Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

25/02/2010

Terima kasih, saya tahu saya tidak keseorangan.

Jika sewaktu saya menulis draft pertama entry berkenaan hati saya bengkak, dan banyak bahasa-bahasa kesat yang saya tulis, namun ianya diperhalusi apabila saya semak dahulu sebelum saya publish di pejabat tempoh hari. Kali kedua membaca draft tersebut saya memadamkan kata-kata api yang pada mulanya saya tulis. Apabila saya tekan butang publish, saya terasa sedikit ringan dalam jiwa saya. Inilah blogging-theraphy dan apabila membaca komen teman-teman, mata saya bergenang. Terima kasih, komen yang ditinggalkan menyuburkan semangat kental saya demi Idris.

Saya tidak menulis untuk menunjuk-nunjuk. Saya tidak menulis untuk bercerita mengenai kehebatan diri. Saya tidak menulis untuk menjatuhkan sesiapa.

Saya bercerita untuk anak-anak saya. Jika ada yang sudi membaca, dipersilakan. Jika terasa meluat, jangan singgah di URL ini lagi.

Menulis disini mengenalkan saya dengan incredible parents mereka adalah seperti didalam list saya). Menulis disini menemukan saya dengan ramai orang. Menulis disini memberikan saya ruang berinteraksi dan sebagai medan perkongsian ilmu dan pengalaman.

My Little Secret bukanlah tempat untuk bercerita mengenai kegembiraan semata-mata. Saya tidak mempotretkan kegembiraan dan kebahagiaan hidup semata, tetapi mengenai pasang surut hidup saya sebagai ibu dan koleksi perjalanan hidup membesarkan Idris dan Sophia, diselang seli dengan cerita saya dan Encik Bubu. Itu sahaja. My Little Secret bukanlah tempat untuk saya meraih publisiti dan kasihan dari teman-teman. Jika entry saya Pesanan Khidmat Masyarakat untuk Kakak A tidak mampu mengetuk pintu hatimu, saya berharap hanya Allah sahaja menegurmu. Terima kasih juga diatas kiriman email itu. Saya tidak mengaibkanmu, kerana tiada nama yang ditulis. Siapa yang makan cili, dialah terasa pedasnya.

23/02/2010

Pesanan Khidmat Masyarakat untuk Kakak A

Pesanan lemah lembut dari saya untuk Kakak A:
Semoga Kakak A tabah. Sekiranya perlu, sediakan handphone canggihmu disisi untuk kamu SMS diriku selepas habis membaca entry ini.

Pengenalan:
Kakak ini yang saya namakan A seorang perfectionist. Kadang-kadang, sikapnya merimaskan saya. Ada sekali saya upload gambarnya di bukumuka saya, dan dia SMS dan menelefon marah-marah kerana tiada privasi katanya. Saya segera remove gambarnya, dan tatkala itu berbekas juga di hati saya. Saya tidak tahu apa yang dia takutkan, terlalu banyak yang perlu dirahsiakan. Tetapi memandangkan itu adalah gambarnya, dan itu adalah haknya, saya sekadar meminta maaf dan mendiamkan diri sahaja.

Semenjak dua menjak ini, Kakak A ini rupanya menjadi pembaca di My Little Secret pula, saya tidak kisah dia menjadi silent reader saya selama ini. My Little Secret berkisar mengenai perjalanan hidup saya sebagai seorang ibu, adakalanya saya bercerita mengenai Encik Bubu dan teman-teman saya, selainnya ia berkisar mengenai Idris dan Sophia. Semalam juga, Kakak A menegur saya di YM. Kami bertegur sapa seperti adanya teman, dan ini antara bait-baitnya yang sedikit mengguris hati saya.

'akak bukan apa la. Kalau akak di tempat Put, akak malu juga nak bercerita mengenai Idris yang macam tu, kalau Sophia tu OKlah. cergas ye, baru setahun nampak dah lincah'

Tidak pernah malu memilikimu, kamu adalah anugerah!

Saya sengaja membaca ayat yang Kakak A tulis ini beberapa kali. Beberapa saat pertama, hanya ungkapan basketball yang keluar dari mulut saya. Namun, selepas itu saya bertenang.

'Idris adalah suatu anugerah yang tidak terhingga untuk Put, tak pernah sekalipun Put rasa malu dengan Idris. Put bangga ada anak macam Idris' waktu saya menulis ini, terasa seperti membuak-buak rasa marah, seorang ibu mana yang sanggup mendengar orang mengata anak mereka, tambahan dalam hal ini, lahir Idris ke dunia bukanlah untuk menyusahkan saya, tetapi memimpin saya menjadi lebih kuat.

'Susah Put kan, nak dukung Idris ke sana ke mari. Berapa berat dia ye? Padanlah dengan badan mama dia,kan?' dan seterusnya dia membuat icon gelak. Suka hati sungguh Kakak A berbual-bual dengan saya semalam. Mungkin dia tidak sedar, katanya menghiris tangkai jantung saya. Untuk pengetahuan Kakak A, berat Idris 12 kg cuma. Memanglah berat, tetapi saya tidak mengeluh, malah bersyukur kerana Allah berikan dia selera untuk makan. Allah jadikan sesuatu benda itu dengan sebab, badan mama Idris yang montel ini cukup kukuh untuk mendukung anaknya ke hulu dan ke hilir. Jika Kakak A ditempat saya, mungkin sudah lama patah-patah tulang belakang Kakak A apabila terpaksa mendukung Idris hampir sejam setiap malam apabila ingin mendodoikan dia tidur.

Lihat wajah ini, dan fikir, adakah dia menyusahkan?

Kalau Kakak A membaca entry ini, saya kalau boleh nak minta Kakak A baca dan hafal apa yang saya tulis dibawah ini. Mungkin tak semua orang berani bercakap sebegini dengan Kakak A kerana kedudukanmu yang tinggi dan peribadimu yang 'sebegitu'. Walau tinggi manapun Kakak A, jangan lupa Allah is above all.

Perkara pertama yang perlu dihafal:
Seumur hidup saya, tidak pernah walau sesaat pun saya menganggap Idris sebagai bebanan. Idris adalah penyambung zuriat saya dan Encik Bubu. Idris mengajar saya erti tanggungjawab dan kasih sayang, erti syukur. Idris datang denganberjuta rezeki untuk kami. Tiada rasa malu. Saya berterima kasih kerana adanya Idris, mengajar saya menjadi lebih bertimbang rasa. Mungkin Kakak A juga perlu belajar sesuatu dengan kehadiran Idris dan teman-temannya juga.

Perkara kedua yang perlu direnung:
Saya berblogging untuk menulis rentetan cerita saya sebagai seorang ibu. Arwah Aboh saya sering menulis diari, setiap hari dia menulis. Hingga kini, walau dia sudah kembali kepadaNya, diari-diari dalam bilik arwah masih kukuh disitu. Saya diberi kesempatan membaca diary arwah pada tahun 1982, tahun kelahiran saya ke dunia ini, dan saya menangis kerana terharu dengan ungkapan yang arwah tulis apabila lahirnya saya ke dunia. Membaca catatan arwah seperti sebuah kisah didalam buku, dan sayalah bintang utamanya. Saya menghargainya, dan saya mahu anak-anak saya suatu masa nanti merasai benda yang sama juga.

Saya berblogging untuk berkongsi pengalaman dan ilmu. Membesarkan anak bukanlah suatu tugasan yang mudah bagi saya, tambahan pula anak saya adalah anak istimewa. Apabila saya menulis disini, saya berkongsi banyak ilmu dan penjagaan anak, terapi dan berbagai yang tak pernah saya tahu sebelum ini. Saya kenal mereka-mereka yang tabah dan kuat mengharungi cabaran-cabaran hidup mereka. Saya mengenali ibubapa yang mempunyai anak seperti Idris, dan kami menjadi kuat apabila kami bersama. Saling sokong menyokong dan saling memahami.

Perkara ketiga yang perlu diingat sampai ke mati oleh Kakak A

Dia mungkin berbeza, namun dia adalah amanah Allah yang perlu saya jaga

Jangan sesekali menghina, merendahkan orang kurang upaya kerana tiada manusia di dunia ini yang sempurna. Jika Kakak A bertuah dikurniakan rupa paras yang menawan, body ibarat model, suami yang sering menyayangimu dan kehadiran sepasang cahaya mata yang comel-comel itu bukan bererti Kakak A sudah mendapat lesen untuk memandang rendah pada orang lain. Saya sengaja menulis pesanan ini buat Kakak A. Jika tatkala sewaktu Kakak A membaca ini dan diserang perasaan marah yang membuak-buak, ini adalah dunia Kakak. Tak selamanya Kakak boleh mendengar perkara-perkara yang ingin Kakak dengar sahaja.

Semalam, saya tulis ini di bukumuka saya:

'marah itu api, jika marah yang diturut, binasalah diri'

Dan ayat itu sungguh dapat menenangkan hati saya. Saya tidak mahu api itu membakar saya. Dan menulis entry ini adalah satu terapi berkesan untuk saya meringankan rasa marah itu. Terima kasih Kakak A, kerana hikmahnya perbualan kita semalam mengajar saya mengawal rasa marah ini. *tak payah masuk kelas anger management*

22/02/2010

Setiap manusia, ada bahagiannya masing-masing dan ini bahagian saya...

... terima kasih Kak Rafid, kerana mengingatkan saya dengan kata-kata itu.

Kebelakangan ini, saban hari saya terkenangkan ibu saya di kampung. Sudah lama saya tidak bersua muka, lebih kurang 3 bulan rasanya. Cuti Tahun Baru Cina yang lalu juga saya tidak pulang. Ada sedikit rasa yang bergetar dalam hati apabila terkenangkan celoteh dan kasih sayangnya. Saya panggil ibu saya Cik. Sewaktu di sekolah dahulu, ada teman bertanya, kenapa panggil ibu saya dengan nama Cik? Saya cuma menjawab, kerana kakak-kakak dan abang-abang saya memanggil begitu.

Cik :)

Terlalu banyak memori yang ada didalam hati saya bersama Cik. Anak bongsu mana yang tidak manja dengan ibunya. Tipulah kalau saya katakan saya tidak manja dengan Cik. Lahirnya saya kerana Cik yang membawa saya selama 9 bulan 10 hari, dan bertarung nyawa melahirkan saya. Hidupnya saya di muka bumi Allah ini kerana besarnya pengorbanan ibu dengan sepenuh kasih sayang membesarkan saya.

Petang tadi di pejabat, saya bercerita dengan teman sepejabat. Bercerita mengenainya yang berjauhan dengan anak kecil yang ditinggalkan di kampung bersama ibunya. Jika saya ditempatnya, mungkin saya sudah kekeringan air mata menangis merindui anak kecil saya. Kerana itu, walau sesusah manapun saya, Idris dan Sophia tidak sesekali saya izinkan untuk Cik jaga walau saya tahu niat di hati Cik adalah untuk meringankan beban saya. Bagi saya, anak saya adalah tanggungjawab saya walau sesusah mana sekalipun. Selagi saya mampu, saya akan berusaha dengan seluruh kudrat saya membesarkan mereka.

'Membesarkan awak tak susah mana dulu, Allah tu sungguh pemurah dengan awak, Sue. Cik selalu bimbang..' pernah sekali Cik ungkapkan kata-kata ini kepada saya dan saya kehairanan. Jika Allah sungguh pemurah dengan saya, bukankah perkataan alhamdulillah yang patut Cik ucapkan? sambung Cik lagi 'Allah itu Maha Adil, kalau Dia sayangkan hambanya, Dia tak akan selalu beri kesenangan, sesekali Dia menguji seteguh mana keimanan kita padaNya dan apabila Idris lahir, Cik tahu Allah sayangkan awak' waktu itu, baru saya faham maksud Cik.

Saya akui, Allah memang sungguh bermurah hati dengan saya selama ini. Saya dilahirkan dalam keluarga yang sederhana, anak kepada seorang guru. Sewaktu kecil, hidup saya dilimpahi dengan kasih sayang ibubapa dan adik-beradik yang penyayang yang mampu membina jiwa dan rohani saya. Sewaktu disekolah, saya bukanlah top scorer yang sering mendapat markah penuh, juga bukanlah bersekolah di sekolah berasrama penuh. Wajah saya tidaklah secantik Maya Karin namun Allah kurniakan cukup sifat dan akal fikirannya. Dalam umur yang muda, saya sudah bertemu jodoh, bukan sesuatu untuk dibanggakan, namun sehingga ke hari ini, masih ramai teman seusia saya yang sedang mencari-cari teman sehidup semati. Allah menyediakan yang terbaik untuk mereka, sentiasa didalam doa saya, moga semua teman-teman yang dikasihi akan menemui Mr.Right mereka. Saya juga punya pekerjaan yang mampu menyara saya hidup walau saya belajar tidaklah setinggi mana. Saya bukanlah ambitious sangat orangnya. Cukup makan, pakai dan keperluan untuk saya sudah memadai.

Allah berikan saya kesenangan untuk saya nikmati dahulu sebelum dia memberikan saya bahagian untuk diuji. Saya tidak mengatakan Idris suatu kesusahan, malah dia adalah ujian terbesar untuk saya hadapi. Idris adalah komitmen sepanjang hidup saya, dan saya telah pahat dalam hati ini, saya tidak akan sesekali mensia-siakan dia. Sudah beratus kali saya bisikkan dalam hati bahawa saya tidak akan menangis lagi demi Idris. Saya titipkan kata-kata semangat dalam hati saya, bahawa saya kuat lebih dari saya bayangkan. Jika saya yang lemah, tiada siapa lagi didunia ini akan berfikir untuk Idris.

Ini adalah bahagian saya. Saya terima dengan hati yang terbuka. Jika ada yang bertanya kepada saya, mengapa semua ini terjadi, saya sering katakan ini adalah anugerah Allah untuk saya. Saya tidak sesekali menyalahkan sesiapa kerana Idris adalah satu anugerah yang terlalu rugi untuk saya sia-siakan. Mengandungkan Idris selama 9 bulan 10 hari adalah detik yang terindah untuk saya, dan bergelar ibu untuk kali pertamanya juga adalah sesuatu yang tidak dapat saya tukarkan dengan segala rasa. Allah itu adil, dan saya sentiasa bersyukur dengan kurniaanNya.


Mungkin banyak benda saya terkurang, tetapi Allah utuskan saya dengan 2 manusia kecil yang lahir dari rahim saya. Inilah harta yang tak ternilai saya ada.

21/02/2010

Idris dan Sophia, mereka permata hati saya!


(Btol la Jiey buat entry tajuk panjang-panjang ni best!) hahahha~*

Petang jumaat lalu, saya kebimbangan dengan Idris. Asmanya datang menyerang. Teruk. Nafasnya pendek-pendek diselang seli dengan tangisan. Jam 6.30 petang, saya ambil keputusan untuk membawa Idris ke Klinik Kesihatan Putrajaya yang buka sehingga jam 9 malam. Saya tidak yakin untuk membawa Idris ke klinik swasta, andai rawatan yang diberi tidak memuaskan hati saya. Sewaktu saya dimuka pintu, Minmin tiba dan saya mengajaknya sama ke klinik. Sophia ditinggalkan bersama bibik di rumah. Bimbang andai hadirnya juga mengundang payah ketika saya disanan nanti.

Membawa Minmin ke klinik adalah satu keputusan yang tepat. Adalah juga orang yang membantu saya menyorong stroller dan mengipaskan Idris. Proses untuk bertemu doktor agak cepat, memandangkan Idris berada didalam priority lane. Ada juga yang tidak berpuas hati, kenapa Idris diberi keutamaan dalam mendapat rawatan, jawabnya hanya kerana Idris mempunyai kad kuning yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Terasa seronok juga :) Malamnya, Idris menghadapi kesukaran untuk tidur dan saya terpaksa berjaga malam menemani Idris. Esonya pula, saya dan Encik Bubu membatalkan penyertaan untuk hadir ke Generating Language Workshop di Bangsar Village. Keadaan asma Idris masih dalam keadaan yang tidak memuaskan. Terasa rugi membiarkan tidak hadir ke bengkel itu, namun keutamaan saya adalah pada Idris. Mungkin lain kali.

Sewaktu anak ini sedang dilanda asma yang teruk, terbayang di tubir mata saya sekiranya dia dijemput pulang. Ngeri dan kerana itu saya bersengkang mata. Saya tak mahu Idris dilanda kesusahan bernafas, kalau boleh mahu sahaja saya bertukar tempat. Memandangnya yang tercungap-cungap dan tidak tahu bagaimana untuk menyatakan kesusahan untuk bernafas seperti meruntun jiwa saya. Aduh, hanya tuhan yang tahu, perasaan dalam hati ini.

Berdiri di atas lutut, satu pencapaian terbaru Idris

Hari ini, dia tampak semakin baik. Ubat asmanya saya beri mengikut sukatan yang diarahkan. Namun, nafasnya masih wheezing tatkala diwaktu malam dan selepas mandi. Namun, tawa dan senyuman manis telah mula menghiasi wajahnya. Semalam, saya bermalam di rumah Kak Yan di Gombak. Pada mulanya, Idris agak merengek. Dia memerlukan hampir 2 jam untuk menyesuaikan diri dengan Abang Irfan dan Abang Irwan yang sungguh gembira menerima kunjungan Idris dan Sophia. Ayam tandoori dan pizza hasil air tangan Abang Awish dan Kak Yang sungguh lazat!

Hasil air tangan Abang Awish dan Kak Yan yang sungguh nyum, nyum.

Dan, gambar-gambar ini menghiasi hari minggu saya.

Aksi adik dan abang yang sungguh mengubat hati saya, tawa dan tangis mereka merupakan warna hidup saya. Terima kasih Idris dan Sophia kerana hadir dalam hidup Mama dan memberikan sejuta warna dan irama lagu untuk Mama nikmatinya.

18/02/2010

Selamat Hari Lahir, Encik Bubuku :)

Seperti tajuk di atas, hari ini, genap usia Encik Bubuku menjadi semakin berusia, dan lebih matang :) Enam tahun saya berkongsi segala macam rasa dan peristiwa bersamanya. Memandangkan hari ini adalah harinya, ingin sekali saya menyatakan sesuatu disini untuknya. Mungkin, bukan setiap hari saya menyatakan cinta, dan hari ini, saya ingin mencuri masanya selama 5 minit cuma untuk membaca entry ini. Sengaja saya menjawab tag ini, untuk Encik Bubuku.

Kali pertama bertemu, dimana dan bila
Pada Jun 2003, saya jumpa Encik Bubu di KUSTEM, Terengganu. Masa itu, saya bekerja di sana dan saya benar-benar tidak menyangka yang Encik Bubu akan datang mencari saya, kerana pada waktu itu, Encik Bubu berada di Perak, sedang menghabiskan cuti musim panasnya sebelum berangkat pulang semula ke UK.

Mesti ramai yang tertanya-tanyakan, gambar siapakah ini? Untuk pengetahuan semua, inilah Encik Bubu saya semasa kali pertama saya bertemunya. Hampir 97% orang mengatakan 'no way' but 'yes way' sebenarnya. Camera trick? Maybe.

Siapa dia sewaktu kali pertama bertemu?
Dia adalah seorang pelajar Sarjana Sejarah, SOAS, UK dan ketika itu, pulang ke Malaysia semasa cuti musim panas. Seorang pemuzik, menyayangi piano dan gitar melebihi segalanya.


Berapa lama untuk dia mengajak anda keluar dating?
Gone with the days kena kenal lama-lama dulu baru keluar dating. Mind you, we only took for only 7 days.

Dia kacak?
Cukup sempurna untuk saya. Jika mendambakan baik elok rupa paras seseorang itu, saya yakin tidak kekal ke mana. Encik Bubu hadir dan melengkapkan saya, dalam segala segi.

One word: Comel!

Tempat pertama anda dating?
Di Kuala Terengganu, restoran di Batu Buruk sahaja :P Sebab itu saya suka Kuala Terengganu, ada sejarah cinta saya disana :)

Bagaimana dia melamar anda?
"Abang nak balik UK, abang harap ada ikatan antara kita. Be my wife, would you?" itulah dia. Simple, direct to the point dan buat saya 'wow!'

Tarikh-tarikh istimewa dengan suami anda?
01.07.2003 : Kami secara rasminya berpacaran :P
15.08.2003 : Secara rasminya kami bertunang.
05.02.2004 : Sahnya kami menjadi suami dan isteri.
12.04.2007 : Idris lahir ke dunia.
11.02.2009 : Sophia menjengah bumi.

Apa padanya yang membuatkan anda suka padanya.
Encik Bubu saya mempunyai daya tarikan yang tersendiri, terutamanya sewaktu bercerita. Tak susah untuk melihat saya bergelak ketawa dengannya. Kami juga banyak berkongsi persamaan dan wave-length. Tak susah bagi saya menerima Encik Bubu, mungkin kerana kami datangnya dari kasta yang sama.

Apakah perubahan padanya yang anda harapkan?
Encik Bubu saya datang dengan caranya tersendiri. Sebagai isteri, saya tak mampu untuk merubah apa-apa yang ada padanya, kerana dialah syurga saya. Satu pinta saya, jom kita sama-sama menjaga kesihatan diri, bukan sahaja untuk kita, tapi untuk Idris dan Sophia juga.

Anda akan hilang kawalan diri, jika dia...
Encik Bubu curang pada saya. Titik. Nokhtah.

Anda akan tersenyum sepanjang hari apabila dia...
Sentiasa berada disamping saya dan anak-anak.

Cinta anda padanya adalah...
I love you, for enfinity and beyond. Itu yang selalu saya sebut, SMS dan email padanya dan saya memang maksudkannya. Encik Bubu adalah imam hidup saya, syurga yang patut saya berada disampingnya selalu, ayah kepada anak-anak saya dan yang penting, dia adalah my other half. Hanya cangkul dan tanah sahaja yang memisahkan kita.

To: Mr. Bubu

Tak nak wish banyak-banyak, saya sayang awak sangat-sangat. Di hari penuh bermakna ini, Sue doakan Abang agar dilimpahkan dengan kesihatan yang berpanjangan, rezeki yang tidak putus-putus dan rasa kasih sayang selalu kepada Sue (hahahha~*) dan anak-anak.

From: Mrs. Bubu

16/02/2010

Sepetang di taman bersama Idris & Sophia

Sepanjang hari, anak-anak asyik meragam buat hal. Mungkin memahami abah dan mamanya tidak bekerja, mereka minta lebih layanan. Saya mengerti sungguh, andaikata mereka menangis begini, ertinya mahu dibawa keluar berjalan-jalan. Untuk dibawa ke Alamanda, atau mana-mana shopping mall, saya sudah kebosanan. Lantas, saya mengajak Wanyong mereka dan anak-anak untuk ke taman yang berselerak didalam Putrajaya ini.


Saya pun tak tahu apa nak jadi dengan Putrajaya ni, tengok jambatan ini, sungguh techno dan hi-tech. Kiranya, saya membawa anak-anak saya ke taman tech-no di Presint 5, di hadapan Putrajaya International City Centre (PICC). Suasana agak lengang dan saya gemar akan warna-warna kehijauan alam, ditemani desiran angin yang lembut menyapa kami.

Kak Long dan Abang Jue yang turut mengiring

Sesekali membawa anak-anak menghirup udara segar begini buat saya begitu selesa. Tambahan pula, sudah beberapa hari saya lihat Idris seperti 'kelemasan' didalam rumah. Semalam, dia kelegaan apabila saya membawanya ke rumah Sarra, dan bermandi-mandi di kolam renang. Esoknya, insya Allah, menjengah ke pantai pula hendaknya. Saya gemar mengadakan hubungan dengan alam dalam aktiviti harian, terasa lebih sempurna rasanya. Peluang kali ini juga, saya berikan untuk menguji tahap 'lesen' Sophia.

Lesen? Yep, lesen. Lesen berjalan :) Mula-mula berpimpin dengan Mama...


Bila dah confident, aksi lebih berani dari biasa. Percubaan pertama di tempat awam :)

Berdiri dahulu, menghimpun kekuatan mungkin :)

Dan, secara rasminya Sophia sudah berjalan di tempat awam. Yeay!

Selepas berjalan bersama Sophia, saya ambil peluang ini bersama Idris pula. Bila saya hampiri dia, dahinya telah dihiasi dengan manik-manik halus peluh. Aduhai putera lilinku, cairkah?

Kipas kecil itu tidak mampu menyejukkan Idris saya :P

'Are you OK, son?'

Dalam posisi mendirikan Idris


Dan berdiri dengan penuh gaya kemalasan dan tanda protes sebab tak ada air-cond!

Apabila Idris bukan didalam moodnya, saya tidak gemar memaksa. Menjadi kepantangan Idris, rules #1 Jangan sesekali berada didalam keadaan panas. Jika silap harinya, Idris akan menjadi seorang yang sungguh membosankan dengan menyanyikan lagu 'teriak pekik' & tangisan yang dibuat-buat kerana kepanasan! Menyedari itu, apabila Idris membengkokkan lututnya, tanda mahu duduk, saya ikutkan sahaja dan meminta Kak Long mengambil lebih banyak gambar lagi :)

Idris yang mula kesejukan :)

Kesayanganku~*

Sophia yang boleh dikatakan 95% sentiasa didalam mood yang baik

Tiada satu pun dalam gambar di atas wajah ini budak. Kali ini, saya tarik tangan dia dan minta dia senyum. Hasilnya, Zul Adz adalah seorang budak cute!

Muka bodyguard pertama yang sangat stress sebab selalu kena kejar Zul Adz tak habis-habis!

Muka The Marshall :P

Saya dan kakak saya

Kakak saya dan keluarga mereka

Tiba rumah dah jam 7.00 malam. Sophia kepenatan dan dah terlena, Idris pun sebaik sahaja masuk ke dalam kereta, diam dan buat hal sendiri. Almaklumlah, air cond. Berharap, lebih banyak sesi bersama anak-anak lagi dimasa hadapan.