Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

02/12/2010

Satu malam bersama Lope & Obiya

Cerita Lope

Dah lama saya tangguhkan nak bawa Lope ke kedai TF Barber Shop di Alamanda. Kalau dulu, pernah saya buat beberapa entri mengenai edisi rambutnya pada 9 Julai 2010 dan pada 7 Februari 2009 . Semalam, sebab kesian tengok anak teruna ni asyik tergaru-garu kepanasan, saya dan encik Bubu bawa dia berjumpa dengan uncle kegemaran di Alamanda. Agak lama kami menunggu namun berbaloi bila Uncle berikan keutamaan kepada Lope sebab dah lama menunggu dan hanya Uncle yang boleh gunting rambut dia.

Semuanya seperti biasa. Tak adalah menangis, melaung terlolong-lolong dah. Big boy mama cuma nampak agak gerun bila Uncle menggunakan gunting dan akan kegelian apabila Uncle guna mesin potong rambut tu. Nampak la dia macam geli dengan vibration mesin tu. Aksi Lope juga banyak menarik perhatian orang yang lalu lalang di luar, mungkin nampak comel kot bila mak bapak sibuk dok pegang anak mereka atas kerusi di kedai gunting rambut sambil pasang lagu Faizal Tahir dan mengambil gambar-gambar ini.

Geli dengan helaian rambutnya sendiri

Cerita Obiya

Bila si abang sudah melawa, si adik tak abis-abis minta nak jadi driver bus. Terlompat, berlari dan terpekik selagi hajat tidak dipenuhi oleh Abah dan Mamanya. Jadi, bila saya ikutkan aja, lihat saja mukanya yang berseri-seri ini.

Driver bus yang happy :]

7 comments:

Syahida said...

Put, Abil pun sangat susah gunting rambut. so far, tak pernah lagi bawak ke barber..semua DIY (until he is ready, inSyAllah).

http://warkahdarimama.blogspot.com/2010/09/haircut-aint-easy-for-abil.html

Min Min said...

cutela dua org nih...nak kiss n hug diarang kuat2..=)

jie said...

betul betul betul, Megat jr. yang super hensem dan puteri jr. yg super cute sangat menambat hati ok ;)
pssst.. put nape pipi megat jr. merah ya? cian lak tgk, sorry tanya maklumla megat jr. putih so red dot tu nmpk obvious pula

Yasmin Nabilah.. said...

comel..hehe..rindu plak kat phia ngn lope.bila kita nk jumpe agaknya...

anakistimewa said...

hariz pun DIY gak... kira OK gak Jr awak bleh diam dipegang... hariz jgn harap...

nasaoji said...

piya dah besar..amat cumei!..mcm kak put...

Min said...

dua2 budak ni sgtlah cute! semoga ceria selalu!