Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

28/07/2010

Bagaimana rasa gerun dan sakit itu padanya?

Lihat sahaja pada gambar ini...

Sanggupkah anda mencucuk mata sebegini? Rasanya tiada yang sanggup jika diberi pilihan. Namun, Megat Jr. melakukannya setiap hari dirumah. Saya sendiri tidak tahu bagaimana ingin menghentikan tabiat ini. Sejak dari dahulu lagi, saya sering pesan padanya 'mata Lope takde spare part' dan apabila saya memandangnya sahaja dia akan segera menghentikan. Kadang-kadang, bila saya sebut 'mata!' sahaja dia sudah mengerti dan terus menarik jarinya dari mencungkil.

Mencungkil mata sebegini bukanlah baru bagi Megat Jr. Sedari berumur 11 bulan lagi dia sudah mencungkil matanya. Saya sendiri tidak tahu, apa yang dirasainya tatkala mencucuk biji mata sebegini. Bagi saya, saya gerun melihat perlakuan seumpama ini. Terasa ngilu dihujung mata, nauzubillah.

Kata doktor, usah dibimbangi kerana ianya merupakan salah satu ujian sensori yang dijalankan sendiri olehnya. Anak autisma seperti Megat Jr. mengalami masalah untuk merasai kesakitan. Dia memperlakukan dirinya sebegitu kerana ingin 'merasa' sakit itu, apabila merasainya dia akan berhenti dengan sendiri dan melakukannya lagi. Berulang kali, malah beratus kali juga mungkin.

Sewaktu usianya mencecah 18 bulan dahulu, dia sering mencucuk pipinya. Kala itu, mungkin dengan mencucuk pipi ianya dapat mengurangkan kesakitannya kerana pertambahan gigi. Lama-lama kelamaan, ianya menjadi satu habit. Pantang ada peluang sahaja, dia mencucuk pipinya. Satu faktor yang mungkin saya boleh banggakan, dia tahu bagaimana untuk menggunakan jari jemarinya. Sekurang-kurangnya dengan mencucuk pipi dan mata.


Kadang kala ada juga masanya Megat Jr. menutup telinganya. Selalunya dia akan membuat perlakuan ini jika tidak selesa/tidak gemar dengan bunyi/suara disekelilingnya tatkala itu. Kemungkinan juga, dia tidak selesa dengan suasana itu sendiri.

Segalanya mungkin. Pemerhatian dan keprihatinan saya adalah penting dalam mengenal pasti perlakuan Megat Jr. Kadang kala, mungkin juga penilaian saya silap. Bukan itu sahaja, Megat Jr. juga menggigit jarinya sedari dulu.

Gambar-gambar ini diambil semasa Megat Jr. masih belum bergelar 'Lope'. Pada masa ini, gigitnya cuma sekejap-kejap sahaja. Tiada kesan langsung. Saya juga akur kata doktor, jika tidak mencederakan dirinya, maka tidak perlu gusar. Mungkin dia mencari maksudnya tersendiri, apa itu erti kesakitan apabila jari jemarinya digigit.

Dan ini, hasil gigitan Megat Jr. hari ini. Meruntun hati saya apabila melihat jari jemari comel ini digigit. Saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk menghentikannya. Saya tidak tahu apakah definasi rasa sakit dan gerun untuknya atau mungkinkah 'tiada' rasa itu dalam kamus dirinya? :(

Mengalu-alukan pandangan dari semua bagaimana untuk menghentikannya.

11 comments:

deelira said...

tiada pandangan dapat sy beri utk kak put.krn sy tiada pengalaman.tp perlakuan anak kecil ini tatkala menutup telinga nya..sama seperti "khan" itu sendiri. pemerhatian dari kakput ke atas diri lope sgt diperlukannya. semoga kak put terus menjadi ibu yang tabah dan kuat.

Rizziela said...

pada pandangan saya yg x seberapa ni..mungkin tak ada masalah selagi x mencederakan Megat Jr. Tapi kena sentiasa pantau....

seorang perantau di dlm sektor kerajaan said...

kdg2 perlu menarik tgnnya dr mulut utk elak dia terus geget. tarik dgn lembut. supaya kita ckp kat dia benda tu tak boleh dibuat. takperlah. lmbt laun dia akan paham. well, ensem megat jr ni ye... :D

iCaLoVeZiE said...

Masa g therapy, mmg ade dia terangkan ada jenis kanak2 autisme ni yang tak rasa sakit. sebab kan ada masalah sensory kan.. so saya rasa megat ni yg version macam tu la.

ada juga version yang cepat rasa sakit. kena sikit pun sakit. yang tu lagi susah kan put?

Ayesha pulak, version jilat. semua dia nak jilat. jari,toys dan yang paling sadis, jilat kereta saya. kalau dah basuh takpe, ni baru balik dari pengkalan nelayan. hehe

Syahida said...

puteri, megat is having a hyposensitivity sensory problem which is very common among individual with autism. dalam erti kata lain, deria/organ dia hypo (tak rasa sakit, takde sensation).so, it 'hunger' for sensation.

one of the solution suggested is to always massage or rub the body parts involved, contoh jari, pipi dan juga sekeliling mata tu untuk avoid dia sendiri menggunakan cara2 yang TAK diingini(yang bahaya pada dia, tp untuk dia sebenarnya menenangkan dan memberi rangsangan yang dikehendaki).

u can use brushes, or wear gloves or kain yang agak berbulu/kasar. give it a try...and banyakkan doa. InsyaAllah, i wish megat the best. Amin.

nasaoji said...

anak kt kan kak put, wat masa ni pun, sokmo cungkil mata sendiri..riso gak..baru 2 bulan ++..kt ckp kat mak, biarkan dia cungkil, klu dia rsa sakit, dia takkan buat dah..

apepun, didoakan moga megat jr. tak smpai cederakan diri sendiri.. ;)

Baby Tiger said...

isk kuat lak lope geget tangan dia tu. anim tak leh kasik advise apa pun, cuma satu je..

agak2 phia gigit abg dia tak?

Jiey^Mien said...

Mama Put,
jiey ada gak tanya therapist ian pasal ni.. just to help my gorjes idris.. tp dia pun takdok jawapan..
she told me another story of an autistic child..
tinger smpi separuh koyak coz dia tarik..
betis pun ada part berlubang..
tangan2 abis dia gigit..
I feel sooooo sad for that child and of course, for the mother..
insyaAllah, next week jiey try tanya OT ian plok.. she's quite specialized in children's behavior.. hopefully she can give some advise for our beloved idris..
=(

JMY said...

ngeri tgk dia cungkil mata..

alyyani said...

1st pic tuh, oh, tak sanggup tgk. tp put tgk selalu lagi la kan. insyaAllah ianya akan berkurang di masa akan datang. nak bagi pandangan takde pengalaman.

illa said...

Arif pun suka masuk jari dlm mulut tp dia tak gigit sampai luka.heating himself?something yang slalu dia lakukan dulu bila setiap kali dia marah dan merajuk tapi dah berenti sekrg.doctor cakap kanak2 autism akan cepat berasa marah dan rimas apatah lagi dia melalu suatu keadaan dan suasana baru yg dia tak pernah lalui.jd setiap kali dia melalu keadaan tu mereka akan menutup telinga atau menarik telinga mereka dgn harapan perasaan rimas tu akan hilang.my son arif doctor diagnosis dia with 2 symptom:ADHD & autism.tapi walau apa pun kata diagnosis doctor bg saya dia ttp seorang anak yg istimewa anugerah dari Allah.Dan kita sebagai ibu harus kuat jadi mereka juga akan kuat untuk lalui semuanya..