Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

17/10/2010

Deskripsi tugas ibu - Memasak.


Kalau nak tulis satu persatu, tak habis rasanya. Menguruskan rumahtangga adalah satu patah perkataan yang merangkumi banyak perkara. Menjaga suami, anak-anak, rumah, makan dan pakai mereka adalah perkara yang besar perlu diuruskan. Dalam banyak perkara itu, saya lebih cenderung untuk memilih tugas seorang ibu yang perlu memasak.

Sejak saya berstatus anak dara lagi, Cik gemar menjadikan saya seorang Bibik dirumahnya sendiri (sila baca dalam nada sinikal agar ianya tidak disalah ertikan). Waktu itu, jiwa remaja saya sungguh memberontak apabila disuruh mencuci pinggan mangkuk, menjadi kitchen assistant untuknya. OK, mungkinlah ada harinya saya buat dengan rela hati. Sambil membantu Cik di dapur, adakalanya telinga saya dihidangkan dengan ceramah-ceramah khas dari Cik sendiri. Waktu itu, saya rasakan Cik tidak menyayangi saya kerana memaksa saya membantunya didapur (kesian Cik sebab ada anak yang pemalas) ;)

Tamat pengajian, saya menanam anggur selama 3 bulan di rumah. Waktu itu, saya dengan jayanya memegang status Bibik terhormat di rumah Cik. Tugas saya tidak sahaja didapur, malah kawasan jajahan diluaskan. Segenap ruang rumah Cikgu Megat itu perlu saya uruskan. Bermulanya dari depan lagi, segenap halaman perlu dibersihkan, pokok-pokok bunga kegemaran Cik perlu disirami sehinggalah mencuci 4 buah tandas dirumah itu juga termasuk dalam senarai tugas kerja saya.Upahnya?

Tiada melainkan pengalaman.

Rupanya, pengalaman 3 bulan itulah pengalaman yang paling berharga untuk saya. Bekal yang paling penting dan saya tidak mampu mencarinya dari mana-mana halaman google sekalipun. Saya masih ingat, pertama kali saya memasak adalah sewaktu saya berusia 11 tahun. Memasak dalam erti kata sebenar. Masakan pertama saya adalah Nasi Goreng. Rasanya sungguh tidak mampu ditelan oleh tekak. Pedas dan masin sangat. Itulah komen dari saya sendiri. Bila hidangan itu dihidangkan untuk arwah Aboh tiada langsung kata yang menjatuhkan semangat saya untuk belajar memasak lagi. Begitu juga dengan Cik. Namun saya tahu hasil masakan saya teruk bila mereka berdua hanya menjamahnya sedikit sahaja. Practice make perfect, kan? Kebanyakkan masanya, saya cuma menjadi kitchen assistant untuk Cik. Sungguh tidak glamour kerana saya sekadar mengupas bawang, mencuci ayam, memotong sayur dan tukang mengacau masakan di atas dapur sahaja. Kerja yang tidak glamour inilah yang banyak membantu saya rupanya hari ini kerana banyak pengalaman dan ilmu memasak Cik saya pelajari.

Hari ini, pengalaman itulah membantu saya menguruskan salah satu deskripsi tugas seorang isteri dan ibu. Walaupun masak saya sebagai seorang beginner sahaja, cukuplah untuk saya menyediakan makanan untuk Encik Bubu dan anak-anak. Saya juga dengan jayanya telah 'mengembangkan' Encik Bubu bererti saya telah melaksanakan satu tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan baik. Saya gembira bila Encik Bubu meminta saya memasakkannya nasi ayam dan soto berulang kali.
Oleh itu, pesanan kepada golongan ibu yang seusia saya, bila anak dara dah mampu nak buat kerja rumah tu, ajarlah dia. Ajak dia ke dapur, ajar dia memasak kerana peluang ini tidak datang selalu dalam hidup dia. Satu hari nanti dia akan berterima kasih kepada ibunya kerana memberikan dia satu pengalaman yang berguna untuk dia gunakan dimasa akan datang. Walau setinggi mana pelajarannya, tugas seorang wanita tidak akan lari dari ke dapur sama ada dia tidak menjadi isteri dan ibu sekalipun. Pesan untuk sang anak, gunakanlah peluang ini sebaiknya. Peluang tidak selalunya datang.
p/s: abislah anak dara saya nanti :)

10 comments:

iCaLoVeZiE said...

sila letak entry pasal megat jr juga. kerana saya datang sini sebab suka baca cerita anak-anak kurang upaya. anda suka cerita anak kurang upaya saya jugakan?

hehehe.

aSmiDar said...

eda sellu ngelat bila disuuh memasak oleh ibu dulu..
skg susahnya nak belajar masak...
kalau la dulu ambik peluang ni betul2..
konfom skg dah mahir macam kak put..
sedap nasik ayam tu..yumm..yum..yum..

JMY said...

betultu,sekarang ni baru rasa pengalaman jd asisstant tu berharga.

Mayyonnizz said...

wah..nampak sedap... mesti sedap.. sebab soto put hari tu sedap sgt..!!! sap fan hao sit..:P

Puteri Nuur At-Terawis said...

Ica, bwahahahha :P

Saya suka baca cerita akan kelainan yang anak-anak kita ada sebab saya tahu dengan kelainan merekalah menjadikan saya kuat dan bukannya kerana nak tarik pembaca sekaligus nak up traffic.

Satu lagi, sila tengok header blog ni. Barisan atas dia tulis "my little secret" then second row dia tulis "a life journey about being a mother" --> a mother dan saya ada anak istimewa. so, itulah objektif saya menulis.

:P

Puteri Nuur At-Terawis said...

Eda, masih ada talian hayat yang kedua sekarang ni :P practice make perfect. percayalah :) cuma, mungkin agak kekok kot. kalau dari kecik dah jadi 'kuli' mak macam kakput ni, kupas bawang pun sambil pejam mata lah :P *ceh, pentipu*

Puteri Nuur At-Terawis said...

Kak JMY, baru sekarang rasa berharga. Baru tahu kenapa dulu-dulu mak kita suh dan paksa ke dapur. Inilah hasilnya.

Puteri Nuur At-Terawis said...

Ayu Mayyo, gambar mungkin menipu yer. Bwahahahhaha :P

nizam omar said...

betul3x....oarang lelaki dengan cara lelaki kan..masing2 ada tugas dan tanggungjwb ikut jantina...saling hormat menghormati satu sama lain..

::lynn:: said...

put... same goes here... dulu2 zaman kanak2 kita laa yg plg tidak seronok... kena jg adik... kena kemas rumah... kena basuh baju...masak etc... hanya mampu duduk termenung di beranda rumah melihat kawan2 sebaya yg bergelak sakan bermain... tapi melihatkan performance anak2 perempuan mak saya di rumah... bangga siot.... x sia2 training itu...