Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

01/09/2010

Episod 1 : Iftar bersama Superkids.

Tarikh: 14/08/2010 bersamaan 4 Ramadhan
Lokasi: Rumah Nabila

Masa: 4.00 petang - 2.00 pagi *pergh!*


Cerita basi, tapi masih mahu berkongsi. Detik indah harus dirakam, kerana apabila dibaca nanti akan membuatkan hati rasa bahagia. Setelah sekian lama tidak berkumpul, akhirnya keluarga besar Superkids berkumpul lagi. Sayalah selalunya ketinggalan dari berkumpul ni :P Kali ini Jiey tidak bersama kami, kuranglah serinya sedikit namun kehadiran Abang Long dan keluarga sangat havoc. Berbuka secara potluck lebih menyeronokkan. Pelbagai juadah kami bawa. Lebih mesra begini dan saya gembira kerana anak-anak lebih selesa bergulingan. Iftar dan beramah mesra sesama sendiri. FIL saya juga datang bersama.

OK, banyak benda nak cakap tapi masa sangatlah suntuk. So, let the pictures do the talking, aite?


Sejuk mata memandang tengok Encik Bubu saya begini, tak ubah macam seorang mualaf Cina baru peluk Islam, kan? Alhamdulillah :D


Puteri Jr. dan Toknya merangkap FIL saya. FIL memang sangat seronok bila bersama kawan-kawan cucunya ni ;) Insya Allah, more often next time ye :D

Megat Jr. and me. Hari itu, Megat Jr. behave, mungkin seronok dan selesa bersama kesayangannya ;)

Sempat sambut birthday Zul ;)
Selamat tua setahun yer :D a year wiser, k?

Megat Jr. yang selesa didalam suasananya yang tersendiri, disamping wajah-wajah familiar yang menjadikan dia gembira

dan kerana mereka hubungan kami terjalin :)

The mothers :D

p/s: Tahniah Ida. Aiman bakal jadi Abang Long ;)



3 comments:

aSmiDar said...

gembira megat jr dapat jumpa kawan ek..
ermmm...:)

iCaLoVeZiE said...

uish. jelesnya :D

Aisya said...

wow..bestnya dapat berjmpa geng2 yg sama kepala kan?tingin sangat nak berkenalan ngan superkids family.put, jemputlah datang beraya kat rumah.saya pun tggl di putrajaya gak.