Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

24/11/2010

Nak share ini, sangat bermotivasi untuk Megat Jr. saya!

Saya terjumpa artikel ini didalam Berita Harian hari ini. Sesuatu yang buatkan saya tersenyum. Mungkin sedikit sebanyak, terselit rasa bangga.

KUALA LUMPUR : Pelajar autisme pertama Malaysia yang memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Khairul Aiman Hashim, 18, adalah antara 467,970 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di seluruh negara bermula semalam.

Walaupun menyedari tidak normal seperti rakan sekelas lain, pelajar Sekolah Menengah Sains Selangor, Bandar Tun Razak, Cheras itu menganggap penyakit dihadapinya bukan halangan untuk bersama 135 calon lain di sekolah sama memburu impian untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM.

Autisme adalah sejenis penyakit yang mengganggu keupayaan bertutur seseorang dan kurang memberi reaksi kepada bunyi.

Beliau yang menduduki peperiksaan di dewan berasingan selain diberikan masa tambahan antara sejam hingga sejam 30 minit bagi setiap kertas ujian mengaanggap keistimewaan itu memberi ruang untuknya menjawab dengan penuh teliti.

Anak ketiga daripada empat beradik kepada pasangan Hashim Samsudin, 56 dan Hasliza Egek Ishak Chaw, 52 yakin memperoleh 9A+ dalam peperiksaan ini, sekaligus menjadikan impiannya melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam jurusan perubatan menjadi kenyataan.

"Ujian percubaan SPM lalu saya hanya memperoleh 4A. Namun peperiksaan sebenar saya mahu menjadi sebahagian daripada pelajar cemerlang sekolah ini yang mendapat keputusan 9A+." katanya yang memperoleh 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Sementara itu, bapanya yakin anaknya mampu memperoleh pencapaian cemerlang dalam SPM selepas dinobatkan pelajar cemerlang kebangsaan dengan keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2005 dan 8A dalam PMR.

- Berita Harian, 24 November 2010.
Cerita happynya bila baca keratan akhbar ni saya bayangkan Megat Jr. nanti akan menjadi macam Khairul Aiman ini. Cemerlang didalam pelajaran dan kalau saya menutup mata pun saya lebih tenang. Namun agak terkilan dengan penggunaan ayat
"Walaupun menyedari tidak normal seperti rakan sekelas lain"
Pernah terfikirkah si penulis ini, bagaimana Khairul Aiman menerima persepsi 'tidak normal' ini atau lebih manis jika digantikan dengan 'Walaupun menyedari dia berbeza dari rakan sekelas lain' masih mengekalkan struktur ayat yang sama. Sesetengah orang tidak tahu dengan satu perkataan sahaja seperti tidak normal atau cacat boleh menyinggung orang yang dilahirkan dalam keadaan begitu.

Mama always said "Life is like a box of chocolates,
you never know what you're gonna get"
- Forrest Gump.

22 comments:

jUliANa^sAlLeh said...

chaiyok lope!!!!!!windula nak dengar cite lope n phia.. :(

abs said...

setuju tu kakput.. janganlah menggunakan perkataan "tidak normal" gunalah bahasa yang manis didengar atau lebih sopan.. manusia kan ciptaan tuhan.. moga penulis tersebut lebih peka dengan sensitiviti manusia lain.. rasanya bukan ke penulis seharusnya harus punya "skill" tersebut?

kak ja said...

Nuur, yakinlah yg i Allah, Megat Jr pun suatu ari nnt akan jadi pelajar cemerlang mcm ni.. Tengok mukanya pun dah tau dia cerdik..

Nothing is impossible; only believe!!

Teruskan berdoa, Nuur!!

suealeen said...

yeah... akak pun go against the word - cacat, tak normal, OKU. like you said, I prefer "berbeza/istimewa" sebab memang mereka istimewa. kita pun tak macam mereka kan, Put.

media.. jarang mendidik masyarakat dalam hal ni sebenarnya.

MY HEART said...

Insyallah idris boleh punya.... ^_^. Doa untuk anak akak juga...

ICAZIESYIRA said...

bangganya!
apesal ica pulak yang bangga ye?
i guess put understand my feeling :D

Min Min said...

only a simple words Min Min leh sebut> tersentuh...

Min Min said...
This comment has been removed by the author.
Syahida said...

ada yang kurang tepat tntg info yang dipaparkan. Autisme bukan sekadar ketidakupayaan bertutur dan tak semua KURANg memberi reaksi pada bunyi.

ya, akak pun tak setuju frasa 'tidak normal' tu, lebih baik gunakan istilah 'berbeza' atau 'istimewa'.

apapun, berita yang sangat membanggakan untuk semua anak autisme (amnya).

Puteri Nuur At-Terawis said...

Jujue,
Yieha! Bila baca berita macam ni, dalam negara sendiri, ada orang Autisme yang berjaya, mama dia rasa berkobar-kobar!

Puteri Nuur At-Terawis said...

Abs,

Masalahnya tidak peka sebab tu dia boleh gunakan perkataan macam tu. Apa salahnya menggunakan perkataan yang elok sket? Haishh.

Puteri Nuur At-Terawis said...

Kak Ja,

Insya Allah dengan izin Allah tiada yang mustahil tambah pula dengan ramai yang mendoakan Idris. Terima kasih Kak Ja, sebab kata-kata Kak Ja yang simple tu buat rasa bersemangat.

Puteri Nuur At-Terawis said...

Kak Sue,

Sedih bila akhbar yang sepatutnya mendidik masyarakat kita akan kesedaran tentang mereka yang istimewa ini tidak peka dengan perkataan begini. Rasanya tidak salah menggunakan perkataan istimewa/berbeza jika dibandingkan dengan 'tidak normal' :(

Puteri Nuur At-Terawis said...

Kak Sha,

Insya Allah, anak-anak kita akan jadi anak yang membanggakan ibubapanya :)

Puteri Nuur At-Terawis said...

Ica,

I FEEL YOUUUU! Bwahahahhaa. Bila Put baca cerita ni pun Put bangga sangat, rasa macam anak kita dah nak seat for SPM dah. Oh, nanti bila anak kita nak seat for SPM macam mana rasanya eh? ;)

Puteri Nuur At-Terawis said...

Min Min,

:)

Anak buah Min Min ni dah lama tak jumpa Min Min. Bila mau datang?

Puteri Nuur At-Terawis said...

Min Min,

:)

Anak buah Min Min ni dah lama tak jumpa Min Min. Bila mau datang?

Puteri Nuur At-Terawis said...

Kak Syahida,

Betul kak. Sebab tu saya italic kan petikan yang berkaitan dengan autisme ni. Hairan macam mana Editor boleh lepas tanpa semakan dan maksud. Kalau orang yang tak tahu apa itu autisme akan mendapat pandangan yang berbeza.

anakistimewa said...

puteri: blh upload pic tu kat group AUtisme Malaysia dlm FB?

asmak binti rosli said...

kak put,
Idris can do it...d sisters will always support him and you and phia

my kiss to idris n phia

asmak binti rosli said...

Kak put,

Idris can do it... we have FAITH that he can...lagipun d sisters will always support u, idirs n phia...

love u..and kisses to idris n phia

Khairul Aiman said...

wah terima kasih kerana menggunakan kisah saya utk anak encik..
tu 2 tahun lpas..
Skrg sy ad di UiTM Pulau Pinang.
ambil kos kesihatan persekitaran..

klu sudi nk follow blog sy.
Insya Allah sy akan berkongsi sedikit sbanyak tntang Autisme yg di alami oleh sy

http://aimanherbalife24.blogspot.com/