Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

07/11/2010

Timbullah anakanda Awwab Hakimi

Sudah 2 malam saya berada di bumi Alor Setar. Sudah 2 malam saya meninggalkan anak-anak. Hati pun sudah mula dipagut kerinduan namun saya gagahkan hati. Datangnya saya ke Alor Setar bukanlah untuk bergembira. Datang sendiri melihat sepupu saya Kak Enie yang ditimpa musibah. Kehilangan Awwab Hakimi masih belum ditemui. Sehari suntuk saya dan sanak saudara menanti pasukan penyelamat mencari dan terus mencari.

Pagi semalam satu badan ditemui. Apabila disahkan identiti, dia bukanlah Awwab Hakimi. Badan anak itu saya hanya lihat dari jauh. Tidak sampai hati untuk saya huraikan bagaimana keadaannya. Menangis saya melihat kesayuan ahli keluarga mereka menjumpai badan itu. Hampir 6 jam di hospital, jam 4 petang semalam, kawan kepada Awwab selamat dikebumikan. Selamat jasadnya pulang kepada tanah. Namun, Awwab Hakimi masih belum timbul.

Anakanda Awwab Hakimi, hari ini pencarian hari ke 4 akan diteruskan seawal jam 8 pagi. Segala usaha oleh Polis, Bomba, Jabatan Pertahanan Awam dan Marin diteruskan lagi. Mereka berusaha sedaya upaya. Melakukan apa yang patut dan perlu. Tersentuh hati saya melihat raut wajah penyelam-penyelam ini. Mereka kepenatan seharian mencari dan mencari didalam air. Hampanya wajah mereka sewaktu memaklumkan mereka gagal lagi menemui. Hanya Allah saja yang mampu membalas jasa baik kalian. Kaum keluarga juga tidak putus-putus bersolat hajat, berdoa memohon agar Awwab Hakimi timbullah dipermukaan air untuk kami yang menyayangimu ini menyempurnakan jasadmu itu pulang kepada tanah.

Moga pencarian dihari ke-4 dipermudahkan. Doakan agar ujian ini dapat ditempuhi oleh ibubapanya dan kami sekeluarga dengan hati yang tabah.

Sent from my BlackBerry

6 comments:

iCaLoVeZiE said...

ica pernah juga tunggu gini 5 hari juga berkampung di pangkalan nelayan. isteri nelayan yang hilang sampai kering air mata.

akhirnya jumpa jauh sangat dari tempat jatuh. Dah sampai ke laluan kapal. Tapi alhamdulillah, jasad ditemui.

ieda said...

moga Allah mudahkan urusan pencarian ini..kepada ibubapa Awwab...tabahkan hati kalian menghadapi dugaan yg berat ini.

eima said...

kanak² yg terjatuh dlm parit tu ke nih ....

Ya Allah sedey nye bila tgk berita ...mudahan segalanya lancar ...

Puteri Nuur At-Terawis said...

ica,
hari ini dah masuk hari ke-6. awwab masih belum jumpa. *sedih*

Puteri Nuur At-Terawis said...

ieda,
berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. sesungguhnya keluarga awwab sangat tabah.

Puteri Nuur At-Terawis said...

eima,
yer :( anak sepupu kakput :'(