Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

13/10/2010

Apabila terlajak kata..

salam

awak, saya tak kisah awak nak tulis ape. tapi saya dah up kan entry explanation untuk awak dan org lain yang dah salah anggap baca.

percayalah, kalau awak kata awak menangis setiap hari, saya menangis setiap nafas yang saya tarik setiap hari.

maaf kerana dah tersalah anggap.



Siapa yang makan cili, dialah yang rasa pedasnya.

Saya rasa tidak adil jika saya tidak menyiarkan komen ini yang saya terima ekoran dari entry saya Mengejar Traffik. Saya akui saya tidak langsung pernah menjejak ke blog awak, sehinggalah semalam salah seorang Superkids family memberitahu saya. Tatkala saya membacanya, saya sedih kerana ayat-ayat yang awak tulis begitu dalam menghiris tangkai hati saya sebagai seorang ibu kerana ianya tak ubah seperti awak langsung tidak punya peri kemanusiaan. Tatkala saya pulang dan terpandangkan wajah Megat Jr. saya merasa bersalah dan mula muhasabah, Adakah benar saya menjaja cerita ketidak sempurnaannya untuk mendapatkan traffik pembaca?

Jawapannya tidak sesekali. Saya maklum blog awak ikut suka awak nak tulis dan saya berharap selepas ini timbul sedikit kesedaran dan tanggungjawab serta etika sewaktu menulis. Berada ditempat seorang ibu yang kehilangan anak dan seorang ibu yang menyaksikan sang anak tidak mampu menguruskan diri dan berkata-kata bukanlah satu pengalaman yang indah untuk dikongsi. Terima kasih kerana sekurang-kurangnya muncul disini membuat permohonan maaf secara terbuka, saya yakin perbuatan awak ini menyejukkan banyak hati dalam hal ini.

9 comments:

Yasmin Nabilah.. said...

yeah..bertanggungjawab setiap apa ynag telah ditulis.

Ia tetap menghiris hati ini bila mengenangkan ayat2 itu..:(

..nOj.. said...

salam sis,

jujur mmg tak niat nk melukakan hati siapa kerana hati ni dah letih menangis dan terluka pedih. jujur tak sanggup tgk memane hati terluka. kalau sis dan kengkawan ade kisah sedih, sy juga ade kisah sedih yg pernah sy share dgn pembaca. sy penah lebih teruk dihina dan dipijak2.

sumpah demi Allah tak niat nk melukakan hati sesiapa, tp smlm hati yg pernah terluka, terguris lg. entry tu sekadar perlian utk SOMEBODY sedar dan insaf dah harap dia berubah dan cukup2 mengata orang sebab hati ni tak sanggup menangis lg.

sy mintak maaf sis. tak niat langsung buat sesiapa terasa. ikhlas dr hati, ampunkan sy.

eima said...

alhamdulillah...
rindu la nk jumpe kak put lagi ... sempat 1 sem je dok seblock ...hehe

mrs_zura said...

Alhamdulillah kemelut ibu2 istimewa n penulis dh pun setel(setel ke)...kata2 yg mengusik hati mmg akan ttp terasa tp bila mengenangkan nojj ada sebab yg kukuh sume boleh terima dgn hati yg terbuka...cuma harus lebih berhati2 dgn ayat masa2 akan dtg...
kak put senyum skrg ye! i lap u...

Puteri Nuur At-Terawis said...

eima,
insya allah kita buat reunion nanti :D

Puteri Nuur At-Terawis said...

zura,
penulis blog bebas menulis, namun ianya akan jadi lebih indah andai penulis blog menulis dengan penuh tanggungjawab dan beretika.

nasaoji said...

pulakkkk...hurrmm....

Puteri Nuur At-Terawis said...

nape odah? ;)

nifalnin... said...

itu semua adalah dugaan dan cabaran utk put terus menulis ... dengan menulislah, put dpt luahkan segala perasaan n share about most everything (4 me)...

gud luck n go put go....