Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

19/07/2010

Muzik, itu mengalir dalam darah mereka.

Hujung minggu yang sempurna. Bermalasan dirumah. Bertiduran sepanjang hari bersama Megat dan Puteri Jr. dan pada sebelah malamnya menghadiri resepsi perkahwinan sepupu Encik Bubu di PJ. Penuh warna warni, penuh dengan kebudayaan Bollywood dan sangat sempoi. Satu majlis yang akan terpahat di lubuk hati, sempurna. Tambahan, Encik Bubu yang teruja dengan penampilan istimewanya bersama The Cousins. Love Story by Taylor Swift sangat indah untuk didengar dimajlis resepsi perkahwinan begini.

The cousins

Qisti

Lisz

Memandangkan sahaja kepada gambar ini, saya memasang angan didalam hati. Saya akui, Encik Bubu mempunyai kemahiran yang luar biasa baiknya. Dendangkan sahaja sebarang lagu padanya, pasti dia mampu mengalunkan melodinya. Iringan violin dari Lisz juga membuai rasa dan iringan gitar dari Qisti juga tak kurang indahnya, saya rasa jika diberi peluang Qisti menyanyi, malam itu mungkin lagi indah jadinya.

Melihat Encik Bubu berkongsi stage dengan mereka, terbit keinginan didalam hati andainya suatu masa nanti melihat Encik Bubu berkongsi stage dengan Megat dan Puteri Jr. pula. Saya yakin, separuh gene dalam badan anak-anak kami mengalirnya bakat seni ini. Saya sering terbayangkan anak-anak saya mengikut jejak langkah abahnya menggemari muzik. Bagi saya, tidak salah jika disalurkan kebolehan ini. Qisti and Lisz both are doctors. Bukan lagi seperti scene didalam cerita Ibu Mertuaku yer. Saya selalu bayangkan Megat Jr. bermain drum, kerana dia gemar mengetuk. Mengetuk lantai, dinding, permainan dan setiap ketukan ada nadanya tersendiri. Saya ingin positif, walau bagaimana kejadian Allah tentukan untuk dia, saya tahu ada sesuatu hikmah yang tersembunyi.

Saya mengenali 2 orang musician yang hebat ini. Genervie dan Arthur Kam. Mereka berbakat. Encik Bubu sendiri mengakui, dalam usia yang muda, dia cukup kagum dengan Arthur. Tambahan pula, sewaktu di Bentley baru-baru ini, Arthur turut menjadi speaker. Dia melihat kebolehan dan profesionalisasi yang dimiliki oleh Arthur. Saya bayangkan Megat Jr. menjadi seorang drummer. Uh, sure mamanya sahaja yang melting lebih-lebih.

Early days of Arthur Kam
(taken from his FB)

Arthur Kam - in action
(taken from his FB)

Membayangkan Puteri Jr. sebegini kelak juga adalah sesuatu yang sangat menghiburkan. Saya yakin, mereka mampu, jika dilentur dari awal. Lihat sahaja pada Encik Bubu sendiri, dilentur seawal usia 3 tahun.

Genervie Kam - in action
(taken from her FB)

Harapnya, suatu hari nanti, saya melihat anak-anak saya pula di stage bersama instrument mereka. Menjelmakah saat itu?

Hari saya mendera Arthur Kam? :-P

It's not wrong to dream, kan?

5 comments:

Baby Tiger said...

huhuhuhu dah imagine dah ni. abg ies keyboard. lope drum. tomato gitar + nyanyi. kak put of course manager la. PERFECT!

Min Min said...

Abg Is + Idris + Phia bemain music....Akak jadi pendengar setia....=)
Takkan jemuuuu....

el-bodent said...

Dulu saya pernah jumpa Genervie in person masa dia still belajat kat ICOM...sebb saya ada kawan belajar sana gak....masa tu dgr dia main violin saya dah boleh agak dah...dia ni mesti jadi somebody nanti.... ternyata...Genervie dah jadi cikgu muzik AF pun skrg....one of great sessionist kat Malaysia....Arthur masa kecik lagi pun dah nampak talent dia...one of best drummer skrg ni...

Puteri Nuur At-Terawis said...

bodent,
yep. so, nak join tak gig 1st august ni kat bentley, damansara? fee RM40. last concert with arthur b4 dia fly.

Pnut said...

Put-masa akak keja kat ICOM dulu, i am close ngan Genervie, sebab masa tu dia couple ngan sorang pakwe malay, masa tu adik dia ni kecik lagi, so every Friday ada jamming session kat recital hall, selalu adik dia datang..

Itu hari chat ngan dia, dia ada cakap dia sebok dengan FT punya show, kira kontrak ngan FT punya show la kan.

Masa keja kat ICOM dulu mmg seronok bergaul dengan bebudak muzik ni, sempoi je, akak tak kesah kawan ngan bebudak masa tu, walaupun dah anak satu..ehehehe

satu lagi Noryn Aziz-batch-batch Genervie juga..

ramai lagi, bebudak extrange..Vince, eheheh semua-semua tu selalu kena marah ngan akak sebab suka masuk library dan bising...