Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

28/10/2010

Puteri Jr. is down with fever

Tak update blog selama 9 hari!

Alasannya sangat tidak sempat untuk menulis. Hari ini mencuri sedikit ruang. Dalam 9 hari ini macam-macam terjadi pada saya. Megat Jr. yang semakin bijak mengimbangi badan, Puteri Jr. demam, menyambut hari lahir seseorang, outstation ke Batu Feringgi, hidup saya dihendap orang dan yang paling baru semalam Puteri Jr. diserang demam.

Semua dalam satu membuatkan saya tidak menang tangan. Entri hari ini saya cuma ingin menulis mengenai Puteri Jr. yang demam. Semalam saya pulang dari pejabat sudah hampir maghrib. Saat saya melangkah ke dalam rumah kecil kami, rumah ini sunyi. Saya lihat Megat Jr. sedang terbaring lena tidur dan Puteri Jr. juga terbaring. Dia tidak tidur dan hanya matanya sahaja memandang saya. Bila saya hampiri, Bibik memberitahu dia demam selepas mandi petang tadi lebih kurang jam 6 petang.


Sunyinya rumah saya tanpa suara dan keletahnya. Selalunya sewaktu saya membuka pintu sahaja, si kecil ini akan berlari menyambut saya di muka pintu sambil berjoget dan bertepuk tampar menyanyi riang. Selepas itu tangan saya dia salami. Tapi, hari ini anak itu terbaring lesu tanpa secalit pun senyuman untuk saya. Oh, saya rindu anak saya yang comot, nakal, banyak ragam dan mulut macam burung murai itu.

Selepas maghrib, saya dan Encik Bubu pun membawa Puteri Jr. ke klinik. Megat Jr. ditinggalkan dirumah dalam jagaan bibik. Klinik Kesihatan Putrajaya dibuka sehingga jam 9.30 malam. Klinik yang lengang agak menyenangkan saya. Puteri Jr. pula tidak banyak kerenah apabila diletakkan didalam stroller Lope. Mungkin badan terasa lemah hingga ke tiap urat sarafnya juga dilanda demam.

Mendaftar di kaunter dan hingga sesi bertemu doktor semuanya berjalan dalam masa yang tidak membuatkan saya marah. Tatkala Puteri Jr. sedang diperiksa, bilik doktor yang berkongsi itu, sepasang ibubapa datang membawa dua orang anak. Seorang anak lelakinya didudukkan dikerusi dan seorang lagi berdiri. Si adiknya juga perempuan. Secara tidak sengaja saya terdengar perbualannya dengan doktor.


"Ini anak istimewa kah?" dan si ibu menjawab ye. Kerana jawapannya adalah iya yang membuatkan saya menoleh ke arah anak itu. Saya menoleh bukan kerana ingin melihat keasingan pada wajah ibu itu tetapi saya merasa seperti separuh dari jiwa saya bersama sang ibu. Anak itu kelihatan behave dan sangat kacak. Si adiknya sesekali agak nakal dan cuba mencuri perhatian Puteri Jr. Saya mula terbayangkan bahawa saya dan dia sebenarnya berada didalam keadaan yang sama. Saya memilih untuk tidak memandang atau menatap lama pada wajah anak itu.

Alasannya kerana saya tahu bagaimana rasanya apabila ada mata-mata yang merenung wajah Megat Jr. dan kemudian berbisik sesama mereka. Rasa itu sangat asing untuk saya. Saya juga tidak menegur sang ibu itu kerana saya tidak bersama Megat Jr. malam itu. Saya khuatir dia merasa kurang selesa dengan segala macam soalan nanti. Apabila melangkah sahaja dari klinik, saya bertanya pada Encik Bubu akan anak tadi. Jawapannya mudah. "Abang tak perasan pun, nampak macam biasa je," jauh disudut hati saya mengharapkan agar lebih banyak jawapan sebegitu apabila orang memandang anak-anak kami yang berlainan ini tanpa ada tanggapan lain. Tanpa prejudis.

Puteri Jr. merengek sepanjang malam. Menangis tatkala saya mengelap badannya dengan air asam jawa di kepala dan diseluruh badannya. Bimbang dengan suhu badannya yang mencecah hampir 40 tadi. Hampir setiap jam saya bangun dan mengelap badannya dan tiap kali itu juga dia menangis marah kerana kedinginan. Jam 5 pagi tadi saya paksanya makan ubat dan dalam tangisan dan sendu berulang menagih simpati mamanya dengan 'mama, nanak, mama, nanak' saya suapkan juga ubat.

Jam 8 pagi, saya tengok badannya masih panas, maka saya tidak bekerja hari ini. Saya tahu jika salah seorang dari mereka yang kurang sihat, Bibik tidak menang tangan dan akan mengabaikan salah seorang. Sehingga jam 11 pagi, saya lihat Puteri Jr. sudah mula bangkit dan berjoget, maka saya ambil keputusan untuk kembali ke pejabat. Saya sekadar berharap Puteri Jr. kembali seperti adanya dia kerana sehari tanpa suara, keletah dan ragamnya dunia saya terasa sepi.

Get well soon, princess!

8 comments:

Ummi Alisya said...

cian pia... cepat baik ye nak!

abs said...

Phia.... sembuh cepat ya?

Min Min said...

Phia Chumelllsss.. Get well soon ya...=)

Min Min said...
This comment has been removed by the author.
Princess Nur said...

sian phia..sabar ye sue..gitulah anak2 nk membesar macam2 dugaan dariNya..terimalah dgn redha..jelung sokmo ngan air asam jawa kt kepala dia tu..

iCaLoVeZiE said...

merah pipi phia.panas ni :D

Bicara hati ibu aisya said...

kesian phia..semoga cepat sembuh ye sayang.

eima said...

semoga cepat sembuh ek ...
ala comey ....