Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

23/09/2010

Realiti itu ...

Encik Bubu baru sahaja menghubungi saya. Separuh dari nyawa saya seperti melayang mendengar apa yang dituturkan. Laporan penilaian ke atas Megat Jr. baru sahaja dikeluarkan oleh NASOM. Terasa seperti ada batu besar di atas kepala. Terasa seperti tidak bergunanya menjadi mama kepada Megat Jr. kerana membiarkan dia menjadi begitu. Melihat tanpa dapat membantunya. Melihat dan membiarkan masa menjadi musuh utamanya.



"Keadaan Idris teruk..."


Saya tak tahu bagaimana saya harus respon kepada Encik Bubu tatkala itu. Saya tahu, saya tidak perlu menangis tetapi ada satu perasaan halus didalam hati yang terasa pedih. Seperti menghiris hati saya. Kekuatan dan kelemahan saya ada pada Megat Jr. Saya berjanji tidak akan menangis lagi tapi saya gagal untuk menghilangkan kepedihan didalam hati ini. Lemah sungguh saya.

*
*
*

Sorry Lope. Mama rasa sangat useless :(

*
*
*


14 comments:

nasaoji said...

aper yg teruk kak?..berdebar kt baca.. ;(

LiLy KnoTWiSe said...

Put, idris ok jer.. jgn risau k.. kita sma2 doa..u have to be strong .. u r the super mummy!

deelira@deeliraz said...

kenapa ni kak? bawak2 bersabar k

Emmy said...

biar la put...put yakin pada idris kan? yakin pada perkembangan diri dia kan? yakin yang dia setiap hari dpt buat sesuatu yg baru kan? kalau put dah rasa bangga setiap hari atas apa pun achievement dia itu dah cukup bagi dia. pasti dia tak pernah rasa kecewa dgn mama dia. jgn down sgt. kami doakan perkembangan idris akan semakin baik selalu.

mrs_zura said...

nape nie kak put...share la dgn sy...

iCaLoVeZiE said...

Put, jangan layan sangat rasa sedih. Report yang ada, tak semetinya semuanya betul kan?

tengok je ian. macam-macam doktor bitau jiey tentang ian masa lahir. Tapi yang jadinya lain dari yang lain kan?

mesti kuat ye put? demi anak-anak

Yasmin Nabilah.. said...

Ina sering dihadapkan dengan kata-kata "Nabila Teruk' setiap kali ke fisio atau tempat terapi yang lain. Sedih mmg sedih..namun..kdg kala apa yang dikatakan tak perlu diambil pusing. Yang penting kita tak putus asa. Ina tahu Put dah buat yang terbaik buat Idris..dan ina pasti idris juga tahu apa yang mama dia buat bukan? Sabarlah Put.. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.. Bangun dan terus bersemangat k..:)

Syahida said...

Put, whatever the report is, it's time to take action.
keluar dari fasa sedih, buat apa yang patut. yang dah lepas tak guna ditangisi. pandang ke depan, fikir yang positif dan jangan lupa berdoa.
autistic children can make wonders (if they are given the right training & intervention).
lipatgandakan usaha dari sekarang. setiap yang berlaku ada hikmahnya.
dont worry too much..take care.

anakistimewa said...

Puteri: sekurang-kurangnya awak tahu keadaan sebenar; ini masa untuk baiki apa yang perlu; jgn tenggelam dlm emosi :)

nifalnin... said...

put,
niza dan keluarga doakan yg terbaik buat idris n kalian juga... teruskan berusaha dan bertawakal pd ALLAH.. take care put...

Farid Hanif said...

We're always right behind you Put. :)

Light of Allah said...

kak, ceritala..apa sebenarnya..

akak bersabar dan teruskan menjadi mama idris yang tabah ya..

dayah hanya mampu mendoakan untuk idris dan kak sue sekeluarga..

love :)

aSmiDar said...

Ape yang teruk ni??

Azma said...

salam perkenalan..saya juga punya anak istimewa, Sindrom Down. Baru jumpa blog puteri. Dah bc skit2 pasal Idris. Byk2 bersabar ye..