Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

19/08/2010

Ramadhan 8 : Marah Itu Api

Rasa nak lempang muka Kasroha sekuat hati!

*
*

Sabar. Sabar. Sabar.

*
*
*

Itu yang saya rasa semalam sebaik sahaja 8 Ramadhan melabuhkan tirainya. Ini bukan kali pertama saya berperasaan begitu. Kepada yang mengenali saya, Kasroha adalah pembantu rumah saya, namun saya tidak pernah menganggapnya sebagai pembantu, malah lebih kepada keluarga memandangkan dia menjaga anak-anak saya sewaktu ketiadaan saya. Sebagai ganjarannya saya membayarnya gaji bulanan. Selain itu, wang poket, hadiah dan pakaian saya turut berikan padanya. Terbaru, sepasang kasut sempena hari lahirnya bulan lalu.

Dari awal lagi, sewaktu saya mengambilnya dari agen pekerja asing, saya telah menjelaskan bahawa pembantu rumah saya tidak akan diberikan cuti sehari sebulan sebagaimana kebanyakan majikan berikan. Sebagai ganjarannya, saya akan memberi wang saguhati sebulan gaji apabila kontrak selama 24 bulannya bersama saya tamat.

Setahun lalu, sewaktu dia masih baru dengan saya, saya telah menjelaskan sejelas-jelasnya kepada beliau mengenai keluarga saya, apa yang suka/tidak disukai oleh saya dan Encik Bubu, keadaan Megat Jr. yang istimewa dan keperluan-keperluan dirumah ini. Malah, sewaktu sesi ta'aruf juga, saya telah membuat beberapa demonstrasi menggunakan beberapa peralatan elektrik dirumah. Lebih jelas, seperti didalam entri ini. Saya juga mengambil maklum bahawa ini merupakan kali pertama dia bekerja di luar negara kelahirannya.

Itu cerita setahun yang lalu. Namun, semalam begitu mencabar keimanan saya di bulan yang mulia ini. Geramnya hati ini hanya Allah yang tahu. Saya tidak mahu perincikan kejadian semalam, mengenai apa sebab musababnya. Cuma, saya tahu dia berubah kini.

Menjawab mulut
Apabila saya bertanya 'Kenapa Puteri Jr. tidak makan?' dengan senang jawabnya 'saya tak suap sebab Puteri Jr. tidak mahu disuap' Waktu itu, saya tegur dalam nada seloroh lagi. Saya nasihat, saya minta lagi dia melayan Megat dan Puteri Jr. sebagaimana anak-anaknya sendiri.

Menempelak cakap
Adakalanya dia menempelak/menganjing percakapan saya mahupun Encik Bubu. Seolah-olah tiada langsung hormat kepada kami berdua.

Sudah pandai membantah keputusan yang saya arahkan
Saya tidak gemar apabila setiap keputusan yang saya buat, mahupun Encik Bubu buat diingkari. Ayat-ayat sebegini sangat mencabar keimanan saya 'Saya tak buat sebab begini lebih elok' atau 'Tak perlulah puan'. Bukan saya jenis tidak menerima pendapatnya, namun apabila pendapatnya saya perlu, saya sendiri akan bertanya. Jika keputusan yang saya dan Encik Bubu dah ambil, jangan persoalkan. Kami tahu setiap kebaikan/keburukan/akibat dari keputusan kami. Lebih menggeramkan, dia pernah memotong rambut Puteri Jr. tanpa merujuk kepada saya terlebih dahulu. Haish..

Menengking saya / Bercakap dalam nada yang tinggi
Saya akan melenting apabila saya bertanya dijawab dalam nada menengking/meninggikan suara. Pada anak-anak saya juga dia gemar menengking. Terutamanya pada Megat Jr. Sudah penat saya tegur.

Itulah Kasroha saya, wanita berumur 30-an yang tinggal sebumbung dengan saya. Wanita yang saya tinggalkan kepercayaan dan harapan agar dapat menjaga anak-anak saya sebaik mungkin. Wanita yang semalam telah menaikkan amarah saya dan wanita yang sewaktu saya menulis entri ini dia masih didalam hati kerana sifatnya mengundang seribu satu amarah saya semalam. Apa yang saya kesalkan, tiada ucapan maaf untuk saya.

Kepada mana-mana yang ada helper kat rumah, ada pandangan? Fenin saya dibuatnya.

23 comments:

aSmiDar said...

spupu eda dah penah dapat yg macam ni..
tapi sabr sebab die layan anak2 spupu dgn baik walupon dorag xde kat rumah..huhu
bertahan selagi boleh...

Puteri Nuur At-Terawis said...

Eda,
Bab dia melayan Megat & Puteri Jr. so far OK lah. Tapi adakalanya dia agak kasar dengan Megat Jr. Itu tak dikira dengan beberapa peralatan rosak kat rumah. Eda boleh bayangkan tak macam mana dia kasar bila lesung batu pun boleh patah? Haish...

dYanah aMin said...

mmg rumit kak put hal2 maid nie. kadang2 takut gak kan klu blkang kta lagi dia wat macam2..lesung batu pun boleh patah??dasyat sungguh tu..klu kak put cr org lain x boleh ke??cr org tempatan ke..

Baby Tiger said...

anim rasa dia dah masuk comfort zone la kak put. sebab dia rasa, aku buat macam ni, bos aku bukan marah pun..(kot)

selagi boleh sabar, sabar. tapi since kak put amik dengan agen, tak puas hati bukan boleh tukar ke..

cuma, kalau amik yg baru, kena start ajar balik from A to Z. hurm penat gak..

cuma, mungkin kak put cuba pendekatan prsikologi kat dia. try tengok dia leh berubah tak.

Puteri Nuur At-Terawis said...

Dy,
Kalaulah ada orang local, memang nak amik orang local. Nak dapatkan dia ni pun, bukan murah-murah. Nowadays kalau takde RM8K masa proses nak amik, maka tak payahlah berangan. Kakput dah setahun sabar. Dengan budak2 nampaknya takde la dia buat kasar/jahat pun sebab si Puteri Jr. tu masih nak dengan dia. Tapi semalam KakPut hangin to the max.

Puteri Nuur At-Terawis said...

Anim,
Pendekatan psikologi tu rasanya dah buat sket2 dulu. Panggil dia, cakap leklok, pesan kat dia kalau ada masalah cakap kat Kakput. Pastu, berubah la seminggu then buat balik. Kadang-kadang tutup sebelah mata, buat tak nampak. Tapi lama-lama sakit jugak hati ni.

Kalau nak tukar, dalam masa 3 bulan pertama je. Tu pun kita kena top up RM700 utk urusan pertukaran diaorang. Ingatkan bila kita bermurah hati kasi duit poket/hadiah ni dia ada semangat nak bekerja. tapi macam naik lemak lagi je.

mamasoffy said...

Perangai dia sejibik n sejebon dengan helper kakak saya..kuat menjawab, kdg2 menengking..n macam2 lglah..Diaorg ni muka baik..tp mulut boleh tahan. anak2 akak dia x jaga dgn elok..in fact dia pernah kena tampar dgn my sis sbb penangan mulut dia tu. End of this year dia akan 'dihantar pulang'...hopefully my sis dpt pengganti yg better..until now sy jadi tahkut n ragu2 nak amik maid sbb perangai yg camnilah...Haish...bersabar byk2 kak...

Emmy said...

Memang put...cara dia ni, dah naik lemak...kalau anak2 masih ok dibawah dia, cuba bertahan...maybe ada anasir luar dok mengapi2kan dia ke? cuba selidik ada ke dia berkawan dgn siapa2? Dia ada pakai hp tak put? kdg2 mereka ni mula berubah bila ada yg kwn atau maid lain bercerita mereka tak payah buat itu ini, boss tak marah n still dpt gaji, maybe dia nak mcm tu...atau...maybe dia dah smp keadaan bosan. Kdg2 kalau tgk atau dgr cerita maid2 kwn2...ni la mungkin)permulaan kpd next step that is lari...bukan nak takutkan put...ni reality, biasa jadi...mcm baru ni, kwn sy balik rumah awal, terjumpa maid yg dpn diorg sgt baik pijak semut tak mati tgh buli anak kecil dia...dan2 tu hantar balik...sy pun sgt hrp takde benda tak baik dia buat pada anak2 put...we hope for the best, but should be prepared 2 d worst...sorry put kalu ada yg sy ckp ni terguris hati put...i feel 4 u...

||-puterinuur -|| said...

Mamasoffy,
So far, dia masih OK layan anak-anak, tu yang Put bersyukur sangat-sangat. Ini maid yang kedua dah yang Put pernah ada.

||-puterinuur -|| said...

Emmy,
Put pun sebenarnya rasa ada anasir luar yang mengapikan dia sebab maid neighbour ni katanya bertunang dengan sepupu dia. Bab hp, memang Put dah cakap awal-awal masa dia lapor diri tu tak dibenarkan guna. kalau nak guna pakai phone rumah, kalau kat luar, ada emergency boleh pinjam phone put. bab membandingkan tu, adik beradik put semua ada maid dan banyak la updates diaorang. minta gaji lebih la, itu la ini la. banyak la updates. bab lari, pukul budak yang paling takut. Btw, thanks for the tot.

anissue said...

Put,

Dia orang ni are all the same. 1st 3 months, everything tip top. After that, start la lacking sana sini. Tapi tu lah.. nak buat macam mana, we need them. Banyak kali yang tutup sebelah mata je, kalau dah tak tahan sangat baru la I tegur. Just memikirkan that my little boy is in her hand for 9-10 hours a day without us around (other than my 2 daughters yang cuma ada kat rumah lepas balik sekolah). Moral of the story, memang tak boleh bagi muka sangat kat dia orang ni.

||-puterinuur -|| said...

Anissue,
Agree, first three months semuanya elok dan baik. Kita baik sangat, dia pijak kepala. Kita garang sangat cakap kita zalim.

aSmiDar said...

mmg kasar la tu..
dorang ni xleh buat baik..
kalu dah ase kita baik..
die bukan nak baik..
dipijaknya kpala kita..
Risau la kalu die kasar ngn megat..
kna ambik tindakan cepat..
kalau marah pon xguna dah..depan die ok..
blkg ank2 jadi mangsa..

Syahida said...

Put, akak takde experience dengan maid tapi dah biasa dgr karenah2 dorang yang cacamarba tu. berjaga2 ye..pantau selalu. anak2 tu terutamanya...risau juga dengar.

iCaLoVeZiE said...

alahai.. cousin ica banyak kali tukar maid. depa ni mmg pandai la. 1st 3 months je macam angel. lepas tu hampeh kan? put, pegi cari doa nabi muhammad masa dia nak berperang, bila jumpa musuh dia ada baca 1 ayat n hembus pada musuh. ica pernah buat ni kat budak opis yang jaki sangat dengan ica. alhamdulillah, dia lembut suda.

LiErOSe~QiEmi said...

adeh, susahnye.. kak put, takde maid susah, ada maid pun susah gak ek.. ermnn.. tapi rasenye kak put jgn bagi muka sangat kot.. maid tu dah rase bagus la tu, dapat bos baek, klu dapat boss yang kaki dera baru tau..

Puteri's territory said...

Sigh! Diaorang ni mmg bangsa yang tak sedar diuntung. Kak Yang dah bertukar berpuluh maid, mcm2 perangai sampai sakit jiwa raga, so far yang skrg ni dah nak masuk 5 tahun, tp biasak ah diaorang ni bila dah lama2, buat cara dia dahlah, bukan nak buat cara yang kita suruh tp one thing good she loves my kids.
Mcm masalah Sue ni, I think kena ada heart-to-heart talk, lebih baik kalau suruh kandor tegur, sbb diaorng bila dgn laki kita tegur diaorang segan sikit tak naik tocang bila kita tegur.

MY HEART said...

Put,
Awak jangan bagi muka sangat pada dia. apa dia ingat awak muda dari dia.. dia boleh buat suka ati dia? Macam kak sha, jangan harap kak sha bagi muka... dia cakap kasar ngan kak sha.. kak sha cakap 10 kali ganda kasar dari dia sambil tu cakap yang kak sha cakap kasar sebab nak ajar dia.. haih..susah la kalo bibik jenis besar kepala macam yang kat umah kak sha tu. tapi cara kak sha ajar dia.. kak sha tak tegur dia selama mana yang kak sha nak sampai dia jumpa kak sha minta maaf.

||-puterinuur -|| said...

Anissa,
Ni dah sampai peringkat tak tahan dah ni. Sebelum nak tegur dia, nak minta pandangan dulu.

Ica,
Ayat apa tu eh. Nak juga kalau ada. Nak amalkan.

Lierose~Qiemi,
Kakput ingat bila kita layan dia macam keluarga, dia akan layan kita dengan layanan yang sama. Bukan semuanya dia teruk, pasal dia dengan budak-budak ni dia OK cuma dia kasar.

||-puterinuur -|| said...

Kak Yang,
Ingatnya macam tulah, nak minta Encik Bubu tegurkan dia. Tapi, tahulah darah Megat ni kena right timing cakap baru boleh, karang panasnya melebih-lebih. Bagi Sue pun sama, sejuk hati bila anak-anak nak dengan dia, dan dia pun sayang budak. Cuma, bab kasar tu sangatlah tak boleh tahan.

||-puterinuur -|| said...

Kak Sha,
Tak payah tegur karang makcik plak yang fenat kena buat sendirik *gelak guling-guling* Nanti ku amik pendekatan paling bagus nak tegur dia. win-win situation. mungkin dia ada masalah ke, tapi takkan masalah 24/7 kan? abes tu mem dia ni tade masalah ke?

Suri Srikandi said...

Maaf Su, mencelah sedikit. simpati dgn masalah su, tina nk beri sikit pndangan.

mungkin tna xde pnglaman ada maid, sbb mmg urus ank2 sndiri sjk kecil. tp tina ada pnglaman 'perasaan mnjadi maid'.

buat kerja rumah n mengurus budak2 sbnrnya bkn kerja mudah n tak best mana. huhuhu. ada ketika kita akn rasa boring sgt, ada masa kita jd malas sgt. tmbh2 bila buat bnda sama n tak habis-habis, rutin yg sama bleh buat kita hlg smngt.

kita ni manusia, punya sifat yg sama n mungkin situasi n mslh yg kita hadapi jer lain-lain. dia prmpuan n kita pn prempuan. kdg2 kita sndiri x fhm emosi kita, ntah knpa kita bleh rs nk marah, sdgkn bnda xde pape, simple jer. ada kala bnda kecik pun kita nk besar2kan. ada ms rs nk kena pujuk, ada ketika rs nk mngamuk. tmbh dia xde keluarga, jauh dr suami n ank, tmpt meluah rasa n emosi.

tina cuma mngandai, mungkin tidak betul. brgkali dia ada terasa ati ngan su kot, tergores rasa. wlpn dia maid, n dia mnumpg rumah kita, ttp dia jg manusia, ada perasaan. kita x sedar mgkn hal2 kecil buatkn dia rs marah, n cuba tnjuk cara protes. dia jg rasa dia betul. sama mcm kita, kita slalu berandai kita betul, n org lain salah, brgkali dia ada fikir begitu.

mungkin juga dia tension. dan mahu berehat, brgkali dlm ms 2,3 bln sekali su try bg dia rehat. mungkin sehari. cuba bg kelonggaran dr syarat awal. mgkn agk payah, tp jika itu boleh memulihkn keadaan, cubalah. mana tau hasilnya lebih baik.

cuba beralah, wlpn mungkin tak sepatutnya, try ckp hati ke hati. su mintak maaf dulu dr dia, aggpkn kita adik, n dia kakak, bkn as majikan. utk seketika, bg peluang dia luah ketidakpuasan. tna x tau dia mcm mana tp bleh try.

apa2 pun tina puji, su mjkan baik n bertmbg rasa, bkn sng nk dpt majikn mcm su. bleh dpt hadiah birthday, malah cukup pnyabar. hehehe.

semoga allah ringankn beban mslhmu sahabat. semoga ujian ini menambhkn lagi isi pada kantung pahala sabarmu. amin.

||-puterinuur -|| said...

Tina,

Terima kasih atas buah fikiran. Tak berniat nak condemn bibik sendiri, malah bukan nak memburukkan dia dengan entry ini sebenarnya jika sesetengah pihak beranggapan begitu. diakui menjaga dan membesarkan anak-anak bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dibuat, tambahan pula bila menjaga anak orang sebab perasaan kasih sayang itu tidak sama seperti ibu yang melahirkan, betul?

saya bercakap di atas kapasiti seorang isteri yang bekerja dan sentiasa seorang maid di rumah merangkap seorang ibu :D

jauh dari keluarga, rindu suami dan anak-anak adalah cabaran yang dia perlu tempuhi kerana pekerjaan ini yang dia pilih. banyak kerja sepatutnya tidak menjadi alasan, rumah saya cuma sekangkang kera. bukanlah rumah besar yang punya banyak bilik untuk dikemas dan dibersihkan, itupun tidak termasuk kamar peraduan saya kerana semuanya saya utuskan sendiri.

waktu saya bekerja, dia menonton TV sambil menjaga anak-anak. dia boleh tidur, dia boleh berehat. waktunya malamnya agak renggang kerana sebelah malam saya memilih sendiri untuk menjaga anak, begitu juga pada hujung minggunya.

dimanakah penat yang dipikul berbanding saya yang keluar mencari rezeki dari jam 8 pagi hingga 6 petang. bersambung pula malam harinya lenaku sekejap jaga mendodoi, berselang seli si abang dan si adik.

dipenghujung bulan, wang perlu saya taburkan padanya dengan servis yang tidak memuaskan hati? hmmmm, tidak berbaloi.