Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

07/12/2010

Hujung minggu yang panjang

Gambar dua beradik yang menghadiri majlis kenduri.

Baca tajuk entri saje dah buat saya tersenyum-senyum. Bermula dari 4hb hingga ke hari ini, selain saya dan keluarga menghadiri kenduri anak Abang Ab di Ipoh, saya hanya melepak sahaja dirumah bersama anak-anak dan suami. Ada masanya saya ke rumah Yong di Seri Kembangan dan selebihnya saya hanya makan-tidur-layan DVD-layan Megat & Puteri Jr. semata-mata. Hidup sangat indah menjadi surirumah sepenuh masa :)

Hujung minggu yang panjang, menarik dan sangat rileks. Jadual saya setiap hari bermula dengan aktiviti masak memasak. Saya ikutkan sahaja apa yang Encik Bubu mahu makan, saya masakkan. Tiada dalam senarai buku resepi saya, saya google di internet. Hari ini, Encik Bubu minta dimasak gulai kari ayam. Sepanjang menjadi isteri, hanya sekali saya mencuba membuat gulai kari udang, itupun sewaktu Ayah Sue datang bertandang ke rumah saya di Terengganu.

Petang ini bercadang nak membawa anak-anak berphotoshoot di sekitar Putrajaya, mungkin bersama Cik atau mungkin bersama Abs. Apapun, ku suka hujung minggu yang panjang dipenuhi dengan wajah-wajah kesayanganku ;)


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

5 comments:

ieda said...

phia is catching up...dah nak sama saiz abang pun..
btw food kat bawah tu...menggoda goda.

ida khairani said...

nicee....bawak la budak2 visit aku sekali..rumah aku kat klang.

Min said...

ala... comel sungguh budak dua orang ni la... geram pulak cik min...

MY HEART said...

Bila nak ajak kakakmu ni datang makan kari udang hhihihihi... nak gak rasa airtangan put...

Aiydalela said...

phia + lope = tomei