Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

15/12/2010

Dermatology

Tengok pipi kiri Megat Jr. yang teruk akibat kesan rashes/eczema yang dah melarut.

Megat Jr. kena refer berjumpa dengan Doktor Pakar Kulit sebab rashes/eczema yang ada di badan dan mukanya semakin menjadi-jadi. Aduh! Kesian pipi handsome anak Mama ni :'( Dah 2 hari berturut-turut juga ulang alik klinik pasal gatal-gatal ni. Sedihnya dia menggaru sampai luka tapi dia takde rasa pun sakit sampailah kita mandikan dia, barulah dia meraung sakit dalam bilik air.

Sedihnya!

Macam mana nak hentikan tabiat menggaru ni? Lazim untuk anak autistik akan membuat perlakuan berulang-ulang dan sedihnya sebab dia tak berhenti walaupun sakit, sama lah juga bila dia menggigit jari, mengetuk kepala dan mencucuk matanya dahulu. Oh, sampai bila saya mampu melihat dia mendera diri sendiri macam ni.

Nak tengok pipi gebu Megat Jr. macam ni lagi!

5 comments:

Yasmin Nabilah.. said...

adoii..siannya idris..camner leh jadi gitu put? dia ada alergik makan apa2 ke?

Nabila pulak kat area dagu. Sebab air liur asik meleleh je. Kdg2 siap menggaru lagi. pukul nyamuk tak pandai tapi garu muka boleh lak ..hehe..

Puteri Nuur At-Terawis said...

Ina,
Idris kan suka gigit jari dan pipi dia sentiasa basah dengan air liur. Lepas tu, suka garu-garu sampai luka. Sekarang ni dah teruk, kena refer jumpa doktor pakar kulit.

anakistimewa said...

kena awasi selalu ni...

Min said...

semoga idris sihat & gebu semula... super cute!!!

ann @ hatiberbunga said...

siannya...! moga lope cepat sembuh..

takpe.. anak teruna mu itew tetap ensem spt dulu. :)