Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

30/11/2010

Gambaran tidak tepat didalam Drama Masyitah mengenai anak autistik


Saya tidak pasti berapa ramai yang menonton drama Masyitah yang ditayangkan di TV3 pada 21 November 2010 yang lalu. Drama berkenaan merupakan salah satu drama yang dicalonkan di Anugerah Skrin TV3 untuk 2010.

Sinopsis:

Masyitah mengisahkan kecekalan seorang isteri dan ibu, (Masyitah), dalam mendepani kemelut rumah tangga apabila anak yang dilahirkannya, Faiz mengalami sindrom autisme (lembam). Lebih malang lagi, suaminya, Halim serta ibu mertuanya, Rohani tidak dapat menerima kehadiran Faiz. Rohani tidak mahu keluarga mereka yang terkenal sebagai `orang baik-baik’ mendapat malu dengan kehadiran Faiz.

Justeru hubungan Halim dengan Masyitah dan Faiz sentiasa dingin, sehingga akhirnya Halim terjebak dengan cinta terhadap Maya, Pembantu Peribadinya. Dalam usaha menarik perhatian Maya, Halim memburuk-burukkan Masyitah. Kononnya Masyitah lebih mengutamakan anak daripada dirinya. Maya yang tidak tahu perkara sebenar, bersimpati dan akhirnya jatuh cinta pada Halim. Rohani pula merestui hubungan mereka berdua.

Menyedari dia tidak ada saudara mara kerana dibesarkan di rumah anak yatim dan tidak di terima oleh keluarga Halim, Masyitah berhenti kerja sebagai Pengarah Operasi di sebuah syarikat jualan langsung untuk memberi perhatian kepada Faiz. Masyitah berusaha mengajar Faiz tahu mengurus diri – mandi selepas bangun dari tidur, kemudian mengenakan pakaian dan makan sebagai persediaan masa depan Faiz sekiranya berlaku apa-apa pada dirinya. Namun tidak semudah itu untuk mendidik anak austisme. Beberapa kali Masyitah hampir tertewas, bagaimanapun atas sokongan kawan baiknya, Alia, akhirnya dia mendapat kembali kekuatan dirinya.

Di saat urusan melFaiz Maya sedang dirancang, Maya mendapat tahu cerita sebenarnya mengenai kemelut rumah tangga Halim dan Masyitah. Maya terkilan dan nekad memutuskan hubungannya dengan Halim. Halim mengesyaki Masyitah yang mensabotajnya, terus memecut kereta dengan laju ke rumah Masyitah. Halim terbabit dalam kemalangan dan akhirnya lumpuh dari arah pinggang ke bawah.

Rohani yang sentiasa sibuk dengan kerja amal sebagai strategi untuk mempopularkan syarikat bagi memudah mendapat projek, tidak dapat memberi sepenuh perhatian kepada Halim. Begitu juga dengan adik Halim, iaitu Haikal, sikap tamak kerana mahukan Rohani menyerahkan sepenuhnya urusan syarikat kepadanya, nekad tidak mahu mengambil berat tentang Halim. Dalam keadaan terbuang itu, Masyitah dan Faiz membawa Halim pulang dari hospital. Halim terharu dan mula menyedari betapa besarnya pengorbanan Masyitah terhadapnya serta perhatian yang diberikan oleh seorang anak lembam kepadanya.

Pelakon: Umie Aida, Eizlan Yusof, Fimie Don, Rozi Othman, Zarynn Min, Azahan Rani

**sumber: Budiey.com


Ulasan saya sebagai seorang ibu kepada anak autisme:

Apa yang saya kesalkan disini, pagi tadi sewaktu Hot FM AM Krew ke udara, apabila ditanya mengenai persediaan beliau ingin melakonkan watak ini, dia memberitahu bahawa tiada script reading diadakan terlebih dahulu. Jika begitu, benarlah bahawa watak Faiz yang digambarkan membawa watak Autisme tidak memiliki ciri anak autisme tetapi seperti down sindrom/terencat akal. Saya kesal kerana perkara seumpama ini tidak dihalusi oleh penulis skrip, pengarah dan lebih besar lagi kerana drama ini tercalon ke Anugerah Skrin, dimana anugerah ini adalah untuk memartabatkan drama-drama tempatan.

Saya bukanlah nak condemn cerita-cerita tempatan, cukup sahaja filem 'My Name Is Khan' bagaimana pelakon tersohor Shah Rukh Khan membuat research dan mengenali individu autistik sebelum dia melakonkan watak seseorang yang memiliki syndrome asperger, yang mana dikelaskan didalam kategori autisme. Filem itu berjaya menyedarkan ramai orang mengenai Autisme bukan sebagai sesuatu yang perlu ditangiskan, atau malu memiliki anak sepertinya didalam keluarga. Malah, pengasas Facebook - Mark Zarkurberg juga dilaporkan sebagai seorang yang memiliki syndrome Asperger. Sumber disini.

Jika ingin mendidik masyarakat, berikan fakta yang sebenar dan bukannya bila orang buat cerita orang autistik, kita pun nak buat cerita juga. Jika ingin mendidik, memberi gambaran, potretkan yang sebenarnya.

ini adalah wajah anak autisme dan gambaran lakonan yang dibawa oleh Shah Rukh Khan

Hampir sama, bukan?

mereka tidak kelihatan aneh seperti gambar dibawah ini


.
.
.
.
.

7 comments:

jUliANa^sAlLeh said...

betol2!!!mase sy tgk cite nie pon saye da jerit2 da sbb salah giler kowt die wat!!!!!saye siap terangkan dgn ibu lagik yg pe yg die wat, lakonkan n cite nie salah giler!!!!ade plaks autistik camtue..ntah pape..camnie nye hasil pon leh jadik tercalon ka???ternyata industri tak pandai n tak wat research..stakat melepaskan batok ditangga jeks..huhuhu

geram sbb cite salah!!!

nifalnin... said...

niza x sangka plak watak faiz tu autisme character... mati2 ingat budak terencat akal.. dorg patut study dulu autisme tu ape... ikut sedap jer nak buat citer pasal tu tanpa wat kajian... ape da...

ME said...

saya tak tgk cerita tu .. tapi saya juga rasa terkilan dgn pelakon watak autisme itu & pengarah yg tidak betul2 buat kajian ttg autisme .. seingat me saya anak saya sendiri tidak pernah buat muka seperti itu ..

Min Min said...

Kak, saya ada tgk cite ni before this sebelum november lagi masa 1st kua..tapi disebabkan apa yg dia tunjukkan xbtol, saya malas nak tengok...tapi yang pasti memang jauh panggang dari api..

IbuFF said...

Cerita yg baik seharusnya boleh educate penonton.Penulis skrip dan pengarah sepatutnya buat research dulu, cerita Masyitah ni bukan je tak dpt educate penonton malah bagi gambaran yg salah. cuba tgk cerita aamir khan psl kanak2 istimewa dyslexia tajuknya tak ingat dlm hindustan tapi maksudnya 'every child is special', baru la bagi kesan mendalam dan buka hati dan minda penonton utk lebih memahami.Rasanya lagi elok kalau dia buat watak kanak2 yg bukan autism kalau dia tak nak buat research psl autism. Mcm mana kita nak sokong indusutri filem melayu mcm ni...

ieda said...

mostly cerita melayu kat malaysia ni kalau berkaitan dgn perubatan faktanya tidak betul.
kalaou scene dalam hospital @ dewan bedah lagilah kelentong habis.

Sen's Station said...

Well said Sue & my friends :)
Sen agree 100%.

Kita pon bukan laa lupe daratan & nak sokong filem luar tapi tolong laa...berikan filem @ drama yang berkualiti sebelum menyalahkan penonton..cos nowdays penonton dah pandai menilai dan bukan tgk aje apa yang ditayangkan!!!

Thank you again dear ! my love to your prince & pweencess & also Yong :)