Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

30/01/2010

A loving father

I found this in StarOnline. Tetiba rasa terharu. Sila baca yang saya highlight kaler merah ye :)

When Faizal is away from his kids, he chats with them via his 3G phone.

Faizal Tahir, 30, singer

He may well be the hottest ticket in town where the local music industry is concerned, what with emerging the biggest winner in this year’s Anugerah Industry Music award show.

However, for Faizal, his most prized trophies are his two children, son Ahmad Mikaeel Zidane (yes, after the famed footballer Zinedane Zidane), three, and daughter, Siti Raudhah Nurimam, one.

“I remember at the AIM awards, my wife sent me a text message saying that she and the kids will still love me even if I did not win any awards.

“And I replied, even if I won a trophy, it woud not compare to the trophies I have at home. Honestly, my kids and my wife are most precious to me.

“It’s like my kids are my life, really,” says the singer. “My biggest reward being a father is ... is having kids. I really love kids.”

Faizal admits that he is a doting father who spoils his kids, sometimes to a fault.

“I spoil my kids too much ... I am a ‘spoiler dad’. My kids can have anything they want,” he laughs.

“I am actually the total opposite of my dad. My dad was really strict and as I grew older I used to find it hard to talk to my dad because I was scared of him. He was strict ... but it does not mean he was not loving.”

Fatherhood however does have its challenges, says Faizal, such as keeping cool and patient even when your stuff is being destroyed!

“I think that one thing that is being tested the most as a father is my patience. You know how kids can be ... and my son, at three, well he is very adventurous and likes to explore.

“I keep a lot of things that have sentimental value at home and sometimes he just crashes them and ... well, I just have to be patient,” he says.

Another challenge? Getting his son to brush his teeth.

“He has yellow teeth, you know. He hates brushing his teeth. It’s really hard to get him to brush his teeth!”

Young as they are, both Ahmad Mikaeel and Siti Raudhah seem to sense their father’s celebrity and, like most kids, they like to mimic him especially when they see him on TV.

“People say that I am really passionate when I am singing but they have not seen my son. He picks things up very fast and he mimics me and brings it to another level. And, sometimes the two of them do duets!”

If he has anything to do with it though, Faizal would rather his children not get into showbusiness.

“People think it’s glamorous and all but it’s a really tough industry. It is not as rosy as it appears.

“People have asked me many times if I would like my kids to become singers too and it really freaks me out because I would rather they not.

“But then again, my parents never wanted me to become a singer either. So...”

As a celebrity, Faizal regrets that he is sometimes unable to spend as much time as he would like with his children.

“I think my son does notice there is a difference (since winning One in a Million) because he sometimes asks my wife where I am or when I will be back.”

As loving and doting as he is though, Faizal and his wife are determined to keep their personal lives and children out of the limelight.

“I want them to have a normal childhood.”


28/01/2010

Suprise!

Semalam, saya tidak ke pejabat. Alasannya, Idris dan Sophia sekarang sedang batuk, selsema dan berkahak. Keadaan makin bertambah buruk kerana Idris mempunyai asma. Semalaman saya menunggunya untuk tidur. Dia merengek tak henti-henti, nafasnya tercungap-cungap, naik dan turun. Saya tidak mahu mengambil risiko membiarkan mereka lelah sebegitu, oleh itu saya mohon cuti kecemasan dari boss. Berulang kali saya ke Klinik Mediveron berhampiran dengan rumah, mengambil nebulizer untuk mereka dan aktiviti pekik memekik dan tangis berpanjangan menghiasa suasana klinik.

Malamnya, saya berbuku muka dengan Fahiya. Dia teman saya di pejabat, PA kepada boss besar kami. Katanya sesuatu menantiku dimeje kerjaku. Hemahku, membayangkan kerja yang bergunung. Hari ini, sewaktu saya tiba ke pejabat, ini yang menghiasi mejaku!

Oh! Saya suka. suka. suka. Makin berseri mejaku dengan kehadiran bunga ini.

Abaikan meja yang bersepah sana sini, kalau kemas ertinya saya tidak bekerja :P

Bukan itu sahaja, ini juga menjadi habuan saya dipagi hari ini.

Dari bake.me.cupcake yang sungguh sedap! Seperti biasa, saya dan partner in crime akan makan selahap mungkin :P

Terima kasih yer Cik Fahiya, rasanya kalau tetiap hari adalah hari lahirkan best. Tiap-tiap hari dapat hadiah. Huhuhu~*

I olls, terima kasih noks :) Nak bunga lagi
*sambil-sambil kasi hint kat Encik Bubu yang jarang-jarang je nak baca blog ni*

Hariku indah ~*

Anak abah!

Seperti malam-malam sebelumnya, memang akhir-akhir ini saya dan Encik Bubu gemar menonton DVD dan semalam merupakan malam-malam yang seperti sebelumnya. Sudah menjadi kelazimannya, Idris lebih cenderung untuk memilih saya mendodoikannya tidur, dan Sophia lebih gemar kepada Encik Bubuku. Semalam juga adalah hari-hari biasa Sophia bersama Abahnya. Membuli Abah untuk untuk berjoget dan bermain keyboard sebelum tidur adalah kepakarannya, dan si kecil ini nak dengar live music aje.

Sebelum tidur, haruslah bermain sehinga keletihan. Berbagai ragam, berbagai keletah yang Sophia sajikan untuk kami penuhi malam-malam kami. Dia bertatih, dia menyanyi, dia membuli Idris dan dia menangis. Sedang leka bermain, tiba-tiba saya terasa sunyi sahaja. Tiada leap froggy menyanyikan 'spin spin the letter, how many do you know' lagi. Saya jeling Sophia, rupanya dia tertidur.

Terpengsan, tertido. Cubaan saya untuk mengangkatnya gagal kerana tatkala tangan saya memegangnya, sudah menangis tanda protes tidak mahu dialihkan. Sudahnya saya mengalah, kesian melihat dia tidur tidak selesa, tetapi apakan daya kalau dah anak abah tu, anak abah la juga!

24/01/2010

Menjadi ibu

Susah sungguh mencari waktu dalam masa 24 jam masa saya. Sukar untuk saya singgah ke ::my.little.secret:: dan menulis cerita saya disini. Banyak benda yang ingin dikongsi. Cerita perjalanan saya sebagai seorang ibu. Tujuan saya menulis bukan untuk menarik perhatian, cukup untuk bekalan saya baca di kemudian hari.

Sudah seminggu Sophia bertatih, seterusnya sudah berjalan. Saya secara peribadinya agak terkagum dengan pencapaian terbaru Sophia. Tanggal 11 hari bulan di bulan hadapan baru genap usianya 1 tahun. Sudah 4 batang gigi menghiasi gusinya. Sudah pelbagai rasa dia kecapi, dan sudah pelbagai bunyi Sophia tuturkan buat halwa telinga saya. Semuanya indah untuk saya kenang. Sungguh, saya kagum. Melihat serta menyaksikan seorang anak kecil, yang dulu saya kandung, seterusnya dibesarkan oleh saya, meniarap, merangkak, bertatih seterusnya kini berjalan. Kagum dengan perkembangan ini. Mungkin kerana perkembangan Idris yang perlahan dan dengan caranya tersendiri menambah lagi nilai kekaguman saya sebagai seorang ibu.

Tak semua orang faham apa rasanya punya anak seperti Idris dan punya anak seperti Sophia. Menjadi ibu kepada seorang anak seperti Idris memerlukan bekalan hati yang cekal dan yakin akan setiap kejadian Allah itu ada hikmahnya. Semasa membesarkan Idris di usia Sophia, saya sentiasa gusar kenapa setiap perkembangannya tidak mencapai milestone, tetapi apabila tiba detik bersama Sophia, saya tersenyum puas kerana setiap milestone berjaya dilengkapkan, dan adakalanya dia mendahului carta.

Adakalanya saya merenung wajah Cik yang sudah dimamah usia. Hemah saya, meriahnya dunia Cik diserikan dengan kami adik-beradik. Saya tahu, bagaimana Cik rasa melayan kerenah kami ini. Angka 8 bukanlah sedikit untuk diuruskan. Lapan kepala bererti lapan ragam yang berlainan walau kami lahir dari rahim yang sama, dan berbin/bintikan bapa yang sama. Sesekali saya kenang semula detik saya tatkala masih anak-anak kecil dahulu, indah. Saya dikelilingi kakak dan abang yang pelbagai ragam, namun masih didalam kasih sayang yang sama. Secara peribadinya, saya tak ingin detik sebegini pergi. Menyaksikan anak-anak semakin membesar, bersekolah, ke universiti seterusnya kahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Saya ingin simpan detik sebegini sentiasa.

Apabila pagi saya dikejutkan dengan jari jemari halus Sophia mencungkil mata dan menampar manja muka saya dan tatkala melihat mata saya terbuka, dia akan menghadiahkan satu ciuman dipipi sambil tergelak besar kerana saya terjaga. Saya ingin dikejutkan dengan tangisan marah Idris kerana dia inginkan susu, dan saya masih mahu menyuapkan sarapan ke mulut Idris dan Sophia dengan bubur kanji yang saya masak sendiri serta bersusah payah dengan mereka di bilik mandi, bermain buih dan mendengar gelak tawa mereka apabila bersiram.

Untuk semua pengalaman di atas, hanya perkataan indah yang saya mampu ungkapkan. Sebuah perjalanan yang indah untuk saya kenang.

Lupakan apabila malam-malam saya yang dikejutkan dengan tangis Idris dan Sophia yang adakala minta ditukar pampers dan minta diberi susu. Lupakan berapa peratus nilai ringgit yang dibelanjakan untuk mereka setiap bulan, lupakan segala kesusahan membesarkan anak dan lupakan kepenatan dan stress kerja semata-mata demi sebuah kasih sayang dan tanggungjawab ini kepada anak.

Mampukah anak-anak saya nanti membalasnya kepada saya di akhir usia saya kelak? Mampukah anak-anak saya bangkit dari lena mereka dan menemani saya berbual setelah seharian mereka di pejabat? Mampukah anak-anak saya menjaga saya di hari tua dengan memasak sendiri bubur kanji dan menyuapkan ke mulut saya nanti? Mampukah anak-anak saya meluangkan masa kepada saya sepertimana saya mencari masa untuk mereka? Sanggupkah mereka bersengkang mata menemani saya tatkala usia usang saya nanti?

Sungguh, takut untuk saya kenangkan. Namun, hidup ibarat roda. Apa yang kita buat, akan dibalas semuanya oleh Allah. Setimpal. Tak didunia, di akhirat nanti. Sesekali melihat berita-berita di dada akhbar anak buang ayah, anak buang ibu buat saya terfikir, dimana hati perut orang di zaman ini? Sanggup mereka melihat ibu yang mengandungkan mereka dibuang begitu? Menyisihkan seorang ayah yang bersusah mencari nafkah membesarkan mereka? Sungguh, dunia akhir zaman menakutkan saya.

Sebagai anak, tanggungjawab saya pada Cik, insya Allah tidak akan saya abaikan. Pesan arwah Aboh saya, walau hidup tak mampu menyenangkan orang lain, cukup jika tidak menyusahkan mereka. Saya sebolehnya mengelak dari menyusahkan Cik, dan sebolehnya saya ingin membahagiakan hari-hari tuanya. Sebagai menantu juga, saya hormati Abah. Namun, saya selalu merasakan saya bertuah kerana dikurniakan seorang mertua sebaik Abah. Saya harap, saya mampu menjaga mereka berdua meniti usia emas. Dan, tanggungjawab saya kepada arwah Aboh juga tidak akan sesekali terhenti selagi jasad dikandung badan.


20/01/2010

Kembali ke sini

Sudah lama saya tidak membawa Idris ke sesi terapi cara kerjanya. Termaktub didalam azam tahun 2010, saya berazam sebaik mungkin untuk membawanya ke rehab. Kali ini, lawatan Idris turut ditemani oleh si adiknya Sophia dan Bibik.

Sophia yang begitu ceria sewaktu menanti giliran di kaunter pendaftaran.

Apabila tiba di depan Rehab sahaja, Idris mula memberi signal tidak senang. Bererti dia tahu, disini dia akan 'didera' dan saya terus membawanya berjumpa Wan. Nyata mereka di bahagian OCCT, Wan dan Mahani agak terkejut dengan perkembangan Idris. Makin berisi dan makin 'berbunyi' kata mereka. Saya gembira dengan keprihatinan mereka pada Idris, dan seperti kebiasaanya Idris terus dibawa ke biliknya.

Perasan sesuatu?

??

Ada Idris yang sedang menahan diri

Dan, buat muka comel bila Mama capture ni.

Sengaja masukkan Sophia sama, biar sama-sama warm up. Idris nampak macam OK, mungkin rindu dengan tempat ni kot.

Sophia yang terlebih sudah panasnya. Sure dia kata best ni, best. Banyak ball.

Selepas 5 minit, Wan datang. Sesi bersama Idris dan juraian air matanya bermulalah. Seperti biasa la kan. Wan yang dah biasa dengan Idris mula mencari nadanya. Idris masih menangis, saya agak dia kurang selesa bila Wan menyentuh tangan dan lengannya. Teknik urutan itu saya sudah beberapa ketika sudah praktikkan dirumah, meregang dan menarik otot-otot dan sendi-sendi Idris. Tujuannya untuk merangsang motor halus Idris. Juraian air mata itu rasanya 'lakonan' semata-mata (hahhahaha) sebab menjadi kepantangan Idris apabila tangannya disentuh oleh orang-orang yang tidak familiar dimatanya.

Urutan tangan

Dan, si adik yang terlebih sibuk tatkala abangnya sedang bekerja :)

Dan, saya rasa Idris sudah mula suka dengan kerjanya.

Sebelum pulang, Wan sengaja mengajak Idris mengambil angin di taman rehab. Idris yang merengek dan menangis semakin kuat, mungkin tidak selesa apabila saya letakkan dia untuk didirikan.
Kembali tenang, tatkala saya memainkan dia lagu dari lappy ini.

Idris sedang menghayati keindahan dan kedamaian taman rehab.

Selepas itu kami pulang dengan membawa pulang beberapa temujanji lagi, insya Allah tahun 2010 adalah tahun pembaharuan Idris. Insya Allah, sooner or later, anak saya akan merangkak, berjalan dan seterusnya berlari.

Ya Allah, permudahkan segala urusan Idris ini. Jika susah sekali pun cara dan jalannya, cekalkanlah hati saya dan mohon merayu padaMu agar jangan sesekali Kau lenturkan semangat yang ada didalam hati ini untuk berjuang bersama Idris.






18/01/2010

One year younger towards the grave, erks!

Sengaja saya menjalani proses isolasi di hari 18 Januari 2010. (Read: Semalam)


Saya tidak dapat ditemui di facebook.

Saya tidak dapat ditemui di ::my.little.secret::

dan;

Saya juga tidak dapat ditemui di Y!Messenger.
Kalau boleh, sepatutnya saya juga tidak ditemui di pejabat.
Tetapi, apakan daya, boss tak bagi cuti.


Oh! sungguh hebat saya menyorok dan mengasingkan diri.
clap!clap!clap! Saya suka!


Seronok apabila sesekali saya sendirian begitu tanpa hubungan dengan dunia maya, terutamanya di buku mukaku. Selalunya, penuh email saya dengan notification dan sebagainya, tetapi di hari 18 Januari 2010, keamanan melanda diri saya. Saya sengaja memilih untuk datang sedikit lewat ke pejabat. Menjelang 18 Januari, saya bersama Encik Bubu sedang berseronok bagai menonton di OU, melihat stunt dan aksi bersahaja Jackie Chan. Sesekali sofa empuk dan duvet di dalam panggung membuatkan saya terasa seperti dirumah. Bezanya, tiada jerit gelak Idris dan Sophia yang agak mengurangkan keseronokan itu. Sedang saya ralit menonton, saya dihidangkan dengan hot dogs dan cofee panas. Ah, lengkap rasanya seperti menonton dirumah, terima kasih Encik Bubu di atas sepasang tiket Gold Class itu. Saya ternyata suka!



Dan pagi ini, saya bersarapan di Old Timer Kopitiam, bersama Encik Bubu yang sengaja mengambil cuti meraikan hari 'matang' saya setahun lagi. Seronok sesekali meluang masa berdua. Seronok sesekali saya 'dirosakkan' dengan layanan yang berlebihan. Mungkin adat untuk Encik Bubu, memberikan saya 'kelainan' di hari 18 Januari untuk saya. Sudah 5 kali saya menempuhi hari 18 Januari bersama Encik Bubu, dan ternyata setiap kali detik 18 Januari muncul, Encik Bubu tidak pernah mengecewakan. Terima kasih ye. Saya tidak pernah meminta layanan istimewa, namun Abang tak pernah menghampakan. Terima kasih ye, kerana membekalkan saya dengan detik-detik indah sebegini, untuk saya catatkan perjalanannya dalam hidup saya hingga ke hujung ranting usia. Kenangan yang indah ini untuk saya kenang, selagi jasad dikandung badan, dan untuk tatapan anakanda-anakanda kita di kemudian hari.



Mungkin kasih dan sayang kita tak setanding Laila dan Majnun, tapi saya yakin cinta Nuur dan Iskandar lebih utuh berbanding semuanya. Semoga Dia memanjangkan jodoh dan pertemuan antara kita.Dan, semalam juga, teman-teman di pejabat juga meraikan hari gumbira saya. Terima kasih.


Saya suka kek ini!
My-a-year-younger-cake :)

Saya suka pizza ini!

The rider and the runner of the day :*

Patutlah bila saya tanya Jujue kemana? Sekejap jawabnya ke toilet, sekejap jawabnya ke atas. Terfikir jugak, rasanya tiada apa-apa yang segera untuk naik ke pejabat Abang Zulku di tingkat itu. Same goes to Kak Rafid, kehilangan. M-I-A. Rupanya, ke Domino's kamu sekalian. Terima kasih la yer.

An evil in disguise. Seriously, I like the way I look.

An angel in disguise? Uh, so not me.

Me, capturing the moments.

Dimalam harinya, FIL mengajak menjamu selera di Ariana, the Iranian Cuisine Restaurant at Cyberjaya. Terlupa bawa kamera, aduh terlepas satu momen indah lagi. Thanks Abah.

Saya juga menghantar SMS ini kepada Cik:

"Hari ni, umur Sue dah 28 tahun. Terima kasih Cik atas kasih sayang kepada Sue selama ini. Bertuah Sue ada seorang ibu seperti Cik. Doa dan keberkatan Cik yang Sue harapkan.Maafkan dosa dan salah silap Sue selama ini"

Tiba-tiba saya jadi syahdu. Tanpa Cik, tidak mungkin saya tidak akan berada disini hingga ke hari ini. Saya mencuba untuk menjadi anak yang baik, menantu yang dapat menyenangkan hati mertua, isteri yang membahagiakan hati suami, ibu yang penyayang, adik yang manja dan suka menyusahkan abang-abang dan kakak-kakaknya (hahhahah! sayakan adik) dan untuk senangnya, to be a better person.

Dalam banyak-banyak SMS/email yang saya terima semalam, satu ini ingin saya kongsi. A 'gentle' reminder dari KakYan. KakYan yang pakai tudung purplr yer, si tengah yang comel bangat itu Tun dan yang ehem ehem kiut miut yang pakai tudung biru tu yang lahir pada 18 Januari :*
"One year younger towards the grave. Just tazkirah. I pray for your many happy returns. A year wiser, ok?"
Something to ponder, ain't it?

*
*
*
*
*

To: Me

Happy Birthday


The birthday mama :*

From: Mrs. Bubu

p/s:

* Some of the pictures are from Fahiya's cam. Thanks babe.
** From now on, I'll addressing my hubby as Encik Bubu in ::my.little.secret::

12/01/2010

Berbicara dengan caranya tersendiri...

Semenjak seminggu yang lalu, satu lagi cerita sakti yang Idris bawakan kepada saya. Semenjak seminggu yang lalu, rumah saya diselubungi dengan bicara dua anak kecil. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Seorang abang dan seorang adiknya. Butir bicara cerita mereka, sungguh saya tidak ketahui. Namun, berbahasa dalam bahasa yang sama, yang saya tafsirkan seperti bahasa german dan sepanyol adalah satu scene yang sangat indah untuk saya tonton. Keletah dua beradik ini melatari rumah kecil saya. Kadang-kala saya ketawa sendirian, asyik memerhatikan mereka berkomunikasi.

Saya fasih berbahasa german dan sepanyol - Megat Idris Naquiyuddin

Apabila mereka berbual, adakalanya eye contact diperlukan. Si abang yang kini sudah boleh bangun duduk sendiri akan memandang kepada si adik yang sangat aktif bergerak ke sana ke mari. Ada kalanya, dia duduk di atas sambil memandang ke wajah si abang yang duduk di bawak. Mulut mungil kecil itu tidak putus-putus memanggil 'wok'. Pada dugaan saya, 'wok=lope' agaknya. Dan si abang akan menjawab dengan bahasa german dan sepanyolnya. Kadang kala diselangi perkataan Mama, Abah, Bik dan Jhek (untuk Cik, nendanya). Si adik juga tidak ketinggalan berbahasa.

Kadang kala, ada masanya si Abang memandang ke kanan, dan si adik ke kiri. Si abang memandang dinding, si adik pula sibuk menerokai alam. Namun, becok mulut mereka memberi suara kepada rumah saya.

Adakah ini caranya berkomunikasi semasa konflik, Lope?

Sudah lama saya membayangkan suasana ini, alhamdulillah, saya berpengalaman juga merasainya. Kini sudah ada masanya saya mendengar Idris berbual, terutamanya sewaktu saya pulang dari kerja. Saya mengandaikan Idris bercerita mengenai apa yang dilaluinya seharian tanpa saya disisi dan Sophia serta Bibik. Saya tidak penat berlakon seolah-olah saya memahaminya, malah saya sedaya mungkin cuba untuk mentafsirkan bait-bait baby talknya. Apabila saya melayan karenahnya, dia akan ketawa berpanjangan. Mungkin puas kerana mama memahaminya. Hahahha~*

Namun, segalanya mungkin. Bukan mudah untuk memahami anak autistik, bukan mudah untuk saya memahami Idris. Saya yakin, saya positif Idris akan berubah ke arah yang lebih baik. Saya tidak meletakkan sebarang matlamat untuknya, saya tidak mahu terlalu memaksa dia mencapai matlamat yang saya tentukan. Kadang kala, jika terlalu memaksanya, saya bimbang dia akan rasa tertekan. Seperti janji saya padanya sebelum ini, tak apa Idris. Walau lambat, janji dapat. Biar mengensot, mama setia menunggu.

Dan anak ini, melengkapkan rasa seorang ibu membesarkan anak sebagaimana orang-orang lain merasainya. Terima kasih Tuhan, di atas limpahMu yang tak pernah bertepi.