Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

08/09/2010

Tata Cik Wan!

Sudah setahun setengah Megat Jr. menjalani terapi di Hospital Putrajaya dan salah satu terapi yang disarankan adalah Terapi Cara Kerja. Semenjak kali pertama melangkah ke sini, Megat Jr. seperti sudah biasa menjadi 'anak angkat' Cik Wan disini. Cik Wan yang dimaksudkan adalah Juruterapi yang menguruskannya. Wanita berasal dari Terengganu ini rasanya sudah memahami bagaimana Megat Jr. dan bagaimana dia dan perlakuannya.

Saya memanggilnya Kak Wan. Sepanjang membawa Megat Jr. ke sini, saya senang dengan layanan yang diberikan. Orangnya mesra dan cepat serasi dengan anak seperti Megat Jr. Banyak tips dan terapi diajarkan kepada saya dan melaluinya, pengalaman dan cerita banyak dikongsi. Setiap kali saya datang ke sini, saya akan membawa kamera, cuma adakalanya saya ketinggalan mengambil gambar kerana tidak cukup tangan menguruskan Megat Jr.

Selepas ini, tiada lagi Cik Wan di Hospital Putrajaya. Cik Wan dah bertukar ke Kuala Terengganu. Sedih saya rasa kerana dia merupakan salah seorang yang rapat dengan saya. Walau patah hilang tumbuh berganti, tapi yang mengganti tidak akan sama sekali dengan yang pergi.


Untuk Cik Wan, jika Megat Jr. boleh berkata-kata, saya pasti, dia akan mengucapkan berbanyak terima kasih kerana selama ini sabar dalam membantu Megat Jr. disepanjang sesi terapi. Sedikit sebanyak banyak ianya membantu menjadikan Megat Jr. hari ini dengan bantuan dan usaha yang berterusan.

Terima kasih Kak Wan, saya doakan agar karier Kak Wan akan lebih sukses selepas ini. Terima kasih kerana sepanjang setahun setengah bersama kami, banyak jasa dan bakti tercurah kepada orang-orang yang memerlukan. Tidak mampu nak membalas semua kebaikan yang diberikan, hanya Allah jua yang mampu.

2 comments:

iCaLoVeZiE said...

mesti ambil masa juga nak sesuaikan diri dengan yang baru. BTW, begitulah putaran hidup. :D

Yasmin Nabilah.. said...

betul put..patah tumbuh ilang berganti..tapi tak sama dgn yang berganti..huhu.Nabila juga dah byk kali bertukar therapist..sedih sebab bila h serasi kena tukar pulak..huhu