Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

13/10/2010

Mengejar traffik...?

Adakah tujuan utama menulis untuk mengejar trafik semata-mata?

Semalam saya berblogwalking. Singgah dan singgah dibeberapa blog. Apabila tersinggah di satu blog ini, saya terpanggil untuk menulis tatkala membaca satu catatan blogger yang menulis mengenai 10 tips untuk menaikkan traffik di blognya. Mengikut intipati perbincangan, dia memberitahu bahawa kenyataan berasaskan kepada perbincangan dan persetujuan sahabat-sahabatnya yang lain juga seorang blogger.

Apabila membacanya, saya terasa seperti penulis itu yang juga seorang wanita yang sudah bergelar seorang isteri dan kemungkinan seorang ibu (saya tidak mengikuti blognya) sanggup menulis begitu. Saya faham amalan blogger "blog aku, ikut suka" aku punya rules, namun penulis juga tidak boleh menyalahkan sesiapa andai hasil tulisannya di review oleh saya. Mungkin penulis juga akan bertepuk tampar tanda keseronokkan kerana apabila saya menulis ini, saya pasti traffik blognya akan meningkat sebagaimana yang diingini.

Saya tersentuh apabila penulis itu menulis perihal anak yang lembab, tidak sempurna dan berlainan dari keupayaan anak-anak seusianya. Sebagai seorang ibu yang punya anak istimewa, saya labelkan kenyataan penulis itu sebagai agak zalim. Saya yakin, kebanyakan ibu yang punya anak-anak yang dilabelkan lembab dan tidak tahu berbuat itu dan ini menulis kisah mereka di blogspot ini bukanlah ingin mendapatkan trafik yang tinggi semata-mata kemudiannya dibayar oleh syarikat pengiklanan kerana menjaja cerita akan kelembaban dan kelainan yang dimiliki oleh anaknya.

Tujuan saya sendiri, berada disini menulis mengenai kelainan yang ada pada anak saya bukan untuk pembaca menitiskan air mata, tetapi sebagai salah satu tempat perkongsian pengalaman dan ilmu. Buat pembaca yang tidak pernah menemui golongan istimewa seperti anak saya, dengan harapan dapat mendidik dan menerima kami seperti adanya orang lain dan buat yang sama-sama merasa dan mempunyai anak seperti ini, diharapkan dapat berkongsi ilmu dan pengalaman mengenai terapi, perubatan dan tips-tips.

Jika tidak kerana menulis disini, saya tidak akan mengenali Kak Raw di Felda Gedangsa. Jika tidak kerana menulis disini, saya tidak akan mengenali anak-anak yang punya keazaman dan kegigihan yang jitu seperti Ian, Habib, Nabila, Sarra, Aiman, Irfan dan Arwah Baby Alanna serta anak-anak lain yang saya pautkan disisipan blog ini. Juga jika tidak membaca hasil tulisan seorang ibu atau bapa akan ketabahan dan kegigihan mereka membesarkan anak-anak ini, mungkin saya tidak akan segigih dan sekuat ini menghadap hari mendatang. Bila saya rebah, mereka sama-sama hulurkan tangan agar saya bangkit. Kisah Arwah Amir Yusuf sendiri tidak pernah gagal menyentuh jiwa saya. Hasil tinta ikhlas sang ayah yang buatkan saya tahu kasih sayang ayah membawa ke syurga. hadirnya anak-anak istimewa ini adalah untuk direnungi kejadiannya, memberikan saya satu keinsafan dan kesyukuran.

Sabatang tinta adalah lebih tajam dari mata pedang. Perkataan lembab, tidak sempurna, kisah sedih dan air mata adalah antara perkataan yang ada dalam kandungan 10 tips menulis blog yang ingin mendapatkan trafik tinggi itu. Words hurt more then anything else can, because they last, sometimes forever.

Kesimpulan saya hanya satu perkataan. Cetek ilmu.

20 comments:

Cik Esah said...

biasalah kak....
manusia bila diuji mmg mungkin kekadang alpa...apatah lg bla blum d uji....
blum ade kesedaran tntg ujian...cba tgk kata2 dia apabila dia telh di uji....

*juga mmbca tntg superkids family...insaf dgn keazaman dorg...

Cik Esah said...

trafic x up xpe...jnji segala yg kte tulis btul...

Yasmin Nabilah.. said...

Put..ina sokong...!! yeah...akan ada satu lagi entry membantai org tuh..tunggulahh!!!!

Mayyonnizz said...

haha put..kesian kan orang mcm ni..
lagi kesian daripada kita..


kerana keyboard..blog binasa...:)

mrs_zura said...

go kak put go! ku nk up kan trafik blogku kutuk dia bley???ahaks

Puteri Nuur At-Terawis said...

Cik Esah, anak yang lain macam ni bukan dia minta lahir macam ni ke dunia. satu malam dok terfikir pasal 10 tips dia ni. alih-alih hari ni tulis juga entri ni.

Puteri Nuur At-Terawis said...

Ina,
Yuhuuuu. Silalah. Ku rasa dia patut disedarkan. Banyak sangat ke traffik tu bayar kat blog picisan macam kita ni?

Puteri Nuur At-Terawis said...

Ayu,
Ku suka entri pun. Pantas dan padat dan panassss :P

Hi 5!!

Puteri Nuur At-Terawis said...

Zura,
Naik traffik? Wuhuuu.. dia lupa tulis tips no. 11, tulis entry macam tu terus traffic blog dia melompat naik :P

nasaoji said...

kt tak tahu berblog boleh menghasilkan pendapatan yg agak lumayan..sehingga, kt jmp blog ceeramoon itu..sb asal kt menulis adalah tuk bacaan bakal anak kt...

sehingga sekarang, alhamdulillah, tak lari lagi niat tu..

persepsi masing2 kak...berblog memang ada baik, ada buruk...kt sendiri yg nak amik baik dan buruk tu..

yeessss...kt suka baca blog kak put, sb pertama kali pandang idris kat fb, dah jatuh cinta, sampai kt tahu sebenar diri idris, lagi kt mencintai dia..- tuk pengalaman diri sendiri juga kisah2 idris itu.. ;)

..nOj.. said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Puteri Nuur At-Terawis said...

Odah,
thanks sebab kasihkan idris saya :D

eima said...

kak put ....
ape yg blogger tu tulis tak semesti nye nk kate kat sesapa @ nk kutuk...
dia jugak bkn up traffik die(itu yg sy pk) die just buat luahan ketidakpuasan hati die je tuh ...

kak put jgn salah erti ye ... eima bkn nk bekap sesape ...tp ima cuma memahami entry die smlm ...

ima mmg slalu follow blog kak put dan menjadi silent reader....

Ibu Akidd said...

blog mana ?? ehehhehe nak nengok gak..

..nOj.. said...

salam,

nape remove komen sy? sis tanak org lain tau explantion sy tentang entry tu ke? atau sis nk seme org terus terus menyalahkan sy dan anggap sy mmg salah?

terpulang sis, sy dah nyatakan niat sy tentang entry tu, dan takde sebesar kuman pun nk mengata sesiapa selain ORANG ITU.

Puteri Nuur At-Terawis said...

eima,
betul tu, bukan dia nak mengata, tapi bila kita punya anak yang macam dikata, lain penerimaannya. mungkin bila eima tak punya anak macam megat jr. mungkin tak terkesan pun tapi mana-mana ibu yang ada anak istimewa, kesannya sampai ke hulu hati.

Puteri Nuur At-Terawis said...

ibu akid,

:D

Puteri Nuur At-Terawis said...

noj,
saya tidak sekejam itu nak remove comment awak :) sila baca next entry ye.

eima said...

kak put
betui juga ape yg kak put ckp ...
mmg ima tak trasa sbb tuh ...
dan mungkin jugak sebab ima paham ape yg blogger tu cuba sampaikan ...

tabahkan hati kak put ye ... anggap je la semua tu positif ... ceria k...

Che Armad said...

ape ade pada traffic... yang penting nawaitu kita... ayat yang baik datang dari orang yang baik...