Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

18/10/2010

Bila saya ada anak perempuan...

Semalam selepas solat maghrib, bila sahaja saya keluar dari bilik solat, saya nampak Puteri Jr. berdecet lari dari saya. Mulanya saya sekadar berpesan "Lajunya anak Mama lari," tapi apabila dua tiga langkah saya menuju ke dapur tiba-tiba terhenti. Mesti budak kecik ni ada buat salah ni, kalau tak apasal dia lari dan suspen je berdiri tepi dinding sambil pandang saya? Si kecil molek itu saya hampiri, dan saya kaget bila melihat mukanya sebegini.


dan menambahkan lagi bimbang hati saya bila melihat tangannya begini...

Bimbang saya tidak lama selepas itu kerana apabila dia berulang kali mengucap "nanak-nanak" itu ertinya, seseorang telah berbuat salah. Lantas, saya masuk ke bilik dan selepas itu seisi rumah mendengar suara saya terpekik kerana terkejut.

Tahu apa yang saya temui didalam bilik saya? Ini...

Lipstick saya!! OMG. Saya tak tahu apa nak kata, saya tak tahu macam mana dia boleh ambil lipstick yang berada didalam beg itu, yang pastinya saya rasa ini adalah keadaan biasa bagi orang yang punya anak perempuan. OK, itu tandanya Puteri Jr. ni suka melaram kah? Muahahahha.

"Saya mengaku bersalah di atas tuduhan mematahkan lipstick Mama. Mama, sila maafkan saya. Tak tahan tengok lipstick tu, macam cokelat je. Slurrppp" - Puteri Jr.

Apa nak dikata lagi. Nak marah budak berumur 20 bulan bukanlah perkara yang cerdik untuk saya lakukan. Paling terer pun, saya menerangkan apa itu lipstick dan bagaimana kegunaannya. Tapi, saya yakin, kalau si Mama tak berhati-hati, lipstick lain pula akan menerima nasib yang sama selepas ini.

Phia oh Phia ^^ Apalah lagi selepas ini? ;)

10 comments:

Syahida said...

put, akak sendiri ntah dah berapa kali lalu insiden macam ni..masalahnya bukan anak gegirl yang main. boboy ku yg spesel yang suka nak ekeperimentasi. lipstik jadi krayon dibuatnya.

la ni, tak larat nak berlipstik2 lagi dah..main lipIce je. kalau hancur pun, takdela histeria dibuatnya..hahaha.

kalau tak letak di hndbag ntah kat mana lagi nak sorok, ye tak?

Puteri Nuur At-Terawis said...

Oh macam tu eh Kak Syida :) Dia nak geget lipstick tu macam cokelat aje dibuatnya :P

Mayyonnizz said...

slm..haha put.. aku kempunan lg nak tgok adengan2 sinikal mcm ni.. hahahah...

iCaLoVeZiE said...

kena beli mangga untuk handbag.haha

Min Min said...

HAHAHA...smlm baru cite2 pasal make up n dak kecik sambil pegang bag make up mama kan..ari ni kua trus cite yg kita imagine...Phia2!!...

#p/s: Min2 dulu juga suka main make up mak tp main jelah tak penah patahkan atau pecahkan..mak min2 garang...

nasaoji said...

hahaha..gelak saya tau kak put nih...

memang peel budak pmpuan kot..saya kecik2 pun, gitu gak, tapi lagi malang, sb bulan terkena kat mak saya, mak saya tak pakai lipstik, terkena kat jiran baik saya...sebab skali ngn anak2 dia, kami main lipstik...pak saya pun, siap tangkap gambor kami yg berporen dek lipstik itu..hehehe...

Ummi Alisya said...

huhuuuu..shomei! dah kate anak perempuan kan... kot alisya camtu nanti, daku juga akan terpekik se-himalaya gamaknya!

deelira@deeliraz said...

hehe.. phia.. oo phia..
sib baik anak acik x wat cam ni kat lipstik acik.. kalau x.. acik kejar dia keliling umah tau.. :p

Pnut said...

alamakkk tadi dah taip...pastu tak leh send..huwaaa...

anak lelaki akak dulu masa baya phia pun buat keja ni juga.. siap tonyoh sampai ke bibir dia, pastu tangan comot, lap lantai, dinding.. uhuhu..

skng mama depa tau dah. beg dok atas lemari, so si adik skrng tak leh capai dah..

Min said...

comel... semua org ibu2 mesti ada pengalaman anak2 main lipstik kan...? memang comel...