Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

01/10/2010

Rutin mingguan kami..

Semalam saya membawa Megat Jr. menghadiri terapi lagi. Rutin mingguan yang saban minggu saya jalankan. Tiap kali membaw Megat Jr. menghadiri terapi, saya membawa sama Bibik dan Puteri Jr. Alasannya? Hospital Putrajaya penuh sesak, tiada parking berdekatan untuk saya letakkan kereta. Saya tidak mampu sendirian membawa Megat Jr. Hendak tidak, saya terpaksa membawa Bibik dan tidak ketinggalan Puteri Jr. Dia saya lihat sangat gembira menemani sang abang tiap kali menghadiri terapi. Manakan tidak, seperti dihantar ke playland lagaknya :)

Puteri Jr. yang sama-sama menjalani terapi. Bezanya, dia sedang seronok bermain sedangkan si abang terasa seperti berada di dalam torture chamber!

Apabila sang abang tidak 'mahu' menunggang kuda ini, sang adik dengan bermaharajalela bermain girang ;)

Apabila Megat Jr. diminta melakukan streching, mulalah wajah sang anak kemalasan. Tatkala tangan di pegang dan kaki dan segala urat sendi 'diuli' saya lihat wajah itu tidak senang. Mahu tidak mahu, inilah rutin yang kami perlu buat. Saya sendiri tidak tahu sehingga bila, namun saya ingin tanamkan pada jiwa Megat Jr. tiada erti jemu menghadapi hari-hari ini. Selalu saya pesan padanya, inilah outing paling seronok untuk kami.

Boring!

Seperti saya coretkan di entry ini dahulu, terapis terdahulu sudah bertukar ke Terengganu. Saya bersyukur kerana yang tumbuh hilang berganti ini kelihatan seperti cepat serasi dengannya. Kenali sahaja dia dengan Aunti Diana, seperti Megat Jr. juga memanggilnya. Saya bersyukur kerana dia mengambil pendekatan yang disukai oleh Megat Jr. Minggu lalu, kali pertama bersamanya, kami lebih kepada sesi berkenalan. Megat Jr. nampak menyukainya dan kerap kali arahan yang diminta dilakukan berjaya dibuat.

Auntie Diana

Untuk semalam, hanya 2 aktiviti yang sempat Megat Jr. jalankan bersamanya. Mulanya bermain-main dan berenang-renang dalam kolam bola yang sangat Puteri Jr. idamkan. Belum sempat aktiviti ketuk mengetuk habis dijalankan, anakanda saya sudah tidak mampu membuka matanya lagi..

... dan, tertidur di pangkuan Auntie Diananya.

Hmmm, inilah anak bujang saya. Tiap kali ke rehab, dia pasti akan mengantuk di penghujung sesi. Namun saya tahu, rasa mengantuk itu bukannya genuine tapi the only way to escape. It okay Lope, next time berlakon dengan bersungguh lagi ye dengan harapan Mama tertipu. Hehehe. Bagi saya, itu tidak mengapa. Janji sang anak akur dengan rutinnya sudah memadai. Target saya, berharap dan berusaha agar Megat Jr. mampu bangkit berdiri sendiri.

Looong way to goooo...

:)

5 comments:

Syahida said...

Putri,
It is only a matter of time. I am sure he will improve insyAllah.

Abil pun dulu masa 3 tahun sangat tak suka ke OT & speech. first few session, mesti dgr suka dia melalak dalam bilik terapi..haha.

skrang, dia tak mau balik :D

bubblesphoto said...

well done lope,

ha...pandai eyh, bt2 tido...

aSmiDar said...

Bukan main lagi adiknya..hehe

Insan Kerdil said...

kehidupan yang penuh dengan warna...warna yang adakalanya mematangkan...ada ketikanya pula sepertinya menyesakkan fikiran..

meski bagaimana pun warna kehidupan ini...ianya bermula daripada pandangan kita...fikiran kita...

biar apapun keadaan nya..sebagai hamba-Nya...kelemahan serta kekurangan sering mengikat diri...membuatkan kita kadang2 hilang pertimbangan...tersasar seketika daripada matlamat...

meski pun keadaan nya sedemikian...selagi ada ruang dan peluang untuk bersama mengapai impian...semuanya boleh dimulakan semula...segalanya boleh diteruskan lagi...untuk si permata hati...

kehidupan ini sendiri adalah perjuangan...apatah lagi bila berjuang untuk seorang pejuang...dalam menuju keredhaan-Nya...

Ketentuan Allah adalah Rahsia Allah...

Wallahu'alam...

nifalnin... said...

wahhh... pandai ek budak nih... kemain lg dia akalkan mamanye tu... tahniah put sebab ada anak sebijak idris n secomel phia...