Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

04/08/2010

Percubaan berdiri, sendiri dan gigih mencuba.

..namun masih belum mampu berdiri lagi.

Dahulu pernah saya bercerita Megat Jr. sudah boleh berpegang pada kerusi dan perlahan-lahan menarik badannya untuk berdiri. Hujung minggu lalu, sewaktu saya sedang memegang kamera, saya terlihat aksi itu. Sayang kerana saya tidak sempat melihatnya sedari berpaut pada kerusi. Saya rakamkan aksi ini tanpa disedarinya. Jika dia tersedar, pasti dia seperti malas ingin menunjukkan perkembangan ini buat tatapan Mama.

Melihat sahaja pada kaki kanannya yang sedaya upaya menolak badan agar mampu berdiri. Lihat pada ibu jari kaki kiri, ada sedikit kesan luka. Luka kerana dia gemar menghentak-hentak.

Berusaha menampung berat badannya sebaik mungkin. Berat badan seberat 12.5 kg mungkin susah untuk diimbangi. Sempat lagi dia menggaru kepala dan telinganya. Saya biarkan sahaja. Dia mengambil masa hampir 5 saat untuk membetulkan posisi kakinya.

Menolak badannya ke atas, perlahan-lahan. Makin lama, makin menegak. Namun, memandangkan badan Megat Jr. agak tinggi, saya perlukan sesuatu untuk dia berpaut yang lebih tinggi dan mesra dengannya. Makin hari, dia semakin mahir. Sekali pegang sahaja dia sudah mampu mengimbangi badannya sendiri.

Selepas hampir 30 saat dia menampung badannya, lama kelamaan makin memberat dan seterusnya saya letakkan kamera dan menyambut badan Megat Jr. sebelum terjatuh. Sering kali tiada gambar yang benar-benar menunjukkan dia bangkit berdiri sendiri kerana tatkala dia melakukannya, saya diselubungi rasa ajaib dan gembira yang bukan kepalang.

Wajah 30 saat menampung berat badan sendiri. Mungkin sebesar hama sahaja perkembangan Megat Jr. namun bagi saya, setiap perubahan itu harus dibanggakan kerana setiap benda bermula dari sekecil-kecil perkembangan sebelum Megat Jr. membuka langkah besar melangkah nanti. Insya Allah.

Dan, ini pula bidadari yang menemani Lope mereka berdiri di hujung minggu yang lalu. Mereka berdua sebenarnya sibuk bermain sesama sendiri dengan menjalinkan komunikasi dalam bahasa mereka sahaja yang memahaminya namun tatkala lensa kamera saya menangkap aksi-aksi berharga Megat Jr. mereka datang sambil tersenyum-senyum. Geram dengan telatah mereka, saya rakamkan disini.

Malu-malu kucing ~*

Cover malu ni..

Bila masa saya minta dia posing ;-)

Puteri Qaisah Azzahra bt. Megat Khas

Kesayanganku sentiasa - mata cengkung sebab demam :(

9 comments:

deelira said...

sayang lope :)

MRS. K said...

chaiyok lope!

eima said...

alhamdulillah k.put ..megat dah hampir berjaya ....

abs said...

permulaan yang baik idris!
lepas ni pasti boley berdiri dgn sndr.. insyaAllah~

linziana said...

alooooo comelnye ...megat jr chaiyok!!

iCaLoVeZiE said...

Ica faham sangat macam mana rasa gembira yang put maksudkan bila nampak perkembangan pada anak-anak :D

alyyani said...

sikit2. lama- lama mesti stabil. insyaAllah. baru nak tanya belakang idris tu nmpk 2 org. sape lagi sorg selain phia. sepupu rupenye :)

NaD said...

Put, aku tatau kenapa tapi aku sedih masa tengok idris berusaha sedaya upaya untuk berdiri. kuatnya semangat dia. InsyaAllah, idris bukan saja boleh berdiri lepas ni, malah berlari!

Dah ada anak ni, aku semakin mengerti mcmana kuatnya rasa sayang ko pada idris :)

LiErOSe~QiEmi said...

Salah ziarah kak put,

Suke tengok anak2 kak put, comel sangat tau.. cam nak gigit2.. hihihi.. Kak, perkembangan yg bagus dari idris, syukur..

I nak follow u laa..