.

p/s: nak bungkus hadiah untuk anak-anak Mama Put yang celebrate birthday bulan April ni. Tak sabar nak ke majlis Habib yang suka senyum esok :)


16/04/2010

Hari Masak Ikan

Semalam singgah di Cold Storage dengan Jujue, nampak ikan-ikan ni bergelimpangan, terus kecur mulut. Nak tak nak berjaya juga bawa diaorang balik rumah. Dah lama tak masak ni. Last sekali bulan lepas kot. Apa yang bestnya sebab Bubu pun makan ikan kalau dah bangsa ni. Sodap katanya, dan sihat.

x
x
x

So, hari ni rasanya macam nak kongsi resepi yang ringkas. Entry ni dibuat sebab sangat teruja dengan ikan kegemaranku ini.


Perapkan ikan-ikan ini dengan serbuk lada hitam, paprika, garam dan gula

Selepas korang dah perap, tinggalkan beberapa minit. 15 minit pun OK rasanya.

yang ini special untuk Bubu :)

ini untuk rakyat-rakyat jelata

Selepas dah cukup 15 minit, korang grill lah. Panaskan frying pan, nampak dah cukup panas, letakkan je ikan ni. Tak perlu taruk minyak, sebab ikan ni akan keluarkan minyaknya. Tapi, kalau nak sedap lagi, masukkan sedikit minyak zaitun. Ada rasa lemak-lemak gitu.

Ini sudah masak tau...

x
x


yang ini sangat juicy!

x
x

Untuk side dish pula, saya sukakan sayur-sayur yang dikukus. Kali ini saya cuba kukus asparagus, carrot dan ubi kentang sahaja. Rasanya yummylicious!

Bila dah masak...


... dan ini, kegemaran FILku :) sebelum di grill yer :)

x
x

sebelum dimasak

x
x

dan selepas...

x
x

Sambil memasak saya asyik mengambil gambar. Bubu yang sesekali datang ke dapur asyik geleng kepala. "Inilah wife zaman sekarang, sambil masak, sambil amik picture" perli-perli manja yang buat saya tiba-tiba rasa bersalah dan terus hidang. Masa makan, lupa nak ambil gambar. Ni selepas saya sudah makan, inilah model untuk kali ini.

Licin yer. Huhuhu~*

Lain kali share lagi yer :)

Our New Toys

Announcing, our new toys in the house...

for her

and, this one is for my Bubu :)

for him
Walaupun Bubu nak yang latest edittion punya, tapi sebabkan saya, dia sanggup beli sepasang :) Sayang Bubu :D

we are perfectly made in heaven ;p

15/04/2010

No Strings Attached


No Strings Attached?
Ever heard of this phrase before?

Mestilah kan, masa zaman muda rumaja dahulu, masa zaman boyband tengah gelemer bagai, lagu inilah yang dok nyanyi-nyanyi masa nak pegi sekolah. Tapi, kali ini bukannya nak cakap pasal N'Sync. No!

Kali ni saya refer pasal benda lain tau. Pasal benda hitam ini.


Pergh! Nampak stylo tu..

Tadi saje je jengah page Project Alpha, itupun selepas tumpang excited sebab Jujue dapat RM20 dalam instant cash blogging. Nak la try jugakkan apa jadinya kalau saya yang cuba buat entry pasal ni. Jumpa plak si Jia, dia pun cakap dia memang pakai P1. Haiyo.. terus buat sesi interview sekejap. Wah! Respon yang diberi sungguh positif. Rasa seperti mahu ku potong! potong! potong! sahaja apa yang ada dirumah sekarang ini. Terus saya teringat semalam, streamyxku dipotong dirumah. Nak tahu kenapa dipotong?

Sebab saya tak bayar bil telefon rumah yang jumlahnya tak seberapa. Akibatnya, kami suami isteri kesusahan satu malam tanpa internet. Rasa tak dapat hidup je tanpa internet nih. Dari segi harga sekalipun, tak adalah banyak sangat bezanya. Terus lepas aje dari tengok benda hitam kat atas ni, saya singgah sini nak tahu apa baik buruknya.

Plan and packages

Tiba-tiba rasanya Wiggy 129 tu sangat menarik berbanding dengan offer yang saya guna selama ini. Rasanya balik ni nak jerit-jerit je kat hubby nak cakap jom Bubu kita potong. potong. potong. Lepas tu, singgah plak baca FAQ. Part ini yang saya suuuuka!

8. What does it mean by "No Contract"?

Simply put, there are no contract tie-ins with the new W1GGY plans. You can decide to discontinue your W1GGY subscription at anytime so long as you inform P1 at least 30 days in advance.

Upon termination, you will be required to return the W1GGY modem. In fact, for modems returned in good working condition, we will rebate RM50 to the subscriber's final bill.

There are no termination charges or penalty fees should you decide to discontinue your W1GGY subscription.

Jom join Alpha Project!
Project Alpha Season 2 is presented byAdidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Super Idris

Terjumpa gambar ini dalam handphone tadi.

Waktu gambar ini diambil, Idris masih belum bergelar Abang. Waktu ini masih belum boleh berdiri sendiri, masih memerlukan imbangan dari Bibik. Dibelakangnya, Bibik Zumro yang sedang menyokong badan Idris. Gambar ini juga diambil untuk tatapan Tok yang masa itu sedang berada di UAE. Segalanya pantas berlalu. Bila terkenang semula, dialah superheroku :)

12/04/2010

2010 = 3 tahun sudah!

Memandang sahaja kepada tarikh hari ini, memberi satu senyuman di wajah saya. Syukur al-hamdulillah, hari ini sudah 3 tahun saya bergelar mama, dan sudah 3 tahun hidup saya disirami dengan tawa dan keceriaan dari anak kecil ini.

Sepanjang 3 tahun ini, banyak sungguh warna yang tercurah ke dalam kansas kehidupan saya. Pada mulanya, saya sangkakan duka yang akan melanda, namun saya sesekali silap. Idris dianugerahkan kepada saya dengan seribu satu nikmat dan rezeki yang selama ini saya tidak pernah kecapi. Sudah saya tinggalkan jauh-jauh segala kesedihan yang pada mulanya saya rasa begitu melemahkan jiwa ini. Selalu saya titipkan kepada diri sendiri, air mata hanya akan melemahkan saya dan saya tidak mahu sesekali lagi menangis untuk Idris melainkan air mata kegembiraan kerana ianya terlalu bernilai untuk dibazirkan.

3 tahun lalu, dihari ini saya berada didalam kegusaran, berdebar menanti kelahiran anak sulung saya. Kala itu, hanya Allah yang tahu saya tidak sabar menatap wajah ini. Kala itu, tak putus doa dan doa saya pohonkan, agar anak lelaki saya ini menjadi anak yang soleh, anak yang sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapanya.

Apabila anak ini dikhabarkan sebegini istimewa orangnya, berhari-hari saya bermandikan gerimis mengenang nasib dan untungnya. Berhari-hari saya cuba yakinkan bahawa anak saya sihat, anak saya juga seperti anak-anak lain. Saya terlalu cepat melatah dan akhirnya saya tersedar tiada ertinya saya berduka kerana saya tahu anak ini adalah anak kebanggaan saya, tak kira walau apa dan sebagaimana bentuk kejadian yang Allah berikan padanya.

Hari ini, genap 3 tahun saya bersamanya. Saya tahu dia istimewa, malah saya tahu tidak semua diberikan keistimewaan menjaga anak sepertinya. Cukup sahaja buktinya saya membesarkan Sophia, berbeza cara dan ceritanya. Mendidik dan membesarkan Idris memerlukan saya lebih sabar, lebih kreatif, lebih tekun dan lebih sensitif. Pendek kata, jika mendidik Sophia saya memerlukan 100% kesungguhan, mendidik Idris saya perlukan gandakan lagi usahanya.

Jika dengan Sophia, sekali saya memberi tunjuk ajar, pantas sahaja dia meniru perlakuan saya, tetapi jika dengan Idris, beratus kali juga masih belum mampu membuatkan dia bisa meniru. Pada awalnya, saya agak 'panas' hati, tetapi betullah kata orang-orang dahulu, alah bisa tegal biasa.

Untuk ulang tahun ketiga ini, tiada apa-apa yang istimewa Mama sediakan untuk Lope selain doa yang berpanjangan memohon kesejahteraan untukmu. Mama tidak membelikan hadiah, kerana Mama tahu anak Mama tidak akan bermain dengan mainan itu melainkan Sophia yang akan menggunakannya. Mama tidak membelikan kek dan meminta Lope meniup lilin, kerana Mama tahu Lope akan mengabaikan permintaan Mama ini. Mama sekadar membeli beberapa helai pakaian baru, dan menaik pulih ruangan bermain untuk Lope dan Phia. Itu sahaja untuk Idris.

Selamat hari lahir sayang. Mama doakan Idris jadi anak yang soleh, anak yang selalu menyejukkan hati Mama dan anak yang akan membawa Mama ke pintu firdaus. Mama, Abah dan Sophia akan sentiasa menyayangi Idris seadanya kamu. Mama juga yakin ramai yang menyayangimu. Lihat sahaja pada nama-nama ini...

Bagi pihak Idris, terima kasih korang!~


08/04/2010

Doa buat Alanna

*more stories: click here*

Baru tiga kali saya bertemu Baby Alanna. Bayi cilik ini merupakan 'anak' terbaru dalam 'keluarga baru' kami. Mamanya Ayu rupa-rupanya orang senegeri dengan saya. Sungguh, tidak susah untuk mewujudkan dengan kemesraan dengan ahli keluarga didalam keluarga baru kami. Walau berbeza bentuk dan rupa, kami berkongsi satu persamaan. Kami dipilih olehNya untuk menjaga dan mendidik anak-anak istimewa dan kehadiran mereka menguatkan kami.

Sudah 2-3 hari Baby Alanna dimasukkan ke hospital dan sehingga ke hari ini, saya masih belum berpeluang bertemu. Hambatan masa seperti tidak mengizinkan saya menjengah bayi ini. Baru tadi saya dikhabarkan tentang Baby Alanna melalui bukumuka dan saya terus menghubungi Ayu. Apabila bercakap dengannya tadi, saya tahu hati ibu ini dilanda walang. Manakan tidak, si pengarang jantung hati didalam keadaan tidak sihat, malah mungkin juga akan bertukar hospital bagi pemeriksaan lanjut. Nyata bukan kes-kes tempelan semata. Terus saya terasa ingin menziarah, tetapi atas kekangan waktu, terpaksa saya tunggu hingga hari minggu ini.

Untuk Ayu dan Syahrul, saya dan keluarga mendoakan agar Baby Alanna kembali sihat. Hari ini kalian diuji, cekalkan hati, setiap kejadian berlaku dengan sebabnya. Hanya doa dari jauh mampu kami titipkan.

Kawan-kawan, tolong doakan juga Baby Alanna yer.

06/04/2010

Tahniah! Tahniah! Tahniah!


Dapat satu SMS dari Encik Bubu tadi, saya kegembiraan hingga ke petangnya. Rasanya tidak sesuai untuk saya kongsikan disini kerana ianya agak personal tetapi ingin sekali menyatakan syukur, kerana Allah itu Maha Penyayang dan Maha Adil. Bak kata orang kalau dah rezeki tak kemana, tunggu sahaja masanya akan tiba.

03/04/2010

Hari Sabtu Tanpa Kak Raw

(Hari yang agak janggal untuk kami sebab boleh bersantai-santai dirumah!)

Tiba-tiba rasa bersalah sangat dengan Idris. Sepatutnya hari ini perlu membawa Idris ke Gedangsa, bertemu dengan Mak Rawnya, tetapi di atas kecuaian, kepenatan dan kekhilafan saya, kami tidak ke sana hari ini. Terlajak tidur sehingga mendengar azan Subuh dari surau berdekatan rumah baru terjaga. Oh, maaf Idris. Semalam pulang lewat, tetapi seronok berjumpa dengan 'keluarga' kami di rumah Zali dan Ida. Terima kasih yer, jemput kami makan.

Idris yang sentiasa baik bila dibawa berjalan-jalan

Sewaktu bertemu semalam pun, sudah ada sakat menyakat esok tak bangkit pagi untuk ke rumah Kak Raw, rupanya betul terjadi. Idris nampak kelegaan pagi ini, dia tahu tiada sesiapa yang akan membungkusnya. Melihat dia gembira, surut sedikit rasa bersalah yang menjalar dalam hati. Ini beberapa gambar yang sempat dirakam semalam.

Bakal menantu?

Bila adik beradik bertemu :)

Ibu-ibu dan anak-anak

Ayah-ayah dan anak-anak

Makanan yang kami licinkan dengan jayanya

Dikesempatan kali ini juga, baru sempat bersoreh panjang sket dengan Ayu dan Shah. Terdahulu dah jumpa dengan diaorang, tetapi tak sempat berbual panjang. Cakap punya cakap, kami 'serumpun' rupanya. Bolehlah speaking bahasa kita yer :) *Jiey, tamboh sore lagi mek kelate ni*

Tuan rumah yang ramah menjamu kami makan. Tak sempat nak snap gambar Opahnya :)

Kami minta beredar bila superkid masing-masing sudah terlena di atas pangkuan. Kalau ikutkan hati, mahunya panjang lagi kami berbual. Setiap kali peluang berjumpa, rasa macam tak pernah cukup masanya. Terasa rindu dihati tak berjumpa dengan Irfan, Habib dan Ian.

Aduh, menghitung hari untuk ke TS! Masa, cepatlah bergerak ke hujung bulan :)