Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

19/10/2010

Alanna Qish - hadir dan perginya

... membawa seribu satu kekuatan untuk dipelajari.

Entri ini adalah satu entri penghargaan dan terima kasih kepada seorang ibu yang banyak memberi insipiasi kepada ramai ibu mengenai kasih sayang yang tidak bertepi, pengorbanan dan tanggungjawab seorang ibu serta nilai kehidupan didalam kehidupan kita. Lebih tepat, entri ini untuk Mummy yang memiliki seorang anak yang diberi nama Alanna Qish, seorang pelawat dari syurga yang singgah ke sini untuk direnungi dan dihargai kehadirannya.

Saya mengenali si Ayu Mayyo bonda kepada si bidadari syurga ini di rumah Kak Raw. Tatkala itu saya dikenalkan oleh Ina. Saya nampak anak perempuan dipangkuannya. Nampak seperti biasa. Dari situ saya berkenalan dan tidak susah untuk bermesra dengannya memandangkan mummy yang sorang ini sungguh peramah orangnya. Sungguh saya banyak kekurangan masa untuk diluangkan dengan keluarga superkids tetapi saya tetap singgah ke rumahnya membaca tiap bait tulisan seorang ibu yang berjuang untuk sang anak.

Sebagai seorang ibu, saya tidak ingin menulis mengenai sang bidadari syurga yang kini sedang enak berehat disana. Alanna Qish walau singgah seketika disini, perginya memberi seribu satu erti mengenai kehidupan buat saya. Si anak kecil yang banyak menyentuh banyak hati ini sungguh terkesan dengan kekuatannya berjuang, dan untungnya si kecil ini memiliki hati kental seperti mummynya. Walau seberapa getirnya keadaan Alanna, Ayu tetap tersenyum apabila menyambut kedatangan kami melawatnya di hospital. Senyum walau tanpa sirna dimatanya. Saya kini mengerti kenapa Ayu adalah mummy yang terpilih itu. Kerana kekuatan yang ada padanya. Allah tidak akan menguji seseorang hambanya jika dia tahu hambanya itu tidak mampu. Kehilangan anak yang sakit bukanlah sesuatu yang mudah untuk dihadapi.

Keadaan sewaktu kita berjuang melawan sakitnya sudah terlalu perit untuk digambarkan. Melihat setiap inci badan si anak yang terpaksa disuntik dan dimasukkan segala wayar ke badannya bukanlah suatu situasi yang enteng untuk dihadapi.

Keadan sewaktu anak kecil kita itu dijemput pulang juga bukanlah mudah untuk melafazkan kata 'tata' padanya. Melihat anak ini dimandikan buat kali terakhir lalu dikapan dan dibawa pergi. Saat tatkala tanah menutupi badan si kecil didalam tanah dan sewaktu kapan di bacakan apabila mendengar nama sang anak berbintikan nama ibunya. Semua scene ini melibatkan kehadiran gerimis dimata dan dihati yang tidak bertepi.

Serta, keadaan dimana kita tahu hari semakin hari bahawa sang anak sudah tiada lagi didalam dakapan kita dan didepan mata serta hanya gambar, video, barangan peribadinya serta kenangan sahaja yang wujud didalam hati ini untuk mengingatinya.

Untuk semua keadaan di atas, saya tidak mampu meletakkan keadaan saya di tempat Ayu dan terima kasih anakanda Alanna Qish dan Ayu Mayyo kerana hadir didalam kanvas kehidupan saya untuk berkongsi kekuatan dan kesabaran ini. Sebagai manusia yang lemah saya tidak mampu untuk melawan segala ketentuan yang telah ditetapkan namun cerita si anak kecil ini menyentuh hati saya untuk menghargai setiap benda dan kejadian yang berlaku disekeliling saya. Jika saya merasakan anugerah yang diberikan kepada saya ini sungguh mencabar untuk saya hadapi, sekurang-kurangnya anugerah ini masih ada bersama saya pada hari ini.

Sebagai seorang ibu, menjadi tanggungjawab saya untuk menerima segala kekurangan dan ketidak sempurnaan yang ada pada Megat Jr. walau bagaimana bentuk dan kejadiannya. Susah saya hari ini tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan orang lain. Seperti kata Jiey, lemparkan segala ungkapan tidak sempurna, OKU, disable atau cacat sekalipun, sebagai seorang ibu yang mengandungkannya, melahirkannya dan membesarkannya perkataan itu tidak akan melemahkan saya lagi, semuanya kerana saya mengenali ibu-ibu yang kuat seperti mereka ini.

Hari ini, saya tahu mengapa Allah mengurniakan Ayu sang bidadari syurga itu kerana dia seorang yang tabah dan kuat serta dengan anugerah ini si kecil itu juga mampu menyedarkan ramai mengenai erti sebuah kasih sayang seorang ibu yang tidak pernah bertepi.


Terima kasih Alanna Qish kerana pernah hadir didalam lipatan cerita Mama Put. Jangan bimbang, mummy dan daddy serta Abang Nadim akan baik-baik sahaja disini. Berehat disana dan jangan lupa sesekali hadirlah dalam mimpi Mummy ye sayang. Datang sesekali untuk ubati rindu Mummy yang Mama Put yakin tak pernah surut untuk anaknya ini.

Al-Fatihah.
Alanna Qish bt. Syahrulniza
24/08/2009 - 05/06/2010

8 comments:

Min Min said...

Semoga Alanna Qish bahagia di sana...Al-Fatihah~*

iCaLoVeZiE said...

ok. sedih :(

Mayyonnizz said...

Salam..put..

i had enough cry..put.. we'd both had enough of it.. &

thanxs coz Sudi nangis sama2... last but not least thanxs for the 'baju dunia' yang mama put beli... yang akhirnya menjadi suatu kenangan paling indah buat kami setelah ketiadaan adik..

rindu2 cium baju yg mama put..beli:) & that's all we can do..:)
thanxs again!!

Puteri Nuur At-Terawis said...

Ayu, im sure the tears make you stronger. Terima kasih sebab menjadi sebahagian daripada kami.

anim said...

salam mommies,

tiap ari saya ikut cerita2 mommies2, lebih2 lg mummy mayyonnizz hope saya boleh kuat mcm mommies2 semua..

anakistimewa said...

berat mata memandang, berat lagi yang memikul.

senang aku berkata-kata, sukar untuk kau terima.

sesungguhnya ada hikmah di sebalik tiap kejadian.

eima said...

sedey sampai ..eima tak leh nk komen ....

Min said...

al-Fatihah buat bidadari Alanna...