Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

20/11/2010

Satu sahaja wishlist saya. Saya ingin Yong kembali sihat. Sebagaimana adanya dia!

Apabila membaca tajuk entri ini sahaja, saya yakin ramai yang sudah tahu akan keadaan saya kini. Tuhan menjadikan sesuatu perkara itu dengan segala kebaikan dan keburukannya. Segala baiknya datang daripada Allah dan segala buruknya datang dari kita sendiri. Sudah beberapa hari saya tidak membuat sebarang entri. Hidup ibarat yoyo semenjak dua tiga hari ini. Mungkin pada siapa yang bersahabat dengan saya di Facebook mahupun Twitter sudah maklum bahawa saya dan keluarga diuji lagi. Saya cuma berkesempatan mengupdate status di Facebook dan Twitter sahaja memandangkan hanya disitu saya dapat update secara terus kepada saudara mara.
Anakanda Awwab Hakimi masih belum ditemui walau sudah dua minggu kami kehilangannya, segala pencariannya masih kami teruskan. Hati yang berparut kerana sakitnya sebuah kehilangan mengejut masih belum sembuh sepenuhnya, Allah menambah lagi ujian kepada kami sekeluarga. Kali ini, kakak saya Puteri Azlina Megat Ramli atau lebih dikenali dengan Yong pula jatuh sakit. Tidak salah jika saya gambarkan keadaan kesihatannya di ambang maut.
Jika sebelum ini, dalam entri Terima Kasih Kakak sebelum ini, ada saya bercerita mengenai rasa berhutang nyawa dan budi kepadanya kerana menjaga saya dan keluarga di saat kami seding sakit sekeluarga. Bila saya berterima kasih kepadanya, dia berkata 'hari ni hari awak sakit, nanti akan ada hari Yong. kita adik beradik memang kena saling tolong menolong, kalau bukan kita siapa lagi' dan bila hari ini, giliran Yong yang sakit, saya sungguh sedih, saya sungguh lemah apabila mendengar penerangan dari doktor juga. Lemah longlai kepala lutut saya. Kondisi Yong begitu kritikal. Severe!
Sabtu lalu, sewaktu saya ingin berangkat ke Alor Setar, Jue anak kedua Yong menghubungi saya. Katanya mama muntah-muntah dan sakit kepala dan menolak untuk bercakap dengan saya. Saya diberitakan, Yong juga dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Putrajaya pada hari berkenaan. Rupanya, sakit Yong tidak habis disitu sahaja. Yong kemudian dibawa ke Hospital Putrajaya berturut-turut selepas itu kerana sudden increase in her bp dan doktor sekadar merawatnya sebagai kes darah tinggi.
Namun tidak pada hari Selasa, 16 November 2010 apabila Yong mengadu double vision. Dunianya semua berganda dan kepalanya sakit yang amat. Apabila dibawa ke Hospital Putrajaya sekali lagi, dan CT scan dijalankan ke atasnya, keputusannya sangat menghancur luluhkan hati kami. Yong mengalami pendarahan didalam otak! Saya yang menerima SMS itu dari Kak Yang terus melayang. Bimbangnya hati bukan kepalang. Mahu tidak mahu, saya diminta menunggu sahaja dirumah kerana Hospital Putrajaya yang mempunya kepakaran dan fasiliti yang terhad terpaksa merujuk kes Yong ke Hospital Kuala Lumpur. Yong dikejarkan terus ke sana pada jam 8 malam dan dikategorikan sebagai kes Merah.

Tiga Puteri, Tiga Beradik di HKL :)

Penghujung malamnya, selepas Yong ditempatkan di Wad Neurology, doktor bertugas pada malam itu datang memberikan penerangan. Saya arif akan prosedur hospital dan doktor agar menerangkan kondisi pesakit itu kepada pesakit dan waris, namun saya tidak melihat kewajarannya apabila doktor itu memberitahu dan mengulang beberapa kali perkataan 'kes ini kritikal dan boleh membawa kepada kematian' dihadapan pesakit sendiri. Jika saya ditempat Yong pun, saya akan runsing dan banyak berfikir. Mungkin doktor boleh menggunakan perkataan dan ucapan yang lebih positif di depan pesakit. Aidiladha kali ini saya menyambutnya di Hospital Kuala Lumpur bersama suami dan keluarga tanpa anak-anak. Seharian menanti dan menanti Yong yang sedang menjalani angiogram.

Saya terpaksa berhenti disini kerana saya harus berkejar ke HKL melawat Yong. Insya Allah, malam ini akan saya sambung mengenai kisah Yong.

p/s: doakan kesejahteraan kakak kesayangan saya, hanya doa yang dapat membantu. Terima kasih.

13 comments:

Nazreen Zaidi said...

u go girl kak put! ujian hanya untuk org yg mampu,n the person its u <3 mia

Kerikil Kehidupan said...

Semoga yong put cepat sembuh...dan emoga put dan family juga kuat untuk menghadapi dugaan ini....

kakyong said...

tumpang sedih dngn berita yong puteri.. semoga yong kuat & berjuang melawan penyakit... ntah kenapa, lately ramai pula kawan blogger yg berkongsi kesah sebegini., semoga semuanya tabah melalui ujian Allah ini.

Min said...

Ya Allah! Engkau Maha Mengetahui Rahsia langit & bumi, kami yang lemah tak berdaya ini ingin bermohon danmerayu kepadaMu...
Jika kesembuhan itu yang terbaik buat yong & ahli keluarganya, Kau sembuhkanlah dia, Kau sihatkanlah dia seperti sediakala... Namun, jika menemuiMu adalah ketentuanMu untuknya, Kau kuatkan hati seluruh ahli keluarganya. Berikan mereka hati yang tabah dan redha dgn ketentuanMu. Engkau yang Maha Mengetahui Ya Rabb! Amin...

jie said...

Permudahkanlah segalanya buat awak sekeluarga Put, Amin ya Rabbal Alamin.

Kuatkan semangat ye..

ieda said...

Put..
tabah & sabar menghadapi dugaanNya.sama2 kita berdoa agar Yong kembali sihat..tiada yang mustahil bagiNya.

Princess Nur said...

sue..sama2 kita doakan semoga Allah meringankan beban yong..kami yg jauh ni pun sentiasa berdoa semoga beliau cepat pulih..amin..

Bicara hati ibu aisya said...

Semoga yong put cepat sembuh.Banyakkan bersabar ye put.saya tahu sesungguhnya put seoarang yang kuat.Semoga segalanya dipermudahkan untuk put sekeluarga.

Bicara hati ibu aisya said...

Semoga yong put cepat sembuh.Banyakkan bersabar ye put.saya tahu sesungguhnya put seoarang yang kuat.Semoga segalanya dipermudahkan untuk put sekeluarga.

MiSs RaHaIDa said...

salam..semoga sis Put bersabar ye..semoga Yong sis Put kembali sihat & Allah akn panjangkn umurnya..Allah xkan turunkan ujian ke atas hamba-Nya yang xmampu menghadapi ujian tersebut..sabar ye sis Put

nuyin2u said...

saya doakan yang terbaik utk kalian

Yasmin Nabilah.. said...

Ina doakan Yong kembali pulih.. Sabar yek Put.

Sutera Batik said...

Tabah Put, Doakan Yong kembali sihat...