Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

13/10/2010

Dia seperti adanya anak lain

Baru sahaja berjaya mendodoikan kedua-dua kesayangan hati sebentar tadi. Sebelum itu, sang abangnya 'menunjuk perasaan' dengan memprotes kerana mamanya tidak mendodoikannya. Saya sebetulnya sudah terlelap tadi sambil menonton TV. Megat dan Puteri Jr. memang berada disisi. Lumrah anak, bila mahu tidur, mulalah mencari si ibunya. Saya lantas mengajak mereka berdua ke bilik. Sang abang saya dukung dan si adik dipimpin tangannya.

Apabila dibaringkan sang abang, si adik datang menuntut perhatian. Mungkin dia cemburu kerana sedari tadi saya melebihkan si abang pada pandangannya. Saya lantas membaringkan mereka sebelah menyebelah. Wajah Megat Jr. saya pandang, dia tersenyum. Mungkin selesa dengan suasana bilik yang nyaman dan lampu yang telah saya padamkan, namun senyuman itu berubah tatkala saya melayan bicara si adik yang sedang keletah berbicara dalam bahasanya tersendiri.

Lantas, saya nyanyikan lagu Hickory Dickory Dock - lagu yang bila-bila masa sahaja mampu membuatkan si Megat Jr. ketawa dan dia tertawa. Bila kedua-duanya nampak selesa, saya mula berzikir dalam cubaan mendodoikan mereka. Pada mulanya tangan saya hanya menepuk-nepuk si abang, namun kemudian si adik juga minta dibuat perkara yang sama. Bila tangan kanan saya ditepuk pada Megat Jr. dan tangan kiri untuk Puteri Jr. hati saya terdetik bahawa saya menghargai momen ini. Terasa sungguh indah apabila anak-anak kecil ini meminta perhatian daripada sang ibunya.

Lebih manis, kerana Megat Jr. juga dalam hal ini mempunyai naluri yang sama seperti adanya anak lain. Mungkin dia dilihat 'tiada perasaan' namun sejak kebelakangan ini, sudah semakin banyak 'sentuhan' dia lakukan. Contohnya, apabila didodoikan, dia memeluk saya. Erat. Seperti tidak mahu saya berlalu pergi sahaja lagaknya. Begitu juga dengan anak disebelah kiri saya, sama seperti disebelah kanan. Memeluk erat.

Dia, seperti adanya anak lain. Inginkan perhatian, ingin dikasihi dan disayangi walau cara dan lakunya berbeza. Jika saya melebalkan dia sebagai anak istimewa, sebenarnya dia juga menjadikan saya seorang yang istimewa kerana dianugerahkan anak sepertinya. Saya pernah terbaca ayat ini di blog Jiey (kalau tak silap) bahawa hidup bukan untuk ditangisi. Dianugerahkan sang anak seperti ini memberikan warna pelangi yang indah untuk saya terokai walau adakalanya warna itu sirna disebulungi hujan.

Dia, yang satu menjadikan saya seorang yang istimewa kerana memilikinya :)

8 comments:

Min Min said...

Both of them always special for me...=)

mamaaerish@eb said...

sweet... they r alwiz special 2 us in many ways... ;p

deelira@deeliraz said...

sungguh syahdu bicara sang ibu di pagi2 hari begini..

Che Armad said...

"Hickory dickory dock
The mouse ran up the clock
The clock struck one
The mouse ran down
Hickory dickory dock"

lagu yang penuh senyuman....

Azma said...

kasih seorg ibu.. smg terus tabah & bersemangat membesarkan mereka..

eima said...

besh kan jd ibu...

Insan Kerdil said...

tentang sayang...

tidak ramai yang dapat berbicara tanpa perlu mengucapkan kata sayang...

tidak ramai yang dapat memahami tanpa perlu bicara tentang sayang...

tidak ramai juga yang dapat menyayangi tanpa memahami perkataan sayang...

istimewanya anak ini adalah pada hatinya...setulus kasih tanpa perlu kata..kerana padanya hanya ada jiwa...

pada mereka yang punya jiwa akan mengerti betapa si permata hati ini adalah satu anugerah...istimewanya ibu dan bapa ini adalah kerana kehadirannya merupakan suatu anugerah daripada Ilahi...

Wallahu'alam...

nasaoji said...

anak2 memang anugerah tak ternilai tuk kt!...