Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

17/08/2010

Eyes contact


Semalam saya tidak kemana-mana kerana saat-saat akhir menerima kunjungan berbuka dari Kak Yan sekeluarga di rumah. Encik Bubu dan abahnya berbuka di rumah Opah. Malamnya, selepas Kak Yan pulang, anak-anak menonton TV bersama saya. Saya menukar siaran ke saluran ABO di Astro. Konsert Satu Suara tertayang di layar TV. Kala itu, Aizat sedang mendendangkan lagu. Mungkin biasa pada pendengaran telinganya, Megat Jr. yang sedang bersantai sesekali tertoleh. Namun, tiada senyuman dan perlakuan 'talk to hand' dibuatnya.

:: talk to hand ::

Untuk makluman yang masih belum mengenali Megat Jr. Apabila dia membuat perlakuan 'talk to hand' bererti dia sedang berada dalam keadaan senang atau suka dengan persekitarannya. Contohnya apabila :-

Sedang minum susu, sambil kaki menyilang di atas lutut.

Berada di kawasan yang nyaman dan sejuk.

Melihat Upin dan Ipin atau sewaktu dengannya (read: Playhouse)

Dikelilingi oleh wajah-wajah yang dikenalinya.

Selepas giliran Aizat, Faizal Tahir mengambil giliran. Bermula dengan lagu Sampai Syurga saya perhatikan Megat Jr. Matanya berkalih ke screen TV. Matanya bercahaya, senyuman manis di wajahnya terukir dan dalam kiraan saya hampir setiap kali Faizal Tahir mendendangkan lagu berlainan, matanya tertancap di screen TV. Senyumnya manis terukir. Perlakuan 'talk to hand' diangkatnya. Kusyuk sekali. Apabila tiba Faizal Tahir menyanyikan lagu-lagu lain (selain lagu dari albumnya) Megat Jr. seperti kembali kedunianya semula. Apabila Faizal Tahir bercakap juga, dia memandang TV namun tiada senyuman dilemparkan. Sedetik saya berfikir, siapa kata Megat Jr. tiada eyes contact?

Salah.

Dia memilih untuk apa dia memandang namun bukan kerana dia tidak punya keupayaan untuk berfikir dan menggunakan keupayaan melihatnya. Bila berkepentingan, pandai sahaja dia memandang. Dengan saya contohnya, dia memandang tatkala saya sedang berkomunikasi dengannya. Malah, adakalanya Megat Jr. menjerit memanggil 'Biya' atau 'Obiya' sambil matanya memandang tepat ke arah adik yang sedang berjalan itu. Itu bukti Megat Jr. tahu menggunakan eyes contactnya, kan? Namun saya masih samar-samar lagi. Mungkin soalan ini harus saya simpan dan bertanyakan pada terapinya nanti.


2 comments:

eMMe said...

Megat Jr suke Uncle Faizal ekkk...Put, selamat Berpuasa, rindu ko...

LiErOSe~QiEmi said...

Wahh pandai kan Megat Jr ni.. saye pun suke FT.. sore dia sedappp, segar je lagu2 dia