Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

01/12/2010

Berdiri Tegak

Pagi sabtu lepas, saya terjaga jam 4 pagi tatkala mendengar suara Megat Jr. menangis. Rupanya, minta susu dan tidak selesa sebab pampers basah, minta diganti. Saya bangun dan ke dapur. Menukar lampin dan menyuapnya susu. Tak sampai 10 minit, mulut si anak sudah menyebut nama saya berulang kali "ma-ma-ma-ma" sambil tersenyum-senyum. Saya menganggapnya itu adalah cubaan Megat Jr. mengucapkan terima kasih. Ok, saya tersenyum dan wajah mulusnya saya cium berulang kali. Geram dan melimpah ruah rasa sayang padanya.

Pada mulanya saya menemani sahaja Megat Jr. bermain sendirian, namun selepas 1 jam masih belum menampakkan ciri-ciri mahu tidur, saya pula yang terasa lapar kerana malamnya saya tertidur awal, seawal pagi sudah berkeroncong perut ini. Jadi saya ke dapur dan meninggalkan Megat Jr. seorang diri. Sebentar-sebentar saya jenguk dia dari dapur sambil mengusik dan memanggil namanya. Ada masanya dia tergelak mendengar usikan saya.

Gambar ini saya ambil pada jam 6.04 pagi, tatkala azan subuh baru sahaja selesai berkumandang. Lama dia berada didalam posisi ini kerana asyik sangat mendengar azan.

5 minit kemudian, saya menyambung semula apa yang perlu dan memanggil namanya. Dia tergelak sesekali dan ada masanya dia membebel memanggil nama abahnya dan sesekali nama mamanya dan sesekali bahasanya yang tersendiri namun dia tidak pernah diam. Hinggalah ke lima minit seterusnya, apabila saya memanggilnya dari dapur dan dia diam, tiada respon saya keluar menjengah memeriksanya. Gambar seterusnya adalah gambar yang saya capture seterusnya.

.
.
.
.
.

Rupanya patutlah dia diam kerana dia berdiri tegak di penjuru di antara kerusi ini. Mungkin diam kerana sedaya upaya mengimbangi badannya. Seronok tengok dia berdiri macam ni sebab menunjukkan kekuatan berpaut pada tangannya, kekuatan pada otot kakinya dan kebolehan mengimbangi badan selama 5 minit. Semuanya dilakukan dengan sendiri.

Bravo Lope!

11 comments:

Bicara hati ibu aisya said...

Wah..TAHNIAH Lope.You did a gud good.Teruskan usaha lagi.Chaiyok Lope chaiyok...u can do it!

MY HEART said...

Alhamdulillah.... ^_^

mrs_zura said...

yeah! idris mmg hebat...

jie said...

Wah Tahniah Megat Jr. nanti bolehla put main kejar-kejar dengan dia hehe soon amin...

Asz said...

Alhamdulillah ... moga megat jr akan terus2an menunjukkan perkembangan yg baik ... btw, he is so adorable, wajahnyer boleh mencairkan hati sesiapa sahaja ... mmuahhh!

Hidayahmk said...

Lope! Tahniah! Teruskan usaha! Lope BOLEH!

Min Min said...

hensem boy min2..=)

nuyin2u said...

terharunya dengan kesungguhan megat. bagi 1,2 kiss saya utk dia ye..

Min said...

alhamdulillah... syukur! he indeed a strong boy! keep giving encouragement ye...

nifalnin... said...

alhamdulillah... niza tumpang seronok tgk idris dah berdr mcm tu... amin... tahniah idris...

nasaoji said...

alhamdulillah..bangga dgn kak put dan suami..

gogo chaiyuk lope!