Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

24/08/2010

3 tahun dan masih belum berbicara


"Anak saya sudah mencecah 3 tahun 4 bulan. Mempunyai ketinggian 96cm dan berat 12.5 kg. Orangnya berkulit cerah. Bermata bulat, berambut hitam lebat dan berwajah bujur sireh"

Sempurna bukan gambaran yang saya karangkan ini? ;)
Do I look weird?

Dilihat pula pada wajah ini, mungkin tak siapa menyangka anak berumur 3 tahun ini masih belum mampu berdiri sendiri, jauh lagi berjalan dan berlari. Mungkin juga masih ramai yang tidak tahu, dia masih belum mampu berbicara selayak anak seumur dengannya. Malah, ramai yang mungkin tidak menyangka anak kecil ini pemegang Kad Pengenalan OKU berwarna kuning.

Walau apapun dia, anak kecil ini anak kebanggaan seorang ibu. Seorang ibu yang hingga ke detik ini tidak pernah rasa ianya sebagai seorang beban malah sebagai satu rahmat yang tidak dapat ditukar ganti. Walau anak ini dilahirkan dalam penuh keistimewaan berbeza dengan anak-anak lain, dialah pendamai jiwa sang ibu. Saya tidak tahu, dimana hati perut seorang wanita yang melahirkan anak dan membuang, meninggalkan anak-anaknya di merata-rata. Seorang ibu yang membunuh anaknya sendiri. Seorang ibu yang darjatnya lebih rendah dari binatang.

Hari ini, saya ingin berkongsi akan keupayaan berbicara sang anak. Minggu lalu, setelah beberapa kali temujanjinya dengan Terapis Pertuturan ditunda, akhirnya saya berjaya melunaskan tanggungjawab kesekian kalinya ini. Megat Jr. tertidur sebaik sahaja kami mendaftar diri di Kaunter Pendaftaran. Dalam hati sudah berbolak balik, saya dapat rasakan yang dia akan tertidur sepanjang sesi ini. Sayangnya. Bukan selalu mendapat peluang, bila mendapat peluang, disia-siakan pula. Saya ke hospital bersama Bibik dan Puteri Jr. Maklum akan keadaan parking di Hospital Putrajaya sangatlah susah, maka saya terpaksa membawa Bibik. Saya tidak mahu menolak Megat & Puteri Jr. didalam terik panas jam 2 petang ataupun apabila pulangnya nanti didalam lebat hujan.

Beradu diribaan saya

Seperti dijangka, Megat Jr. tidur sepanjang sesi. Tidurnya tersengguk-sengguk diiringi bunyi dengkuran mengiringi. Nyenyak sungguh anak saya ini beradu. Puan Haniza membiarkan cuma, dan saya gunakan peluang ini sepenuhnya bertanya dan meminta pendapat dan nasihat dari yang lebih arif. Saya gemar bertanya, kerana banyak yang saya tidak tahu mengenai Megat Jr. dan saya seronok bertanya kerana Puan Haniza sungguh peramah dan tidak bosan melayan soalan-soalan yang saya utarakan, juga dia melayan Puteri Jr. yang bertukar menjadi patient pula lagaknya.

Puteri Jr. secara sukarela menjadi pesakit kali ini

Kali ini, Puan Haniza mencadangkan agar saya membuat sesuatu agar Megat Jr. tahu bagaimana untuk berkomunikasi. Berkomunikasi tidak semestinya melalui suara semata. Perlakuan juga diambil kira sekiranya maksudnya dapat diterima. Dia seterusnya menunjukkan contoh alat bantuan untuk dia belajar nanti. Saya melihatnya. Menarik. Cantik.


Namun saya tahu Megat Jr. tidak mampu menggunakan alat bantuan ini lagi sekiranya dia sendiri tidak menggunakan tangannya. Bagaimana dia ingin mengambil kepingan kad kecil ini sekiranya dia sendiri tidak sedar akan kewujudan tangannya, atau mungkin juga dia sendiri tidak tahu bahawa tangannya mempunyai keupayaan untuk mengambil kad-kad kecil ini? Jika ditanya keupayaan Megat Jr. dalam kemahiran berbicara, dia kini ibarat ibarat didalam linkungan setara dengan anak berumur 7-11 bulan, iaitu :mampu menggerakkan mata dan kepala ke arah bunyi :
  • senyum apabila mendengar suara ahli keluarganya terutamanya saya ;
  • mengeluarkan bunyi-bunyian berlainan untuk maksud yang berlainan ;
  • mengeluarkan bunyi 'mmmm' dan 'aaa' ;
  • sudah pandai 'membebel' dalam nadanya tersendiri seperti - shema, shebah, mmmmaa, abbah, obiya, phia, etc ;
  • faham perkataan 'jangan' / 'no' namun adakalanya tidak mahu mengikut kata;
  • meniru bunyi mudah seperti bubbling / gelak
Banyak perancangan yang perlu saya usahakan untuk dia. Insya Allah, saya mohon agar saya diberi kekuatan hati yang cekal dan sifat tidak putus asa. Bila kelapangan lagi, akan saya kongsikan alat bantuan untuk Megat Jr. hasil tangan ibunya. Berkongsi dengan harapan dapat memberi idea kepada golongan yang memerlukannya kerana tiada panduan dalam penjagaan anak-anak istimewa melainkan pengalaman yang lebih berharga.

12 comments:

Syahida said...

Put, try la carik speech therapist yang private punya, kat KL tu banyak.ask around. kalau tggu giliran kat hosp kerajaan memang tak dapat buat kerap.

Abil dulu pun macam tu, umur 4 tahun baru dapat dengar perkataan pertamanya. before that just babbling macam baby. dari umur 5 tahun hingga sekarang, baru bercakap 1-3 patah je.

ada yang mula bercakap hanya pada umur 7 tahun. ada yang lebih lewat. ada juga yang remain NON verbal.apapun, teruskan usaha. tambah knowledge, stimulate dia berterusan, jgn give up dan banyakkan doa.

akak sendiri pun masih giat berusaha ni. Gud luck to u & megat jr.

||-puterinuur -|| said...

Terima kasih Kak Syahida atas cadangan dan pandangan. Insya Allah, akhir tahun ini Megat Jr. akan ke sekolah @ NASOM. Berbolak-balik hati ni nak lepaskan dia ke sekolah :(

Emmy said...

kuatnya hati put...bila baca dari tak bersemangat terus dpt semangat...apa yg boleh saya katakan, yg put dah dengar selalu...jgn give up, teruskan usaha...sy kdg2 nak ckp jgn give up kat diri sendiri pun susah, hahahah...kuatnya hati awak...

eMMe said...

Me doakan kebaikan dan kegembiraan utk Put n famili...

aSmiDar said...

Pengalaman cikgu segalanya..
Semoga Megat jr Dapt bljar dgn baik kali ni..:)

Baby Tiger said...

kak put, mak tam saya buat voice therapy. duh!! berapa tahun daa kata nak jumpa mak tam tapi tak jumpa..

alyyani said...

moga dipermudahkan ye put. kami doa utk idris :)

seorang perantau di dlm sektor kerajaan said...

kak put...this is my lil secret.
i am, myself, lambat bercakap. even when i turn to 4 years old, i stil cant talk. i cant even spell well when im 7 years old.
i juz know the a,b,c but i cant pronouns it.
usually this kind matters, they love video. why not try to ask them to watch video? skg ni byk video pendidikan. ari2 dia tgk, lama2 dia akan faham or else try to talk, try to copy what he see, hear, watch. try it. yes, sy seorang yg lembab. but i score 4 straight A's in my UPSR. unbelievable? believe it...

bubblesphoto said...

i mula jatuh sayang pd megat jr...

tgk sj muke die, terase sejuk..hilang stress,

terima kasih megat jr!!

.ariffa. said...

insyaAllah he will one day

i knw he is strong :)

iCaLoVeZiE said...

put, semoga terus tabah. if jumpa apa je jalan yang boleh bantu anak kita, share ye put?

Aunty doakan idris boleh jadi macam phia. Insyaallah..

~conangirlz~ said...

salm...megat jr x nmpk mcm oku..like his face..muka suci..semoga ALLAH memberi keajaiban wat keluarga akk..tiada benda y mustahil dgn bantuan DIA..^,*